TAUBAT SI JEMAAH TABLIGH - TAKLID BUTA KEPUTUSAN MESYUARAT
PERINGATAN !!!
1. Kami tidak menghalang
orang-Orang Tabligh yang ingin berdakwah dan menghidupkan Sunnah Nabi saw,
Mengajak mengerjakan Solah dan sebagainya.
2. Tetapi, kami
menghalang berkata-kata Agama di dalam Keadaan Jahil, dan berkata-kata Agama
itu bersumberkan dari mulut-mulut orang lama Tabligh (Eldest) yang tiada
bersumberkan dari mana-mana Kitab Muktabar.
DI BAWAH INI ADALAH FAHAMAN TAUHID SAYA SEMASA BERGERAK
SEBAGAI KARKUN DALAM DIDIKAN GERAKAN TABLIGH DI MALAYSIA
TAUBAT KE ATAS - Taklid
Buta Keputusan Mesyuarat)
1. Dahulu aku pernah berkata bahawa;
Contoh 1
- “Jika ada sesuatu hal dalam Jemaah Tabligh berlaku,
kita mesti rujuk kata-kata Mesyuarat, Hitam kata Mesyuarat, maka Hitamlah.
Putih kata Mesyuarat, maka putihlah. Kalau seseorang Budak Tabligh tak ikut
mesyuarat, maka dia terkeluar dari Jemaah Tabligh.”
2. Demikian lagi, aku telah dididik sebegini, dengarlah
wahai para ustaz yang suka membela Jemaah Tabligh. Dengarkanlah akan cerita
seram ku ini!!!
Orang yang banyak berkorban dalam Jemaah Tabligh, dia dapat
kefahaman khas yang melebihi daripada orang yang belajar ilmu. Jika sekiranya
apa-apa yang ia dapat daripada jemaah Tabligh, dan menyalahi Kitab-kitab Ulama’
Islam, maka segera dikatakannya,
“Ulama’-ulama Tabligh lebih faham dari ulama’-ulama’ Islam
yang mengarang Kitab.”
Sekalipun masalah yang disalahinya itu adalah Masalah Tauhid
dan masalah Ijma’ Ulama’, kerana beri’tiqad bahawa ulama’ Tabligh sahajalah
yang faham agama dan segala tafsiran agama.
Ulama’-ulama’ yang bukan ulama’ Jemaah Tabligh, jika
pengajarannya menyalahi apa-apa tafsiran dan pegangan ulama’-ulama’ Tabligh,
dilabelnya sebagai tidak betul dan tidak boleh dipakai sama sekali sekalipun
disertakan dengan Nas Al-Quran dan Hadis, dan juga Nas dari Kitab Muktabar. Ini
kerana Ulama’ yang bukan dari kalangan Karkun Tabligh tidak pernah berkorban
dalam perjuangan Tabligh.
Dakwah yang sah hanyalah dakwah cara Tabligh sahaja, seluruh
dakwah yang bukan cara Tabligh sebenarnya bukan dakwah. Dakwah ertinya cara
Tabligh sahaja. Dakwah yang sah hanyalah dakwah yang diiktiraf dan
didaftarkan di Markaz Tabligh sahaja iaitu keluar 3 Hari, 40 Hari, 4 Bulan, dan
Satu Tahun. Selain daripada ini, adalah BUKAN dakwah.
Antara perkara-perkara yang juga diiktiraf sebagai bukan
dakwah ialah Majlis-majlis Ilmu yang di adakan di masjid, dan ustaz-ustaz yang
mengajar ilmu di Masjid dan di Pondok-pondok.
Selagi tidak pernah mengikut jemaah Tabligh, tidak boleh
dianggap telah berdakwah. Dakwah itu hanyalah dakwah cara jemaah Tabligh,
adapun dakwah yang dijalankan tidak mengikut cara Tabligh bukan dakwah sama
sekali dan itu hanyalah dakwah rekaan yang tidak mengikut jalan dakwah
Rasulullah SAW, dan tidak sah sama sekali selagi tidak mengikut keluar bersama
Jemaah Tabligh.
“Apa macam tuan-tuan Ustaz yang suka membela-bela dan
mempertahankan Jemaah Tabligh. Majlis Ilmu antum langsung tiada nilai dakwah,
dan memang bukan dakwah sama sekali di sisi karkun Tabligh???”
PENERANGAN TAUBAT
1. Telah berkata guruku
yang amat ku kasihi,
“Taubatlah Hai Murid Ku, akan sebagai Taubat yang
sebenar-benar Taubat daripada berkeyakinan sedemikian itu, dan daripada apa jua
yang berta’alluq dengan keyakinan sedemikian itu.”
2. Maka, telah
beristhigfar aku akan barang yang diperbuat oleh aku pada ketika dahulu. Telah
sampai kepada kami oleh perkhabaran yang menyatakan ada di antara Budak-budak
Tabligh yang telah belajar Kitab-kitab Muktabar, lalu tidak berapa lama
kemudian sudah tidak belajar Kitab lagi, dan mula keluar Bertabligh semula.
3. Setelah diselidiki,
banyak di antara mereka (Budak Tabligh yang dah belajar Kitab) itu mereka mula
Berdakwah semula (Dakwah Cara Tabligh tanpa didasari Ilmu Pengetahuan) setelah
ditegur oleh pemuka-pemuka Tabligh mereka.
4. Setelah diperhatikan,
antara sebab utama yang paling besar perkara ini boleh berlaku ialah kerana
mereka suka bergaul dengan pemuka-pemuka Tabligh mereka (Di Malam Markaz).
Lantaran itu, maka bersatulah hati-hati mereka.
5. Perkara seperti ini
serupa dengan satu Kisah Firaun dahulu yang telah tercatit di dalam
lembaran Kitab-kitab Tafsir Muktabar. Kisah ini menerangkan tentang
Firaun yang memilih kebatilan, walaupun telah disampaikan kebaikan dan peringatan
oleh Nabi Musa as sendiri. Kebaikan dan peringatan yang baik itu telah
dimesyuaratkan bersama Haman (Penasihat Firaun) dulu sebelum
diterimanya.
No comments:
Post a Comment