Pembinaan semula Baitullah dan seruan haji
Riwayat dari Ibnu Abbas r.a.,
Apabila taufan Nabi Nuh a.s. melanda dan ditenggelamkan
kaumnya, diangkatkan Baitullah yang dibina oleh Nabi Adam a.s. ke langit ke
empat.
Nabi Nuh berdoa supaya dihapuskan semua umatnya, tanpa
tinggal seorang pun kerana penyakit kufur dan syirik sangat bahaya jika
membiak.
Nuh [26] Dan Nabi Nuh (merayu lagi dengan) berkata: Wahai
Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan seorangpun dari orang-orang kafir itu hidup
di atas muka bumi!
Semua Nabi telah menggunakan doa mereka (yang “special” –
doa khusus) kecuali Nabi Muhammad s.a.w. Baginda Junjungan Mulia telah
menyimpan doanya untuk menyelamatkan umatnya.
Diriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a katanya: Nabi
s.a.w bersabda: Setiap Nabi mempunyai doa-doa yang didoakan untuk umatnya,
sesungguhnya aku menyimpan doaku sebagai syafaat untuk umatku pada Hari
Kiamat.
|
Lalu doa Nabi Nuh dimakbulkan dan didatangkan taufan:.
Al-Anbiyaa [76] Dan (sebutkanlah peristiwa) Nabi
Nuh, ketika dia menyeru (berdoa kepada Kami) sebelum (Nabi-nabi yang tersebut)
itu, lalu Kami perkenankan doanya…….
Hud[40] (Nabi Nuh terus bekerja) sehingga apabila
datang hukum Kami untuk membinasakan merekadan air memancut-mancut dari
muka bumi (yang menandakan kedatangan taufan),
Kemudian Allah s.w. menyuruh Nabi Ibrahim a.s. pergi ke
tempat Baitullah dan membina kembali Kaabah di atas bekasnya (tapaknya yang
asal). Maka Nabi Ibrahim pergilah ke sana dan tidak dapat melihat tapaknya yang
telah tersembunyi. Lalu Allah s.w.t menggerakkan awan ke atas Baitullah
Al-Haram pada kadar panjang dan lebarnya. Pada awan itu ada kepala, dua matanya
dan lidahnya berkata-kata : Wahai Ibrahim bina olehmu ke atas kadarku “
Dalam riwayat yang lain, diturunkan hujan lebat dan air
deras untuk meleraikan pasir dan batu dan menampakkan tapak Kaabah.
Maka diperbuat asasnya iaitu dindingnya atas kadar awan itu,
dan pergilah awan itu.
Mematuhi perintah Allah, Nabi Ibrahim dan anaknya, Nabi
Ismail membina semula Kaabah di atas timbunan batu dan tanah liat daripada
bekas binaan Kaabah yang runtuh akibat banjir dan taufan pada zaman Nabi Nuh.
Kemudian Nabi Ibrahim tawaf sebanyak tujuh kali dan Allah
s.w.t mewahyukan kepadanya supaya menyeru kepada manusia untuk mengerjakan
haji.
AL-Hajj [27] Dan serukanlah umat manusia
untuk mengerjakan ibadat Haji, nescaya mereka akan datang ke (rumah Tuhanmu)
dengan berjalan kaki dan dengan menunggang berjenis-jenis unta yang kurus yang
datangnya dari berbagai jalan (dan ceruk rantau) yang jauh
Nabi Ibrahim bertanya kepada Allah “Wahai Tuhanku, sampai ke
manalah suara aku? FirmanNya: “Hai Ibrahim! Tugas engkau menyeru dan
aku akan menyampaikannya.
Sesetengah orang beralasan “belum sampai seru” untuk
mengerjakan haji. “Belum sampai seru” bukan alasan untuk menangguhkan ibadat
haji kerana seruan haji sudah lama disampaikan oleh Allah melalui Nabi Ibrahim
secara zahirnya.
Orang yang melakukan haji akan membaca talbiah
(Labbaikallah) yang bermaksud “Aku telah menyahut seruanMu untuk
menunaikan Haji, wahai Tuhanku!
Maka naiklah Nabi Ibrahim ke atas Jabal Qubais, (ada yang
kata di Safa, ada yang kata di atas batu maqam Nabi Ibrahim) dan menyeru ”
Ya ibadallah(hamba Allah)! Sesungguhnya tuhan kamu telah membina rumah dan
menyuruh kamu mengerjakan haji, maka datanglah kamu untuk mengerjakan haji.”
Maka Allah memperdengarkan kepada semua yang ada di bumi. Lalu dijawab
oleh manusia, jin, batu, kayu, bukit, pasir, tiap yang basah dan kering
daripada Masyriq dan Maghrib, dan yang ada di dalam perut ibunya dan sulbi
bapanya:
Aku menyahut seruanMu,wahai Tuhanku! Aku menyahut
seruanMu,wahai Tuhanku! Aku menyahut seruanMu,wahai Tuhanku! Tiada sekutu
bagiMu, Aku menyahut seruanMu,wahai Tuhanku!Sesungguhnya segala pujian dan
kenikmatan bagiMu dan juga kerajaan, tiada sekutu bagiMU.
Maka yang menjawab sekali, hajilah dia sekali. Dan yang
menjawab dua kali, maka dua kalilah dia haji. Yang menjawab lebih dari itu,
maka ia haji mengikut kadar jawabnya.
Mengikut riwayat yang boleh dipercayai, siapa yang haji
sebanyak 3 kali tidak dimasukkan ke dalam neraka, sekiranya dilakukan mengikut
disiplin-disiplin haji dan duit yang halal. Imam Abu Hanifah haji sebanyak 55
kali. Wajib bagi orang yang sihat, cukup bekal buat haji sekali seumur hidup.
” Nabi Muhammad saw bersabda yang bermaksud, barangsiapa
yang berkemampuan tetapi sengaja tidak mahu menunaikan ibadat haji maka apabila
meninggal dunia maka dia mati sebagai Yahudi atau Nasrani kerana engkar
perintah Allah,”
No comments:
Post a Comment