Jad adalah seorang lelaki keturunan Yahudi. Di
pertengahan hidupnya, ia memeluk agama Islam. Setelah bersyahadat, ia mengubah
namanya menjadi Jadullah Al-Qur'ani.
Jad pun memutuskan hidupnya untuk berkhidmat dalam dakwah
Islamiyah. Dia berdakwah ke negara-negara Afrika dan berjaya mengislamkan
jutaan orang.
Sejatinya, Ibunda Jadullah adalah Yahudi fanatik, seorang
pensyarah di salah satu lembaga tinggi. Namun di tahun 2005, dua tahun selepas
kematian Jadullah, ibunya memeluk agama Islam.
Ibunda Jadullah menuturkan, anaknya menghabiskan usianya
dengan berdakwah. Dia mengaku telah melakukan pelbagai cara untuk mengembalikan
anaknya pada agama Yahudi. Namun, selalu gagal.
'' Mengapa seorang Ibrahim yang tidak berpendidikan dapat
mengislamkan putraku,'' ujar ibu terheran-heran. Sedangkan dia yang
berpendidikan tinggi tak mampu menarik hati anaknya sendiri kepada agama
Yahudi.
***
Kisah Jad dan Ibrahim
Lima puluh tahun lalu di Perancis, Jad berjiran dengan
seorang lelaki Turki berusia 50 tahun. Lelaki tersebut bernama Ibrahim. Ia
mempunyai kedai makanan yang letaknya di dekat pangsapuri tempat keluarga Jad
tinggal. Saat itu usia Jad baru tujuh tahun.
Jad seringkali membeli keperluan rumah tangga di kedai
Ibrahim. Setiap kali akan meninggalkan kedai, Jad selalu mengambil coklat di
kedai Ibrahim tanpa izin alias mencuri.
Pada suatu hari, Jad lupa tak mengambil coklat seperti
biasa. Tiba-tiba, Ibrahim memanggilnya dan berkata bahawa Jad melupakan
coklatnya. Tentu saja Jad sangat terkejut, kerana ternyata selama ini Ibrahim
mengetahui coklatnya dicuri. Jad tak pernah menyedari hal tersebut, dia pun
kemudian meminta maaf dan takut Ibrahim akan melaporkan kenakalannya pada orang
tua Jad.
"Tak apa. Yang penting kamu berjanji tidak akan
mengambil apa-apa tanpa izin. Lalu, setiap kali kamu keluar dari sini, ambillah
coklat, itu semua milikmu!" ujar Ibrahim. Jad pun sangat gembira.
Waktu berlalu, tahun berubah. Ibrahim yang seorang Muslim
menjadi seorang teman bahkan seperti ayah bagi Jad, si anak Yahudi. Sudah
menjadi kebiasaan Jad, dia akan berunding pada Ibrahim setiap kali menghadapi
masalah.
Dan setiap kali Jad selesai bercerita, Ibrahim
mengeluarkan sebuah buku dari laci almari, memberikannya pada Jad dan
menyuruhnya membuka buku tersebut secara rawak. Saat Jad membukanya, Ibrahim
kemudian membaca dua helai dari buku tersebut kepada Jad dan memberikan nasihat
dan penyelesaian untuk masalah Jad. Hal tersebut terus terjadi.
Hingga berlalu 14 tahun, Jad telah menjadi seorang pemuda
tampan berusia 24 tahun. Sementara Ibrahim telah berusia 67 tahun.
Hari kematian Ibrahim pun tiba. Namun sebelum meninggal,
dia telah menyiapkan kotak berisi buku yang selalu dia baca acapkali Jad
berunding. Ibrahim menitipkannya kepada anak-anaknya untuk diberikan kepada Jad
sebagai sebuah hadiah.
Mendengar kematian Ibrahim, Jad sangat berduka dan
hatinya begitu tergoncang. Kerana selama ini, Ibrahim satu-satunya teman sejati
bagi Jad, yang selalu memberikan penyelesaian atas semua masalah yang
dihadapinya.
Selama 17 tahun, Ibrahim selalu mempelakukan Jad dengan
baik. Dia tak pernah memanggil Jad dengan "Hei Yahudi" atau "Hei
kafir" bahkan Ibrahim pun tak pernah mengajak Jad kepada agama Islam.
***
Hari berlalu, setiap kali ditimpa masalah, dia selalu teringat
Ibrahim. Jad pun kemudian cuba membuka laman buku pemberian Ibrahim. Namun,
buku tersebut berbahasa arab, Jad tak boleh membacanya. Ia pun pergi menemui
salah satu temannya yang berbangsa Tunisia. Jad meminta temannya tersebut untuk
membaca dua helai dari buku tersebut. Persis seperti apa yang biasa Ibrahim
lakukan untuk Jad.
Teman Jad pun kemudian membaca dan menjelaskan arti dua
lembar dari buku yang dia baca kepada Jad. Ternyata, apa yang dibaca sangat pas
pada masalah yang tengah dihadapi Jad. Temannya pun memberikan penyelesaian
untuk masalah Jad.
Rasa keingin tahuannya terhadap buku itu pun tak boleh
lagi dibendung. Ia pun bertanya pada kawannnya, "Arahan apakah ini?"
tanyanya. Temannya pun menjawab, "Ini adalah Al-Quran, kitab suci umat
Isam," ujarnya.
Jad tak percaya sekaligus merasa kagum. Jad pun kembali
bertanya, "Bagaimana cara menjadi seorang Muslim?"
Temannya menjawab, "Dengan mengucapkan syahadat dan
mengikuti syariat." Kemudian, Jad pun memeluk agama Islam.
Setelah menjadi Muslim, Jad menukar namanya menjadi
Jadullah Al-Qur'ani. Nama tersebut diambil sebagai ungkapan penghormatan kepada
Al-Quran yang begitu istimewa dan mampu menjawab semua permasalahan hidupnya
selama ini.
Sejak itu, Jad memutuskan untuk menghabiskan sisa hidupya
untuk menyebarkan ajaran yang ada pada Al-Quran.
Suatu hari, Jadullah membuka laman Al-Quran pemberian
Ibrahim dan mencari sebuah lembaran. Lembaran tersebut bergambar peta dunia,
ditandatangani Ibrahim dan bertuliskan ayat An-Nahl 125.
"Ajaklah ke jalan Tuhanmu dengan hikmah dan
pengajaran yang baik ..." Jad pun kemudian yakin bahawa lembaran tersebut
merupakan keinginan Ibrahim untuk dilaksanakan oleh Jad.
Jadullah pun meninggalkan Eropah dan pergi berdakwah ke
negara-negara Afrika. Salah satu negara yang dikunjunginya yakni Kenya, di
bahagian selatan Sudan di mana majoriti penduduk negara tersebut beragama
Kristian.
Jadullah berjaya mengislamkan lebih dari enam juta orang
dari suku Zolo. Jumlah ini hanya dari satu suku tersebut, belum lagi suku lain
yang berjaya dia Islamkan. Subhanallah.
sumber dari republika.co.id
ULASAN SAYA : kesini dulu..
Dari kisah ini ternafi segala dakwaan Tabligh yang
mendakwa hanya jemaah mereka sahaja buat kerja dakwah atau hanya dengan
menyertai jemaah mereka sahaja dakwah akan berhasil dan berbagai dakwaan lain
yang senada dengannya.
No comments:
Post a Comment