11
Amalan Sunnah Khusus Bulan Ramadhan
Oleh: al-bahanj
"Adalah penting bagi kita untuk mengetahui kalam Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam dalam bab kaifiat dan fadhilat ibadah. Ini kerana ia merupakan janji benar yang menjadi jaminan yang kukuh untuk kita berpegang dengannya. Menjadi sumber motivasi buat orang-orang yang beriman.
Berikut adalah beberapa hadith Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam yang menerangkan kepada kita bagaimana untuk mendapatkan impak maksima dari kebaikan Ramadhan. Saya telah memetiknya dari kitab Riyadhus-Solihin susunan Imam an-Nawawi dan kitab Feqh as-Sunnah susunan Sheikh Sayyid Sabiq. Semoga kita semua dapat mengamalkannya, insyaALLAH.
Oleh: al-bahanj
"Adalah penting bagi kita untuk mengetahui kalam Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam dalam bab kaifiat dan fadhilat ibadah. Ini kerana ia merupakan janji benar yang menjadi jaminan yang kukuh untuk kita berpegang dengannya. Menjadi sumber motivasi buat orang-orang yang beriman.
Berikut adalah beberapa hadith Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam yang menerangkan kepada kita bagaimana untuk mendapatkan impak maksima dari kebaikan Ramadhan. Saya telah memetiknya dari kitab Riyadhus-Solihin susunan Imam an-Nawawi dan kitab Feqh as-Sunnah susunan Sheikh Sayyid Sabiq. Semoga kita semua dapat mengamalkannya, insyaALLAH.
1. Keutamaan
Sahur Dan Mentakhirkannya Selama Tidak Khuatir Akan Terbitnya Fajar
Dari Anas radhiAllahu ‘anhu, bahawa Rasulullah
sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Bersahurlah kamu sekalian
kerana sesungguhnya di dalam sahur itu terdapat barakah.” (HR
Bukhari & Muslim)
Dari Zaid bin Tsabit radhiAllahu ‘anhu
berkata: “Kami sahur bersama-sama dengan Rasulullah sallAllahu
‘alaihi wasallam, kemudian kami melaksanakan solat.” Ada
seseorang bertanya: “Berapa lama antara sahur dengan solat itu?”
Ia menjawab: “Kira-kira 50 ayat.” (HR Bukhari &
Muslim)
Dari ‘Amr bin ‘Ash radhiAllahu ‘anhu, bahawa
Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Kelebihan puasa
kami dan puasa ahli Kitab adalah adanya makan sahur.” (HR Muslim)
2. Segera Berbuka Puasa Apabila
Sudah Masuk Waktu Berbuka
Dari Sahl bin Sa’d radhiAllahu ‘anhu bahawa
Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Manusia itu selalu
dalam kebaikan selama mereka segera berbuka puasa.” (HR Bukhari
& Muslim)
Dari Anas radhiAllahu ‘anhu berkata: “Rasulullah
sallAllahu ‘alaihi wasallam sentiasa berbuka dengan beberapa biji ruthob (kurma
yang baru masak) sebelum solat. Jika tidak ada ruthob (kurma yang baru
masak), maka beliau sallAllahu ‘alaihi wasallam berbuka dengan tamar (kurma
yang sudah kering). Jika tidak tamar (kurma yang sudah kering), maka
beliau sallAllahu ‘alaihi wasallam meneguk air beberapa teguk.”
(HR Abu Daud dan At-Turmudzi)
3. Berdo’a sepanjang berpuasa dan
ketika berbuka.
Diriwayatkan oleh Turmudzi dengan sanad yang
hasan, bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Ada
3 golongan yang tidak ditolak do’a mereka, iaitu orang yang berpuasa sehingga dia
berbuka, pemimpin negara yang adil dan orang yang teraniaya.”
4. Menjauhi perkara-perkara yang
bertentangan dengan ibadah puasa.
Dari Abu Hurairah radhiAllahu ‘anhu bahawa
Rasulullah sallAllahu ‘alahi wasallam bersabda: “Puasa itu adalah
perisai, oleh kerana itu, apabila salah seorang di antara kamu sekalian
berpuasa maka janganlah berkata kotor dan janganlah bertengkar/berteriak.
Apabila ada seseorang yang mencaci-maki atau mengajak berkelahi, maka hendaklah
ia berkata: “Sesungguhnya aku sedang berpuasa””. (HR
Bukhari & Muslim)
Abu Hurairah radhiAllahu ‘anhu berkata
bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: ‘Barangsiapa
yang tidak meninggalkan kata-kata dusta dan perbuatan buruk, maka Allah tidak
memerlukan ia meninggalkan makan dan minumnya.” (HR Bukhari)
5. Bersiwak atau menggosok gigi.
Amir bin Rabi’ah berkata, “Saya
melihat Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam bersiwak dan beliau pada saat itu
sedang berpuasa. Kerana seringnya, maka saya tidak dapat membilang dan
menghitungnya.” (HR Bukhari)
Abu Hurairah radhiAllahu ‘anhu mengatakan bahwa
Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda, “Andaikan tidak
memberatkan umatku, niscaya mereka kuperintahkan bersiwak pada setiap kali
berwudhu.” (HR Bukhari)
6. Bermurah hati dan banyak menderma.
Dari Ibnu Abbas radhiAllahu ‘anhu katanya:
“Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam adalah seorang yang paling
dermawan, dan sifat dermawannya itu lebih menonjol pada bulan Ramadhan yakni
ketika ditemui Jibril. Biasanya Jibril menemuinya pada setiap malam bulan
Ramadhan, dibawanya mempelajari al-Quran. Maka Rasulullah sallAllahu
‘alaihi wasallam lebih murah hati melakukan kebaikan dari angin yang bertiup.”
(HR Bukhari)
7. Menggandakan
amalan membaca dan mempelajari al-Quran.
(Hadith Ibnu Abbas di atas menyatakan
bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bertadarus (mempelajari al-Quran)
dengan Jibril pada setiap malam Ramadhan.)
Membaca al-Quran adalah amalan biasa ummat
Islam, tetapi sempena bulan Ramadhan, hendaklah kita tumpukan betul-betul dan menggandakannya.
Para ulama apabila tibanya bulan Ramadhan akan memberhentikan kuliah yang
diajar mereka dan menumpukan kepada mempelajari al-Quran. Membaca untuk
memahami al-Quran yakni mentadabbur al-Quran adalah lebih utama dari membaca laju
untuk mengkhatamkannya beberapa kali pada bulan Ramadhan.
8. Memberi makan untuk berbuka puasa.
Dari Zaid bin Khalid Al-Juhanny radhiaAllahu
‘anhu, bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda:
“Barangsiapa yang memberi makan untuk berbuka orang yang berpuasa, maka ia
mendapat pahala seperti pahala orang yang berpuasa itu dengan tidak mengurangi
sedikit pun pahala orang yang berpuasa itu.” (HR At Turmudzy)
9. Mendirikan malam dengan solat sunnat
(solat Tarawih)
Dari Abu Hurairah radhiAllahu ‘anhu, bahawa
Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam telah bersabda: “Barangsiapa
yang mengerjakan solat sunnat pada malam bulan Ramadhan dengan penuh keimanan
dan hanya mengharapkan pahala dari ALLAH, maka akan diampunilah dosanya yang
telah lalu.” (HR Bukhari & Muslim)
10. Giat beribadah pada 10 hari
terakhir Ramadhan
Aisyah radhiAllahu ‘anha berkata: “Bahawa
Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam apabila masuk sepuluh terakhir bulan
Ramadhan. diramaikannya waktu malam, dibangunkannya ahli keluarganya dan diikat
erat kain sarungnya.” (HR Bukhari & Muslim)
11. Beriktikaf pada 10 terakhir
Ramadhan.
Dari Ibnu Umar radhiAllahu ‘anhu berkata: “Rasulullah
sallAllahu ‘alaihi wasallam selalu beriktikaf pada sepuluh hari terakhir bulan
Ramadhan.” (HR Bukhari & Muslim)
Dari Aisyah radhiAllahu ‘anha berkata: “Rasulullah
sallAllahu ‘alaihi wasallam selalu beriktikaf pada sepuluh hari terakhir bulan
Ramadhan sehingga Beliau sallAllahu ‘alaihi wasallam dipanggil ALLAH Ta’ala,
kemudian setelah beliau sallAllahu ‘alaihi wasallam wafat, isteri-isterinya
meneruskan kebiasaan Beliau itu.” (HR Bukhari & Muslim)
Semoga kita semua dapat mengambil
pengajaran yang besar dari hadith-hadith Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam di
atas. Janganlah dilepaskan peluang untuk mendapatkan pahala yang besar
hasil dari usaha kita untuk bersungguh-sungguh melaksanakan sunnah di atas.
Selain dari sunnah yang telah dinyatakan di
atas, jangan lupa dan JANGAN meremehkan lain-lain sunnah Rasulullah sallAllahu
‘alaihi wasallam seperti senyum, beri salam, solat jamaah di masjid, berbuat
baik kepada ahli keluarga dan jiran, beri tadzkirah, merendah diri dan
lain-lain.
Mudah-mudahan hidayah dan taufiq menyinari hati
dan jiwa kita semua dan mudah-mudahn melekat ke dada kita semua akan nilai
besar Taqwa, amin.
http://www.zafa4u.com/?id=hajijan
http://www.zafa4u.com/?id=hajijan
No comments:
Post a Comment