Wednesday, October 24, 2012

Pembinaan semula Baitullah



Pembinaan semula Baitullah dan seruan haji

Riwayat dari Ibnu Abbas r.a.,
Apabila taufan Nabi Nuh a.s. melanda dan ditenggelamkan kaumnya, diangkatkan Baitullah yang dibina oleh Nabi Adam a.s. ke langit ke empat.

Nabi Nuh berdoa supaya dihapuskan semua umatnya, tanpa tinggal seorang pun kerana penyakit kufur dan syirik sangat bahaya jika membiak.
Nuh [26] Dan Nabi Nuh (merayu lagi dengan) berkata: Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan seorangpun dari orang-orang kafir itu hidup di atas muka bumi!

Semua Nabi telah menggunakan doa mereka (yang “special” – doa khusus) kecuali Nabi Muhammad s.a.w. Baginda Junjungan Mulia telah menyimpan doanya untuk menyelamatkan umatnya.

Diriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a katanya: Nabi s.a.w bersabda: Setiap Nabi mempunyai doa-doa yang didoakan untuk umatnya, sesungguhnya aku menyimpan doaku sebagai syafaat untuk umatku pada Hari Kiamat

Lalu doa Nabi Nuh dimakbulkan dan didatangkan taufan:.
Al-Anbiyaa [76] Dan (sebutkanlah peristiwa) Nabi Nuh, ketika dia menyeru (berdoa kepada Kami) sebelum (Nabi-nabi yang tersebut) itu, lalu Kami perkenankan doanya...Hud[40]  

(Nabi Nuh terus bekerja) sehingga apabila datang hukum Kami untuk membinasakan merekadan air memancut-mancut dari muka bumi (yang menandakan kedatangan taufan),

Kemudian Allah s.w. menyuruh Nabi Ibrahim a.s. pergi ke tempat Baitullah dan membina kembali Kaabah di atas bekasnya (tapaknya yang asal). Maka Nabi Ibrahim pergilah ke sana dan tidak dapat melihat tapaknya yang telah tersembunyi. Lalu Allah s.w.t menggerakkan awan ke atas Baitullah Al-Haram pada kadar panjang dan lebarnya. Pada awan itu ada kepala, dua matanya dan lidahnya berkata-kata : Wahai Ibrahim bina olehmu ke atas kadarku “

Dalam riwayat yang lain, diturunkan hujan lebat dan air deras untuk meleraikan pasir dan batu dan menampakkan tapak Kaabah. Maka diperbuat asasnya iaitu dindingnya atas kadar awan itu, dan pergilah awan itu.
Mematuhi perintah Allah, Nabi Ibrahim dan anaknya, Nabi Ismail membina semula Kaabah di atas timbunan batu dan tanah liat daripada bekas binaan Kaabah yang runtuh akibat banjir dan taufan pada zaman Nabi Nuh.

Kemudian Nabi Ibrahim tawaf sebanyak tujuh kali dan Allah s.w.t mewahyukan kepadanya supaya menyeru kepada manusia untuk mengerjakan haji. AL-Hajj [27] Dan serukanlah umat manusia untuk mengerjakan ibadat Haji, nescaya mereka akan datang ke (rumah Tuhanmu) dengan berjalan kaki dan dengan menunggang berjenis-jenis unta yang kurus yang datangnya dari berbagai jalan (dan ceruk rantau) yang jauh

Nabi Ibrahim bertanya kepada Allah “Wahai Tuhanku, sampai ke manalah suara aku? FirmanNya: “Hai Ibrahim! Tugas engkau menyeru dan aku akan menyampaikannya.
Sesetengah orang beralasan “belum sampai seru” untuk mengerjakan haji. “Belum sampai seru” bukan alasan untuk menangguhkan ibadat haji kerana seruan haji sudah lama disampaikan oleh Allah melalui Nabi Ibrahim secara zahirnya.

Orang yang melakukan haji akan membaca talbiah (Labbaikallah) yang bermaksud “Aku telah menyahut seruanMu untuk menunaikan Haji, wahai Tuhanku!

Maka naiklah Nabi Ibrahim ke atas Jabal Qubais, (ada yang kata di Safa, ada yang kata di atas batu maqam Nabi Ibrahim) dan menyeru ” Ya ibadallah(hamba Allah)! Sesungguhnya tuhan kamu telah membina rumah dan menyuruh kamu mengerjakan haji, maka datanglah kamu untuk mengerjakan haji.” Maka Allah memperdengarkan kepada semua yang ada di bumi. Lalu dijawab oleh manusia, jin, batu, kayu, bukit, pasir, tiap yang basah dan kering daripada Masyriq dan Maghrib, dan yang ada di dalam perut ibunya dan sulbi bapanya:

Aku menyahut seruanMu,wahai Tuhanku! Aku menyahut seruanMu,wahai Tuhanku! Aku menyahut seruanMu,wahai Tuhanku! Tiada sekutu bagiMu, Aku menyahut seruanMu,wahai Tuhanku!Sesungguhnya segala pujian dan kenikmatan bagiMu dan juga kerajaan, tiada sekutu bagiMU.

Maka yang menjawab sekali, haji lah dia sekali. Dan yang menjawab dua kali, maka dua kalilah dia haji. Yang menjawab lebih dari itu, maka ia haji mengikut kadar jawabnya.
Mengikut riwayat yang boleh dipercayai, siapa yang haji sebanyak 3 kali tidak dimasukkan ke dalam neraka, sekiranya dilakukan mengikut disiplin-disiplin haji dan duit yang halal. Imam Abu Hanifah haji sebanyak 55 kali. Wajib bagi orang yang sihat, cukup bekal buat haji sekali seumur hidup.

” Nabi Muhammad saw bersabda yang bermaksud, barangsiapa yang berkemampuan tetapi sengaja tidak mahu menunaikan ibadat haji maka apabila meninggal dunia maka dia mati sebagai Yahudi atau Nasrani kerana engkar perintah Allah,”

Tunaikan Umrah disini

No comments:

Post a Comment