Monday, January 7, 2013

JUNDULLAH vs KARKUN - siri 18



Roslan Hamid   7 June 2012 08:37
buat le analisis sikit yop
jangan copy paste je
-------------------------------------------------
Reply
JUNDULLAH  7 June 2012 09:58
kami akui memang maklumat di atas adalah copy paste.kami dah sebut sebelum ini jika sekiranya ada maklumat itu salah@tidak tepat,sila nyatakan tang mana yang salah dan tidak tepat itu.

jelaskan secara spesifik supaya kekeliruan dapat di perbetulkan bukan tegur secara umum.Umapam kita belajar membaca al quran secara bertalaqqi depan guru ,jika sebutan huruf,makhraj dan tajwid salah maka guru itu akan perbetulkan secara spesifik juga.

harap sdr Roslan Hamid lebih fokus menegur ye...
--------------------------------------------------------
Reply
Roslan Hamid  7 June 2012 08:52
buat malu pas je
Tok Guru pun xpenah buat ulasan macam ni
-------------------------------------------------------
Reply
JUNDULLAH  7 June 2012 10:11
Ya,sebab kami bukan tok guru lah maka ulasan kami tidak seilmiah dan sebagus tok guru kami.

Artikel kami di bawah label tabligh adalah saling menampung antara satu dengan yang lain.jika ada satu artikel itu salah atau tidak tepat(maklumlah copy paste)maka ia akan ditampung dgn artikel yang lain.

Ibarat solat sunat itu menampung kekurangan atau kecacatan solat fardhu.Itu sebab posting bab tabligh ini paling banyak dalam berbagai tajuk supaya sidang pembaca dapat membuat perbandingan dan mengetahui info tabligh daripada berbagai sumber.

Apakah kerana artikel di atas salah maka kesemua artikel tabligh yang lain juga salah??

Adakah Fatwa NU itu juga salah??
Adakah Fatwa tahun 1900 itu juga salah??
-----------------------------------------------------------------
Reply
Ahmad Farhan Najwan  31 July 2012 16:24
itulah taksub sgt dgn pas sampai jemaah lain dipandang buruk je..

sedangkan tuan guru kamu, nik aziz sendiri mengatakan contohilah gerak dakwah tabligh..saudara sendiri melebih-lebih dalam berkata-kata

jikalau tabligh itu sesat spt yg dinyatakan dalam fatwa tersebut..saya juga boleh menyatakan hujah drpd ulamak aswj lain bahawa pas jauh tersasar drpd mengamalkan politik islam yg sebenar..
---------------------------------------------------------------
Reply
aisyah huda  27 October 2012 11:23
kamu rugi kedua duanya dunia dan akhirat 1 parti kamu tidak dapat perintah malaysia 2 kamu bersama sama dgn yahudi dan nasara sama sama megamalkan demokrasi.termasuk dalam 72 gologan.

--------------------------------------------------------------------

Reply
JUNDULLAH  27 October 2012 19:54
wahai aisyah huda..

anda telah menyanggah pendapat ahli syura anda sendiri.apakah anda tak rasa bersalah ??

baca link ni:http://hambalialorstari.blogspot.com/2009/03/politik-vs-syura.html

ustaz anda terima khilaf isu demokrasi tetapi anda menolak mentah-mentah.ADAKAH ANDA LEBIH ALIM DARI AHLI SYURA TABLIGH??
---------------------------------------------------------------------
Reply
tajuddin adbullah  28 October 2012 15:26
wahai!Jundullah hijau pekat,ulama kami menghukum demokrasi dgn harus atau haram megikut kesesuaian keadaan dan aku memilih haram.Ulama kamu pula menghukum wajib[ulamak kemaruk kuasa].

Wahai!Jundullah hijau pekat.Di sini aku senaraikan 10 sebab keburukan DEMOKRASI.
1.Meyalahi sunnah.
2.Pemimpin apabila dipilih seumur hidup spt khalifah bukan untuk 5 tahun sekali.
3.Bukan semua manusia boleh memilih pemimpin spt peminum arak,penzina,penipu dan seumpamanya.
4.Jika negara Bahrain megamalkan demokrasi tentu syiah yang barkuasa 80% penduduk syiah.
5.Kekuatan islam terletak pada kualiti bukan majoriti.senjata umat islam ialah doa .
6.Timbulnya sifat megutuk,mencaci,menfitnah,bersangka buruk yang jelas dilarang islam.
7.Timbulnya sifat berpuak puak.
8.Rosak akidah sebab yakin megundi islam boleh tertegak.
9.Sistem baraja lebih islamih lebih aman dan lebih kaya contoh BRUNAI,BAHRAIN,QATAR DAN A SAUDI.
10.Khalifah memilih pemimpin sesuatu tempat bukan rakyat.

Wahai!Jundullah hijau pekat ketahuilah kamu dgn geng kamu telah rosak AKIDAH kerana yakin dgn demokrasi.
Wahai!Jundullah hijau pekat kamu hanya belajar sembahyang,puasa,zakat,hukum hakam dan seumpamanya tetapi tidak DAKWAH.Masuk bakul angkat sendiri megatakan aku pun buat dakwah juga.Orang tak panggil pun kamu orang dakwah.LEPAS CERAMAH AMBIL UPAH.
---------------------------------------------------------------
Reply
JUNDULLAH  28 October 2012 18:34
Akhirnya muncul juga apa yang kami tunggu-tunggu selama ini iaitu hujjah yang ada point dan isi walaupun penulisnya agak kasar tapi itu tidak mengapa sebab bukan kami yang judge(menjadi hakim) tetapi para pembaca blog ini yang akan menilai akhlak dan perangai serta hujjah berdasarkan fakta dan bukti.

baik...

Anda menggunakan istilah 'hijau pekat' dan kami berterima kasih sebab anda mengiktiraf bahwa kami menyukai warna yang menjadi kegemaran Rasul kami.Hijau adalah salah satu warna kegemaran Nabi saw.

anda tulis:

"Ulama kamu pula menghukum wajib[ulamak kemaruk kuasa]".

kami jawab:

Adakah ahli syura anda yang suruh(ajar)tulis begitu??
Karkun Hambalialorstari.blospot dalam link yang kami beri di atas tak ada sebut pun ulama yang mewajibkan demokrasi itu sebagai 'kemaruk kuasa'

Jadi jelaslah tuduhan anda itu tidak mewakili tabligh pusat di India sana sebaliknya hanya pandangan peribadi anda sendiri yang sangat jahil itu.

Kami akan jawab 10 keburukan demokrasi yang anda senaraikan itu dalam sessi lain sebab ada komitmen lain buat masa ini.

anda tulis:

"ketahuilah kamu dgn geng kamu telah rosak AKIDAH kerana yakin dgn demokrasi."

kami jawab:

bukan kami sahaja tetapi anda kena hantar komen ini pada link ini:

http://pemudabersamamu.blogspot.com/2011/11/praya-mesir-berdosa-tidak-keluar_29.html

dan kepada Syeikhul Al Azhar,Dr Yusof Qardhawi dan 40000 lagi ulama lain di seluruh dunia.Untuk rujukan sila baca link ini:

http://www.ikhwanonline.com/new/Default1.aspx

dan

http://urusanulama-hl.blogspot.com/2012/08/menjawab-ibn-hatarijadilah-orang-yang.html

Secara ringkasnya ketika berlaku pilihanraya di Mesir,kesatuan ulama sedunia yang diwakili oleh 40,000 ulama di seluruh dunia telah mengeluarkan fatwa mengharamkan BOIKOT PILIHANRAYA MESIR.

MENGHARAMKAN BOIKOT BERMAKNA MEWAJIBKAN MENGUNDI.
tidak begitu karkun tajuddin??

Anda tulis:

"LEPAS CERAMAH AMBIL UPAH."

kami jawab:

Kami yakin ayat terakhir anda ini adalah pandangan peribadi anda yang jahil itu sebab kalau Tabligh pusat di India yang bermazhab Hanafi dapat tahu,mugkin anda akan di hukum kufur oleh ulama deobandi kerana meyalahi ijtihad Imam Abu Hanifah(pengasas mazhab hanafi) yang mengharuskan mengambil upah mengajar agama. 
-------------------------------------------------------------

JUNDULLAH  28 October 2012 23:43
Menyalahkan sistem Demokrasi 100% adalah satu tindakan yang kurang bijak.Kita perlu flashback kembali sejarah awal munculnya demokrasi dalam negara islam terlebih dahulu baru kita boleh menghukum baik atau buruknya.

Perlu dingat bahawa sistem beraja seperti yang anda rujuk kepada BRUNAI,BAHRAIN,QATAR DAN A SAUDI itupun bukan datang dari islam secara sunnahnya.Ini berdasarkan riwayat dari Imam Bukhari dan Imam Muslim melaporkan, “Khalifah Umar ditanya ketika beliau dalam keadaan tenat akibat cedera ditikam, supaya menamakan siapakah penggantinya. Katanya; Sekiranya aku menentukan, maka orang yang lebih baik daripadaku (Abu Bakar) pernah menentukannya. Sekiranya aku tinggalkan kepada kamu sendiri yang menentukan, maka orang yang terbaik (Rasulullah S.A.W) pernah meninggalkannya (dengan menyerahkan urusan ini kepada umat supaya memilihnya).”

Saidina Umar menegaskan, “Sesiapa yang melantik pemimpin kerana harta ataupun hubungan keluarga, bukan kerana kelayakan mereka, maka sesungguhnya dia telah mengkhianati Allah dan Rasul-Nya S.A.W.”

Kesimpulan dari ucapan diatas menunjukkan sistem monarki juga bukan amalan para sahabat secara mutlak.Hanyasanya khalifah Muawiyah mengwujudkan sistem monarki tersebut adalah kerana perubahan zaman dan suasana masyarakat ketika itu yang semakin kacau bilau lalu beliau berijtihad sendiri.Itu sebab kita tidak jumpa seorang ulamak pun menghukum Muawiyah sebagai sesat dan menyeleweng.

Sedangkan sistem beraja itu juga diamalkan oleh orang kristian dan Parsi sebelum kedatangan islam.

Kami nak tanya anda satu soalan...yang mana satu anda pilih antara sistem monarki(beraja)seperti Brunai dll atau sistem khalifah zaman khulafa ar rasyidin??

Kalau anda pilih khilafah ia telah berakhir pada zaman khalifah Ali bin Abi Talib....
Kalau anda pilih beraja(monarki)ia TIDAK SUNNAH kerana nabi dan khulafa ar rasyidin tak pernah buat..

so mana satu anda pilih??
-------------------------------------------------------
Reply
tajuddin adbullah  29 October 2012 20:34
Wahai!Jundullah hijau pekat baguslah kalau kamu terima gelaran yang aku bagi.Nabi S.A.W pun bagi gelaran kpd sahabat spt Abu Hurairah,Abu Bakar,Salman,Abu Zar R.A dll sesuai dgn perwatakan masing masing.

Wahai!Jundulah hijau pekat,ada aku peduli 40,000 ulama moyokong mewajibkan megundi.Ketika Dajjal turun 70,000 ulama megikutinya.Demokrasi terang terang amalan Yahudi dan Nasara nak jaga juga,pakaikan baju,pakai gincu,pakai bedak,nanti kalau dia nak berak kamu basuh tau!!!Nanti dapat pahala,boleh masuk syurga.PUIH!!!

Wahai!Jundulah hijau pekat tentang UPAH.Sahlah kau buta hati.Ketika Nabi Nabi buat dakwah.Allah S.W.T akan selitkan satu ayat,aku tak minta upah.Di sini aku letak 3 ayat dari surah yang berbeza.Kalau mu nak lebih carilah sendiri.

1.SURAH YA`SIN.
ayat 21.
Ikutilah orang yang tiada minta balasan kepadamu,dan mereka adalah orang orang yang mendapat petunjuk.

2.SURAH HUUD.
ayat 51.
Hai kaumku,aku tidak meminta upah kepada mu bagi seruanku ini,upahku tidak lain hanyalah dari ALLAH yang telah menciptakan ku.Maka tidakkah kamu memikirkan(nya)?

3.SURAH AL-AN`AAM.
ayat 90.
Mereka itulah orang orang yang telah diberi petunjuk oleh ALLAH,maka ikutilah petunjuk mereka.Katakanlah,;Aku tidak meminta upah kepadamu dalam meyampaikan(AL QURAN);.Al Quran itu tidak lain hanyalah peringatan untuk segala umat.

Wahai!Jundullah hijau pekat tentang bahasa kasar yang aku gunakan adalah sesuai dgn kamu yang bodoh lagi bahalul.
----------------------------------------------------------------------
Reply
JUNDULLAH  30 October 2012 00:19
Sidang pembaca yang budiman

LIHAT LAH....!!!

APA YANG TELAH KAMI PAPARKAN DALAM POSTING SEBELUM INI TENTANG SIFAT DAN AKHLAK PENGIKUT TABLIGH ADALAH BENAR BELAKA.SELAMA INI KAMI DI TUDUH MENEBAR FITNAH,MENGHINA DAKWAH NABI LA,TAK TAHU APA-APA TENTANG TABLIGH DAN MACAM-MACAM LAGI TANGGAPAN NEGATIF.

PADA HARI DAN SAAT INI JELASLAH TERBUKTI SIAPA YANG BURUK SUNGGUH AKHLAKNYA,PANDAI BERPURA-PURA(MUNAFIK),BERMUKA-MUKA,SOMBONG(MENOLAK KEBENARAN) DAN MENAFSIRKAN AYAT ALQURAN MENGIKUT KEPALA LUTUT.

Memang menjadi sunnah para nabi di tuduh sebagai tukang sihir,orang gila dll.So kami tak hairan dengan celaan anda itu.Anda boleh terus menggunakan kata-kata kesat itu dan kami akan terus siarkan tulisan anda untuk tatapan jutaan manusia dalam blog ini supaya mereka akan mengakui bahawa apa yang kami tulis selama ini tentang perangai orang tabligh adalah benar.

Cumanya anda juga mesti bersikap adil kerana nabi suruh berlaku adil.Mari kita tanya tuan blog ini:
http://ghostridermujahid.blogspot.com/#

ADAKAH BELIAU TIDAK TAHU BAHAWA MENYOKONG DEMOKRASI ITU BOLEH ROSAK AQIDAH??
BUKANKAH BELIAU 'SEKAPAL' DAN 'SEUSAHA' dengan karkun tajuddin TAPI KENAPA FIRQAH TAK SAMA??

KATA PEPATAH 'KUMAN DI SEBERANG LAUT NAMPAK TAPI GAJAH DEPAN MATA TAK NAMPAK"

Kami cadangkan anda 'tasykil' dulu rakan seusaha anda itu dulu supaya kembali kepangkal 'jalan tabligh'...

anda tulis:

"Wahai!Jundulah hijau pekat,ada aku peduli 40,000 ulama moyokong mewajibkan megundi.Ketika Dajjal turun 70,000 ulama megikutinya."

kami jawab:

boleh bagi sumber rujukan ayat ini.bagi nama kitab,penulisnya,penerbit,cetakan mana,tahun diterbitkan,muka surat berapa dan scan muka depan kitab dan muka surat sekali.

KALAU ANDA GAGAL MEYERTAKAN BUKTI KAMI ANGGAP INI KHABAR ISRAELIYAT YANG PEMBOHONG BESAR DAN ANDA TANGGUNGLAH SENDIRI AKIBAT TULISAN FITNAH INI.

---------------------------------------------------------------
JUNDULLAH  30 October 2012 00:40
Bagi menjawab isu 'ambil upah berdakwah' kami nukilkan pendapat para ulama muktabar KERANA MEREKA LEBIH MEMAHAMI DAN PAKAR DALAM ILMU AL QURAN BERBANDING KARKUN TAJUDDIN.Kami tidak berani mengeluarkan pendapat sendiri tentang hukum hakam dalam menafsir ayat al quran kerana patuh kepada amaran nabi saw yang mafhumnya:

“Barangsiapa yang berbicara (menafsirkan) tentang Al-Qur’an dengan pemikirannya tentang apa yang dia tidak memiliki pengetahuan, maka bersiaplah menyediakan tempat duduknya di neraka.” - dikeluarkan oleh At-Tirmidzi, An Nasa’i dan Abu Daud,

Abu Laits rah berkata dalam kitab al-Bustan; “Mengajar dilakukan dengan tiga bentuk - Pertama, dengan tujuan untuk beribadah sahaja dan tidak mengambil upah. Kedua, mengajar dengan mengambil upah. Ketiga, mengajar tanpa syarat tetapi jika ia diberikan hadiah (upah), dia menerimanya.”
• Bentuk yang pertama mendapat pahala dari Allah kerna itulah amalan para Nabi.
• Bentuk yang kedua diperselisihkan ulama. Sebahagian ulama mengatakan tidak boleh, berdalilkan sabda Rasulullah s.a.w: “Sampaikanlah dariku walau hanya satu ayat.” Sementara sebahagian ulama lain berkata boleh. Mereka berhujah bahawa yang paling utama bagi seorang pengajar adalah tidak menentukan bayaran untuk menghafaz dan mengajar, dan jikapun ia menentukan bayaran itu maka aku harapkan agar tidak dilarang, kerana ia memerlukanya [kemaslahatan].
• Bentuk yang ketiga dibolehkan oleh seluruh ulama kerana Nabi s.a.w adalah pengajar manusia dan baginda menerima hadiah mereka. Ianya juga berdasarkan satu kisah yang mana seseorang telah disengat haiwan berbisa lalu dibacakan surah al-Fatihah oleh sebahagian sahabat, kemudiannya mangsa itu memberikan hadiah beberapa ekor kambing atas perbuatan para sahabat berkenaan. Baginda Nabi setelah mengetahui kejadian itu bersabda; “Berikanlah aku bahagian dari hadiah itu.”

Fatwa “Majma’ al-Fiqh al-Islami” - Jika tidak mengambil upah, nescaya meraka tidak akan mempunyai sumber untuk menyara kehidupan mereka. Jika perkara itu berlaku, agama Islam akan semakin dilupakan. Oleh itu, untuk menjaga kesinambungan agama Islam, para ulama Mazhab Hanafi telah membenarkan golongan ini mengambil upah. Para ulama daripada pelbagai mazhab juga telah mengambil pendapat ini demi menjaga kemaslahatan agama.

UNTUK PERBAHASAN LEBIH DETAIL BOLEH RUJUK LINK INI:

http://jomfaham.blogspot.com/2012/06/hukum-mengambil-upah-membaca-al-quran.html

sidang pembaca yang budiman

lihat perangai karkun tajuddin ini persis pelampau wahabi(memang tabligh berasal dari wahabi).beliau dengan berani menafsirkan ayat al quran yang mulia itu berdasarkan pemikirannya yang cetek dan jahil itu.

beliau juga dengan angkuhnya menghina dan memfitnah para ulama dengan tuduhan yang berat(pengikut dajjal)..Astagfirullah al Azim...

kami bersyukur kepada Allah dengan tulisan karkun Tajuddin telah membuka mata umat islam lain yang selama ini tidak tahu bahwa akhlak orang tabligh ni sangat buruk rupanya.
---------------------------------------------------------------------
Reply
AL-BINORY  4 January 2013 15:59
dengan keadaan umat islam jauh dari agama,golongan agama sibuk bertengkar...saling tidak bertolak ansur,saling tidak mengaku kelemahan..ini satu kerugian bagi umat akhir zaman.kenapa kita sering mencari kelemahan org lain,sedangkan kita sendiri penuh dgn kelemahan...kembalilah kpd maksud kita di hantar kedunia ini...dalam pas ada abu lahabnya dan dalam jemaah tabligh pun ada abu lahabnya,tetapi ingat sesuatu yg buruk yg dilakukan oleh ahli sesuatu jemaah itu tidak menunjukkan bahawa jemaah itu juga buruk,kalau tidak islam juga jadi sesat disebabkan kesesatan penganutnya,tp islam tetap benar walaupun penganutnya tidak benar..so bekerjasamalah dalam meninggikan kalimah allah di muka bumi ini...
----------------------------------------------------------------
Reply
JUNDULLAH  6 January 2013 09:21
terima kasih...

kami nak perbetulkan sedikit ayat tuan 'kenapa kita sering mencari kelemahan org lain'.Ini bukan mencari kelemahan TETAPI mendedahkan perkara salah,tidak betul dan penyelewengan yang berleluasa dalam jemaah tabligh.

Dalam islam ada istilah 'haram' atau 'larangan'.contoh 'di haramkan makan babi' atau 'orang yang sedang berihram di larang memakai minyak wangi' dll.

APAKAH MAKNA SEMUA INI WAHAI TUAN??

Ini bermakna dalam islam kalau benda tu betul,kita kena kata betul dan KALAU SALAH KENA KATA SALAH LAH,...mana boleh dah tahu salah kita diam je...!!!!

betul tak tuan??

diharap tuan boleh lawat link bekas burzuk@otai tabligh yang telah bertaubat di link: http://jamaluddinab.blogspot.com/2011/02/peringatan-sebelum-membaca-artikel.html

tuan kena baca dengan hati yang terbuka.ada 12 siri semuanya.
--------------------------------------------------------------
JUNDULLAH  6 January 2013 09:56
kami rasa penggunaan nama 'Abu Lahab' tidak tepat tetapi yang tepat ialah 'Abdullah bin Ubai' sebab Abu Lahab tak masuk masjid solat belakang nabi...

atau ada nama lain...??

Fatwa sesat jemaah tabligh oleh ulama terdahulu BUKAN di buat atas faktor kelemahan pengikutnya (seperti anggapan karkun melayu) tetapi atas dasar pokok ajarannya (kaedah khuruj) di perolehi berdasarkan mimpi pengasasnya.Bukan kerana ada pengikut tabligh yang minum arak atau tengok filem lucah atau kahwin budak bawah umur dan sebagainya.

silalah tuan layari youtube video muzakarah ulama tabligh deoband vs ulama sunni di india dan pakistan yang telah berlaku sejak dahulu lagi untuk mendapat pencerahan.

Friday, January 4, 2013

JUNDULLAH vs KARKUN - siri 17



JUNDULLAH  30 November 2012 18:09

Antara kekeliruan kefahaman agama yang dianuti oleh pengikut tabligh ialah;

1. Mereka kata tidak menolak politik,  tetapi melarang ahlinya dari bicara tentang politik ketika khuruj 40 hari dll. Terkadang kita geli hati bila fikir balik larangan ini. Walaupun mereka beri alasan tetapi ia tidak menepati sunnah.

Ini berpunca dari kesilapan mereka mentakrifkan makna politik. Pengertian Politik Menurut Islam.

Politik adalah 'ilmu pemerintahan' atau 'ilmu siyasah', iaitu 'ilmu tata negara'.

Pengertian dan konsep politik atau siasah dalam Islam sangat berbeza dengan pengertian dan konsep yang digunakan oleh orang-orang yang bukan Islam. Politik dalam Islam menjuruskan kegiatan ummah kepada usaha untuk mendukung dan melaksanakan syari'at Allah melalui sistem kenegaraan dan pemerintahan.

la bertujuan untuk menyimpulkan segala sudut Islam yang syumul melalui satu institusi yang mempunyai syahksiyyah untuk menerajui dan melaksanakan undang undang. Pengertian ini bertepatan dengan firman Allah yang mafhumnya:

"Dan katakanlah: Ya Tuhan ku, masukkanlah aku dengan cara yang baik dan keluarkanlah aku dengan cara yang baik dan berikanlah kepadaku daripada sisi Mu kekuasaan yang menolong." (AI Isra': 80)

Kalau kita semak sirah nabawi secara terperinci maka kita akan dapati bahawa setelah berlaku peristiwa hijrah (berkuasa di Madinah) barulah nabi membentuk angkatan tentera kerana perintah perang berkuatkuasa setelah ada kuasa politik.

Dalam keadaan orang tabligh mengembar-gemburkan khuruj itu sebagai jihad fi sabilillah lalu mereka membentuk jemaah atas tujuan tersebut TETAPI DALAM MASA YANG SAMA MEREKA TOLAK BICARA POLITIK AKIBAT SALAH FAHAM MEREKA TENTANG SUNNAH NABI SEPERTI YANG DI HURAIKAN DIATAS MENYEBABKAN MEREKA TERPAKSA MENCIPTA LARANGAN ITU HASIL DARIPADA SILAP MEMAHAMI SUNNAH.

Sekiranya jemaah tabligh mengutamakan politik sebagaimana yang dilakukkan oleh para sahabat,nescaya larangan itu TIDAK PERLU sama sekali kerana adanya kesatuan firqah politik atas arahan kuasa politik sebuah negara islam yang wajib di patuhi sebagaimana hadith-hadith tentang pemerintah yang telah kami huraikan sebelum ini.

kalau dalam bahasa pasarnya SILA BICARA POLITIK KETIKA KHURUJ 40 HARI KERANA IA TIDAK AKAN MEMECAH BELAHKAN HATI TUAN-TUAN HASIL DARI KEFAHAMAN POLITIK YANG MATANG.
Reply
JUNDULLAH  3 December 2012 11:13
Setelah kita membaca dan meneliti tulisan dalam blog http://buyaathaillah.wordpress.com/usaha-nubuwah/
Khususnya dibawah tajuk Mudzakaroh Cara Abu Bakar RA menyelesaikan Masalah Ummat, kita dapati terdapat beberapa ayat yang ganjil dan pelik bunyinya. Fahaman pelik ini bertitik tolak dari doktrin yang di anuti dan disebarkan oleh jemaah tabligh.

Di antara ayat itu ialah;
1.Akibatnya ketika itu karena tidak ada fikir agama adalah 100.000 orang islam menjadi murtad.

2.Satu minggu saja sahabat ini vakum dari dakwah, dari keluar di jalan Allah, walaupun di jaman itu hidup ulama-ulama besar dan sahabat-sahabat yang besar dan kuat, 100.000 orang murtad dari islam.

3.Takwa ini maksudnya adalah Sempurna Amal

4.Agama lebih penting untuk diselamatkan dibandingkan ummat itu sendiri.

Ulasan kami;

Sekiranya mereka menulis ini dengan penuh kesedaran/sengaja bermakna mereka telah menyeleweng fakta sejarah untuk tujuan menipu.

Untuk isu no 1- kami melihat fahaman ini wujud kerana mereka menganggap kerja politik bernegara bukan tuntutan agama atau bukan sebahagian daripada agama atau bukan kerja agama. Ini bermakna isu demokrasi yang mereka highlightkan selama ini sebagai tidak sunnah, tiru yahudi dll  sebenarnya hanya lakonan semata. Sebenarnya yang mereka anti dan tentang bukan sistem tetapi istilah politik itu sendiri.

Buktinya tulisan dalam blog itu. Sedangkan mengikut fahaman ASWJ, kerja politik pemerintahan ini adalah kerja amal yang paling tinggi darjatnya di sisi agama dan paling besar pahalanya apabila di kendalikan mengikut syariat islam yang benar. Dalilnya ialah;

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Tujuh golongan manusia yang akan diberi perlindungan oleh Allah dalam naungannya di hari yang tiada naungan melainkan perlindungan Allah itu sendiri iaitu: Imam (pemimpin) yang adil, pemuda yang sentiasa beribadat kepada Allah, lelaki yang hatinya sentiasa terpaut dengan masjid, dua orang yang saling cinta mencintai kerana Allah di mana keduanya berkumpul dan berpisah kerana Allah, seorang lelaki yang diajak oleh wanita rupawan serta berkedudukan tinggi untuk melakukan zina, lalu ia menjawab, "Aku takut kepada Allah", seseorang yang bersedekah dengan sesuatu sedekah lalu menyembunyikan sedekahnya itu sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang dibelanjakan oleh tangan kanannya, seseorang yang mengingati Allah di tempat yang sunyi lalu mengalir air matanya."
(Riwayat Abu Daud, Tirmidzi dan Ibnu Majah)

Sekiranya orang tabligh beriktiqad, ‘politik bukan kerja agama’ atau “islam tidak ada kena mengena dengan politik”  atau yang seerti dengannya, bermakna mereka menganut fahaman SEKULAR iaitu satu fahaman sesat yang baru muncul (tidak ada zaman nabi dan para sahabat) selepas kejatuhan kerajaan islam Uthmaniyah 1924.

Fahaman ini tidak mengenal bangsa, keturunan, pakaian, Negara dll. Hatta orang yang berjubah, berserban, bersugi pagi petang siang malam, makan dalam talam, banyak puasa sunat, rajin solat malam, ajak orang berdakwah, kalau yang wanita berpurdah/berjubah dan 1001 amalan yang nampak mulia di kerjakan TETAPI JIKA IA MENGIMANI fahaman seperti di atas maka semua amalannya tertolak dan tidak diterima oleh Allah di akhirat nanti.
JUNDULLAH  3 December 2012 11:13
Kesimpulannya

1. FIKIR AGAMA YANG PALING UTAMA IALAH BERPOLITIK UNTUK MEMBELA ISLAM.
2. RISAU AGAMA YANG PALING MULIA IALAH ’CARI JALAN’BAGAIMANA HENDAK MELAKSANA HUKUM HUDUD,QISAS,TAKZIR DLL.. AGAR NEGARA DAN UMAT ISLAM DI SELAMATKAN ALLAH DARI BALA .
3. MAKSUD CARI JALAN IALAH FIKIR CARA MANA ISLAM BOLEH MEMERINTAH NEGARA.SATU-SATU CARA SELAMAT UNTUK TUJUAN ITU IALAH BERPOLITIK MAKA HUKUM BERPOLITIK ADALAH WAJIB.
4. ITU SEBAB SEJARAH MENCATATKAN PASUKAN TENTERA YANG DI PIMPIN OLEH USAMAH BIN ZAID TIDAK MENERUSKAN PERJALANAN MEREKA SEHINGGA SISTEM POLITIK NEGARA KEMBALI STABIL DENGAN PERLANTIKAN KHALIFAH ABU BAKAR.BUKAN SEPERTI FITNAH ORANG TABLIGH YANG TUDUH PARA SAHABAT TAK FIKIR AGAMA LA,TAK BUAT KERJA DAKWAH DAN SEGALA TUDUHAN LIAR YANG LAIN.
5. FAHAMAN SONGSANG YANG DISEBARKAN OLEH ORANG TABLIGH LEWAT BLOG-BLOG MEREKA BANYAK MENIMBULKAN FITNAH KEPADA KEMURNIAN AJARAN ISLAM.

sabda Rasul s.a.w.;

حَدُّ يُعْمَلُ فِي الأَرْضِ خَيْرٌ لِأَهْلِ الأَرْضِ مِنْ أَنْ يُمْطَرُوْا أَرْبَعِيْنَ صَبَاْحًا
“Satu hukum hudud yang dilaksanakan di atas muka bumi lebih baik bagi penduduk bumi daripada mereka disimbahi hujan selama empat puluh pagi”
(Riwayat Imam Ahmad, an-Nasai dan Ibnu Majah dari Abu Hurairah. Menurut Imam as-Suyuti; hadis ini adalah soheh. Lihat; al-Jami’ as-Saghir, Imam as-Suyuti, no. 3689).

Thursday, January 3, 2013

WAHABI vs TABLIGH



satu dialog yang menarik............
        
DI BAWAH ADALAH SATU DIALOG ANTARA SEORANG ULAMA WAHABI DENGAN SEORANG ULAMA TABLIGH SEPERTI YANG DITULIS DALAM KITAB BELIAU:

Asy-Syaikh Abi Hamam Muhammad bin ‘Ali Ash-Shuma’i Al-Baidhani Al-Yamani berkata:

Ketahuilah wahai para pembaca, bahwa risalah ini sebelum saya keluarkan, terlebih dahulu saya berkunjung ke Madinah –kota Rasulullah Shalallahu ‘Alaihi wa Sallam- dan saya sempatkan untuk bertemu langsung dengan Asy-Syaikh Abu Bakr (Jabir) Al-Jazairi. Ketika itu terjadi pada tanggal 26 Ramadhan 1424H.

Saat itu saya bertanya kepadanya:
“Apakah engkau bersedia untuk mencabut pujianmu kepada Jama’ah Tabligh yang kau katakan:[“Sesungguhnya di dunia Islam ini tidak ada Jama’ah yang semisal Jama’ah Tabligh…]

Ia menjawab:
“WALLAHI, aku tidak akan rujuk( tarik balik) dari pernyataanku”

Aku katakan:
“Engkau kemanakan fatwa-fatwa (berisi tahdzir terhadap Jama’ah Tabligh-pent) dari kalangan ahlul ilmi semisal (Asy-Syaikh) Ibnu Ibrahim, Ibnu Baaz, Al-Albani, Al-Wadi’i (Syaikh Muqbil)-(ulama wahabi)  serta Hai’ah Kibar Ulama (ASWJ)?”
Ia menjawab:
”Mereka –yaitu Jama’ah Tabligh- lebih utama dibanding para ulama”

Aku katakan kepadanya:
“Dari mana datangnya keutamaan itu?”
Jawabnya:
“Karena Jama’ah Tabligh melakukan khuruj sementara para ulama tidak melakukannya.”
Aku berkata kepadanya:
”Tetapi ilmu mereka (para ulama) menyebarluas ke berbagai penjuru yang tak terjangkau oleh Jama’ahTabligh”

Jawabnya:
“Mereka tetap lebih utama dibanding ulama dari segi pahalanya..”
Aku katakan kepadanya:
“Seandainya Jama’ah Tabligh lebih utama, tentu mereka telah mewariskan ilmu kepada masyarakat (tetapi realitinya tidaklah demikian). Lalu apa dasarnya engkau unggulkan orang-orang jahil di atas para ulama? Padahal Allah Subhanahu wa Ta’ala telah berfirman:
“Allah mengangkat orang-orang yang beriman diantara kalian dan orang-orang yang diberi ilmu beberapa derajat” (QS.Mujadilah:11)
Asy-Syaikh Abu Bakr Jabir Al-Jazairi ini sejurus terdiam. Namun kemudian dengan tetap berkeras hati ia berkata:

“Para ulama tidak lebih utama dibanding Jama’ah Tabligh”
Maka akupun meninggalkan dia dan akhirnya aku tahu, ternyata dia adalah orang yang ta’ashub kepada Jama’ah Tabligh. Wallahul Musta’an.
(Ta’liqul Baligh ‘Ala Raddi Asy-Syaikh Ahmad bin Yahya An-Najmi ‘Ala Maadih At-Tabligh…hal.2)
Inilah peringatan keras yang disampaikan oleh Asy-Syaikh Ahmad bin Yahya An-Najmi Hafidhahullah terhadap fatwa tazkiyah Asy-Syaikh Abu Bakr Jabir terhadap Jama’ah Tabligh yang ada di kitab tersebut .

ULASAN SAYA:
INI SALAH SATU CONTOH SIFAT TAKSUB DAN KERAS KEPALA ULAMA TABLIGH YANG SECARA MENTAH-MENTAH MENOLAK KEBENARAN WALAUPUN TELAH DIBENTANGKAN AL QURAN DAN AL HADITH DI HADAPAN MEREKA.
JANGAN DI LIHAT WAHABI VS TABLIGH TAPI LIHAT KEPADA HUJJAH MEREKA.
JADI TIDAK HAIRANLAH SIFAT INI DIWARISI OLEH PENGIKUTNYA KHUSUSNYA DI  MALAYSIA.

Tuesday, January 1, 2013

Fenomena Isbal - Batasan Pakaian



Batasan Pakaian Supaya Tidak Isbal
1 – Diturunkan sehingga ke pertengahan betis atau ke bawah sedikit. Berdasarkan dari hadis dari Ibnu ‘Umar dan asy-Syarid di atas tadi.
2 – Atau selagi mana tidak menjulur ke bawah melebihi batas atau paras mata kaki (buku lali).
Imam Ibnu Hazm rahimahullah berkata di dalam kitabnya, al-Muhalla:
وحق كل ثوب يلبسه الرجل أن يكون إلى الكعبين لا أسفل البتة
Haq setiap pakaian bagi lelaki adalah sehingga mata kaki, dan sama sekali tidak boleh lebih rendah lagi (dari itu). (Ibnu Hazm, al-Muhalla, 4/73)
Adakah Kasut Boleh Menyebabkan Isbal?
Isbal berlaku adalah disebabkan kain pakaian dari atas yang dijulurkan ke bawah sehingga melepasi mata kaki. Dari itu, kasut tidak termasuk ke dalam pakaian yang menyebabkan isbal.
Mengangkat Kain/Pakaian Sehingga Melampaui Pertengahan Betis
Dalam persoalan ini, Imam Ibnu Abi Syaibah ada membawakan sebuah riwayat daripada Ibnu Sirin:
عن ابن سيرين قال: كانوا يكرهون الازار فوق نصف الساق
Maksud: Berkata Ibnu Sirin (rahimahullah):
Mereka membenci kain/seluar yang diangkat sehingga melampaui pertengah betis. (Rujuk: Ibnu Abi Syaibah, al-Mushonnaf, 6/29)
Larangan Menyinsing, Mengumpul, atau Melipat Pakaian Ketika Solat
عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ أُمِرْتُ أَنْ أَسْجُدَ عَلَى سَبْعَةِ أَعْظُمٍ الْجَبْهَةِ وَأَشَارَ بِيَدِهِ عَلَى أَنْفِهِ وَالْيَدَيْنِ وَالرِّجْلَيْنِ وَأَطْرَافِ الْقَدَمَيْنِ وَلَا نَكْفِتَ الثِّيَابَ وَلَا الشَّعْرَ
Maksud: Daripada Ibnu ‘Abbas, bahawasanya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam telah berkata:
Aku telah diperintahkan (oleh Allah) untuk sujud dengan tujuh anggota tubuh yang utama termasuk dahi. Dan beliau dalam masa yang sama menunjukkan ke arah hidung, tapak tangan, kaki, dan jari jemari kaki. Serta (diperintahkan) untuk tidak mengikat rambut serta tidak mengumpulkan (menggulung/melipat) pakaian. (Hadis Riwayat Muslim, Shahih Muslim, Kitab as-Solah, 3/45, no. 758)
Berkenaan hadis ini, Imam an-Nawawi rahimahullah menjelaskan:
ثُمَّ مَذْهَب الْجُمْهُور أَنَّ النَّهْي مُطْلَقًا لِمَنْ صَلَّى كَذَلِكَ سَوَاء تَعَمَّدَهُ لِلصَّلَاةِ أَمْ كَانَ قَبْلهَا كَذَلِكَ لَا لَهَا بَلْ لِمَعْنًى آخَر، وَقَالَ الدَّاوُدِيّ يَخْتَصّ النَّهْي بِمَنْ فَعَلَ ذَلِكَ لِلصَّلَاةِ ، وَالْمُخْتَار الصَّحِيح هُوَ الْأَوَّل ، وَهُوَ ظَاهِر الْمَنْقُول عَنْ الصَّحَابَة وَغَيْرهمْ
Maksud: Kemudian majoriti ulama berpendapat bahawa larangan (menyinsingkan pakaian) tersebut adalah bersifat mutlak, berlaku bagi sesiapa sahaja yang solat di dalam keadaan seperti itu. Sama ada dia sengaja menyinsingkan untuk solat, atau sebelum solat memang dia telah seperti itu kerana adanya urusan yang lainnya (bukan kerana solat). Ada pun imam ad-Dawudi berpendapat bahawa larangan tersebut berlaku khusus bagi seseorang yang memang melakukannya untuk solat. Namun yang lebih tepat (benar) serta terpilih adalah pendapat pertama. Dan itulah zahir dari pendapat yang dinukilkan oleh para sahabat dan yang selainnya. (Imam an-Nawawi, Syarah an-Nawawi ‘ala Muslim, 2/240, no. 758)
Maka dengan ini, untuk mengelakkan isbal, dan dalam masa yang sama mengelakkan dari perbuatan melipat atau menggulung pakaian, maka pakaian/seluar/kain yang menjulur ke bawah hendaklah dipotong dan dijahit.
Pelaku Isbal Menyerupai Wanita
Syaikh al-Albani rahimahullah berkata:
Yang membezakan di antara jenis pakaian lelaki dengan pakaian wanita adalah kembali kepada apa yang bertepatan bagi kaum lelaki dan apa yang bertepatan dengan kaum wanita, iaitu pakaian yang sesuai dengan apa yang diperintahkan kepada kaum lelaki dan dengan apa yang diperintahkan kepada kaum wanita. (Syaikh al-Albani, Jilbab Wanita Muslimah, m/s. 152, Pustaka at-Tibyan)
عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ
لَعَنَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْمُتَشَبِّهِينَ مِنْ الرِّجَالِ بِالنِّسَاءِ وَالْمُتَشَبِّهَاتِ مِنْ النِّسَاءِ بِالرِّجَالِ
Maksud: Daripada Ibnu ‘Abbas radhiyallahu ‘anhuma, katanya:
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Salam melaknat lelaki yang menyerupai wanita, dan wanita yang menyerupai lelaki. (Hadis Riwayat al-Bukhari, Shahih al-Bukhari, Kitab al-Libas, 18/239, no. 5435)
Batas larangan yang dimaksudkan oleh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Salam berkenaan penyerupaan wanita dengan lelaki atau yang sebaliknya tidaklah hanya merujuk kepada apa yang dipilih oleh sama ada kaum lelaki atau wanita berdasarkan apa yang biasa mereka pakai. Tetapi, apa yang lebih penting adalah perlunya merujuk kembali kepada apa yang wajib dikenakan bagi kaum lelaki dan wanita berpandukan kepada perintah syara’ yang mewajibkan menutup aurat menurut kaedahnya. (Lihat: Abu Malik Kamal, Ensiklopedi Fiqh Wanita, jil. 2, m/s. 152, Pustaka Ibnu Katsir)
Apa yang dapat kita fahami adalah:
1 – Pakaian yang labuh, sehingga menutup kaki itu adalah khusus bagi para wanita.
2 – Pakaian yang tidak labuh dan tidak melebihi paras buku lali, itu adalah batas pakaian bagi lelaki.
3 – Maka, hendaklah kaum lelaki dan kaum wanita memahami persoalan ini dengan baik dan tidak mengenakan yang saling bertentangan. Dan sekiranya lelaki mengenakan pakaian yang labuh sehingga melepasi batas buku lali, maka itu sebenarnya telah mengambil situasi pakaian wanita, dan begitulah sebaliknya.
Ini dapat difahami juga melalui hadis sebagaimana berikut, sekali lagi dinukilkan:
عَنْ ابْنِ عُمَرَ قَالَ
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ جَرَّ ثَوْبَهُ خُيَلَاءَ لَمْ يَنْظُرْ اللَّهُ إِلَيْهِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ
فَقَالَتْ أُمُّ سَلَمَةَ فَكَيْفَ يَصْنَعْنَ النِّسَاءُ بِذُيُولِهِنَّ قَالَ يُرْخِينَ شِبْرًا فَقَالَتْ إِذًا تَنْكَشِفُ أَقْدَامُهُنَّ قَالَ فَيُرْخِينَهُ ذِرَاعًا لَا يَزِدْنَ عَلَيْهِ
Maksud: Daripada Ibnu ‘Umar, katanya:
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam berkata: Sesiapa sahaja yang menjulurkan (melabuhkan) pakaiannya kerana sombong, nescaya Allah Subhanahu wa Ta’ala tidak akan melihatnya dengan pandangan kasih sayang pada hari kiamat.
Maka Ummu Salamah pun bertanya: Apa yang perlu dilakukan oleh para wanita dengan hujung pakaiannya?
Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam menjawab: Hendaklah mereka menurunkan (melabuhkannya) satu jengkal dari pertengahan betis.
Ummu Salamah berkata: Jika begitu, sudah tentu telapak kaki mereka masih akan tersingkap (kelihatan).
Maka Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam pun menerangkan: Sekiranya begitu, hendaklah mereka menurunkannya satu hasta dan tidak boleh lebih dari itu. (Hadis Riwayat at-Tirmidzi, 6/343, no. 1653. at-Tirmidzi menyatakan, hadis ini Hasan Sahih. Juga disahihkan oleh al-Albani)
Meninggalkan Isbal Adalah Sebahagian Dari Ciri-ciri Taqwa
Ini adalah berdasarkan kepada hadis di atas daripada asy-Syarid, di mana Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam yang bertindak menegur seseorang yang isbal dengan katanya:
ارْفَعْ إِزَارَكَ وَاتَّقِ اللَّهَ قَالَ إِنِّي أَحْنَفُ تَصْطَكُّ رُكْبَتَايَ
Maksud: “Angkatlah kain pakaianmu (dari dilabuhkan dan terseret) dan bertaqwalah kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala”. (Hadis Riwayat Ahmad, Musnad Ahmad, 39/470, no. 18656. Disahihkan oleh al-Albani di dalam Silsilah ash-Shahihah, 4/15, no. 1441)
Penutup
Demikianlah tulisan dan catatan yang serba ringkas berkaitan persoalan isbal bagi kaum lelaki. Semoga kita dapat mengambil manfaat darinya.
Wallahu a’lam…Jom Umrah
Artikel asal daripada: Abu Numuair Nawawi Subandi