Jemaah Islam
:Antara Tulen dan Palsu
Assalamualaikum
wbt.
Dalam
menghadapi anjakan paradigma di seluruh dunia ini, penekanan terhadap agama
amat dititikberatkan. Justeru, wujudlah gerakan-gerakan yang mengatakan dirinya
sebagai gerakan Islam yang mantap dan menegakkan kalimah agung LAILAHAILLALLAH.
Bagi mereka yang dahagakan nikmat ibadah dan keagamaan Islam, secara membuta
tuli, mereka menyertai mana-mana gerakan yang menggelarkan diri mereka sebagai
gerakan islam yang mantap, menjalankan kerja-kerja dakwah dan sebagainya.
Awas!!! Jika anda tersalah memilih gerakan islam, anda mungkin dikategorikan
sebagai sekular. Dan jika anda menyertai sesetengah tarikat yang melampau, anda
mungkin akan dikategori sebagai sesat.
Bercakap mengenai
gerakan Islam, mari kita sama-sama mengkaji gerakan-gerakan Islam di seluruh
dunia khususnya juga yang ada di Malaysia.
1) IKHWANUL
MUSLIMIN.
-ditubuhkan
pada era Assyahid Hassan Al-Banna dan kemudiannya berkesinambungan pada era
Assyahid Syed Qutb. Kewujudannya menimbulkan rasa tidak puas hati dalam hati
kerajaan Mesir khususnya dalam hati presidennya Jamal Abdul Nasser. Ikhwanul
Muslimin menerajui penubuhan gerakan-gerakan Islam yang menegakkan Harakatul
Islamiyyah dan konsep Islam yang syumul. Hasil motivasi dan inspirasi dari
pihak ikhwan, maka wujudlah Hizbul Muslimin di Malaysia yang kini lebih
dikenali sebagai PAS. Tekanan dan kezaliman yang diterima oleh pihak Ikhwan
amat memilukan untuk kita renungi bersama. Ada daripada mereka yang dikurung bersama
anjing, dibogel dan dipermainkan kemaluannya di penjara, dibelasah dan
sebagainya.
Antara nama
yang masyhur dizalimi oleh puak sialan Jamal Abdul Nasser ini ialah as-syahid
Syeikh Omar, seorang ulama buta yang sememangnya tidak menimbulkan ancaman
ganas kepada mana-mana pihak. Sayangnya, beliau dituduh melakukan serangan
ganas. Moga Allah mencucuri jasad dan rohnya. Ikhwan terus menerima ancaman dan
tekanan. Seiringan dengan itu, ikhwan terus mendapat nama diseluruh dunia.
Pengaruh ikhwan kian menular ke seluruh dunia sehingga tertubuhnya Hamas,
HM(PAS) dan sebagainya.
Sehingga
kini, ikhwan walaupun diiktiraf sebagai parti politik di Mesir, tatapi masih
tidak dapat menjalankan sebarang kempen secara terbuka, ceramah-ceramah apatah
lagi, dan dihalang oleh askar-askar bersenjata daripada pergi mengundi. Atas
dasar haraki dan siasi berlandaskan islam, ahli-ahli Ikhwan sanggup meredah
kawat berduri dan bersenjata, memanjat tembok tinggi dan masuk ke pusat
mengundi melalui tingkap atas dewan. Bayangkan, bagaimana istiqamahnya
ahli-ahli mereka walaupun mereka membawa bersama bayi-bayi mereka dan anak-anak
kecil. Fenomena dan senario ini dapat anda lihat melalui internet dan surat
khabar HARAKAH sahaja pada setiap kali musim pilihanraya di Mesir.
2) HAMAS
- sebuah
gerakan islam yang ditubuhkan di Palestin hasil perjuangan As-syahid Syeikh
Ahmad Yassin. Ahmad Yassin mula melibatkan diri dalam siasah Islamiyyah sejak
zaman mudanya di universiti. Beliau yang belajar daripada Ikhwan dan Hizbullah
sekembalinya beliau ke Palestin terus menubuhkan kumpulan Hamas sebagai satu
kumpulan yang bergerak secara radikal memandangkan HAMAS pada masa itu tidak
diterima sebagai parti politik. Namun, usaha demi usaha, HAMAS yang memikul
tanggungjawab sebagai gerakan Islam yang syumul di Palestin akhirnya dinobat
sebagai parti siasah Islamiyyah disana. Buat julung kalinya Hamas bertanding
dalam pilihanraya dan berjaya memenangi majoriti kerusi parlimen di Palestin
sekaligus menobatkan HAMAS sebagai parti pemerintah. Sayangnya, FATAH yang
lebih dikenali sebagai gerakan munafik telah bersekongkol dengan yahudi
menjatuhkan HAMAS melalui serangan bersenjata. Ribuan rakyat menjadi mangsa
kekejaman FATAH dan YAHUDI. Akhirnya HAMAS terpaksa berundur ke Gaza dek kerana
bekalan senjata yang kurang dan ditakuti rakyat jelata menjadi mangsa. Sehingga
kini, HAMAS masih bertahan di Gaza dan menjadi kubu kuat HAMAS disitu.
4) QOQAZ
- gerakan
Mujahideen Islam di Chechen yang pada awalnya memegang mandat mentadbir
Chechen. Akibat keganasan pihak Russia yang mahu menjajah negara itu, muslim di
Chechen dibunuh dan dizalimi. Akhirnya, para pejuang QOQAZ mengambil tindakan
perang bermati-matian menentang komunis Rusia. Assyahid Panglima Khattab yang
pernah berjuang bersama mujahideen di Afghan telah diberi mandat untuk memimpin
gerakan gerilla QOQAZ di Chechen. Bermula dengan asas-asas tarbiyyah yang
mantap, akhirnya pejuang QOQAZ dilatih memikul senjata. Bom-bom peledak diajar
cara penggunaannya. Jet-jet dan kereta kebal yang jumlahnya beribu-ribu
dimusnahkan dengan bantuan ALLAH hanya dengan sebutir peluru dan sebutir bom
berpandu dari pelancar roket yang berganda kecil saiznya berbanding jet dan
kereta kebal. Panglima khattab yang telah berjaya dalam puluhan serangannya
telah menimbulkan ancaman dan kegerunan dalam diri tentera Rusia. Setelah
bertahun lamanya, panglima Khattab yang tidak dapat dibunuh melalui
serangan-serangan bersenjata akhirnya ditemui mati akibat diracun oleh
pembelot. Pembelot itu dipercayai dirasuah atau diugut oleh tentera kuffar yang
akhirnya diupah oleh Rusia untuk meletakkan racun dalam makanan Khattab.
Khattab akhirnya terkulai syahid selepas memakan makanan yang telah diracun
itu. Jutaan tangisan mengiringi pemergian jasad Khattab. Tentera-tentera QOQAZ
terus bertahan demi mempertahankan maruah agama dan membela kematian Khattab
yang meninggalkan anak kecil yang masih bayi dan isterinya. QOQAZ walaupun
kurang dikenali umum, tetapi gerakan ini tetap mempunyai ramai penyokong dan
ahlinya dari segenap lapisan masyarakat. QOQAZ adalah kumpulan mujahidin yang
berasal dari Chechnya. Situasinya dan statusnya sama dengan kumpulan mujahidin
Indonesia(Jamaah Islamiyyah) dan kumpulan mujahidin Malaysia(KMM). QOQAZ kini
mula bertapak di negara-negara asia termasuk Malaysia demi memperbetulkan
situasi dan merawat penyakit gerakan Islam di Malaysia dan memikul
tanggungjawab mengkader dan melahirkan golongan mujahid muda dan baru
bersama-sama dengan JI dan KMM. Qoqaz bertapak di Malaysia memandangkan KMM
masih baru dan lemah di Malaysia serta ramai dari anggota KMM yang masih dalam
tahanan kerajaan dan ratusan lagi yang telah bebas mengalami trauma dan masih
belum pulih daripada penyeksaan jiwa dan fizikal oleh pihak kerajaan munafik
BN.
5) TABLIGH
- diasaskan
oleh Maulana ilyas yang bertindak sebagai Amir gerakan ini di India.
Penubuhannya adalah untuk menentang penjajah British di India yang telah
menzalimi umat Islam disana. Jihad demi jihad dilancarkan, akhirnya Tabligh
menjadi gerakan Islam ulung di India yang menakutkan British. Sayangnya,
Maulana Ilyas kembali ke rahmatullah. Timbalannya menjadi penggantinya. British
mengambil kesempatan ini bagi menggugat iman pengganti Maulana Ilyas itu.
Kekayaan demi kekayaan dan kemewahan demi kemewahan diberikan kepada pemimpin
Tabligh di India pada ketika itu. Akhirnya Tabligh terpaksa tunduk dan akur
kepada permintaan British yang berjaya memujuk pemimpin agung Tabligh itu
supaya memadam segala konsep jihad perang dan siasah dalam gerakannya. Iman dan
amal sahaja yang diberi penekanan. Maka, jatuhlah India pada ketika itu kepada
pemimpin Hindu. Masjid-masjid dibenarkan untuk dibina tetapi Tabligh dilarang
sama sekali melibatkan diri dalam kenegaraan dan pemerintahan. Konsep tanzim
dan siasah terpaksa dilupakan oleh Tabligh sedangkan hukum bagi mereka yang
mengasingkan siasah dari Islam adalah sama dengan hukuman orang-orang sekular
yang dijanjikan pengasingan dari syurga ALLAH. Tabligh juga akhirnya selaras
dengan misi Yahudi yang mencipta kumpulan-kumpulan Tarikat yang hanya
mementingkan iman, amal dan zikir. Sunnah diberi penekanan seolah-olah wajib
manakala yang wajib dan al-quran terabai. Hadis-hadis yang tidak pasti tarafnya
diambil secara menonong tanpa disebutkan siapa yang meriwayatnya dan dari mana
ia datang. Debat antara Tabligh dan PAS diadakan di Kg jawa, Klang pada
sekitar tahun 80-an telah berjaya membuktikan bahawa gerakan Tabligh tidak
selaras dengan mana-mana konsep perjuangan Islam. Sebab itu, Hamas dan
Ikhwan tidak pernah mengiktiraf Tabligh sebagai satu gerakan Islam. Sebaliknya,
tabligh adalah selaras dengan konsep perjuangan sekular yang mengasingkan Islam
daripada politik dan kenegaraan. Tabligh tidak pernah mendesak mana-mana
kerajaan dimana-mana negara untuk memperjuangkan hukum Islam atau undang-undang
Islam. Tabligh merupakan satu-satunya gerakan Islam yang tidak pernah
diancam malahan ia merupakan satu-satunya gerakan Islam yang diterima diseluruh
dunia oleh pemimpin-pemimpin kuffar dan yahudi. Sebab itu, yahudi di palestin
membenarkan Tabligh membina bangunan mewah 2 tingkat untuk aktiviti TABLIGH
sedangkan ALLAH telah memberi amaran bahawa yahudi dan Nasara itu tidak akan
setuju dengan mana-mana pihak yang membawa Islam yang syumul berdasarkan ayat
120 surah al-baqarah. Justeru, adakah Tabligh gerakan Islam yang disebut-sebut
dalam ayat-ayat ALLAH dan hadis-hadis nabi?
6) HIZBUL
MUSLIMIN
- ditubuhkan
pada zaman penjajahan British dan jepun sebelum kemerdekaan Malaya. Ditubuhkan
oleh beberapa anak muda yang belajar diluar negara seperti Mesir, UK, dan
sebagainya. Antara tokohnya ialah Dr Burhanuddin al-Helmy, Dr zulkifli
Muhammad, Samad Gol dan lain-lain lagi. Mereka inilah yang sebenarnya berpenat
lelah mengusahakan kemerdekaan Malaya ketika itu. Hizbul Muslimin kemudiannya
diharamkan oleh British hasil kerjasama UMNO. Hal ini adalah kerana Hizbul
Muslimin mendapat pengaruh yang hebat dari semua pihak orang Melayu hingga
menggugat kepercayaan orang-orang Melayu kepada UMNO. Bagi British pula, mereka
dapat menghidu anasir-anasir Ikhwan dan mereka melihat HM sebagai satu gerakan
Islam yang bakal menumbangkan ajaran yang dibawa mereka. Sehingga 1951, Hizbul
Muslimin bertukar-tukar namanya kepada Persatuan Islam Setanah Melayu,
Persatuan Islam Semalaya dan akhirnya kepada namanya yang diguna pakai sehingga
kini iaitu Parti Islam Semalaysia(PAS). Adat bagi semua gerakan Islam yang
melaksanakan Islam dengan lengkap, PAS juga tidak terlepas daripada ancaman dan
kekejaman yang diterimanya oleh pihak munafik dan fasiq. Ramai dalam Pimpinan
PAS yang telah syahid terkorban dalam menentang pemerintah yang telah kufur.
Antaranya ialah As-syahid Samad Gol, As-Syahid Zulkifli Muhammad, As-Syahid
Ustaz Ibrahim Mahmud dan puluhan mujahid-mujahid PAS yang lain yang
kebanyakannya terkorban ditembak oleh tentera di Kg Memali, Kedah. Sultan Kedah
turut hadir memberi penghormatan terakhir terhadap para syuhada’ di Kg Memali.
Sehingga kini, pusara para syuhada’ tersebut masih segar di kampong tersebut.
PAS yang pada awalnya bergerak sebagai satu gerakan Islam tanpa politik
bertukar kepada satu gerakan haraki islamiah yang syumul dan tidak mengasingkan
tuntutan Islam supaya sunnah nabi ini tidak diabaikan begitu sahaja.
Kini, PAS
terkenal sebagai satu gerakan Islam yang terkemuka di persada negara dan
dipersada dunia. Ikhwanul Muslimin juga mengiktiraf PAS sebagai satu-satunya
gerakan Islam yang syumul di Malaysia. Tidak ada gerakan lain yang sesyumul PAS
di tanah melayu ini kerana semuanya telah mengabaikan konsep siasah yang amat
dituntut Islam dalam menggerakkan dan mendaulatkan daulah Islamiah dan negara
Islam yang sempurna.
7) HIZBUT
TAHRIR
- Sebuah
gerakan yang aktif di Indonesia. Melebarkan sayapnya ke serata dunia dengan
slogannya “my khilafah”. Bagus misi dan visinya tetapi hanya sekadar dimulut.
Tidak percaya kepada konsep siasah dalam Islam. Menurutnya, politik adalah
bersumber dari Yahudi sedangkan Nabi Muhammad pernah berpolitik. Sesungguhnya
Yahudi lah yang menciplak konsep politik daripada Islam dan dijadikan
ajarannya. Begitu juga dengan ilmu fizik, biologi dan kimia serta lain-lainnya.
Semuanya berasal dari Islam, tetapi mereka menciplaknya dan mengatakan itu
adalah dari mereka. Begitu jugalah kondisinya dengan politik. Politik berasal
dari islam, tetapi diakui oleh Yahudi sebagai konsep mereka. Justeru, HIZBUT
TAHRIR menggesa ummat Islam supaya jangan menyokong cara pilihanraya.
Pilihanraya sebenarnya boleh tetapi perlulah ditangani dan dihadapi dengan cara
yang betul dan berstrategi. Maka itu, tidak adalah penyakit yang melanda
kepimpinan gerakan Islam itu. Peliknya, HT juga tidak pernah menyebut tentang
perjuangan secara gerilla. Jadi, apakah sebenarnya perjuangan yang dimaksudkan
oleh HT? HT sekadar menggembar-gemburkan sahaja tentang khilafah tetapi tidak
pernah berusaha menegakkannya semula.
8) MILF
- merupakan
satu gerakan Islam yang berjuang menuntut kemerdekaan dan pembebasan Mindanao
sebagai sebuah negara Islam yang merdeka dan tidak memerlukan pemerintahan
Filipina. Sayangnya, kerajaan Filipina ini amat rakus dan menjajah Mindanao
serta cuba memastikan ummat Islam di Mindanao lenyap. Justeru, gerakan-gerakan
Islam yang prihatin dan syumul dari segenap pelosok dunia memberi bekalan
senjata dan melahirkan mujahidin di Mindanao serta membantu MILF dengan
tarbiyyah dan ilmu senjata. MILF walaupun bilangannya kecil berbanding dengan
tentera Filipina dan Amerika, namun MILF masih dapat bertahan dan sering
melancarkan serangan hendap terhadap puak musuh ALLAH itu. MILF kini masih
menguasai Mindanao dan sesekali melancarkan serangan Jihadnya. Ratusan
tenteranya telah terkorban syahid. Namun, bilangan tentera kuffar yang mati dek
serangan MILF juga besar jumlahnya.
9) GAM
- Merupakan
sebuah gerakan Islam di Acheh yang menuntut kemerdekaan negara itu daripada
penjajahan Indonesia. Acheh yang terkenal sebagai serambi mekah sepanjang ditadbir
dan dipimpin oleh GAM bertukar kepada puasat maksiat apabila ditakluk
Indonesia. JI dengan rasa prihatin dan bertanggungjawab banyak membantu pihak
GAM dalam memperjuangkan bumi Islam itu. Ada juga dari kalangan pejuang GAM itu
berhijrah ke Malaysia untuk mencari sumber ekonomi gerakan itu untuk memastikan
perjuangan mereka berkesinambungan hingga mencapai kemerdekaan. Anggota-anggota
GAM itu berhijrah ke Malaysia dengan bantuan kumpulan Mujahidin Malaysia dan
Jamaah Islamiyyah dan mencari tapak perniagaan dan berniaga. Keuntungannya akan
disalurkan kepada pejuang-pejuang GAM di Aceh. Antara tokoh GAM yang terkenal
menyalurkan dana yang banyak terhadap perjuangan GAM ialah Pak Harris. Pak
Harris sesekali ke Aceh menemui rakan seperjuangannya dan memberikan dana untuk
pergerakan GAM. Perniagaan Pak Harris seterusnya berkembang pesat hasil bantuan
ALLAH dan mendapat status warganegara Malaysia. Kini, setelah Aceh merdeka, GAM
berjaya menjadi kerajaan Aceh hasil daripada pertumpahan darah bertahun lamanya
dan rundingan damai yang bertoleransi. GAM kini cuba menghidupkan kembali
suasana Islam di Aceh dan cuba menobatkan semula Aceh sebagai serambi Mekah.
Wallahu 'alam
No comments:
Post a Comment