Friday, October 19, 2012

Akibat berebut tanah



Rasulullah s.a.w telah bersabda:
”Siapa merampas sejengkal tanah, dikalungkan Allah kepadanya kelak di hari kiamat tujuh lapis bumi.” (Muslim)

Huraian ringkas
Sangat besar siksa orang yang merampas atau mengambil tanah orang lain sehingga dikalungkan dengan satu kalung seberat 7 lapis bumi bagi setiap jengkal tanah yang diambil.

Satu Kisah
Dalam satu kisah seorang Yahudi dan seorang Islam telah berebut tanah (yang sebenarnya dimiliki Yahudi tersebut). Yahudi itu mencadangkan agar mereka berjumpa Nabi untuk menyelesaikan masalah tanah itu. Setelah dibicarakan, Nabi s.a.w memutuskan bahawa tanah itu milik Yahudi tersebut.

Orang Islam itu (sebenarnya munafiq-islam pura-pura) tidak berpuas hati dengan keputusan itu lalu mencadangkan agar mereka bertemu Sayyidina Umar pula untuk mengadili kes mereka.
Setelah berjumpa Sayyidina Umar dan menceritakan bahawa Nabi telah membuat keputusan dan mereka ingin pula mendengar pendapat Sayyidina Umar. Kata Sayyidina Umar “tunggu sekejap” Lalau beliau ke belakang rumahnya mengambil sebilah pedang dan terus memancung kepala Islam munafiq tadi.

Kecohlah suasana pada masa itu, orang mengatakan Sayyidina Umar membunuh seorang Islam. Lalu turunlah ayat Allah yang membenarkan perbuatan Sayyidina Umar:

Maka demi Tuhanmu (wahai Muhammad)! Mereka tidak disifatkan beriman sehingga mereka menjadikan engkau hakim dalam mana-mana perselisihan yang timbul di antara mereka, kemudian mereka pula tidak merasa di hati mereka sesuatu keberatan dari apa yang telah engkau hukumkan dan mereka menerima keputusan itu dengan sepenuhnya. 
سورة النساء , An-Nisa, Chapter #4, Verse #65)
Mac 31, 2008 — sulaiman

No comments:

Post a Comment