Sekali kita berkata bohong atau menipu….kita akan terus
berbohong, kerana untuk mempertahankan perkataan bohong yang kita ucapkan sebelumnya,
mana mungkin orang yang berbohong atau menipu itu mahu mengakui akan perkataan
bohong yang diucapkannya…dengan itu menjadilah orang itu pembohong atau penipu
terus-terusan.
Penipu dan pembohong ini berlaku ke atas semua golongan….
Pemimpin akan menipu orang yang dipimpin, ketua menipu ahli, peniaga menipu
pelanggan, yang pandai menipu yang bodoh, dan kekadang ibubapa pun menipun anak
dan sebaliknya…inilah hakikat yang berlaku sekarang…..
Sama ada kita kaki menipu atau selalu ditupu,
kedua-duanya tidak baik untuk manusia yang mempunyai harga diri. Dua perkataan
yang bunyinya nyata lebih kurang sama. Apa yang jelas, kedua-duanya mempunyai
maksud yang tersendiri. Menipu bermaksud, mengenakan tupu daya. Mamakala ditupu
pula ialah, diperdaya oleh orang lain. Kenapa harus menipu? Atau kenapa harus
diberi peluang kepada orang lain untuk membenarkan mereka menipu diri kita?
“Kak Tipah Tertipu, sudah kecek, dikecong pula”
Peribahasa di atas bermaksud, kena tipu lebih dari
sekalli. Amat malang bagi manusia yang tidak menjadikan kesilapan masa lalul
sebagai penduan pada masa mendatang. Lebih malang apabila menyalahkan takdir di
atas kesilapan diri sendiri akibat ditipu oleh orang lain.
Menyalahkan takdir
seperti juga menyalahkan Allah. Takdir itu tidak akan berlaku sekiranya kita
mengambil iktibar di atas perkara lepas.
John Santayan pernah berkata, “Celakalah manusia yang
mengulangi kesilapan yang pernah sejarah ceritakan”.
Kenyataan John Santayana ini sebenarnya telah disuarakan
sendiri oleh Nabi Muhammad saw pada lebih 1400 tahun dahulu. Kata baginda,
“orang yang beriman tidak akan kena sengat dua kali dalam satu lubang” (sahih
muslim).
Apakah signifikannya hadith di atas terhadap diri
manusia? Hadith tersebut mengajar manusia bahawa kehidupan seseorang muslilm
yang mukmin seharusnya terhindar dari melakukan kesilapan yang sama lebih dari
sekali. Kerana ia melambangkan kebodohan dan kecuaian. Sedangkan islam membawa
panji kebijaksanaan dan keberhatian yang membawa kepada kebaikan kepada semua
makhluk.
“Orang yang bijak itu Nampak lebih besar walaupun umurnya
masih muda. Manakala orang yang jahil itu manpak kecil walaupun umurnya sudah
tua. Ayat di atas bukanlah hadith atau dalil-dalil yang dapat menghujahkan
hukum. Ia cumalah sebuah ungkapan syair yang saya petik dari ribuan syair
berbahasa arab. Syair ini menggambarkan bahawa kebijaksanaan itu tidak datang
pada yang tua atau muda. Ia bergantung kepada manusia itu sendiri, sama ada mahu
menjadi bijak atau jahil. Beruntunglah mereka yang bijak dan mukmin, kerana
mereka tidak akan menipu dan tertipu.
“Siakap senohong gelama ikan duri,, bercakap bohong,
lama-lama mencuri. Bohong atau menipu adalah dua perkataan yang sama maknanya.
Orang-orang melayu dahulu, sangat kreatif dalam membina peribahasa, ungkapannya
indah, halus bunyanya dan mendalam maknanya atau isinya. Bohong atau menipu,
membawa impak yang besar kepada diri yang menipu dan juga orang sekelililngnya.
Kerana bukan sahaja membawa impak negative diri sipenipu, tetapi kadangkala
memberikan kesan kepada masyarakat. Menipu dalam apa jua, adalah sesuatu yang dilarang dalam
islam. Sehinggakan Rasulullah menegaskan bahawa menipu untuk sekadar bergurau
juga tidak dibenarkan dalam islalm. Sepertimana yang dikatakan olah Rasulullah
dalam sebuah hadith, “Celakalah orang berbicara, padahal dia menipu, untuk
sekadar membua orang-orang tertawa, celakalah dia, celakalah dia, kemudian
celakalah dia” (hadith ini sahih dalam Bulughul Maram oleh Imam Ibnu Hajar
al-Asqolani).
Semoga kita tidak termasuk dikalangan orang-orang yang
menipu dan tertipu, kerana orang bergantung harap kepad Allah, dan sentiasa
berusaha untuk menjadi Muslim yang Mukmin, pasti tidak akan menipu atau
tertupu. Kepada Allah segalanya dikembalikan.
Jangan main-main tipu. Nanti kena tipu dan kemudian
dipermainkan pula. Jimat petrol
Allahu 'alam
No comments:
Post a Comment