Fatwa
semasa mengenai hukum merokok menjurus kepada haram
Fatwa Semasa Mengenai Hukum Merokok’ yang dikeluarkan oleh
bererapa orang Mufti / Ulama’;
1. Kerajaan Arab Saudi mengeluarkan fatwa bahawa merokok, menanam tembakau dan memperniagakannya hukumnya adalah haram kerana daripadanya terdapat kemudaratan.
2. Ulama-ulama semasa seperti Dr Abdul Jalil Shalabi mengatakan merokok adalah haram kerana ia boleh mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan masyarakat.
3. Dr Zakaria Al Bari (anggota Akademi Kajian Islam dan Anggota Lajnah Fatwa Al-Azhar) menyatakan merokok hukumnya haram adalah pendapat yang kuat.
4. Syeikh Abdul Halim Mahmud dalam kitabnya telah memberi fatwa merokok hukumnya makruh jika ia tidak mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan. Sebaliknya adalah haram jika ia mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan.
5. Syeikh Hasanain Makhluf iaitu mantan Mufti Kerajaan Mesir telah menetapkan merokok adalah haram jika mendatangkan mafsadat kesihatan dan mengurangkan hak keluarga dari segi pengurangan nafkah kepada keluarganya. Makruh jika mafsadat itu tidak ketara atau tidak mengurangkan hak nafkah keluarga.
6. Ulama terkenal masa kini Dr Yusof Qaradhawi juga telah menfatwakan bahawa merokok adalah HARAM disisi agama.
7. Di Malaysia, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa, Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Islam Malaysia Kali Ke-37 yang berlangsung pada 23 Mac 1995 telah memutuskan bahawa amalan merokok itu hukumnya adalah haram menurut pandangan Islam.
8. Fatwa Negeri Selangor Darul Ehsan yang telah diwartakan pada 7 Disember 1995 di bawah Enakmen Pentadbiran Perundangan Islam 1989 telah menyebutkan bahawa amalan menghisap apa jua jenis rokok adalah haram bagi mana-mana orang Islam.
9. Fatwa Negeri Perlis memutuskan bahawa menanam tembakau atau merokok dan memanfaatkan hasil tembakau adalah haram.
10. Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah berpegang kepada fatwa merokok adalah haram walaupun sehingga kini belum ada penguatkuasaan berhubung perkara itu kerana berdasarkan pendapat pengamal perubatan bahawa perbuatan merokok boleh mendatangkan mudarat.
11. Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka juga telah bersetuju menerima pakai keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa, Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Islam Malaysia Kali Ke-37 bahawa amalan merokok itu hukumnya adalah haram. [Harakahdaily.net]

Melihat kepada senarai ini,
merokok sudah difatwakan haram oleh majlis ulama Malaysia sebelum tahun 2000
tetapi entah mengapa fatwa ini hanya diwartakan beberapa tahun kemudian.
Mungkin mereka ingin memberi peluang kepada syarikat rokok untuk lebih bersedia
menangani kesan dari fatwa ini. Namun apa yang jelas sama ada diwartakan atau
tidak, bilangan mereka yang merokok terus meningkat.
Maka sudah jelas dan terang sekali bahawa
perbuatan merokok bercanggah dan bertentangan dengan ajaran Islam dan maqasid
al-syariah iaitu menjaga lima perkara; Agama, Nyawa, Akal, Keturunan dan Harta
Benda.
Tabiat buruk merokok secara kesimpulannya merosakkan kesemua lima
perkara tersebut diatas dan melibatkan juga kesan buruk yang lain seperti
dibawah ini:-
1- Menjejaskan akal/mental.
2- Membahayakan kesihatan fizikal.
3- Membahayakan keselamatan diri dan orang lain.
4- Membahayakan keturunan.
5- Mengganggu manusia lain.
6- Menimbulkan akhlak buruk.
7- Menyia-nyiakan waktu hidup.
8- Bercanggah dengan maruah keIslaman.
9- Membazirkan harta (wang).
10- Menimbulkan permusuhan di antara manusia.
No comments:
Post a Comment