Wednesday, September 12, 2012

Gangguan Jin



Apa Ikhtiar Yang Boleh Dilakukan?
"Gangguan jin menyerang tidak kira masa dan orang. Kita perlu mengetahui sedikit ilmu asas bagaimana untuk berhadapan dengan situasi gangguan jin dan makhluq halus. Ia baik untuk melindungi diri sendiri, keluarga dan orang yang terdekat dengan kita.

Berikut ialah antara ikhtiar segera yang boleh dilakukan oleh seseorang Muslim jika berhadapan dengan gangguan jin, contohnya kerasukan atau diusik dalam bentuk jelmaan atau usikan:

1. Mula-mula sekali, beristighfarlah kepada ALLAH, tauhidkan ALLAH dan luruskan pengharapan yang tinggi bahawa hanya ALLAH yang boleh bantu untuk menyelesaikan masalah gangguan itu.

2. Menyebut nama ALLAH dengan membaca “بسم الله” (bismillah) dan fahami bacaan tersebut.

3. Memohon perlindungan dengan ALLAH dari Syaitan yang dilaknat dengan membaca beberapa kali dengan jelas “اعوذ بالله من الشيطان الرجيم” (a`udzu billahi minasy-syaitaniirajim). Sebaik-baiknya fahami dan hayati sungguh-sungguh ayat tersebut.

4. Membaca beberapa kali surah al-Falaq dan sebaik-baiknya hayati ia.

5. Membaca beberapa kali surah an-Nas dan sebaik-baiknya hayati ia.

6. Membaca beberapa kali ayat al-Kursi (ayat ke-255 dari surah al-Baqarah) dan sebaik-baiknya hayati ia.

7. Bertakbir “الله اكبر” (Allahu Akbar) beberapa kali dan fahami maksudnya.

Itulah antara ikhtiar asas yang boleh dilakukan oleh seseorang apabila berlaku kecemasan sekiranya ada gangguan jin. Bacalah ayat-ayat di atas berulang-ulang kali dan dengan jelas. Jika kes kerasukan, bacalah dengan jahar (jelas dan bukan perlahan suaranya) agar jin yang nakal itu dengar. Tidak perlu tergopoh-payah ketika membacanya.

Teruskan membacanya walaupun mungkin kalian diejek, diludah, dimarah, dijerit, dikutuk, diganggu, dijeling, dimaki dan ditertawa oleh jelmaan jin atau mangsa rasukan. Sabar, cuba abaikan gangguan itu dan panjatkan pengharapan kepada pertolongan ALLAH.  ALLAH berkuasa ke atas segala sesuatu.
Insya’ ALLAH, dengan kehendak ALLAH, gangguan itu akan berhenti dan orang yang dirasuk itu akan sembuh.

Sebagai tambahan, boleh juga dibaca:

8. Membaca ucapan berikut beberapa kali sambil menghayatinya:

السميع العليم في الارض ولا في السماء وهو شيء بسم الله الذي لا يضر مع اسمه

(bismillahilladzi la yadhurru ma`asmihi syai’un fil-ardh wa la fissama’, wa hua assami`ul-`alim)

Maksudnya: “Dengan nama ALLAH yang dengan namaNYA, tidak ada sesuatu apa pun di darat yang dapat memberikan mudharat, tidak juga di langit. Dan DIA lah Tuhan Yang Maha Mendengar, Maka Mengetahui”

9. Membaca ucapan berikut beberapa kali sambil menghayatinya:

اعوذ بكلمات الله التامات من شر ما خلق

(a`udzu bi kalimaati llahi ttammati min sharri ma khalaq)

Maksudnya: “Aku berlindung dengan kalimah-kalimah ALLAH yang sangat sempurna, dari segala kejahatan yang ada.”

10. Baca surah al-Fatihah dan fahami ia.

11. Baca surah al-Baqarah. Kalau tak sempat baca surah al-Baqarah atau tidak hafal, bolehlah pasang audio surah al-Baqarah.

Ikhtiar-ikhtiar di atas mempunyai fadhilat yang berbeza-beza tapi mempunyai maksud umum yang sama iaitu meminta perlindungan dengan ALLAH dari kejahatan makhluq samada dari kalangan jin atau manusia atau haiwan.

Percayalah sungguh-sungguh bahawa ALLAH sedang mendengar permintaan kita tatkala kita sedang memohon daripadaNYA. Dan yang paling penting, teguhkan hati bahawa hanya ALLAH yang mampu selesaikan masalah itu. ALLAH Maha Berkuasa atas segala sesuatu dan DIA lah yang hanya boleh membantu.
 Umrah disini..
ALLAHU A`LAM.

No comments:

Post a Comment