Sunday, February 10, 2013

JUNDULLAH vs KARKUN - Siri 26



JUNDULLAH said...
ADAKAH ULAMA /AHLI SYURA TABLIGH MENGAJAR PENGIKUTNYA BUAT FITNAH??

ADAKAH MENGADAKAN DIALOG DENGAN ULAMA SYIAH OTOMATIK MASUK SYIAH??
AMARAN..!!!!!!!!!!!JANGAN TONJOLKAN KEJAHILAN ANDA....

PENCERAHAN VIDEO TERSEBUT IALAH:

Muktamar Wehdatul Islamiyah :
Muktamar Penyatuan Islam Antarabangsa kali ke 23 yang berlangsung di Kota Tehran menyaksikan sekitar 200
 orang ulama' dari seluruh dunia dari PELBAGAI ALIRAN PEMIKIRAN DAN MAZHAB bersidang mencari nokhtah pertemuan dan meminimakan perbedaan yang boleh dielakkan agar ummat Islam kembali bangkit menjadi suatu kuasa besar dunia.
3 February 2013 22:40
--------------------------------------

ClassicBerbisik said...
Maaf, Saya bukan Tabligh dan tidak pernah menyertai kumpulan Tabligh..

dan Kalau kamu malas nak kemukakan hujjah apa yang menghalalkan perjuang sesat Pas,
tak apa la..

>>>
Kalau begitu kenyataan sesat (ulama') nik aziz menyuruh kamu menyertainya masuk ke lubang biawak pun kamu nak ikut jugak?
kalau nik aziz suruh kamu masuk dalam api kamu pun nak turuti jugak...
kalau nik aziz hina nabi kamu pun mengiyakan saja?
bongok la kamu kalau kamu nak ikut!!!

Kamu sedar tak kesesatan yang kamu buat ni?
fikir fikirkanlah, zaman nabi mana ada PAS,
Apa yang nabi buat untuk menyampaikan Islam?
Surah apa yang pertama Turun di wahyukan kepada nabi?

mana ada muncul pangkah pangkah dalam demokrasi ni di zaman nabi..
Jadi jangan nak berlagak menjadi pejuang islam,
tetapi hakikat sebenarnya kamulah pencemar islam,
memaki hamun orang sana sini, bersekutu pula dengan orang kafir,
tetapi orang yang ada kalimah di kafirkan pula,
orang kafir yang memang jelas menolak hukum islam dijadikan anak kesayangan pulak..
Bongok...
kamu sebenarnya melalui jalan lain yang tidak sama dari jalan kenabian, itulah kesesatan namanya..

>>>
Berlagak saja PAS ni,
kalau kamu yakin usaha yang kamu buat itu adalah usaha yang HAQ?
hantarlah jemaah PAS ke israel atau republic of congo atau di mana mana negara..
Angkatlah bendera hijau putih tu disana dan lawan kerajaan mereka kalau benar perjuangan kamu adalah perjuangan yang hak.
Ada berani?
mana ada, PAS semua pengecut, penakut, penyesat, dan yang sewaktu dengannya...
sebab PAS dah bertelur dan dah beranak pinak dalam lubang biawak dan menjaga kemegahan yahudi...
Mana ada PAS di israel...
anda sedar tidak bagaimana islam boleh tersebar?
apakah islam tersebar melalui demokrasi kepartian?
kalaulah para sahabat nabi dahulu berjuang seperti PAS di madinah dan mekah dahulu,
saya rasa kamu ni tentu masih lagi menyembah matahari paling tidak pun masih menyembah pokok..
sebab sampai bila islam nak tersebar kalau asyik nak menagih undi, gantung bendera sana sini setiap 5 tahun sekali,
berapa tahun sudah PAS ditubuhkan untuk merampas kuasa? nak tubuh negara sendiri pun susah,
itu di malaysia, kalau di negara Kafir kamu berjuang begitu, bongoklah kamu jadiknya..

>>>
link video tu saya maksudkan kamu, bukan kesemua puak puak PAS..
dan saya yakin yang kamu ini diantara puak puak Syiah dalam PAS atau paling kurang pun berfahaman SYIAH dari cara kamu mengkritik, menghina, memfitnah dan sebagainya...
3 February 2013 23:28
--------------------------------------------

ClassicBerbisik said...
http://www.youtube.com/watch?v=9doNZ5VrU54&playnext=1&list=PLAB90C754F26F428C&feature=results_main
3 February 2013 23:33
---------------------------------------------

JUNDULLAH said...
semua soalan anda itu telah dijawab dalam link ini:

http://www.rakanmasjid.com/artikel/27-karya/612-mengapa-umat-islam-perlu-berpolitik.html

ustaz azhar idrus pun dah sebut mengundi dalam PRU itu wajib.soal berpolitik adalah perkara ijtihadi sebab tidak ada nas baik dari al quran atau hadith yang menyebut secara qati'e.Maknanya bila ulama ijtihad maka KALAU BETUL DAPAT 2 PAHALA TAPI KALAU SALAH DAPAT SATU PAHALA.MANA ANDA BELAJAR IJTIHAD ULAMA SALAH HUKUMNYA HARAM,SYIRIK,SESAT DAN BERDOSA???

Anda kena banyak belajar lagi...

tak apa lah kalau tak nak mengaku orang tabligh tapi orang al arqam dan hizbur tahrir pun sama 2x 5 tolak pilihanraya.tapi ayat ini adalah bukti jelas anda orang tabligh:

[Mana ada PAS di israel...
anda sedar tidak bagaimana islam boleh tersebar?
apakah islam tersebar melalui demokrasi kepartian?]

anda tuduh kami syiah tapi tunjuk bukti orang lain??
tunjukkanlah bukti konkrit bahawa kami ni syiah dengan video.Kalau tidak Anda sama macam yahudi yang langgar bangunan WTC kat USA.tunjuk bukti kapalterbang hentam bangunan lepas tu sedap-sedap tuduh orang lain(islam) yang buat hanya dengan foto muka orang islam.
4 February 2013 09:27
----------------------------------------------

JUNDULLAH said...
jawapan untuk isu video itu ada kat link ini:

http://syiahmalaysia.blogspot.com/2011/04/syiah-jangan-cuba-sabotaj-pas.html

Modus operandi anda dan golongan sepertii anda berhujjah dalam isu demokrasi mencipta satu kaedah yang tidak ada dalam islam iaitu "zaman nabi tak ada sistem demokrasi,nabi tak buat pilihanraya,nabi tak ikut sistem kafir dll.

modus operandi yang sama juga dari golongan wahabi extreme bila mereka membid'ahkan baca yassin malam jumaat,talqin,maulid nabi dll.Mereka juga menggunakan alasan yang sama iaitu zaman nabi tak ada,nabi tak buat dll.

BETULKAH ALASAN ITU BOLEH DITERIMA PAKAI??

BAIK!!!

Kalau anda rasa hujjah itu betul/benar maka kami juga boleh menggunakan hujjah yang sama ...ok

sebelum Nabi Muhammad saw dilantik menjadi rasul,Nabi yang terdahulu ialah Nabi Isa as yang juga membawa syariat daripada Allah.Kalau ikut hujjah anda "nabi tak buat kita haram buat" maka secara logiknya "nabi Isa a.s tak buat maka Nabi saw juga haram buat"...betul tak??

Atau dengan kata lain Nabi Muhammad saw kena ikut sebijik macam Nabi Isa as buat.antaranya:

1. pengikut nabi Isa as di gelar 'hawariyun' maka Nabi saw kena panggil para sahabat sebagai hawariyun juga.

2. Dakwah Nabi Isa tak pernah buat perjanjian dengan raja nasrani tapi nabi saw telah buat banyak perjanjian dengan musyrikin mekkah(aqabah 1 & 2/Hudaibiyah dll).ADAKAH NABI TELAH BUAT PERKARA YANG HARAM (tak ikut sunnah nabi terdahulu)????????

PERSOALANNYA BETULKAH NABI TAK BUAT KITA UMAT ISLAM HARAM BUAT??

1.NABI TAK TULIS AL QURAN ATAS KERTAS TAPI PARA SAHABAT TULIS AL QURAN DALAM MUSHAF
2.NABI MENJADI PERDANA MENTERI MADINAH TANPA MENGUNDI TAPI KHULAFA AR RASYIDIN DILANTIK SECARA UNDIAN.
3. AL QURAN ZAMAN NABI TAK ADA TANDA DAN BARIS TAPI PARA SAHABAT BUAT TANDA DAN BARIS.

dan banyak lagi yang tak ada zaman nabi tapi zaman sahabat ada.

Memang istilah Demokrasi tak wujud zaman nabi dan sahabat tapi praktiknya telah wujud sebelum itu.Secara umumnya Demokrasi bermaksud kebebasan memilih,mengkritik,menegur dan mengeluarkan pendapat .Amalan mengkritik dan menegur itu telah berlaku sebaik sahaja saidina Umar dilantik menjadi khalifah bangun seorang lelaki badwi dengan mengangkat sebilah pedang(boleh rujuk kisahnya dalam kitab sirah).

Saidina Umar telah mempraktik demokrasi itu dengan tidak menangkap atau penggal kepala badwi tersebut.Kalau Saidina Umar seorang diktator sudah tentu lelaki itu akan dibunuhnya.itulah konsep demokrasi menurut kacamata islam yang telah dihuraikan oleh para ulama moden dalam kitab-kitab mereka.

PERSOLANNYA KENAPA GOLONGAN YANG ANTI DEMOKRASI MENTAKRIFKAN DEMOKRASI MENURUT KACAMATA BARAT SEDANGKAN ISLAM TELAH ADA TAKRIFAN SENDIRI??

Contohnya takrif ADIL DAN ZALIM.KITA SEBAGAI SEBAGAI ORANG ISLAM PASTI AKAN BERIMAN DENGAN TAKRIF MENGIKUT KACAMATA ISLAM IAITU ADIL=MELETAKKAN SESUATU PADA TEMPATNYA.

ADAKAH ISLAM YANG TELAH ADA TAKRIFNYA SENDIRI KITA MASIH NAK BERIMAN DENGAN TAKRIF BARAT ATAU MELAYU IAITU ADIL=SAMA RATA????????

Kesimpulannya islam mengajar jangan melihat kepada kulit(istilah) semata tapi yang penting ialah isi(konsep)
4 February 2013 11:27
-----------------------------------------

JUNDULLAH said...
oohhh kami terlupa pulak tabligh berfirkah wahabi .tabligh =wahabi.link video yang anda lampirkan:
http://www.youtube.com/watch?v=EdNbld95E5o
adalah saluran media ulama mudo UMNO berfahaman salafi wahabi yang kata TAK ADA JIHAD KAT PALESTIN TU...

PATUTLAH ANDA MARAH SANGAT KAMI HENTAM TABLIGH.
4 February 2013 11:59
-----------------------------------------

ClassicBerbisik said...
Tapi bagi saya ijtihad ulama PAS ni tidak boleh diterima sama sekali,
Jumhur 'ulama' telah bersepakat bahawa ijtihad hanya
berlaku di bidang hukum (hukum Islam) dengan ketentuan-ketentuan tertentu.
ijtihad yang berkaitan dengan hal hal yang tidak bercampur dengan perkara yang jelas bathil yang mana ianya memberikan batasan bahawa ijtihad adalah satu keputusan yang paling dekat dengan Al Quran dan sunnah nabi s.a.w..
sekarang ni masalahnya ulama' PAS menyatakan ijtihad yang mana ianya jelas bertentangan dengan akidah islam
dan sentiasa berubah mengikut keadaan, dan bagaimana seseorang itu boleh berijtihad yang perkara itu perlu dilakukan jika berada dilandasan yang jauh dari anjuran Al Quran dan sunnah nabi s.a.w
(SISTEM ISLAM DAN SISTEM MUSUH MUSUH ISLAM)..
bagaimana demokrasi kepartian yang jelas bahan rekaan musuh musuh islam untuk memecahbelahkan umat umat islam mendapat tempat dalam islam?
Apa dah jadi dengan PAS,
mengkafirkan orang lain ini hanya kerana tidak menyokong perjuangan mereka dan ini adalah sesuatu yang amat bahaya kepada akidah ASWJ..

>>>>
SAYA TIDAK PERNAH MENYERTAI KUMPULAN TABLIGH,
HIZBUT TAHIR DAN SEBAGAINYA,
KERANA PERJUANGAN DAN USAHA YANG SAYA SERTAI TIDAK DITETAPKAN DAN MEMPUNYAI NAMA..

Menuduh saya wahabi, cuba tanya ulama' kesayangan kamu ini,
link yang saya bagi ni sangat cantik untuk kamu fikirkan>>>

http://www.youtube.com/watch?v=Y4gnxsb-yDY

http://www.youtube.com/watch?v=Hp867zDoXwk

http://www.youtube.com/watch?v=dUKboWyd5gU

http://www.youtube.com/watch?v=Ud2fwKpJRDM
>>>>

Balik balik kamu mencampuradukkan perkara yang hak dengan yang jelas bathil
Ambil contoh nabi Isa a.s dan nabi Muhammad s.a.w,
lepas tu disamakan pula dengan demokrasi kepartian acuan yahudi untuk menghalalkan perjuangan PAS..
Sama juga kenyataan kamu sebelum ini yang menyamakan memilih imam dalam solat dengan mengundi dalam demokrasi dan juga cara pemilihan khulafa ar rasyidin.
Sedang ianya jelas perbezaan sistemnya bagaikan langit dan bumi..

Inilah PAS, perkara yang jelas bathil dikatakannya hak,
perkara yang hak dikatanya bathil..
Saya hairan,
bagaimana seseorang yang berada dalam lubang biawak boleh membuat sarang burung dalam lubang yang sama..
4 February 2013 14:28
-------------------------------------------

JUNDULLAH said...
anda kata barat mencipta sistem demokrasi utk pecah belah umat Islam...ok

Kami nak tanya 1 soalan,kenapa kemenangan parti FIS Di Algeria dulu Di batalkan dan parti tersebut Di haramkan hasil campurtangan perancis??

Begitu juga parti refah Di Turkey alami nasib yg sama oleh amerika??

Sejak bila penjajah prihatin dgn nasib umat islam??

No comments:

Post a Comment