Di zaman Nabi Musa ada seorang kaya yang
sentiasa menolong orang termasuk nabi Musa sendiri. Lalu Nabi Musa bertanya
kepadanya tentang apa yang boleh dilakukan untuknya (sebagai menghargai pertolongannya).
Orang kaya itu mengatakan bahawa dia sudah memiliki apa yang diingini, cuma
yang belum dimiliki ialah seorang anak lelaki bagi mewarisi kekayaannya.
Lalu Nabi Musa bermunajat (berdoa kepada Allah)
di Bukit Thur bagi memohon hajat orang kaya tersebut. Lalu Allah s.w.t. memberi
jawaban, “Ia belum tertulis di Loh Mahfuz”. Setelah mendengar jawaban itu, nabi
Musa kembali memberitahu orang kaya tersebut, dan dia redha dan akur dengannya.
Selepas itu, datang seorang fakir meminta
sedekah dari orang kaya itu. Setelah diberi bantuan, fakir itu
bertanya tentang apa yang boleh dilakukan untuknya (sebagai menghargai
pertolongannya). Orang kaya itu menyatakan hajat yang sama, iaitu seorang anak
lelaki. Lalu fakir itu berdoa sambil menyapu sampah dijalanan denagan
tongkatnya supaya Allah memperkenankan permintaan orang kaya itu.
Fakir dalam istilah feqah ialah miskin. Fakir
dari sudut tariqat ialah wali. Fakir itu sebenarnya seorang wali.
9 bulan selepas itu makbullah permintaan fakir
tadi, orang kaya itu mendapat seorang anak lelaki. Nabi Musa merasa hairan,
lalu bertanya kepada Allah bagaimana perkara itu boleh berlaku sedangkan ianya
belum tertulis di Loh Mahfuz. Sebelum menjawab soalan itu, Allah menyuruh Nabi
Musa pergi mencari daging manusia (orang yang sanggup memotong dagingnya
sendiri dan memberinya kepada Allah).
Lalu Nabi Musa pergi berjalan mencari orang
yang sanggup memotong dagingnya sendiri untuk Allah. Semuanya tidak sanggup
dengan memberi alasan masing-masing. Akhirnya bertemulah Nabi Musa dengan fakir
tadi. “Duduklah wahai Nabi Allah” kata fakir itu, lalu diletakkan beg galas
Nabi Musa. Setelah dinyatakan hajatnya kepada fakir itu, dia berkata “Kalau
tuhan mahu, takkan kita tak boleh bagi, ambillah dagingku”. Diambil pisau dari
beg Nabi Musa, lalu dipotong daging dari paha kanan dan paha kirinya.
Setelah mendapat daging itu Nabi Musa kembali
menghadap Allah s.w.t dan menceritakan perkara tersebut. Maka jawab
Allah, kalau orang itu sanggup memberi kerana aku, bagaimana aku hendak
menolak permintaannya (doanya agar orang kaya itu diberikan anak lelaki).
Doa fakir itu telah dimakbulkan dan Allah telah mengubah apa yang tertulis di
Loh Mahfuz, seperti mana firman Allah, “yam hullah huma yasa’: Ar-Ra’d [39]
Allah menghapuskan apa jua
yang dikehendakiNya…
Fakir itu telah menjadikan dirinya “hak Allah“.
Dalam satu hadith, nabi s.a.w bersabda “Siapa jadi hak Allah, Allah jadi
haknya” seperti dalam kisah Rabiah dari Basrah.
No comments:
Post a Comment