Dakwaan dan jawapan
Dakwaan :
1- Karkun tabligh
mendakwa mereka tidak menolak politik tapi yang mereka tolak ialah politik
acuan yahudi seperti yang diamalkan zaman sekarang.Mereka mencela gerakan islam
PAS kerana menceburi politik pilihanraya ciptaan yahudi sedangkan menurut
tabligh zaman nabi tak ada pilihanraya.
Jawapan:
Sekiranya karkun tabligh menyemak kembali sejarah politik islam sejak zaman kenabian sehingga khalifah islam terakhir (Utmaniyah Turkey) nescaya mereka akan memahami kepelbagaian bentuk atau jenis pemerintahan yang telah berlaku sepanjang sejarah.Dimulakan dengan zaman kenabian yang dilantik terus oleh Allah sebagai ketua Negara islam pertama (Madinah),seterusnya diganti oleh Khulafa ar Rasyidin (bukan Nabi).selepas itu politik islam di ganti dengan system monarki ( beraja) iaitu perlantikan secara warisan sehinggalah zaman daulah Utmaniyah yang terakhir.
Sekiranya karkun tabligh menyemak kembali sejarah politik islam sejak zaman kenabian sehingga khalifah islam terakhir (Utmaniyah Turkey) nescaya mereka akan memahami kepelbagaian bentuk atau jenis pemerintahan yang telah berlaku sepanjang sejarah.Dimulakan dengan zaman kenabian yang dilantik terus oleh Allah sebagai ketua Negara islam pertama (Madinah),seterusnya diganti oleh Khulafa ar Rasyidin (bukan Nabi).selepas itu politik islam di ganti dengan system monarki ( beraja) iaitu perlantikan secara warisan sehinggalah zaman daulah Utmaniyah yang terakhir.
Sepanjang sejarah itu berlaku tidak pernah ada seorang
pun ulama muktabar ( termasuk imam mazhab yang empat) mengencam atau mencela
system politik yang telah lari daripada system poltik zaman nabi (seperti yang
didakwa tabligh).Kita tak pernah jumpa satu buku atau kitab (kecuali syiah)
yang ditulis oleh para ulama menghentam system politik yang berlaku pada zaman
mereka.Iaitu system perlantikan kerajaan secara turun temurun yang bukan
berdasarkan sunnah nabi.
Sebagaimana runtuhnya sistem syura di zaman khulafa ar
rasyidin,lalu di ganti dengan sistem beraja maka begitulah juga bila runtuhnya
sistem khilafah lalu di gantikan oleh sistem demokrasi oleh yahudi kristian
yang menjajah negara islam maka kita yang hidup di zaman demokrasi yang diatur
oleh yahudi,mahu tak mahu dalam keadaan terpaksa mengikut system yang telah
sedia ada dalam berpolitik sebagaimana para ulama yang hidup di zaman Bani
Umayyah sehingga Bani Utmaniyah berkurun lamanya mengiktiraf keberadaan dan
keabsahaan kerajaan tersebut walaupun mereka tidak mengikut sunnah nabi
100%.
Para ulama muktabar alim(pakar) dalam memahami
sunnah nabawi.Mereka memahami secara yang benar kaedah usul fiqh:” mengambil
mudharat yang kecil untuk mengelak mudharat yang besar” atau”melakukan dosa
besar untuk mengelakkan dosa yang lebih besar”.
Maknanya dengan bahasa mudah,menceburi politik yang tidak
islami(system yahudi) adalah dosa besar tetapi membiarkan kesucian agama islam
dan maruah umat islam di hina kerana islam tidak memerintah negara dengan kuasa
politik yang dengannya akan terlaksana hukum hudud,qisas ,takzir dll adalah
merupakan dosa yang lebih besar lagi.
Janganlah anda samakan khurujnya tabligh sama dengan
hijrahnya Nabi saw dan para sahabat.Hijrahnya Nabi saw ialah untuk mendirikan
negara islam yang terlaksananya politik islam secara syumul sedang khurujnya
tabligh tidak ada langsung tujuan untuk mendirikan Negara islam tapi hanya
sekadar ajak orang islam ke masjid solat jemaah , dengar bayan/taklim dan
keluar dakwah sahaja.
Saya ambil contoh Negara Sri Lanka yang saya di maklumkan
100% orang islamnya adalah karkun tabligh tetapi Negara tersebut tetap di
perintah oleh agama hindu.Ini adalah bukti jelas bahawa Negara atau politik
islam bukan agenda utama tabligh.Tidak ada gunanya kitab Hayatus Sahabah yang
di baca secara rutin oleh tabligh itu menjadi bukti mereka tidak menolak jihad
kalau sekadar hanya dibaca tanpa dipraktikkan dalam kehidupan sebagaimana para
sahabat yang mereka di beri gelaran “al quran bergerak”kerana mempraktikan ilmu
yang mereka dapat.
System politik berkaitan pemerintahan Negara telah
diberitahu oleh Nabi saw dalam sebuah hadith:
Rasullullah SAW telah bersabda:”Tegaklah pada
kamu masa kenabian sampai beberapa lama yang dikehendaki Allah, maka terjadilah
ia, kemudian diangkat. Kemudian tegaklah selepas itu pada kamu masa khalifah
atas manhaj kenabian, maka terjadilah kepada kamu beberapa lama yang
dikehendaki Allah, kemudian ia diangkat. Kemudian terjadilah padamu masa
kerajaan yang menggigit (Mulkan Ad Dhudhan), maka terjadilah beberapa lama yang
dikehandaki Allah, kemudian diangkat. Kemudian selepas itu tegaklah kerajaan
yang menyeleweng (Mulkam Jabbariyyan) terjadilah ia beberapa lama yang
dikehendaki Allah, kemudian diangkat. Selepas itu tegaklah padamu Khalifah atas
manhaj kenabian, yang mengamalkan sunnah Rasul di kalangan manusia. Islam akan
tersebar luas di mukabumi yang diredhai oleh penghuni langit dan bumi. Langit
tidak akan meninggalkan setitis pun air hujan, kecuali ai mencurah ke muka
bumi. Dan bumi tidak akan meningggalkan tanaman dan berkatnya kecuali ia akan mengeluarkannya.” (Hadith
Riwayat Thabarani)
Daripada maksud hadith di atas dapat kita fahami bahawa
istilah politik (pemerintahan) telah pun disebut oleh Baginda saw lebih 1400
tahun dahulu dan juga di sebut akan perubahan politik yang berlaku sehingga ke
akhir zaman nanti.Kesemua perubahan itu berlaku atas taqdir Allah
semata-mata.Cuma berapa lama ,tidak ada manusia yang mengetahuinya.
Kesimpulan
Akhirnya marilah kita menjadi seorang muslim yang berilmu
dengan ilmu dan kefahaman yang benar tentang islam sebagaimana genarasi
sahabat,tabi-tabi;n dan umat generasi pilihan.
Apabila kita berilmu maka kita akan memahami bahawa para
nabi dan rasul terdahulu juga berdakwah dan berpolitik sebagaimana nabi Daud
as,Nabi Sulaiman as dan nabi Yusuf as yang menjadi menteri dll.Sekiranya
golongan tabligh mendakwa mengikut sunnah nabi tapi dalam masa yang sama tidak
mahu melibatkan diri dengan politik (mengundi,menyokong PAS dll) bermakna
mereka tergolong di kalangan orang munafik (apa yang diucapkan tak sama apa
yang ada didalam hati.)
Apakah melaksanakan hukum-hukam yang ada dalam al quran
bila tujuan berpolitik itu untuk menegakkan negara islam bukan politik ALLAH??
Sila jawab wahai karkun tabligh.... pergi sini
No comments:
Post a Comment