Wednesday, January 23, 2013

JUNDULLAH vs KARKUN - Siri 21



Reply
JUNDULLAH  13 August 2012 12:08
Saya sempat membaca beberapa posting terbaru golongan tabligh dalam blog mereka yang masih tidak mahu menerima hakikat Fatwa sesat jamaah tabligh oleh para ulama dalam posting saya yang terdahulu.

Antaranya ada yang menulis"kitab perlu dibaca dengan bimbingan ulama".

kami katakan "ya..betul.itulah yang dibuat oleh para ulama yang mengeluarkan fatwa sesat tersebut".mereka telah bermuzakarah dan berdialog dengan ulama deobandi yang boleh kita tonton dalam youtube versi urdu berdasarkan kitab2 yang ditulis itu."

kami hanya sekadar forwardkan hasil muzakarah tersebut sahaja.

adakah kami perlu muzakarah juga sedangkan para ulama telah melakukan hal itu??
----------------------------------------------------
Reply
Musafir  13 September 2012 01:43
Assalamualaikum,
Sekadar nak mencelah.

Konflik aliran Deobandi vs. Brelwi memang telah wujud sejak lebih kurang seratus tahun dahulu. Kedua-duanya bermazhab Hanafi, cuma berbeza didalam beberapa permasalahan kecil. Sekarang ini telah wujud usaha untuk menyatukan kedua-dua aliran ini. Diantara 'orang tengah'nya ialah Ulama' Syafi'i seperti Syaikh Nuh Ha Mim Keller dan Habib Umar (semoga Allah memelihara keduanya).

Malangnya seperti yang kita maklum dalam mana-mana fahaman, ada saja yang bersikap melampau didalam mendokong fahamannya. Maka lahirlah usaha mencari-cari ‘kesalahan’ pihak lawannya. Himpunan dalil yang menyesatkan kelompok Deoband yang tuan punya blog nukilkan ialah dari pendokong Brelwi. Dan tentu saja ada jawapannya dari pihak Deoband yang mungkin saya dan tuan tidak tahu kerana polemik mereka adalah berlarutan dan sangat panjang perbahasannya.
Walaubagaimanapun, hendaklah diketahui dan difahami bahawa tidak semua Deobandi (Ulama’ yang belajar di Deoband dan cawangan-cawangannya) itu adalah Tablighi (pengusaha dakwah dan tabligh).

Begitu juga, tidak semuanya Tablighi itu Deobandi.
Ada Ulama’ Deoband yang aktif berjihad perang seperti Mullah Muhammad Umar. Ada yang fokus dengan pembangunan madrasah. Ada yang menjadi musannif dan mengarang dan mensyarah kitab-kitab hadith dan tafsir yang besar dan muktabar seperti Maulana Zakariyya dan Maulana Mufti Muhammad Syafi’. Ada yang terlibat dengan usaha dakwah dan tabligh seperti Maulana Ilyas, dan ada juga yang aktif didalam politik seperti Maulana Asyraf Ali Thanwi dan Maulana Husain Ahmad Madani. Tetapi kesemua mereka saling hormat menghormati diantara satu sama lain.

Jika tuan menghukumkan Maulana Ilyas itu sesat kerana dia beraliran Deoband, maka bermakna tuan juga menyesatkan Tuan Guru Maulana Nik Aziz, bekas Tuan Mufti Selangor (Allahyarham) Ishak Baharom, dan ramai lagi Ulama’-ulama’ yang pernah belajar dan lepasan Deoband dan cawangan-cawangannya.

Begitu juga, Tablighi bukan sahaja terdiri dari Ulama’ Deobandi, malahan juga didokong dan disokong oleh Ulama’-ulama’ lainnya seperti Ulama’ Syafi’i baik di timur tengah atau dari nusantara, Ulama’ Maliki di Afrika dan Ulama’ Hanbali di Saudi. Maka kritikan tuan terhadap Tablighi kerana ia digerakkan oleh Deobandi tidak membawa apa-apa makna kerana Ulama’ dari mazhab dan aliran lain pun turut mendokong Usaha Tabligh.
--------------------------------------------------
Reply
Musafir  13 September 2012 10:09
Tuan,

Maulid Nabi ialah perkara syariat yang ada ruang lingkup perbezaan pendapat didalamnya. Ulama' Deoband tidak menyambut Maulid Nabi, maka tidaklah bermakna mereka itu Wahabi. Sebagaimana Hanafi, Hanbali dan Maliki tidak membaca Qunut, maka bolehkah kita katakan mereka Wahabi?

Golongan yang mengatakan Deobandi itu ialah Wahabi ialah puak Brelwi. Sedangkan nyata dakwaan itu tidaklah benar.
Reply
JUNDULLAH  13 September 2012 11:11
Untuk pengetahuan anda antara ciri-ciri UMUM seseorang itu berfahaman wahabi ialah apabila MENGHUKUM BID'AH kepada maulid nabi,tahlil arwah,talqin dll.

kata kuncinya ialah "MENGHUKUM BID'AH".Di zaman sebelum munculnya fahaman wahabi ini tidak pernah kita dengar atau temui dalam kitab-kitab turath 'hukum bid'ah' kepada amalan yang tersebut di atas tadi.

hanyasanya selepas golongan wahabi menguasai arab saudi baru istilah bid'ah ini popular dikalangan umat islam sehingga sekarang.Sebelum itu isu doa qunut itu bid'ah atau sunnah tidak pernah ditimbulkan seawal tahun 70an.

Tetapi setelah ramai anak melayu balik daripada mengaji di Madinah,isu bid'ah membid'ah menjadi hangat hingga merenggangkan hubungan sesama islam dll .

Isu 'menghukum bid'ah' ini tidak timbul dizaman Imam mazhab yang empat itu.

Adakah link ini di buat oleh golongan brelwi??:
http://en.wikipedia.org/wiki/Deobandi

Beliefs
"Deobandi beliefs, like those of other Muslims, are based on the Quran and Sunnah. They follow any one of the four; Imam Abu Hanifa, Imam Shafi, Imam Malik, and Imam Ahmad bin Hanbal,but they primarily follow Hanafi school of fiqh.[13] and follow the Ash'ari and Maturidi schools of Aqidah.[14] In Sufism they follow Chishti, Naqshbandi, Suhrawardi and Qadri Sufi orders.[15][16][17]

The Deobandi movement is known for its harsh stance against many practices common in the Indian subcontinent such as building over tombs, celebrating Milad al-Nabi, and calling on the prophets and saints for assistance. The founders of the Deobandi movement were influenced by the Wahhabi movement.[18]" 
--------------------------------------------------------------
Reply
JUNDULLAH  13 September 2012 15:55
kami nak ulas sedikit ttg ayat "kalau begitu imam Hanafi,Maliki dan Hanbali wahabilah sbb tak buat qunut".ayat ini selalu diucapkan oleh mereka yang membela wahabi.

baik..!seperti yg telah kami tulis sebelum ini ciri-ciri org wahabi tulin/pro wahabi/neo wahabi ialah berdasarkan kata kunci "oooo...ini bid'ah,nabi tak buat","zaman nabi mana ada qunut" dan lain perkataan yg seumpama dgnnya.

tapi jika dia berkata "semua itu (qunut,talqin,tahlil arwah,maulid dll)tidaklah boleh dihukum sebagai bid'ah sbb para ulama khilaf dalam hal ini.tidak boleh menghukum sesuatu yang menjadi khilaf para ulama itu sebagai bid'ah" maka ini ayat golongan AHLI SUNNAH WAL JAMAAH.

KESIMPULANNYA BILA ADA ORANG YANG MENGUNGKAP AYAT SEPERTI PERMULAAN DIATAS MAKA JELASLAH ITULAH AYAT GOLONGAN WAHABI.
--------------------------------------------------
Reply
Musafir  13 September 2012 17:05
Tuan,
Jelas dinyatakan bahawa Deoband dari segi aqidah adalah mengikut Asy'ari/maturidi, bermazhab Hanafi, dan bertasawwuf Sunni dengan memegang tariqat-tariqat muktabar, sedangkan semua perkara-perkara ini dibid'ah dan disesatkan oleh Wahabi.

Milad Nabi seperti diamalkan oleh Brelwi ekstrim di India berbeza dengan Milad Nabi kita di Nusantara. Konsep kehadiran dan penyaksian Nabi (Hazir Nazir) yang Brelwi ekstrim pegang adalah melampau, dan ini memerlukan perbincangan khusus. Inilah yang di bid'ahkan oleh Deoband. Sedangkan Milad Nabi yang diamalkan oleh kita di nusantara atau ditempat lainnya, sesetengah ulama' Deoband menerimanya. Sehingga kini, Ulama' Deoband berbeza pendapat mengenai bolehnya Milad Nabi, dan kita anggap ini khilaf yang dibenarkan.

Petikan tuan dari wikipedia tidak dapat dijadikan hujah, kerana wikipedia boleh diedit dan ditulis sesuka hati oleh sapa-sapa pun, termasuk orang yang memusuhi Deobandi sendiri.

Contoh Qunut yang saya ambil hanyalah contoh mudah sahaja, sebab tuan menjadikan penolakan Milad Nabi sebagai alasan mewahabikan Deoband.

Hanya kerana bentuk pengungkapan yang tuan katakan mirip 'bahasa' wahabi sehingga tuan mengatakan saya wahabi, maka itu adalah satu perkara lucu bagi saya. 
---------------------------------------------------
Reply
Musafir  14 September 2012 01:44
Tuan,

Saya katakan lucu sebab kalau mengikut prinsip yang tuan katakan diatas: 'jika ungkapan bahasa kita mirip ungkapan bahasa wahabi maka ini menunjukkan kita adalah wahabi', maka saya pun boleh kata tuan ada terpengaruh dengan wahabi.

Bila diteliti tulisan tuan, sering tuan menyalahkan usaha dakwah ini kerana menggunakan hadith lemah dan dhaif. Sedangkan kita yang berpegang dengan ASWJ, bermazhab Syafi'i, menerima kefahaman agama dari ulama' jumhur, memakai pendapat Imam Nawawi dan Imam Ibnu Hajar Asqalani, kita menerima pakai hadith-hadith dhoif untuk tujuan fadhoil a'maal. Siapakah golongan yang berulang-ulangkali menolak hadith dhaif?

Tuan sering mengulang-ulang mengatakan bahawa aqidah orang tabligh dah sesat, jatuh kufur dan syirik. Sedangkan pendokong usaha dakwah ini ialah para alim ulama' ASWJ, yang bukan sahaja dari aliran Deoband, malah turut didokong oleh ulama' pondok dan pesantren di nusantara. Siapakah golongan yang suka melabel satu-satu kaum itu sesat, kufur dan syirik?

Tuan melabelkan orang tabligh melakukan bid'ah berupa keluar 3 hari, 40, dan 4 bulan, padahal telah dijelaskan bahawa perkara ini bukanlah bertujuan untuk menokok tambah agama, tetapi untuk tujuan organisasi dan pentadbiran dakwah yang tiada kena mengena dengan syariah, agar program dakwah dapat berlangsung dengan seimbang. Seperti juga program mengaji di pondok selama 15 tahun, mengaji di Universiti Azhar selama 7 athun untuk dapat PhD, semua ini tiada di zaman Nabi. Tapi tiada yang kata ia bid'ah. Siapakah golongan yang setelah mengetahui perkara ini, masih lagi mengulang-ulang kata-kata bahawa keluar 3 hari, 40 hari dan 4 bulan ini bid'ah?
--------------------------------------------------------
Reply
JUNDULLAH  14 September 2012 10:42
anda sudah habis menulis hujjah anda ?

kalau belum sila kemukakan lagi...
kalau sudah selesai kami akan jawab satu persatu tapi perlu sedikit masa sebab ketika ini agak sibuk dengan urusan pejabat tambahan pula saya perlu teliti dahulu sumber yg diberi.

-wassallam-
---------------------------------------------------
Musafir  14 September 2012 16:54
Tuan,

Takpa, Cukup setakat ini.

Kita muzakarah pelan-pelan..
--------------------------------------------
Reply
Musafir  15 September 2012 17:20
Tuan,
Disini saya sertakan fatwa mengenai sambutan Maulid oleh Hazrat Maulana Khalil Ahmad Saharanpuri (Alim Deoband) mengenai sambutan Maulid.

http://www.deoband.org/2011/02/fiqh/miscellaneous/al-muhannad-deoband-on-mawlid/

Ringkasnya, Maulana jelas mengatakan bahawa Maulid adalah perkara yang sangat digalakkan dan dianjurkan. Namun jika sambutan yang dibuat bercampur baur umpamanya dengan syirik dan bid'ah dan percampuran bukan mahram, maka tentunya kami menolak amalan yang sedemikian, seperti yang berlaku di India. Maka tuduhan bahawa pihak Deoband mengatakan Maulid itu bid'ah adalah fitnah semata-mata.
---------------------------------------------
Reply
Ibn Hussain  20 January 2013 02:15
Salam syeikh
berkenaan fatwa 6502 di atas tu, tuan faham ka soalan dan jawapan dia? anta faham urdu ke? Kalau faham, tolong terjemah sat.
Question: 6502

ہمارے پیارے نبی صلی اللہ علیہ وسلم کو غیب کا علم تھا؟ (۲) کیا آپ صلی اللہ علیہ وسلم زندہ ہیں او رکہیں بھی آجا سکتے ہیں ہمارے بریلوی بھائی یہی کہتے ہیں؟ اگر نہیں تو بریلوی ثابت کرتے ہیں۔ برائے مہربانی بالکل غیر جانب دار ہوکر اورتفصیل سے جواب دیجئے گا اورمیری رہنمائی کیجئے گا۔ (۳) ہندو کا پرساد کھانا جائز ہے اور نیاز کھانا جائز نہیں ہے؟ آپ کی اسی ویب سائٹ پر ایک فتوی میری نظر سے گزرا ہے۔ برائے کرم اس کی وضاحت کریں۔
Aug 19,2008
Answer: 6502

فتوی: 688=688/ م



(۱) آپ صلی اللہ علیہ وسلم کو علم غیب کلی حاصل نہیں تھا، یعنی جمیع ما کان ومایکون کے ذرے ذرے کا علم آپ صلی اللہ علیہ وسلم کو نہیں تھا، بلکہ جب جب جن باتوں کی خبر بذریعہ وحی آپ صلی اللہ علیہ وسلم کو دی گئی، صرف انہی باتوں کا علم تھا۔

(۲) آپ صلی اللہ علیہ وسلم کی حیات قبر میں حیاتِ برزخی ہے، اس میں آپ صلی اللہ علیہ وسلم کہیں آجا نہیں سکتے۔ بریلوی حضرات کیا ثابت کرتے ہیں اورکہاں سے ثابت کرتے ہیں؟

(۳) اگر ایسا کوئی فتویٰ دیا گیا ہو تو اس کی وضاحت یہ ہے کہ ہندو کا پرساد اگر دیوی، دیوتاوٴں کے نام چڑھایا ہوا نہیں ہے تو کھانا جائز ہے، اور نیاز، غیر اللہ کے نام پر چڑھایا ہوا ہے تو اس کا کھانا ناجائز ہے۔ یہ فتویٰ حوالہ سمیت پورا نقل کرنا چاہیے تھا۔

واللہ تعالیٰ اعلم

دارالافتاء، دارالعلوم دیوبند
----------------------------------------------------
Reply
JUNDULLAH  20 January 2013 15:36
kalau anda tuduh kami tak faham bahasa Urdu,tak kan para ulama dalam http://aiumb.com/ ...pun tak faham bahasa urdu???

mereka yang faham bahasa urdu pun bantah dan riject fatwa tersebut dalam ni:

http://www.siasat.com/english/news/sufi-group-rejects-fatwa-against-celebrating-prophets-birthday

masih nak tegakan benang yang basah ke???

No comments:

Post a Comment