Wednesday, August 29, 2012

TANGKAL


Sejarah tangkal.
Pemakaian tangkal sudah wujud sejak zaman jahiliyah lagi, mereka mengikat ikatan benang atau selainnya pada lengan atau leher si anak. Dengan tujuan untuk menghindari anak tersebut dari terkena kecelakaan, pandangan orang yang tidak berpuas hati atau sihir dan sebagainya.
Tangkal atau Tamimah yang digantung pada badan atau pada binatang atau dalam rumah terkadang dibuat dari tulang, taring binatang buas, tulisan tertentu dan lain-lain. Terkadang tamimah dibuat dari ayat Al-Quran. Para ulama' berbeza pendapat tentang tamimah dari Al-Quran. Pandangan yang lebih kuat juga melarang berbuat demikian sebab Nabi Muhammad s.a.w. melarang tamimah secara umum termasuk dari ayat Al-Quran.
Abdullah Bin Mas'ud berkata : Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda :
Ertinya : Sesungguhnya jampi yang mengandungi syirik, tangkal dan pengasih adalah syirik.( Riwayat Ahmad dan Abu Daud - Menurut Syeikh Albani : Hasan )
Daripada ‘Uqbah Bin ‘Aamir (marfu') :
Ertinya : Barangsiapa yang menggantung tangkal maka sesungguhnya syirik-lah dia.
Antara bentuk tangkal cara baru umat Islam di Malaysia ketika ini adalah seperti meletakkan pisau atau gunting di bawah tilam bayi kononnya agar tidak diganggu, memakai cincin dan rantai atau tasbih kayu kokka dengan kepercayaan bahawa ia dapat mendatangkan kebaikan dan menjauhkan keburukan, meminum air za'faran tertentu dengan yakin ia membawa kebaikan. Semua ini adalah bentuk tangkal dan boleh membawa kepada syirik.
Kesimpulan.
Pendapat, sesiapa yang ingin memakai tangkal dari al-Quran, atau memakaikannya pada si anak kecil, mestilah membulatkan tawakkal kepada Allah. Bukannya berlindung dengan tangkal, tetapi mengambil berkat dengan berubat menggunakan ayat-ayat al-Quran demi mendapat perlindungan dari Allah.
Namun, amat mendukacitakan jika, kita bersungguh benar bertangkal dengan ayat-ayat al-Quran. Tetapi di rumah, Mushaf al-Qurannya juga sudah suci dalam debu, apa yang disuruh Allah didalam al-Quran tidak diamal, apa yang suruh dijauhi, lagi didekatinya. Tiba-tiba mahu mengambil berkat al-Quran dengan tangkal pula..sungguh celaru cara berfikir..
Bagi keselamatan pula(dan ini lebih utama untuk didahulukan), eloklah dieelakkan (pemakaian tangkal dari al-Quran), kerana, demi menjaga kesejahteraan aqidah. Takut-takut, ada waktunya, kita hilang pergantungan pada Ilahi, dan mengucap kata-kata yang boleh menghumban kita ke lembah dosa syirik. Syaitan sentiasa mencari ruang dan peluang untuk menyesatkan dan memesongkan aqidah kita.
Sama-samalah kita cakna terhadap aqidah yang sejahtera..

Moga Alah menyelamatkan kita dari syirik dan khurafat.

No comments:

Post a Comment