Mengikut kitab Duratun Nasihin oleh Usman Alkhaibawi, Lailatul Qadar dinamakan dengan Qadar yang ertinya ketentuan, kerana pada malam itu ditentukan semua urusan, hukum, ketentuan rezeki dan waktu kematian serta apa-apa juga yang terjadi pada tahun itu sampai tahun yang akan datang.
Lailatul Qadar ini adalah
malam yang lebih baik daripada 1000 bulan yang Allah anugerahkan hanya kepada
umat Nabi Muhamad SAW. Lailatul Qadar ini adalah hadiah yang tidak terhingga nilainya
yang Allah hadiahkan secara ghaib kepada kita.
Oleh kerana Lailatul Qadar
ini hadiah yang ghaib maka majoriti daripada umat Islam tidak lansung ambil
kisah dan mereka merasakan persiapan Aidil Fitri lebih penting daripada mencari
Lailatul Qadar. Malanglah bagi kita yang tidak mengambil kesempatan mencari
hadiah daripada Allah, hadiah yang bukan sahaja bermanafaat di dunia malah yang
lebih penting di akhirat.
Masa berlalu pantas
meninggalkan hari-hari yang indah di bulan Ramadhan. Terasa sayu untuk
meninggalkan Ramadhan kerana belum tentu bertemu lagi Ramadhan tahun di tahun
hadpan. Ada tugasan terakhir yang paling penting dalam sisa malam-malam
Ramadhan iaitu mencari Malam Lailatul Qadar malam yang LEBIH
BAIK dari 1000 bulan. Banyak ulasan yang kita baca dan dengar tentang
kehebatan Lailatul Qadar. Malam yang penuh keberkatan dan kelebihan tertentu
yang boleh merubah kehidupan kita 360 darjah pusingan.
Rasulullah s.a.w.
sendiri menjadi contoh yang baik yang menghayati malam Lailatul Qadar terutama 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhandengan beriktikaf di
Masjid mengerjakan
pelbagai amal ibadah untuk menyambut malam Lailatul Qadar yang mulia.
Ini diterangkan di
dalam satu hadis diriwayatkan daripada Aishah r.a.
Katanya yang maksudnya: “Biasanya Rasulullah s.a.w. berusaha dengan
bersungguh-sungguh memperbanyakan amal ibadah pada 10 malam yang akhir daripada
bulan Ramadhan berbanding dengan masa yang lain.”
Hadis yang
diriwayatkan daripada Aishah r.a.
yang maksudnya: “Saya pernah bertanya kepada
Rasulullah s.a.w. bagimana kiranya saya mengetahui malam Lailatul Qadar dengan
tepat. Apa yang saya akan doakan pada saat itu. Baginda menjawab berdoalah
dengan doa yang berikut” yang maksudnya: “Ya Allah ya Tuhanku
sesungguhnya engkau sentiasa memaafkan salah silap hamba lagi suka memaafkan
oleh itu maafkanlah salah silapku.”
Abu Zar r.a.
berkata, “Saya telah bertanya kepada nabi s.a.w. adakah Lailatul Qadar khusus
pada zaman baginda sahaja atau akan berterusan selepas zaman itu juta?” Baginda
menjawab, “Lailatul Qadar akan berterusan sehingga hari kiamat”. Saya bertanya
lagi, “Pada bahagian manakah dari Ramadhan malam itu berlaku?” Baginda
bersabda, “Carilah malam itu pada 10 akhir awal dan 10 akhir”. Kemudian baginda
telah sibuk dengan perkara lain. Apabila mendapat peluang saya bertaya lagi, “Tuan,
tolong beritahu saya , dalam sepuloh malam itu pada bahagian manakah malam itu
didapati?”, Baginda menjadi begitu marah, tidak pernah Baginda begitu
marahterhadap saya sebelum dan selepas itu. Kemudian Baginda bersabda, “Kalau
itulah tujuan Allah, mengapa tidak terus diberitahu sahaja?,Carilah malam itu
pada 7 malam terakhir, cukuplah! Selepas ini jangan Tanya apa-apa lagi pada
saya”.
Baginda
memberitahu kepada seorang sahabat yang lain secara tepat bahawa malam itu
didapati pada malam ke 23. Ibnu ‘Abas r.anhuma berkata, “Pada satu malam aku
bermimpi, seorang berkata kepada ku, “Bangunlah! Ini Lailatul Qadar”, saya pun
bangun dengan segera dan pergi melihat Nabi s.a.w. Saya dapati baginda sedang
besolat. Malam itu adalah malam ke 23”. Dapat diketahui juga pasa sesetengah
riwayat lain bahawa lailatul qadar berlaku pada malam ke 24.
Ibnu Kaab
r.a. memberitahu bahawa lailatul Qadar berlaku pada malam ke 27. Banyak lagi
pendapat para sahabat dan tabi’in bahawa lailatul Qadar berlaku pada malam ke
27 ramadhan.
Bukan mudah orang
biasa seperti aku untuk mencari Lailatul Qadar yang tepat kerana itu adalah
Rahsia ALLAH SWT supaya umat manusia berusaha bersungguh mencari Lailatul
Qadar. Hanya ada satu Tips Pasti Berjumpa Malam
Lailatul Qadar iaitu
dengan beramal bersungguh-sungguh pada setiap malam 10 yang akhir di bulan
Ramadhan dengan memperbanyakkan Qiamulai, Berzikir, Membaca Al Quran dan Berdoa memohon keampunan dan
keredhaan ALLAH SWT.
Insyallah dengan kita
beramal setiap malam 10 akhir Ramadhan pasti salah satu malam tersebut adalah
Malam Lailatul Qadar. Jangan lupa doa kita untuk Umat dan Makhluk seluruh alam
insyallah Malaikat akan mendoakan kebaikan untuk kita
kembali.
No comments:
Post a Comment