Malam pertama…
Malam itu ialah Malam Pertama Di Alam Kubur
Pernahkah engkau melihat kuburan?
Pernahkah engkau melihat gelapnya kuburan?
Pernahkah engkau melihat sempit dan dalamnya liang lahat?
Pernahkah engkau membayangkan kengerian dan kedahsyatan alam kubur?
Sedarkah engkau bahawa kuburan itu dipersiapkan untukmu dan untuk orang-orang selain darimu?
Bukankah telah silih berganti engkau melihat teman-teman, orang-orang tercinta dan keluarga terdekatmu diusung dari dunia fana ini ke kuburan?
Malam itu ialah Malam Pertama Di Alam Kubur
Pernahkah engkau melihat kuburan?
Pernahkah engkau melihat gelapnya kuburan?
Pernahkah engkau melihat sempit dan dalamnya liang lahat?
Pernahkah engkau membayangkan kengerian dan kedahsyatan alam kubur?
Sedarkah engkau bahawa kuburan itu dipersiapkan untukmu dan untuk orang-orang selain darimu?
Bukankah telah silih berganti engkau melihat teman-teman, orang-orang tercinta dan keluarga terdekatmu diusung dari dunia fana ini ke kuburan?
Apakah Malam Pertama Kita di Alam Kubur Nanti Asyik dan
Nikmat atau Penuh Derita dan sengsara? Wahai anak Adam, apa yang telah
engkau persiapkan saat malam pertamamu nanti di alam kubur?
Tidakkah engkau tahu, bahawa ia adalah malam yang sangat
mengerikan. Malam yang kerananya para ulama’ serta orang-orang yang soleh
menangis dan orang-orang bijak mengeluh. Apa tidaknya, kala itu kita
sedang berada di dua persimpangan dan di dunia yang amat berbeza. ”Suatu
hari pasti engkau akan tinggalkan tempat tidurmu (di dunia), dan ketenangan pun
menghilang darimu. Bila engkau berada di kuburmu pada malam pertama, demi
Allah, fikirkanlah untung nasibmu dan apa yang akan terjadi padamu di sana?”
Hari ini kita berada di dunia yang penuh keriangan dengan
anak-anak, keluarga dan sahabat handai, dunia yang diterangi dengan
lampu-lampu yang pelbagai warna dan sinaran, dunia yang dihidangkan dengan
pelbagai makanan yang lazat-lazat serta minuman yang pelbagai, tetapi pada
keesokannya kita berada di malam pertama di dalam dunia yang kelam
gelap-gelita, lilin-lilin yang menerangi dunia adalah amalan-amalan
yang kita lakukan, dunia sempit yang dikelilingi tanah dan bantalnya juga
tanah.
Pada saat kita mula membuka mata di malam pertama kita di
alam kubur, segala-galanya amat menyedihkan, tempik raung memenuhi
ruang yang sempit tapi apakan daya semuanya telah berakhir. Itukah yang
kita mahukan? Pastinya tidak bukan? Oleh itu beramallah dan ingatlah
sentiasa betapa kita semua akan menempuhi Malam Pertama Di Alam Kubur! Di
dalam usahanya mempersiapkan diri menghadapi malam pertama tersebut, adalah
diceritakan bahawa Rabi’ bin Khutsaim menggali liang kubur di rumahnya. Bila ia
mendapati hatinya keras, maka ia masuk ke liang kubur tersebut.
Ia menganggap dirinya telah mati, lalu menyesal dan
ingin kembali ke dunia, seraya membaca ayat: “Ya Rabbku, kembalikanlah aku
semula (ke dunia), agar aku dapat berbuat amal soleh terhadap apa yang telah
kutinggalkan (dahulu).” (Surah Al-Mu’minun, ayat 99-100)
Kemudian ia menjawab sendiri; “Kini engkau telah
dikembalikan ke dunia wahai Rabi’..” Dan disebabkan hal tersebut, Rabi’ bin
Khutsaim didapati pada hari-hari sesudahnya sentiasa dalam keadaan beribadah
dan bertaqwa kepada Allah! Wahai saudaraku, tidakkah engkau menangis atas kematian
dan sakaratul maut yang bakal menjemputmu? Wahai saudaraku, tidakkah engkau
menangis atas kuburan dan kengerian yang ada di dalamnya? Wahai saudaraku,
tidakkah engkau menangis kerana takut akan hausnya di hari penyesalan? Wahai
saudaraku, tidakkah engkau menangis kerana takut kepada api Neraka di Hari
Kiamat nanti? Sesungguhnya kematian pasti menghancurkan kenikmatan para
penikmatnya. Oleh itu, carilah (kenikmatan) hidup yang tidak ada kematian di
dalamnya. “Ya Allah, tolonglah kami ketika sakaratul maut!”
Kematian itu pasti. Ia tidak meleset meski hanya sedetik. Ia
biasa datang menyerap dengan tiba-tiba. Ia misteri. Kerananya setiap orang
semestinya selalu siap. Dan tentu, husnul khatimah harus menjadi pilihan. Untuk
mencapai itu, harus melalui jalan syari’at dengan menjalankan segala perintah
dan menjauhi segala larangan Allah Ta’ala. Tanpanya, husnul khatimah itu nihil.
Bukankah, perahu tak akan berjalan di daratan?
Wahai orang tua yang telah bongkok punggungnya dan dekat
ajalnya, apakah engkau telah bersiap-siap menghadapi malam pertama? Wahai
pemuda gagah yang bergelimang harta dan sejuta asa, apakah engkau telah
bersiap-siap menghadapi malam pertama? Ia adalah malam pertama dengan dua
wajah, mungkin menjadi malam pertama bagi malam-malam syurga berikutnya, atau
menjadi malam pertama bagi malam-malam neraka selanjutnya.
(Dipetik dari buku Dr Aidh Abdullah Al- Qarni)
No comments:
Post a Comment