Monday, November 5, 2012

SIAPA AHLUSSUNNAH WAL JAMAAH




  AHLUSSUNNAH WAL JAMA’AH: GOLONGAN YANG SELAMAT

(al Firqah an-Najiyah)

Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani dalam kitabnya Al-Ghunyah li Thalibi Thariq Al-Haqq, Juz 1, Hal 80 mendefinasikan ASWAJA sebagai berikut 
“yang dimaksudkan dengan sunnah adalah apa yang diajarkan oleh Rasulullah SAW (meliputi ucapan,perilaku serta ketetapan Baginda). Sedangkan yang dimaksudkan dengan pengertian jemaah adalah sesuatu yang telah disepakati oleh para sahabat Nabi SAW pada masa Khulafa’ Al-Rasyidin yang empat yang telah diberi hidayah oleh Allah SWT”. 

Dalam sebuah hadis.
Dari Abu Hurairah RA, Sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda 
“ Akan terpecah umat Yahudi kepada 71 golongan, Dan terpecah umat Nasrani kepada 72 golongan, Dan akan terpecah umatku menjadi 73 golongan. Semuanya akan dimasukkan keneraka kecuali satu. Berkata para sahabat : Wahai Rasulullah, Siapakah mereka wahai Rasulullah ?. Rasulullah menjawab : Mereka yang mengikuti aku dan para sahabatku”. (HR Abu Daud,At-Tirmizi, dan Ibn Majah)
Dalam pemahaman yang lain, istilah AHL AL-SUNNAH WA AL-JAMA'AH ini terbentuk dari 3 perkataan, iaitu :-
1.           AHL - Yang bererti keluarga, golongan atau pengikut 
2.           Al-Sunnah - Iaitu segala sesuatu yang telah diajarkan oleh RASULULLAH SAW. Maksudnya, semua yang datang dari Nabi SAW berupa perbuatan, percakapan, dan pengakuaan Nabi Muhammad SAW
3.           AL-JAMA'AH - Iaitu apa yang telah disepakati oleh para Sahabar RASULULLAH SAW pada masa KHULFA RASYIDIN. 
Perkataan JAMA'AH ini diambil dari Sabda RASULULLAH SAW:-

"Barangsiapa yang ingin mendapatkan kehidupan yang damai disyurga, maka hendaklah dia mengikuti Al-Jama'ah. (HR Tirmidzi, dan di Shahihkan Al-Hakim dan Al-Dzahabi)
Dari segi ilmu aqidah dan tauhid, ASWAJA mengikut Imam Abu Hassan bin Ismail Al-Asyaari dan Imam Abu Mansur Muhammad bin Muhammad bin Mahmud Al-Maturidi. Dalam ilmu Fiqh, ASWAJA mengikuti mazhab yang empat iaitu Mazhab Hanafi,Maliki,Syafi’e dan Hanbali. Manakala dalam ilmu Tasawuf mengikuti Imam Junayd Al-Baghdadi, Abu Yazid Al-Busthami dan Imam Al-Ghazali.
Tersebut di dalam Kitab Muzakkiratut Tauhid Wal Firaq, bagi Asy-Syaikh Hasan As-Sayyid Mutawalliyy , Juzuk 1, Cetakan 1994 M bersamaan 1414 H, muka surat 14 ; umrah

Pembentukan Ahlus Sunnah itu hanya dari dua kelompok sahaja, iaitu kelompokAl-Asya’irah, mereka ialah Para pengikut Fahaman Abu Hassan Al-Asya’ari.
Dan kelompok Al-Maturidiyyah, mereka ialah Para pengikut Fahaman Abu Mansur Al-Maturidi.
RUMUSAN AHLUSSUNNAH WAL JAMAAH
Maka sesungguhnya Ahlussunnah Wal Jama'ah bukanlah aliran yang baru. Bahkan Ahlussunnah Wal Jama'ah berusaha untuk menjaga agama Islam dari fahaman-fahaman yang sesat. Sekaligus sebagai satu jalan untuk mempertahankan, memperjuangkan dan mengembalikan agama Islam agar tetap sesuai dengan apa yang telah diajarkan oleh Baginda RASULULLAH SAW dan para sahabat Baginda.

No comments:

Post a Comment