Pelindung Kepala Rasulullah SAW
Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam selesa
dengan sentiasa memakai penutup kepala. Kebiasaannya Baginda mengenakan apa
yang dipanggil ‘Qalansuah’ (kopiah) sama ada dengan ‘Imamah’
(serban) atau tanpa serban. Pada waktu-waktu tertentu BagindaSallallahu Alaihi
Wasallam turut memakai ‘Qithri’ (mafla / selandang) di kepala
terutama pada cuaca panas dan berdebu. Baginda juga ada memakai topi besi
sewaktu peperangan.
Terdapat banyak hadis menceritakan mengenai serban
Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam serta ciri-cirinya. Antaranya:
Bentuk Serban
Bentuk kopiah atau serban yang dipakai oleh Rasulullah Sallallahu
Alaihi Wasallam adalah melonjong dan runcing ke atas. Kain ‘Imamah’
(serban) yang dililitkan pula separuh daripada ketinggian kopiah dan berekor di
belakang separas belikat. Topi besi BagindaSallallahu Alaihi Wasallam juga
turut berbentuk sebegini.
As-Sahab
Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam mempunyai
serban yang dikenali sebagai ‘as-sahab’ (awan) yang diberikan
kepada Sayyidina Ali r.a. Kadang-kadang Ali r.a. datang dengan memakai
‘as-sahab’. Lalu Nabi SAW bersabda, “Datang Ali kepadamu dengan memakai
as-sahab.”
Serban Rasulullah Sallallahu Alaihi
Wasallam di Muzium Topkapi Turki. Kerajaan Uthmaniyyah banyak mewarisi
khazanah Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam.
Serban Hitam
Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam kerap
dilihat mengenakan serban berwarna hitam.
“Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam memasuki
kota Makkah pada waktu Fathu Makkah (pembebasan kota Makkah), Baginda memakai
serban hitam.” (Diriwayatkan oleh Muhammad bin Basyar, dari Abdurrahman
bin Mahdi, dari Hammad bin Salamah. Hadis ini pun diriwayatkan pula oleh Mahmud
bin Ghailan, dari Waki, dari Hammad bin Salamah, dari Abi Zubair yang bersumber
dari Jabir r.a.)
Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam juga
suka berserban hitam ketika berpidato, bagi menunjukkan rasa rendah diri
Baginda. “Sesungguhnya Nabi Sallallahu Alaihi Wasallamberpidato di
hadapan umat, Baginda memakai serban hitam.” (Diriwayatkan oleh Mahmud bin
Ghailan dan diriwayatkan pula oleh Yusuf bin Isa, keduanya menerima dari Waki’,
dari Musawir al Waraq, dari Ja’far bin Amr bin Huraits yang bersumber dari
bapanya.)
“Saya pernah melihat Rasulullah Sallallahu Alaihi
Wasallam di atas mimbar, dan dikepalanya terdapat serban hitam yang
Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam julurkan kedua hujungnya di antara
kedua bahu Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam.” (Hadis diriwayatkan
oleh Muslim r.a, Abu Daud r.a dan an-Nasaei r.a.)
Amr bin Huraits berkata: “Aku melihat serban hitam
di atas kepala Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam.” (HR. Tarmidzi
r.a.)
Minyak Rambut
Baginda juga pernah menggunakan minyak rambut sebelum
mengenakan serban. Ibnu Abbas r.a. menyatakan: “Sesungguhnya Nabi Muhammad Sallallahu
Alaihi Wasallamberpidato di hadapan ummat. Waktu itu Baginda mengenakan serban,
dan serbannya ada kesan minyak rambut.” (HR. At-Tarmidzi dan Ibnu ‘Abbas)
Kedudukan Ekor Serban
Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam memakai
serban dengan memulakan sebelah kanan dan membukanya dengan memulakan sebelah
kirinya. Sewaktu berserban, biasanya BagindaSallallahu Alaihi Wasallam melepaskan
hujung serban ke belakang iaitu di antara dua belikat Baginda.
Dalam sebuah riwayat yang bersumber dari Ibnu ‘Umar ra.
dikemukakan : “Apabila NabiSallallahu Alaihi Wasallam memakai serban,
maka dilepaskannya ujung serbannya di antara kedua belikat Baginda.” Kemudian
Nafi’ berkata: “Ibnu ‘Umar juga berbuat begitu.” ‘Ubaidullah berkata: “Kulihat
al-Qasim bin Muhammad dan Salim, keduanya juga berbuat demikian.” (HR.
Tarmidzi. Diriwayatkan oleh Harun bin Ishaq al Hamdzani, dari Yahya bin
Muhammad al-Madini, dari Abdul Aziz bin Muhammad, dari Ubaidullah bin Umar,
dari Nafi’, yang bersumber dari Ibnu ‘Umar.)
Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam juga ada
melepaskan ekor serban kanan dan adakalanya ke kiri yang menjadi ikutan dan
amalan alim ulama.
No comments:
Post a Comment