"Dikatakan
bijaknya seseorang yang beriman itu adalah, mereka yang mampu mengolah hidupnya
yang hanya sesaat dan sekejap ini untuk hidup yang panjang tanpa batas masa.
Hidup bukan untuk hidup semata, tetapi hidup ini adalah untuk Yang Maha Hidup.
Hidup bukan untuk mati, tapi mati itulah matlamat untuk hidup yang kekal abadi.
Kita jangan takut mati, jangan mencari mati, jangan lupakan mati, tapi rindukan mati. Kerana, mati adalah pintu berjumpa dengan Allah SWT. Mati bukanlah cerita dalam akhir hidup, tapi mati itu adalah permulaan episod cerita hidup sebenarnya, maka sambutlah dan bersedialah untuk menghadapi kematian dengan persediaan yang secukupnya dan penuh ketakwaan.
Untuk menghadapi kematian dan menuju kehidupan sebenarnya, cubalah dengan sekuat kudrat dan kemampuan yang ada ini Untuk mengamalkan sebahagian dari sunah-sunah Nabi. Antara tujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:
Pertama: tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.
Kedua: membaca Al-Qur'an sebelum terbit matahari Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur'an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.
Ketiga: jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.
Keempat: Lakukan solat dhuha setiap hari, Insyallah di lapangkan dan di luaskan rezeki.
Kelima: bersedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.
Keenam: kekalkan berwudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, "Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah".
Ketujuh: amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang akan berlaku kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.
Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme.

No comments:
Post a Comment