Dr.
Husam Affanah, Prof Fiqh dan Usul Universiti al-Quds, Palestin telah membuat
kajian mengenai persoalan ini.
Merujuk
kepada kajian yang dibuat oleh Dr Husam, secara ringkasnya
adalah seperti berikut:
Tidak syak lagi al-Quran yang kita dengar dari
CD merupakan al-Quran yang diturunkan oleh Allah swt. Namun ia
tidak mengambil hukum mashaf al-Quran dari sudut tidak boleh disentuh kecuali
dalam keadaan berwudhu' menurut pandangan kebanyakan ahli ilmu. Adalah
harus menyentuh CD kerana al-quran yang terdapat di dalamnya tidak
disimpan dalam bentuk huruf-huruf al-Quran tetapi ia disimpan dalam bentuk
sistem binari. Iaitu satu sistem yang menggunakan kod tertentu dan setiap
kod mengandungi 8 digit…. rujuk huraian pakar dalam bidang ini.
Walaupun CD tidak boleh disamakan dengan
mashaf al-quran, tetapi aku berpandangan tidak harus
merendah-rendahkannya dengan dibuang ke dalam tong sampah, khususnya
apabila ditulis pada CD tersebut perkataan yang menyatakan ia adalah CD
al-Quran.
Begitu juga dengan al-Quran yang terdapat
dalam handphone, ia tidak mengambil hukum mashaf al-Quran yang
memerlukan wudhu' untuk menyentuhnya seperti mazhab kebanyakan ahli ilmu.
Walaubagaimanapun
aku berpandangan tidak harus membawa handphone ke dalam tandas dalam keadaan
ayat-ayat al-Quran tertera di paparan skrin handphone tersebut kerana ia
dikira menghina al-Quran. Namun tidak mengapa membawa masuk
handphone tersebut ke dalam tandas dalam keadaan paparan skrin tidak
mengandungi ayat-ayat al-Quran (setelah ditutup program al-Quran).
Ini
ialah kerana tidak terdapat huruf-huruf al-Quran di dalam handphone tersebut
kerana ia disimpan dalam bentuk sistem binari yang menggunakan kod-kod
tertentu dan setiap kod mengandungi 8 digit….dan begitulah seterusnya seperti
huraian pakar dalam bidang ini. Perkara ini adalah seumpama seorang yang
hafaz al-Quran memasuki tandas dalam keadaan al-Quran berada
dalam jiwanya.
Lujnah Daimah untuk Kajian Ilmiah dan Fatwa
Arab Saudi telah mengeluarkan fatwa seperti yang dinyatakan oleh Dr
Umar bin Muhamad as-Sabil rahimahullah: Apabila dirakam al-quran ke atas
kaset dengan segala jenisnya seperti tali keset, video dan CD yang digunakan
di dalam komputer atau seumpamanya, maka adalah harus bagi seorang yang
berhadas kecil atau hadas besar menyentuhnya. Ini ialah kerana kaset dan
yang seumpama dengannya tidak dinamakan mashaf (al-Quran) kerana al-Quran
tidak boleh dibaca secara terus (direct) daripadanya. Adapun al-Quran yang
didengari atau dibaca daripadanya adalah dengan bantuan alat-alat khusus
yang lain. Oleh itu kaset-kaset ini tidak terpakai padanya seperti hukum
menyentuh mashaf al-quran yang mesti berada dalam keadaan suci. Begitu
juga fatwa yang telah dikeluarkan oleh Ahli-Ahli Lujnah Daimah untuk Kajian
Ilmiah dan
Fatwa Arab Saudi yang diketuai oleh Syeikh Abdul Aziz bin Baz.
Fatwa Arab Saudi yang diketuai oleh Syeikh Abdul Aziz bin Baz.
Teks
fatwanya ialah; "Tidak mengapa membawa atau menyentuh kaset yang
dirakam di dalamnya al-Quran bagi orang yang sedang berjunub dan seumpamanya,
sekian Wabillahi at-Taufiq".
Kesimpulannya,
CD yang dimasukkan al-Quran di dalamnya tidak dikira sebagai mashaf al-Quran.
Begitu juga dengan handphone yang dimasukkan al-Quran di dalamnya tidak
dikira sebagai mashaf al-Quran. Wallahu A'lam. (tamat nukilan dengan adaptasi
kajian Dr. Husam Affanah, Prof Fiqh dan Usul Universiti al-Quds,
Palestin).
Sebagai kesimpulan, tidak mengapa bagi
seseorang yang berada dalam keadaan berhadas samada hadas kecil atau hadas
besar menyentuh atau membawa CD, PDA dan handphone yang dimasukkan ke
dalamnya program al-Quran. Juga tidak mengapa membawa peralatan-peralatan
tersebut ke dalam tandas dengan syarat ayat-ayat al-Quran tidak terpapar pada
skrin. Juga tidak mengapa dan tidak dikira menghina al-Quran apabila
seseorang itu meletakkan handphone atau PDA di dalam poket seluarnya setelah
program al-Quran dimatikan dan tidak tertera ayat-ayat al-Quran pada skrin
peralatan tersebut.
والله أعلم
Rujukan
1) Islamonline (kajian Prof Dr. Husam Affanah, Prof Fiqh dan Usul Universiti al-Quds, Palestin)
1) Islamonline (kajian Prof Dr. Husam Affanah, Prof Fiqh dan Usul Universiti al-Quds, Palestin)
Disediakan oleh:
Ustaz
Ahmad Zainal Abidin
Setiausaha MUIS
Setiausaha MUIS
No comments:
Post a Comment