Sunday, December 2, 2012

JUNDULLAH vs KARKUN - siri 15



JUNDULLAH  7 October 2012 22:37

Orang bertanya kenapa kami menulis tentang ulama2 deobandi dan mendedahkan sejarah hitam mereka??

al jawab:

Dalam pengajian sirah nabawi perkara pertama yang akan kita pelajari atau diperkenalkan ialah sejarah sebelum kelahiran Rasul saw.Nama-nama tokoh yang akan kita kenali terlebih dahulu ialah datuk(Abdul Mutalib),lepas tu bapa (Abdullah),lepas tu Ibu(Aminah),lepas tu bapa saudara(Abu Talib)dan seterusnya.

Kita tidak mempelajari sirah nabawi secara tunggal sejarah hidup Muhammad salallahu alaihi wasallam seorang semata-mata tetapi sebaliknya akan dikaitkan dengan tokoh-tokoh sebelum itu sebagai satu kaedah pengenalan yang mantap dan berautoriti.

Maka begitu jugalah apabila kita ingin kenal atau mengkaji sejarah jemaah tabligh,bukan sahaja mesti kenal pengasasnya(maulana ilyas)tetapi wajib juga kenal susur jalur tokoh-tokoh penting di belakang beliau sehingga munculnya jemaah tabligh.

Ini adalah asas dalam ilmu pengkajian sejarah khususnya yang melibatkan agama islam.kejahilan dalam memahami kaedah asas ini akan menyebabkan lahirnya sejarah-sejarah palsu atau bertaraf Israeliyat.

Di samping itu sejarah itu mesti berfakta(hitam putih)samada dalam bentuk manuskrip,buku,risalah atau seumpamanya.sejarah bukan dicatatkan pada zaman sekarang tetapi ia dicatatkan dalam zaman ia berlaku atau selepas peristiwa itu berlaku oleh manusia yang hidup dizaman itu.

Contohnya tulisan Abul Hasan Ali an Nadwi dan Manzur Noomani dalam kitab masing-masing yang menulis sejarah hidup maulana Ilyas.

Kebanyakan tulisan karkun tabligh melayu yang menulis background maulana ilyas sering mengabaikan asas tersebut lalu secara sembrono menulis ikut nafsu ghuluw (taksub)sejarah maulana ilyas secara berlebihan mendewakan beliau tanpa dinyatakan sumber rujukan kitab dan seumpamanya.

Bila ditanya mereka gagal memberi jawapan yang ilmiah dan meyakinkan.
==========================================
Reply

JUNDULLAH  8 October 2012 22:27

Saya terbaca satu komen dalam satu blog karkun tabligh yang menonjol dengan no 313.beliau melahirkan rasa marah dan kecewa dengan tulisan kami dalam blog ini yang dianggap 'menghina' tabligh(sebenarnya kritik jemaah bukan kritik kerja tabligh tu)

Beliau yang sebelum ini mesra dengan ahli Pas di tempat beliau dan telah mendaftar sebagai pengundi untuk menyokong Pas serta telah mentashkil ramai karkun lain untuk turut sama menyokong Pas.Tetapi setelah membaca artikel dalam blog ini,beliau telah ambil keputusan untuk BOIKOT dan menyeru karkun lain untuk ikut jejak beliau.

KOMEN KAMI:

Kami sebenarnya telah menjangka bahwa beginilah sikap orang yang suka atau sokong sesuatu itu berdasarkan sentimen atau isu.Sikap seperti ini mengingatkan kami kepada Abu Jahal and the gang yang menyanjung dan memuja Nabi saw sebelum baginda diutus sebagai Rasul sehingga di beri gelaran al amin tetapi sebaik sahaja turun wahyu yang pertama dan seterusnya perintah berdakwah pada wahyu kedua,MAKA BELIAULAH(ABU JAHAL)MUSUH NABI NO 1 YANG MENENTANG KUAT BAHKAN MEMBOIKOT KELUARGA NABI DAN PARA SAHABAT.

Peristiwa itu berulang kembali dizaman moden ini tapi namanya berbeza iaitu JEMAAH TABLIGH.Kalau sidang pembaca ingin tahu boleh klik link azharjaafar313.blogspot.com bawah tajuk WALI DAN TABLIGH.Ada satu komen dari satu hamba Allah yang kami maksudkan itu.

Itulah sebabnya islam mementingkan sangat bab ILMU INI kerana ia membezakan orang alim dengan orang jahil.Syaitan lebih takut orang berilmu yang tidur daripada orang jahil yang kuat ibadat sebab dengan ilmu dapat mengetahui tipudaya syaitan.

Menyokong sesuatu dengan ilmu yang sahih dan mantap akan melahirkan istiqomah dan keikhlasan yang jitu.

Sepatunya orang tabligh yang membaca pendedahan dalam blog TAK PERLU KECEWA DAN KECIL HATI SEPATUTNYA MUHASABAH DAN CHECK BALIK SEJARAH SEBENAR BAGAIMANA TERTUBUHNYA JEMAAH TABLIGH ITU.

SEMAK APA YANG KAMI DEDAHKAN INI SAMADA BETUL ATAU FITNAH.KALAU FITNAH SILA NYATAKAN DARI SUDUT MANA BERSERTA DENGAN BUKTI SEKALI.BUKAN HANYA MENDAKWA FITNAH TAPI BUKTINYA TIDAK DILAMPIRKAN.

Contohnya kami lampirkan(scan) kitab MALFOOZAT Maulana Ilyas yang menyatakan "aku memperolehi kaedah bertabligh ini melalui mimpi tafsir surah ali imran ayat 110".

ADAKAH BUKTI DAN FAKTA INI DITUDUH SEBAGAI FITNAH??

Pening kami dengan orang tabligh ni....
mereka tak dapat beza antara fitnah dan kebenaran...kesihan..
==========================================
Reply
JUNDULLAH  8 October 2012 22:54

saya nak ubah ayat dalam posting terbaru blog mutaligat :

'DI KALA ORANG NON MUSLIM(CINA,INDIA,KRISTIAN DLL) SOKONG PAS(KERANA KEBENARAN ISLAM YANG DIBAWA) TIBA-TIBA ADA ORANG ISLAM(JEMAAH TABLIGH) NAK BOIKOT PAS'.hu..hu..hu

Daripada Ibu Abbas r.a, Nabi s.a.w bersabda:

.........Dan ketahuilah sekiranya seluruh umat berhimpun untuk memberi sesuatu manfaat kepada engkau, mereka tidak akan dapat berbuat demikian sedikitpun melainkan dengan sesuatu yang telah ALLAH tetapkan kepada kamu; sekiranya mereka berhimpun untuk memudaratkan kamu, mereka tidak akan dapat berbuat demikian sedikitpun melainkan dengan sesuatu yang telah ALLAH tetapkan ke atas kamu. Telah pun diangkat dan segala pena dan telah keringlah segala buku. (segalanya telah di tetapkan oleh takdir dan di tulis di Luh Mahfuz)."

(riwayat al-Tarmizi dan Ahmad)

Allah jualah yang berkuasa membolak-balik hati manusia.Hal ini telah terbukti berlaku di Mesir dan Palestine.
=============================================
Reply
M.Dzulcar9  9 October 2012 08:56

Salam;

Cerita biar smp habis tuan, nie ambil tengah2, kalau berani biarlah post komen ana dekat blog tuan biar kita dapat berhujah...

Teringat pula kata2 ulama' PAS bila TABLIGH diharamkan di Melaka. Tak pernah ada satu negara di dunia pun yang fatwa haramkan TABLIGH kecuali Malaysia (Melaka)

Di kala seluruh dunia menerima usaha Nabi SAW ini, ada pula sekumpulan kecil di sini yang tak menyokong....kebanyakan hujah anta dah dijawab oleh ulama' kami dan yang menyokong usaha yang mulia ini

Kami pun pening dengan anta seorang ni...

Kami doakan anta mendapat hidayah untuk Allah beri faham.

Usaha ini bukanlah untuk berdebat tapi semata2 untuk mengerakkan ummat ni atas Sabdaan Nabi SAW mafhumnya

"Sampaikanlah dariku walaupun sepotong ayat".

Di kala kita sedang sibuk menulis ni, berapa ramai umat di luar sana yang mati tanpa kenal Kalimah (umpamanya semasa ana keluar di Sabah). Wpun masih belajar kat U, sibuk orang sana panggil kita ustaz semata2 nak suruh ajar mereka Solah. Sehingga ada satu ketika tu, kita tashkil mereka ke surau tp semuanya tak nak masuk, rupanya semua faham ada hadas besar tak boleh masuk masjid tp tak tahu cara nak mandi. Lalu Amir Sab ajar cara nak mandi dan minta ramai2 terjun dalam sungai kat depan Masjid dan kemudian ajak mereka memakmurkan masjid

Di kala kita berhujah panjang berjela2 di sini, masih ramai lagi ummat di luar sana yang masih dok sabung ayam masa azan maghrib...dan lagi sedih mati tanpa Kalimah...

Ini tanggungjawab kita semua, kita 'tanggung' di dunia dan kita 'jawab' di akhirat nanti
===========================================
Reply
JUNDULLAH  10 October 2012 13:49

Perumpamaan yang boleh ditamsilkan dalam kita menilai jemaah tabligh ialah seperti membezakan antara DUIT TULIN DENGAN DUIT PALSU.

'Duit TULIN' mewakili manhaj ASWJ manakala 'duit palsu'mewakili jemaah tabligh.Bukan senang@mudah untuk kita mengenali duit palsu sekiranya hanya sekali pandang seperti terjumpa duit ketika sedang berjalan di kaki lima.

Melihat dari jauh(anggaran jarak 1 meter) memang kita akan kenal kertas tersebut sebagai duit tetapi untuk memastikan samada dia asli atau palsu perlu diambil duit tersebut,dipegang,dibelek-belek dan yang paling penting mengambil duit yang asli untuk dibuat perbandingan (compare).

Setelah semua perkara diatas dilakukan,barulah kita tahu bahawa duit yang baru dijumpai itu adalah duit palsu atau tidak.Kepayahan untuk mengenal pasti samada ia tulin atau palsu adalah kerana ia sangat mirip atau 99% hampir sama.Hanya 1% sahaja yang membezakannya.

Maka begitulah juga dalam kita hendak mengenal jemaah tabligh.Ilmu asas yang wajib ada ialah ilmu aqidah.kami dah jelaskan definasi atau takrif apa itu aqidah islamiyah(aswj) pada komen yang lalu.

Dengan pengetahuan itulah kita mengenal adakah jemaah tabligh ini 'duit yang tulin' atau 'duit palsu'.Ini kerana hendak MENGESAN' perbezaan itu bukan hanya sekilas pandang(tengok luaran)tetapi mesti mengenal dahulu ciri-ciri 'duit palsu' dan ciri-ciri 'duit yang tulin'.

Oleh kerana persamaannya 99% hampir sama meyebabkan ramai orang tertipu dan terpedaya.Saya ada pengalaman berkawan dengan seorang pengikut Qadiani tahun 90an dahulu kerana company dia hampir dengan pejabat saya.Pada awalnya memang saya tak tahu dia berfahaman Qadiani.

Satu hari ketika naik satu kenderaan bersama lalu kami mula berborak dan apabila saya buka satu tajuk perbualan,akhirnya terdedahlah 'KEQADIYANIAN'NYA.

Dari pengalaman itu mengajar saya bahwa hendak menghukum sesuatu itu perlu dengan kajian BUKAN semata-mata melihat sisi lahiriah sahaja.Begitulah kami lakukan kepada jemaah tabligh.

Kami 'korek' sejarah mereka hingga ke akar umbi untuk mengenali hakikat sebenar kewujudan jemaah tabligh ini.Berdasarkan kitab-kitab ulama mereka yang discan dalam blog ini maka terbukalah apa yang terselindung sebelum ini.
=============================================
Reply
JUNDULLAH  9 October 2012 22:37

anda tulis:

"Cerita biar smp habis tuan, nie ambil tengah2, kalau berani biarlah post komen ana dekat blog tuan biar kita dapat berhujah..."

kami jawab:

Tu sebab kami sertakan sekali link dia supaya semua pembaca boleh baca text asal....

anda tulis:

"Di kala seluruh dunia menerima usaha Nabi SAW ini, ada pula sekumpulan kecil di sini yang tak menyokong....kebanyakan hujah anta dah dijawab oleh ulama' kami dan yang menyokong usaha yang mulia ini"

kami jawab:

Nampak sangat anda tak baca semua posting kami bawah label tabligh.Anda nak buat 'dakwah'...silakan kami tak halang cuma yang kami kritik adalah penafsiran agama dan masalah aqidah JT.sila semak balik semua posting kami...

Kami tidak ada masalah dengan kerja buat group anda nak ajak orang ke masjid ke,ajar mandi wajib dan sebagainya.teruskan kerja tersebut tetapi IA AKAN JADI AMAL YANG SIA-SIA (TAK DAPAT PAHALA) KERANA ia tidak berasaskan aqidah yang benar ASWJ.
=====================================================
Reply
M.Dzulcar9  10 October 2012 18:07

Salam Tn Jundullah;

Alhamdulillah tn tiada halangan untuk menyokong usaha menyokong memakmurkan masjid dan menarik golongan muda-mudi dari rumah ke rumah, pintu ke pintu, lorong ke lorong untuk buat hubungan dengan masjid yang umumnya dilaksanakan oleh jemaah usaha atas iman dan amal ini...

Bila Ulama' meminta Sheikh Yusuf rah (amir jemaah usaha atas iman yang yang kedua) untuk datangkan satu buku berkenaan tertib kerja dakwah ini, lalu Sheikh Yusuf rah telah bentangkan kepada mereka kitab Hayatus Sohabah (kisah kehidupan Sahabat Nabi SAW) yang beliau tulis dengan izin Allah. Lalu sheikh Yusuf rah berkata kepada Ulama' bahawa inilah rujukan untuk tertib usaha Nabi SAW. Sheikh Yusuf rah hendak Ulama' faham bahawa usaha ini bukan tertib nizamuddin, bukan tertib ulama' deobandi, bukan tertib Sheikh Ilyas rah, bukan tertib india,bukan juga usaha raiwind pakistan. Usaha ini tertibnya nak jadikan usaha Nabi SAW dan Para Sahabat Nabi r.a sebagai tertib kita, usaha saya, tn, dan umat seluruh alam...

Penantian 70 Tahun

Bayan Jamaah Australia di Masjid Sri Petaling, Malaysia, 4 Muharam 1429 selepas Maghrib.

Pada abad 18 masehi, Inggris telah menduduki Australia dan mendapati ada 3 buah gurun yang besar di sana. Untuk menyelesaikan masalah pengangkutan mereka telah membawa 120 ekor unta sebagai pengangkut barang-barang di padang pasir. Oleh kerana mereka tidak tahu mengendalikan unta maka mereka membawa pekerja rodi dari India yang kebanyakannya berketurunan muslim afghan. Di kalangan para pekerja ini terdapat beberapa ulama ulama. Ulama-ulama ini telah membangun 60 masjid dan 3 diantaranya berusia lebih 100 tahun masih bertahan sehingga kini. Malangnya saat usaha dakwah ditinggalkan, keturunan dari mereka ini tidak kenal Islam walaupun nama-nama mereka mirip nama-nama Islam.

Laporan satu jamaah lagi yang bergerak di Thursday Island. Di sana, 90% penduduknya adalah keturunan Islam. Tetapi amalan Islam telah lenyap dari diri mereka. Jemaah telah dibawa berjumpa seorang lagi wanita tua berusia lebih 80 tahun. Tatkala wanita tua itu melihat rombongan jamaah (yang dalam keadaan berjanggut, berjubah, bersorban), kemudian ia menjerit dengan mangatakan, ‘Muslim has come, muslim has come.’(muslim telah datang! muslim telah datang!).

Dengan bersemangat wanita tua itu mengeluarkan sebuah tas dari bawah katil dan menunjukkan kepada jemaah peninggalan bapaknya berupa sajadah dan beberapa kitab shalawat. Perempuan tua itu bercerita saat ia berusia 10 tahun, bapaknya meninggal dunia. Sebelum itu bapaknya sempat berwasiat, ‘You don’t be worry my child. Don’t be sad and don’t be afraid… Muslim will come and take of you because muslim are always taking care of each other.’(Kamu jangan khawatir atau takut, dan jangan pula bersedih hati, Muslim akan datang dan mengurus kamu karena muslim adalah saling menjaga satu sama lain”).

Perempuan tua itu menambah, ‘And I have been waiting for you (muslim) for 70 years.’ (“Dan saya telah menunggu kamu selama 70 tahun).
*Pembayan mengeluarkan airmata terisak-isak. Juga, kami yang dengar bayan).

Pembayan memberi laporan bahwa beliau telah berpindah ke Australia dari Tanah Arab pada tahun 1968. Walaupun ada 80 ribu orang Islam di Melbourne tetapi hanya ada 1 masjid saja. Itupun hanya dibuka 2 kali setahun untuk shalat Ied. Shalat Jum’at hanya didirikan oleh 3-4 orang disebuah surau yang lain. Beliu ada mendengar laporan bahwa jemaah pertama dihantar ke Australia adalah pada tahun 1962. Jemaah ini hanya mampu menangis dan berdoa kala melihat keadaan agama pada umat.

Amal-amal masjid telah dihidupkan. Jamaah-jamaah telah dikirim untuk dakwah dan usaha telah berkembang. Alhamdulillah sekarang telah ada lebih 80 masjid dan surau di Melbourne. Madrasah-madrasah telah wujud. Anak-ank yang dulunya belajar di madrasah sekarang telah mengajar pula. Pembayan berkata dengan matanya sendiri dia dapat melihat apabila dakwah ditinggalkan, dari keturunan ulama sekalipun akan lahir orang-orang kufar. Apabila dakwah dijalankan, meskipun dari keturunan kufar, lahirnya ulama.
==============================================
Reply
JUNDULLAH  10 October 2012 21:42

Kami sebenarnya sedih dgn menteliti cara berfikir org tabligh.bila dihentam,mereka tuduh kami hina 'kerja nabi'.bila kami sokong mereka dgn bangga kata kami suka jt.situasi Jt dgn kerja dakwah umpama kereta dgn pemandu.

Anda tak nak jawab ke fatwa sesat tabligh oleh NU Indonesia??

UMNO DIKENALI SBG PARTI ASSOBIYAH(SESAT) BUKAN ZAMAN NAJIB TAPI SEJAK AWAL DITUBUHKAN TAHUN 1946.BEGITU JUGA JEMAAH TABLIGH DIHUKUM SESAT SEJAK AWAL PENUBUHANNYA BUKAN ZAMAN M.YUSOF.

SEBABNYA KERANA MATHOD BERTABLIGH DAPAT DALAM MIMPI.MCM ANAK LUAR NIKAH HASIL ZINA AKAN KEKAL STATUSNYA SAMPAI MATI WALAUPUN DIA BUAT BANYAK KEBAIKAN NAMUN IA TIDAK MAMPU UBAH STATUS ITU.

BEGITU JUGA DGN JT.WALAUPUN M.YUSOF TULIS KITAB HADITH BERJILID2PUN IA TIDAK DPT UBAH STATUS JT YG SESAT ITU SEBAB IA LAHIR DARI MIMPI.
=============================================

Fuad Akmal  17 November 2012 22:12
sabaq akhi M.Dzulcar9,jgn emosi,kita terima segala kritikan tuan blog ini sebagai satu sikap yg flexible.Kita di anjurkan supaya menghormati pandangan orang lain,hujah di balas hujah.Jangan beremosi dan jangan termakan sentimen yang di mainkan oleh tuan blog ini.

Tentang Fatwa NU Indonesia,ana nak tanya,adalah fatwa itu mewakili jumhur ulama di Indonesia.Sama juga situasinya di malaysia,apabila majlis Fatwa Kebangsaan mengeluarkan fatwa bahawa haram perhimpunan Bersih 3.0...tetapi ???anta(tuan blog ) boleh fikirkan.

No comments:

Post a Comment