Wednesday, November 28, 2012

Fatwa Syaikh 'Abdul 'Aziz B. Bazz rahimahullah



 بسم الله، والحمد لله، أما بعد:
جماعة التبليغ ليس عندهم بصيرة في مسائل العقيدة فلا يجوز الخروج معهم إلا لمن لديه علم وبصيرة بالعقيدة الصحيحة التي عليها أهل السنة والجماعة حتى يرشدهم وينصحهم ويتعاون معهم على الخير؛ لأنهم نشيطون في عملهم، لكنهم يحتاجون إلى المزيد من العلم، وإلى من يبصرهم من علماء التوحيد والسنة. رزق الله الجميع الفقه في الدين والثبات عليه.

Kata Syaikh 'Abdul 'Aziz B. Bazz rahimahullah, "Jama'ah Tabligh tidak memiliki ilmu yg mendalam dlm pelbagai permasalahan 'aqidah. Maka TIDAK DiBOLEHKAN keluar (khuruj) bersama-sama mereka melainkan bg mereka yg memiliki ilmu dan bashirah (pengetahuan yg luas) tentang 'aqidah yg sahih yg dipegang oleh Ahlus Sunnah wal-Jamaah supaya dia boleh memberi petunjuk kpd mereka, menasihati mereka, dan bekerjasama dgn mereka di atas kebaikan." http://binbaz.org.sa/mat/1984

Maulana Muhammad Zakariya al-Kandahlawi menukilkan terlalu byk riwayat2 yg beliau sandarkan kpd ahli sufi dan ahli tasawuf ke dlm kitabnya - Fadhail Amal. Kebanyakan riwayat2 tersebut sgt pelik dan diragui keabsahannya. Bahkan sebahagiannya tidak masuk akal serta berbau khurafat kerana mendakwa mengetahui hal-hal yg ghaib atas alasan ilmu kasyaf! Di samping banyaknya hadis-hadis yg dha'if (lemah). Malah ada yg maudhu'.

* Saya harap pengikut jama'ah Tabligh yg sering membacakan isi kandungan kitab ini di Surau2 atau Masjid2 agar lebih teliti, kritis, dan berhati-hati. W/A.

Usaha2 mengajak orang2 ke masjid utk solat 5 waktu berjama'ah adlh perkara baik, usaha memperdengarkan hadis2 nabi kpd umum juga baik, usaha mengajak org keluar berdakwah juga baik, hafaz al-Qur'an juga baik, memperbanyakkan solat mlm juga baik. Tp, setiap usaha yg baik perlulah diiringi dgn disiplin ilmu dan aqidah yg betul. Jgn biarkan amalan2 kebaikan tersebut sia-sia bagai debu berterbangan akibat disertai dgn i'tiqad2 dan kepercayaan2 khurafat/syirik.

Maksud firman Allah, "Jika mereka mensyirikkan Allah, nescaya lenyaplah amal-amal kebaikan yang telah mereka usahakan." (Surah al-An'am, 6: 88)

No comments:

Post a Comment