Friday, January 25, 2013

KAHWIN LARI



KAHWIN LARI DI SELATAN THAILAND.
Keputusan:
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-52 yang bersidang pada 1 Jul 2002 telah Membincang kan Kahwin Lari di Selatan Thailand. Muzakarah telah memutuskan bahawa hukum pernikahan di luar negara adalah SAH dengan syarat :
1.Pernikahan itu mengikut rukun nikah.
2.Pernikahan itu melebihi dua marhalah.
3.Tiada keputusan mahkamah yang menghalang perempuan itu berkahwin atas alasan syarak ditempat dia bermastautin.
4. Pernikahan itu dilakukan oleh wali hakim yang diiktiraf oleh wilayah negara berkenaan dan diakad nikahkan di wilayah berkenaan di mana ia ditauliahkan sebagai wali hakim.


Kahwin Lari | Kisah Benar Punca Kahwin di Thailand
Secara amnya, masyarakat memandang serong terhadap pasangan yang kahwin lari. Memang benar, banyak yang negatif tentang perbuatan ini. Tapi, ada kalanya, ia dapat menyelesaikan masalah, terutamanya dalam kes wali enggan.

Bila ayah enggan membenarkan anaknya nikah dengan lelaki pilihannya, anaknya berhak membawa perkara tersebut ke mahkamah. Tetapi, apabila anak membawa perkara seperti ini ke mahkamah, maka hubungan ayah dan anak akan menjadi teramat buruk, mungkin sehingga tak dapat diperbaiki lagi.

Membawa kes begini ke mahkamah bukan penyelesaian yang baik.

Ada pendapat yang mengatakan bahawa nikah di Siam, dalam kes wali enggan, tidak adil kerana menghapuskan hak wali. Orang yang memberikan pendapat begini tidak pulak memikirkan perasaan dan keinginan anak yang terhalang. Anak yang akan menanggung, bukan ayah.

Namum begitu, diakui bahawa ada kalanya larangan ayah memang berasas. Tapi tidak sentiasa begitu.


Satu masa dulu, cukup mudah untuk nikah di Perlis. Tapi sekarang, tidak lagi. Peraturan di Perlis sudah disamakan dengan peraturan di negeri-negeri lain. Dalam pada itu, ada sindiket yang mengambil kesempatan untuk menyesatkan pasangan yang datang ke Perlis untuk berkahwin, mungkin disebabkan mereka tak tahu bahawa cara nikah di Perlis tidak lagi semudah dulu.


Khairul dan pasangannya sanggup berbelanja lebih dari RM4,000 untuk nikah di Pattani, selepas membaca risalah yang menjanjikan mereka akan mendapat semua dokumen yang diperlukan untuk pendaftaran di Malaysia, termasuk surat pengesahan dari Konsulat Malaysia di Selatan Thailand. Tapi, hakikatnya, khidmat yang diberikan tak selengkap yang di warwarkan, dan ini menimbulkan kesulitan untuk mendaftar nikah di Malaysia.


Kisah Pasangan Terlanjur
Razali dah berkahwin. Mereka ada seorang anak. Tapi Razali telah terlanjur dengan Roslah dan ingin bertanggungjawab keatas perbuatannya itu. Tapi, hajatnya untuk memperisterikan Roslah dihalang oleh isterinya, ibunya dan bapanya. Rupanya ada juga ibu bapa yang menggalakkan anak supaya tak bertanggungjawab.


Kisah Sepasang Pelajar
Pasangan Azlan dan Fiza masih belajar di universiti. Mereka ingin mendirikan rumahtangga tapi dihalang oleh ayah Fiza, atas alasan mereka masih belajar. Lalu mereka nikah di Siam dengan niat untuk nikah sekali lagi di Malaysia apabila tamat belajar nanti. 


Wali Enggan : Nikah di Siam kerana tak dapat izin wali
Pasangan Roslan dan Rosmah telah menjalin cinta selama 8 tahun, tapi masih tak mendapat izin ayah Rosmah untuk mereka mendirikan rumahtangga. Akhirnya mereka memilih untuk nikah di Siam.


Ayah menolak pilihan anak yang berpendapatan rendah
Fikri bertugas sebagai supervisor dalam syarikat binaan. Ita, kekasihnya, bekerja sebagai admin assistant dengan kelulusan SPM. Tapi ayah Ita mengharapkan Ita akan mendirikan rumahtangga dengan seorang yang berjawatan profesional seperti peguam, akauntan, jurutera dan sebagainya. Akhirnya mereka kahwin lari ke Siam

No comments:

Post a Comment