Kalimah لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ bermaksud bahawa tidak ada Tuhan yang disembah, yang ditaati, yang benar, yang mentadbir, dan yang segala-galanya melainkan Allah. Mengikut (Fatwa Sheikh Muhammad bin Soleh al-Munajjid), Syarat لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ terbahagi kepada tujuh.
1) Mengetahui (أعلم), iaitu berlawanan dengan
jahil.
Firman ALLAH
SWT yang bermaksud:
“Ketahuilah
bahawa tiada TUHAN yang berhak disembah melainkan ALLAH.” - Surah
Muhammad: 19.
Sabda
Rasulullah s.a.w bermaksud:
“Sesiapa yang
meninggal dunia dalam keadaan mengetahui bahawa tiada TUHAN melainkan ALLAH,
dia akan masuk Syurga.” - Riwayat al-Bukhari.
2)
Yakin
Sesiapa yang
mengucap لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ mesti yakin sepenuhnya maksud kalimah
itu. Pengakuan ini tidak sah jika seseorang itu berasa ragu.
Firman ALLAH
SWT yang bermaksud:
“Sesungguhnya
orang-orang beriman hanyalah mereka yang benar-benar percaya pada ALLAH dan
RasulNYA. Kemudian mereka tidak lagi berasa ragu. Mereka berjuang
dengan harta dan jiwa raga pada jalan ALLAH. Mereka itulah orang-orang
yang benar.” - Surah al-Hujurat: 15.
Orang yang
ragu terhadap ALLAH dan RasulNYA dianggap munafik. Abu Hurairah r.a
berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
“Aku beraksi
bahawa tiada TUHAN selain ALLAH dan aku adalah pesuruh ALLAH. Seorang
hamba yang bertemu ALLAH dengan kedua-dua kalimah syahadah ini tanpa
meraguinya, dia akan masuk Syurga.” - Riwayat al-Bukhari.
Hadith ini menjelaskan jika seseorang ingin memasuki Syurga dengan kalimah لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ dia perlu benar-benar yakin maksud kalimah
itu. Jika dalam hatinya terselit perasaan ragu, dia tidak termasuk dalam
hadith di atas.
3)
Menerima dan mengakui kalimah ini dengan hati dan lidah.
Ummat
terdahulu terselamat daripada bencana disebabkan kalimah لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ Mereka juga mendapat bencana kerana
enggan menerima kalimah itu.
Firman ALLAH
SWT yang bermaksud:
“(ALLAH
berfirman kepada malaikat): Himpunkanlah orang-orang yang zalim itu, dan
orang-orang yang berkeadaan seperti mereka, serta benda-benda yang mereka
sembah. Yang lain dari ALLAH serta hadapkanlah mereka ke jalan yang
membawa ke Neraka. Dan hentikanlah mereka (menunggu), kerana sesungguhnya
mereka akan disoal. Mengapa kamu tidak bertolong-tolongan (sebagaimana
yang kamu dakwakan dahulu)? (Mereka pada ketika itu tidak dapat berbuat
apa-apa) bahkan mereka pada hari itu menyerah diri dengan hina (untuk diadili).
Dan masing-masing pun mengadap satu sama lain, sambil kata mengata dan cela
mencela. Pengikut-pengikut berkata (kepada ketuanya): Sesungguhnya kamu
dahulu selalu datang menyekat kami (daripada beriman) dengan menggunakan kuasa
kamu. Ketua-ketuanya menjawab: (Tidak!) Bahkan kamulah sendiri tidak mahu
menjadi orang-orang yang beriman! Dan kami (selain daripada mengajak
kamu) tidak mempunyai sebarang kuasa memerintah kamu, bahkan kamu sememangnya
kaum yang melampaui batas. (Dengan keadaan diri kita yang sedemikian)
maka tetaplah di atas kita janji seksa (yang dijanjikan) oleh Tuhan kita,
bahawa kita semua tentu akan merasai (azab itu). (Dengan sebab ketentuan
yang tersebut) maka kami pun mengajak kamu menjadi sesat, kerana sebenarnya
kami adalah orang-orang sesat. Maka sesungguhnya mereka semua pada hari
itu, menderita azab bersama. Sesungguhnya demikianlah Kami melakukan
kepada orang-orang yang berdosa. Sebenarnya mereka dahulu apabila
dikatakan kepadanya; (ketahuilah, bahawa) tiada TUHAN yang sebenar-benarnya
melainkan ALLAH mereka bersikap takbur mengingkarinya. Serta mereka
berkata: Patutkah kami mesti meninggalkan tuhan-tuhan yang kami sembah, kerana
mendengar ajakan seorang penyair gila? - Surah as-Saffat:
22-36
Keengganan
mereka mengucapkan kalimah لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ dan menolak dakwah para rasul adalah
penyebab mereka diseksa oleh ALLAH. Mereka tidak melaksanakan segala
tuntutan kalimah tauhid. Bahkan dengan bongkak mengatakan: “Patutkah dia
menafikan tuhan-tuhan yang berbilang itu dengan mengatakan: TUHAN hanya Satu?
Sesungguhnya ini adalah satu perkara yang menakjubkan! Dan (ketika itu)
keluarlah ketua-ketua dari kalangan mereka (memberi perangsang dengan berkata):
Jalan terus (menurut cara penyembahan datuk nenek kamu) dan tetap tekunlah
menyembah tuhan-tuhan kamu. Sebenarnya sikap ini adalah satu perkara yang amat
dikehendaki. Kami tidak pernah mendengar tentang (soal mengesakan TUHAN)
itu dalam agama yang terakhir; perkara ini tidak lain hanyalah rekaan dan dusta
semata-mata.“ - Surah Sad: 57
ALLAH menolak
kata-kata mereka itu melalui firmanNYA yang bermaksud:
“(Tidak! Nabi
Muhammad bukan penyair dan bukan pula seorang gila) bahkan ia telah membawa
kebenaran (tauhid) dan mengesahkan kebenaran (tauhid) yang dibawa oleh Rasul-rasul
(yang terdahulu daripadanya).“ - Surah as-Saffat: 37
Firman ALLAH
SWT berhubung orang-orang yang meyakini kalimah لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ :
“Kecuali
hamba-hamba ALLAH yang dibersihkan dari sebarang syirik. Mereka itu
beroleh limpah kurnia yang termaklum. Iaitu buah-buahan (yang lazat),
serta mereka mendapat penghormatan. Di dalam Syurga-syurga yang penuh
melimpah dengan berjenis-jenis nikmat.“ - Surah as-Saffat:
40-43
Abu Musa r.a
berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:
“Perumpamaan
ALLAH mengutuskan aku dengan ilmu dan hidayah bagaikan hujan yang lebat yang
jatuh ke permukaan bumi. Sebahagian daripadanya mengenai tanah yang subur
dan menyimpan air dengan baik. Lalu ia menumbuhkan rumput dan tumbuhan
dengan subur. Sebahagian yang lain mengenai tanah yang tandus yang tidak
dapat menyimpan air. Maka ALLAH memberi manfaat dengannya kepada
manusia. Mereka meminum dan memberi minuman (kepada binatang ternakan dan
sebagainya) dan bercucuk tanam. Ada juga hujan yang jatuh ke bahagian
lain, iaitu di tanah yang tidak dapat menakung air dan tidak ditumbuhi
rumput. Itulah perumpamaan orang yang alim tentang agama ALLAH dan
memanfaatkan ilmu yang ALLAH utuskan padaku. Dia belajar dan mengajarkan
ilmu itu. Perumpamaan kedua pula merujuk kepada orang yang keras kepala
dan tidak mahu menerima hidayah ALLAH yang dengan itu aku diutuskan”
- Riwayat al-Bukhari
4)
Bersedia meninggalkan perkara yang bercanggah dengan tuntutan لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ
Firman ALLAH
yang bermaksud:
“Dan sesiapa
yang berserah diri bulat-bulat kepada ALLAH (dengan ikhlas) sedang dia berusaha
mengerjakan kebaikan, maka sesungguhnya dia telah berpegang kepada simpulan
(tali agama) yang teguh dan (ingatlah) kepada ALLAH jualah kesudahan segala
urusan.“ - Surah Luqman: 22.
Sesiapa yang
tidak mahu berserah diri kepada ALLAH dengan ikhlas, bererti dia tidak
berpegang pada tali ALLAH.
Firman ALLAH
SWT yang maksudnya:
“Dan sesiapa
yang kufur ingkar, maka janganlah engkau (wahai Muhammad) berdukacita tentang
kekufurannya itu; kepada Kamilah tempat kembalinya mereka, kemudian Kami akan
memberitahu kepada mereka tentang apa yang mereka telah kerjakan. Sesungguhnya
Allah Maha Mengetahui akan segala (isi hati) yang terkandung di dalam
dada.” Surah Luqman: 23.
5)
Jujur dengan pengakuan yang dibuat.
Seseorang
hendaklah mengucapkan kalimah لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ dengan jujur dari hati.
Firman ALLAH
SWT yang bermaksud:
“Patutkah
manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami
beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? Dan demi
sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka,
maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang
orang-orang yang sebenar-benarnya beriman dan nyata pula apa yang diketahuiNya
tentang orang-orang yang berdusta.“ - Surah al-`Ankabut: 2-3.
ALLAH
menceritakan keadaan orang-orang munafiq yang berdusta ketika mengucapkan
kalimah tauhid ini. Firman ALLAH
SWT yang bermaksud:
“Dan di
antara manusia ada yang berkata: Kami telah beriman kepada Allah dan kepada
hari akhirat; padahal mereka sebenarnya tidak beriman. Mereka hendak
memperdayakan Allah dan orang-orang yang beriman, padahal mereka hanya
memperdaya dirinya sendiri, sedang mereka tidak menyedarinya. Dalam hati
mereka (golongan yang munafik itu) terdapat penyakit (syak dan hasad dengki),
maka Allah tambahkan lagi penyakit itu kepada mereka dan mereka pula akan
beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya, dengan sebab mereka berdusta
(dan mendustakan kebenaran).“ - Surah al-Baqarah: 8-9.
6)
Ikhlas dan membersihkan diri daripada amalan syirik.
Firman ALLAH
SWT yang bermaksud:
“Ingatlah!
(Hak yang wajib dipersembahkan) kepada Allah ialah segala ibadat dan bawaan
yang suci bersih (dari segala rupa syirik)“ - Surah az-Zumar:
3.
ABu Hurairah
r.a berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:
“Manusia yang
paling beruntung kerana memperoleh syafaatku pada Hari Kiamat adalah orang yang
mengucapkan لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ dengan ikhlas dari hati atau jiwa raganya” - riwayat
al-Bukhari.
7)
Mencintai kalimah itu.
Cara
mencintai kalimah itu ialah dengan mengamalkan segala tuntutan, mematuhi
syarat-syarat dan membenci perkara-perkara yang bercanggah dengan maksudnya.
Firman ALLAH
SWT yang maksudnya:
“(Walaupun
demikian), ada juga di antara manusia yang mengambil selain dari Allah (untuk
menjadi) sekutu-sekutu (Allah), mereka mencintainya, (memuja dan mentaatinya)
sebagaimana mereka mencintai Allah; sedang orang-orang yang beriman itu lebih
cinta (taat) kepada Allah“ - Surah al-Baqarah: 165
Orang-orang
mukmin teramat cinta pada ALLAH. Mereka tidak menyekutukan ALLAH dalam
percintaan itu. Sebaliknya kaum musyrikin pula telah menjadikan sekutu
ALLAH sebagai kekasih mereka.
Anas bin
Malik r.a berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:
“Iman
seseorang itu tidak akan sempurna sehingga dia menjadikan aku orang yang paling
dicintainya berbanding ibubapa, anaknya dan seluruh ummat manusia”
- Riwayat al-Bukhari dan Muslim.
No comments:
Post a Comment