Friday, February 1, 2013

4 TIPS MENGATASI DUGAAN



Berikut beberapa tips untuk kita halusi dan fikir bila berhdapan dengan dugaan:

(1) Kehidupan perlu diteruskan- Apabila sehingga tiada lagi titisan airmata yang mampu dikeluarkan, kita perlu berfikir adakah ini bermakna pengakhiran untuk hidup ini. Pasti tidak, kerana kita tahu walau bagaimana sukar sesuatu dugaan itu, hidup perlu diteruskan. Seseorang tidak akan berjaya untuk menghadapi sesuatu dugaan selagi mereka sendiri tidak berusaha untuk cuba menghadapinya.

(2) Jangan biarkan emosi terus mengawal diri kita- Sekiranya seseorang terlalu sedih atau selalu mengingatkan tentang kesukaran dugaan hidup yang dialami, ia pasti akan lebih menyukarkan. Kita perlu mencari jalan untuk keluar daripada zon tersebut. Jangan sesekali biarkan diri kita terus dikawal oleh emosi.

(3) Inilah kehidupan- Kita perlu tahu bahawa setiap manusia didunia ini mempunyai dugaan hidup yang tersendiri. Sekiranya kita merasakan apa yang dilalui adalah amat sukar, kita juga perlu ingat bahawa ada manusia lain yang sebenarnya menghadapi dugaan yang lebih sukar berbanding diri kita. Kerana dugaan itulah sebenarnya membawa makna kehidupanuntuk seseorang.

(4) Ketentuan Allah SWT- Kita perlu tahu bahawa segala baik atau buruk yang berlaku pada diri kita semua datang dariNYA. Kita tidak ada daya sedikit pun untuk mengubahnya. Sekiranya kita percaya dan berpegang teguh terhadap konsep ini, pasti segala dugaan hidup yang kita alami dapat diharungi dengan lebih tabah. Setiap perkara yang berlaku pasti ada makna disebaliknya.

No comments:

Post a Comment