FIRMAN-FIRMAN ALLAH
اللَّهُ الَّذِي خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ وَمَا
بَيْنَهُمَا فِي سِتَّةِ أَيَّامٍ ثُمَّ اسْتَوَى عَلَى الْعَرْشِ مَا لَكُمْ مِنْ
دُونِهِ مِنْ وَلِيٍّ وَلَا شَفِيعٍ أَفَلَا تَتَذَكَّرُونَ
Ertinya: Allah Tuhan yang menciptakan langit dan bumi serta segala
yang ada di antara keduanya dalam enam masa, kemudian Ia bersemayam di atas
Arasy; kamu tidak akan beroleh sebarang penolong dan pemberi syafaat selain
dari Allah; oleh itu tidakkah kamu mahu insaf dan mengambil iktibar (untuk
mencapai keredaanNya)? (al-Sajdah[32:4]).
SUSUN
ATUR KEJADIAN ALAM
قُلْ أَئِنَّكُمْ لَتَكْفُرُونَ بِالَّذِي
خَلَقَ الْأَرْضَ فِي يَوْمَيْنِ وَتَجْعَلُونَ لَهُ أَنْدَادًا ذَلِكَ رَبُّ
الْعَالَمِينَ (9) وَجَعَلَ فِيهَا رَوَاسِيَ مِنْ فَوْقِهَا وَبَارَكَ فِيهَا
وَقَدَّرَ فِيهَا أَقْوَاتَهَا فِي أَرْبَعَةِ أَيَّامٍ سَوَاءً لِلسَّائِلِينَ
(10) ثُمَّ اسْتَوَى إِلَى السَّمَاءِ وَهِيَ دُخَانٌ فَقَالَ لَهَا وَلِلْأَرْضِ
اِئْتِيَا طَوْعًا أَوْ كَرْهًا قَالَتَا أَتَيْنَا طَائِعِينَ (11)
فَقَضَاهُنَّ سَبْعَ سَمَوَاتٍ فِي يَوْمَيْنِ وَأَوْحَى فِي كُلِّ سَمَاءٍ
أَمْرَهَا وَزَيَّنَّا السَّمَاءَ الدُّنْيَا بِمَصَابِيحَ وَحِفْظًا ذَلِكَ
تَقْدِيرُ الْعَزِيزِ الْعَلِيمِ (12)
Ertinya:
Katakanlah (wahai Muhammad): “Sesungguhnya tidak patut kamu kufur kepada Tuhan
yang menciptakan bumi dalam dua masa, dan kamu adakan sekutu-sekutu bagiNya!
Yang demikian (sifatNya dan kekuasaanNya) ialah Allah Tuhan sekalian alam, Dan
Ia menjadikan di bumi gunung-ganang yang menetapnya (tersergam tinggi) di
atasnya, serta Ia melimpahkan berkat padanya, dan Ia menentukan ada padaNya
bahan-bahan keperluan hidup penduduknya, sekadar yang menyamai hajat yang
diminta dan dikehendaki oleh keadaan mereka; (semuanya itu berlaku) dalam empat
masa. Kemudian Ia menunjukkan kehendakNya ke arah (bahan-bahan) langit sedang
langit itu masih berupa asap; lalu Ia berfirman kepadanya dan kepada bumi:
“Turutlah kamu berdua akan perintahKu, sama ada dengan sukarela atau dengan
paksa!” Keduanya menjawab: “Kami berdua sedia menurut – patuh dengan sukarela.”
Lalu Ia menjadikannya tujuh langit, dalam dua masa; dan Ia memberitahu kepada
tiap-tiap langit akan urusan dan keperluannya masing-masing. Dan Kami hiasi
langit yang dekat (pada pandangan mata penduduk bumi) dengan bintang-bintang
yang bersinar cemerlang serta memelihara langit itu dengan sebaik-baiknya.
Demikianlah ketentuan Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui
(Fussilat[41:9-12]).
أَأَنْتُمْ أَشَدُّ خَلْقًا أَمِ السَّمَاءُ بَنَاهَا (27)
رَفَعَ سَمْكَهَا فَسَوَّاهَا (28) وَأَغْطَشَ لَيْلَهَا وَأَخْرَجَ ضُحَاهَا (29)
وَالْأَرْضَ بَعْدَ ذَلِكَ دَحَاهَا (30) أَخْرَجَ مِنْهَا مَاءَهَا وَمَرْعَاهَا
(31) وَالْجِبَالَ أَرْسَاهَا (32) مَتَاعًا لَكُمْ وَلِأَنْعَامِكُمْ (33)
Ertinya: (Wahai golongan yang ingkarkan kebangkitan hidup semula!)
Kamukah yang sukar diciptakan atau langit? Tuhan telah membinanya (dengan
Kukuh)! Ia telah meninggikan bangunan langit itu lalu menyempurnaKannya, Dan Ia
menjadikan malamnya gelap-gelita, serta menjadikan siangnya
terang-benderang. Dan bumi sesudah itu dihamparkannya (untuk kemudahan
penduduknya), – Ia mengeluarkan dari bumi itu: airnya dan tumbuh-tumbuhannya;
Dan gunung-ganang pula dikukuhkan letaknya (di bumi, sebagai pancang pasak yang
menetapnya); (Semuanya itu) untuk kegunaan kamu dan binatang-binatang ternak kamu
(al-Nazi’at[79:27-33]).
TEORI
BIG BANG
أَوَلَمْ يَرَ الَّذِينَ كَفَرُوا أَنَّ السَّمَاوَاتِ
وَالْأَرْضَ كَانَتَا رَتْقًا فَفَتَقْنَاهُمَا وَجَعَلْنَا مِنَ الْمَاءِ كُلَّ
شَيْءٍ حَيٍّ أَفَلَا يُؤْمِنُونَ (30)
Ertinya: Dan tidakkah orang-orang kafir itu memikirkan dan
mempercayai bahawa sesungguhnya langit dan bumi itu pada asal mulanya bercantum
(sebagai benda yang satu), lalu Kami pisahkan antara keduanya? Dan Kami
jadikan dari air, tiap-tiap benda yang hidup? Maka mengapa mereka tidak mahu
beriman? (al-Anbiya’[21:30]).
ARASY
& AIR SEBAGAI MAKHLUK TERAWAL DICIPTA
وَهُوَ الَّذِي خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ فِي
سِتَّةِ أَيَّامٍ وَكَانَ عَرْشُهُ عَلَى الْمَاءِ لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ
أَحْسَنُ عَمَلًا وَلَئِنْ قُلْتَ إِنَّكُمْ مَبْعُوثُونَ مِنْ بَعْدِ الْمَوْتِ
لَيَقُولَنَّ الَّذِينَ كَفَرُوا إِنْ هَذَا إِلَّا سِحْرٌ مُبِينٌ (7)
Ertinya: Dan Dia lah yang menjadikan langit dan bumi dalam masa,
sedang “ArasyNya, berada di atas air (Ia menjadikan semuanya itu untuk menguji
kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan demi sesungguhnya!
Jika engkau (wahai Muhammad) berkata: “Bahawa kamu akan dibangkitkan hidup
kembali sesudah mati” tentulah orang-orang yang ingkar akan berkata: “Ini tidak
lain, hanyalah seperti sihir yang nyata (tipuannya)” (Hud[11:7]).
No comments:
Post a Comment