Setiap hari kita
bekerja dan mencari rezeki yang halal untuk menyara keluarga, diri sendiri atau
sebagainya.Semua dilakukan dengan niat mendapat keredhaan Allah SWT namun kita
juga digalakkan melakukkan beberapa amalan-amalan tertentu supaya rezeki yang
diperolehi penuh berkat.Rezeki boleh ditakrifkan dari berbaga sumber antaranya
kerja keras, Nasib baik dan sebagainya.
Disini kami
menyenaraikan koleksi 10 Tips dan Petua yang boleh dijadikan amalan supaya
Bertambah rezeki kita.Semoga bermanfaat kepada anda dan keluarga, Mohon
sharekan supaya kita tidak lalai dalam memperingati Allah apabila mendapat
rezeki (murah rezeki)
Antara Amalan yang
boleh dilakukan ialah : Tips Murah Rezeki
1.Memperbanyakkan Istighfar
Sabda Nabi s.a.w.:
“Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah s.w.t akan
menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan
memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.” (Riwayat Ahmad,
Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas
r.a.)

Istighfar ialah
pengakuan kesalahan dan rintihan kepada Allah SWT atas kesilapan yang
dilakukan.
2. Membantu orang yang menuntut Ilmu
Sabda Rasulullah
Salallahu’alaihiwasallam:
“Mencari ilmu adalah
fardhu ke atas setiap muslim “(Hadis riwayat Ibnu Majah).
Dengan membantu
seseorang menuntut ilmu maka insyaAllah rezeki kita akan bertambah.
3. Tinggalkan perbuatan dosa
Sabda Nabi s.a.w.:
“… dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa
yang dibuatnya.” (Riwayat at-Tirmizi)
“… dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa
yang dibuatnya.” (Riwayat at-Tirmizi)
Istighfar tidak akan
laku jika kita masih melakukan dosa setiap hari, Maka sebolehnya tinggalkan
dosa yang dilakukan demi mendapat keampunan Allah SWT.
4. Ingat Allah sentiasa
Jadikan setiap perkara
yang kita lakukan adalah dengan mendapat keredhaan Allah SWT. Maka perkara yang
kita lakukan akan mendapat berkat.
5. Banyakkan bersedekah secara beristiqamah
Amalkan sikap suka
bersedekah kerana dengan bersedekah rezeki kita akan berlipat kali ganda.
“Sedekah dapat menolak
musibah serta dapat menambah kebarakahan umur.”
6. Banyak Berselawat
Ada hadis yang
menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita
tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan,
kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan
terlaksananya semua hajat. Wallahu a’lam.
tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan,
kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan
terlaksananya semua hajat. Wallahu a’lam.
7. Sempurnakan Kerja
Kerja itu adalah satu
amanah yang diberi maka sempurnakanlah melakukannya.Dengan cara ini rezeki kita
akan bertambah insyaAllah
8. Tawakal dan Usaha seiringan
Bertawakallah kepada
Allah dan jangan lupa pula untuk berusaha,Sesungguhnya Allah pasti akan
membantu dalam kebaikan yang kita lakukan.
9. Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran
tertentu
Zikir dari ayat-ayat
al-Quran atau asma’ul husna selain menenangkan, menjenihkan dan melunakkan
hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu
hidayah, dimudahkan faham agama,
diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki. Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika
dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat, dikatakan boleh menjadi sebab Allah lapangkan kehidupan dan
murahkan rezeki. Salah satu nama Allah , al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu; misalnya dibaca “Ya Allah ya Fattah” berulang-ulang, diiringi doa: “Ya Allah , bukalah hati kami untuk mengenali-Mu, bukalah pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya `Alim.” Ada juga hadis menyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kepapaan. Allahu a’lam.

10. Berikhtiar sehabisnya
Siapa berusaha, dia
akan dapat. Ini sunnatullah. Dalam satu hadis sahih dikatakan bahawa Allah
berikan dunia kepada orang yangdicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tapi
agama hanya Allah beri kepada orang yang dicintai-Nya saja. (Riwayat Ahmad,
Ibnu AbiSyaibah dan al-Hakim)Bagi orang beriman, tentulah dia perlu mencari
sebab-sebab yang
boleh membawa kepada murah rezeki dalam skop yang luas. Misalnya,hendak tenang dibacanya Quran, hendak dapat anak yang baikdididiknya sejak anak dalam rahim lagi, hendak sihat dijaganya pemakanan dan makan yang baik dan halal, hendak dapat jiran yang baik dia sendiri berusaha jadi baik, hendak rezeki berkat dijauhinya yang haram, dan sebagainya.

No comments:
Post a Comment