Monday, April 15, 2013

JUNDULLAH vs KARKUN - siri 30



Reply
da'e  4 April 2013 03:35
berelwi pi sujud kat kubur aku nmpak mata ku sndiri yg korang katakan ASWJ. terbaik..
sesunguhnye pada ada penutup di hati mereka pndengran mereka dan pnglihatan mereka.

isu telahpun di berikan jwapan kamu masih nk tegakan benang yg basah..

Jika fatwa itu dia tarik balik dan kamu kekal sebarkan fatwa yg lama mmng sahlah itu namnye Fitnah.. moga Allah balas fitnah kamu dengan apa yg layak baginya dia dunia dan akhirat..

sama macam Jabatan agama melaka mnyesatkan tabligh dan tarik balik kamu masih nk ambil fatwahlama mmng bodohlah nama dia..

habib Umar bari tahu antara org yg mula2 terlibat dngan tabligh di yaman adalah ayah sy.. dan beliau sndiri telah melawat Madrsah seri petaling..

Sikh nurudin Al banjari sndri pernah mngikuti jemaah tabligh selama 4 bulan..

Tuan Guru Nik Aziz sndir belajar Di deaobond. yg kamu sibuk katakan sesat 2.

Ustaz Azhar Idrus sndiri katakan belaiu belajar dngan Tuan Gurunye yg giat dalam tabligh...

jadi klu tabligh sesat atau deobond sesat sesatlah semua mereka itu... mereka adalah ulmak..

sedang kamu mningii2 kan Aytullah khumaini syiah..
setiap tahun pemimpin kamu pergi ke negri syiah
dalam pasa sndri di angotai oleh syiah.. itu kamu kata x sesat.. owh pening kepala..

apa yg hairanye kamu katakan DAP sebagai kwan dan Org yg beragama Islam sebagai musuh..

sesat dari segi Aqidah??

jika sesat Aqidah tabligh ini maka sesatlah Imam Matrudi, dan imam asyaary yg mana itulah asas pgngan Aqidah Tabligh..

Syiah x sesat tablig pulak yg sesat dan kamu gelar diri kamu sebagai ASWJ...

bagaiman Dengan Tok guru kamu yg mngatakan Allah duduk di arash???
---------------------------------------------------

Reply
JUNDULLAH  4 April 2013 13:06
anda tulis:
berelwi pi sujud kat kubur aku nmpak mata ku sndiri yg korang katakan ASWJ. terbaik..
sesunguhnye pada ada penutup di hati mereka pndengran mereka dan pnglihatan mereka.

kami jawab:

tuduhan tanpa bukti..sila kemukakan bukti kalau tidak anda hanya memfitnah sahaja.

anda tulis:
Jika fatwa itu dia tarik balik dan kamu kekal sebarkan fatwa yg lama mmng sahlah itu namnye Fitnah.. moga Allah balas fitnah kamu dengan apa yg layak baginya dia dunia dan akhirat..
sama macam Jabatan agama melaka mnyesatkan tabligh dan tarik balik kamu masih nk ambil fatwahlama mmng bodohlah nama dia..

kami jawab:

Sila buktikan dakwaan anda kata fatwa 1900,1965,2005 itu ditarik balik..
kalau ada link sila lampirkan disini.

anda tulis:
habib Umar bari tahu antara org yg mula2 terlibat dngan tabligh di yaman adalah ayah sy.. dan beliau sndiri telah melawat Madrsah seri petaling..
Sikh nurudin Al banjari sndri pernah mngikuti jemaah tabligh selama 4 bulan..
Tuan Guru Nik Aziz sndir belajar Di deaobond. yg kamu sibuk katakan sesat 2.
Ustaz Azhar Idrus sndiri katakan belaiu belajar dngan Tuan Gurunye yg giat dalam tabligh...
jadi klu tabligh sesat atau deobond sesat sesatlah semua mereka itu... mereka adalah ulmak.

kami jawab:

Kami katakan 'ANDA TIDAK TAHU APA YANG KAMI TAHU'.Kami dedahkan betapa kejinya ulama deobandi.Mereka umpama 'musang berbulu ayam'.Anda kenal ulama keturunan Rasulullah ini:http://en.wikipedia.org/wiki/Muhammad_Alawi_al-Maliki??

Tahukah anda bahawa beliau ketika mudanya pernah berguru ilmu(pengkajian) hadith dengan maulana zakaria kandahlawi.Tetapi setelah menyedari kepercayaan sebenar mereka.Beliau tidak mengambil jalan sufi daripada mereka.Selepas itu beliau telah menulis satu kitab yang berjudul 'Mafahim Yajibu an Tusahhah'(Kefahaman Yang Wajib DiPerbetulkan).

Apakah respon dan fatwa yang telah dikeluarkan oleh ulama deobandi terhadap beliau disebabkan tulisan dalam buku itu??
baca disini:http://www.sunniport.com/masabih/showthread.php?t=10228

Secara ringkasnya majoriti ulama deobandi menghukum beliau lebih teruk(bid'ah-mubtadi) dari Ahmad Raza Khan Barelwi.Walaupun mufti Taqi usmani kemudiannya memberi pandangan berbeza selepas itu.Tetapi ia tidak menjernih keadaan sebab kita melihat betapa gelojohnya ulama deobandi mengeluarkan hukum tanpa usul periksa.

Boleh jadi ulama yang anda nyatakan diatas juga mengalami nasib yang sama seperti Sayyid Muhammad ibn Alawi al-Makki tetapi kita tidak mengetahui atau belum terjumpa buktinya.Wallahu'alam.Mungkin sedikit masa lagi kita akan ketemu buktinya.

topik yang kami bincang sekarang ialah tentang jemaah tabligh maka sudah tentu fokus kami tidak kepada syiah dll sebab semua orang islam sudah tahu status mereka(syiah)dan banyak maklumat mudah di temui sebaliknya isu tabligh agak asing dan kurang sumbernya sebab sumber mereka ditulis dalam bahasa Urdu yang agak asing bagi melayu.So kalau anda nak maklumat yang lebih detail sila baca link ini(http://www.islam786.org/tablighijamaat.htm#127270135) dengan hati terbuka walaupun ambik masa yang agak panjang untuk memahaminya.

soalan anda yang terakhir telah dijawab oleh ustaz Termizi.carilahlah sendiri jawapannya.

---------------------------------------

Reply
da'e   4 April 2013 03:37
kamu ambil dar salafi tobat. salafi tobat pun org tabligh Jundullah oh jundullah
--------------------------------------
Reply
JUNDULLAH  4 April 2013 14:18
Mengambil sumber dari tabligh sendiri untuk kritik tabligh tidak menghairankan sebab para ulama sendiri spt Imam Ghazali pun ambil sumber dari Muktazilah dan fahaman sesat lainnya di zaman beliau ketika menentang golongan zindik.

Adakah Imam Ghazali bersetuju dengan muktazilah??
kami BAGI perumpamaan mudah.KAPAK DIGUNAKAN UNTUK MENEBANG POKOK YANG ZATNYA ADALAH KAYU.MATA KAPAK MEMANGLAH DIBUAT DARI BESI TAPI ULU KAPAK DIBUAT DARI KAYU JUGA.MAKNANYA 'KAYU MAKAN KAYU' ATAU 'KAWAN MAKAN KAWAN'.

Kalau anda tak buta sejarah maka anda akan tahu bahawa kejatuhan kerajaan melaka kepada portugis dulu juga adalah kerana maklumat yang diberi oleh tali barut (orang melayu) menyebabkan melaka berjaya dikalahkan.

da'e oh da'e....
Luaskan sedikit pengetahuan anda tu dengan banyak membaca buku yang selain dari 3 buku tabligh tu.
------------------------------------------
Reply
da'e  4 April 2013 03:41
pasal Maulid yg apa yg di post hnyalah mngatakan iyenya bidaah adakah mngatakan ianya bidaah
Hasana atau dholalah???
---------------------------------------------
Reply
JUNDULLAH  4 April 2013 15:07
anda baca balik fatwa darulifta deobandi.org ...
mereka mengatakan maulid nabi berasal dari ajaran kristian.Cuba anda cari fatwa al Azhar pulak.tengok mereka ada sebut tak maulid nabi dari ajaran kristian?

Al azhar lebih tua dari deobandi.Maknanya kalau maulid nabi itu amalan kristian,mesti al azhar yang tahu dulu sebab mereka lebih tua(lebih dulu makan garam)....
---------------------------------------------
Reply
Aku  4 April 2013 10:32
ingat satu perkataan yg membawa kepada perpecahan ummat sangat bahaya...tp 1 perkataan yg membawa kpd persatuan ummat sgt d cintai Allah
-----------------------------------------------
Reply
JUNDULLAH  4 April 2013 16:33
Islam datang untuk membezakan antara yang haq dengan yang batil.Oleh kerana aliran faham dalam islam sudah terpecah kepada 73 golongan maka seruan bersatu mestilah atas dasar akidah ASWJ bukan atas dasar mengucap syahadah semata. Kalau tidak kita boleh bersatu dengan syiah,qadiyani,khawarij dll nampak gayanye..

Maulana Ilyas menafsirkan al quran tidak berdasarkan manhaj ASWJ maka bolehkah kita bersatu??
-----------------------------------------
Reply
Unknown  4 April 2013 15:44
Saya syorkan kepada para karkun semua, eloklah kita tinggalkan perdebatan, walaupun didalam internet ini. Elders bagitau dakwah melalaui internet ibarat minum susu dalam mangkuk tandas, manafaat dapat tapi cara salah. Biarlah dia nak melalak kat blog ini mcm anjing menyalak bukit, jemaah tetap dikeluarkan. Kita buat sahaja dengan istiqomah 5 amal, manafaatnya kita juga yang dapat.
-----------------------------------------------
Reply
JUNDULLAH  4 April 2013 16:48
Dr Yusof Qardhawi pernah berkata:

“Apa yang diinginkan terhadap persoalan jihad ini bukanlah mereka yang memiliki senjata dan alat-alat peperangan, tetapi yang kami inginkan ialah intelektual yang berjihad dengan ilmu dan tsaqafah semasa”

“Menggunakan internet untuk menyampaikan maklumat Islam, menyampaikan suara Islam dan memperlihatkan Islam merupakan satu jihad utama”

Bandingkan antara ucapan ulama tabligh(hanya idola orang tabligh sahaja) dengan ulama yang menjadi rujukan hampir seluruh umat islam didunia tak kira jemaah mana pun(PAS,Umno,ISMA,ABIM,IKRAM,DLL).

Banyak ucapan ulama tabligh/deobandi janggal semacam bunyinya.Mereka tidak merai perubahan zaman(maqasid syariah).Islam menyuruh kita ambil pandangan yang sahih dan tinggal/abaikan pandangan yang syaz/ganjil.
-------------------------------------------
Reply
Admin SAR  5 April 2013 10:41
Begini aje lah Jundullah, dari tuan berkokok berdegar2 kat internet. Baik tuan pergi muzakarah dgn ulamak tabligh kat Madrasah Miftahul ulum, Seri Petaling. Itu baru layak bergelar pejuang.

Tapi kalau tuan takut untuk mencari kebenaran dan masih mengutip sumber2 tidak absah utk menghukum jemaah ini, menandakan saudara tiada sifat taqwa. Lagipun bukannya jauh hulu langat dgn SP tu.

Kalau tuan masih nak jd pejuang sebenar kt internet pergilah ke SP dgn hati yg ikhlas tapi jika tuan masih nak menjawab atas dasar saudara ada tangan untuk menulis tapi tiada kejantanan sejati untuk berhadapan kebenaran teruslah berkokok kat sini sahaja.

Sekian.
----------------------------------------------
Reply
JUNDULLAH  5 April 2013 15:12
Begini je lah Admin SAR,tuan kena cakap perkara yang sama kepada blog ini:
http://tangisanmelayu.blogspot.com/2013/03/dewan-ulamak-pas-yang-tidak-selari.html

Anda suruh tuan blog tu pergi muzakarah dengan Dewan ulamak PAS daripada melalak dalam blog tu,tulisan merapu tanpa sumber hanya sangkaan buruk belaka.Kalau anda sahut cabaran kami sehingga tuan blog itu memadam tulisan fitnahnya itu,baru kami akan tunaikan hajat anda...amacam boleh buat??

Tak apalah..kami boleh lupalkan perdebatan yang berlaku antara Tabligh vs PAS di Kg Jawa Klang tahun 80an yang berakhir tabligh kalah dalam berhujjah.Mereka tidak ada hujjah yang konkrit untuk menyokong keberadaan mereka.

kami akan monitor blog tu nak tengok anda berani buat tak...
------------------------------------------------
Reply
Muhtarruddin Mustari  5 April 2013 16:23
presiden pas datang markas tabligh... so kenapa anda x tanya dia tentang fatwa tersebut...
--------------------------------------------------
Reply
from paka with love  8 April 2013 03:23
Hj Hadi pun dah pergi sri petaling. Tuan bila lagi.???
---------------------------------------------------
Reply
along peq  8 April 2013 22:43
80 peratus orang PAS tidak jaga solat berjemaah..mereka tetap masuk syurga sebab mereka memangkah PAS..

walaupun 80% orang PAS x jaga solat berjemaah..mereka tetap tergolong dalam 1 daripada 73 golongan yang masuk syurga

walaupun 80% orang PAS x jaga solat berjemaah..mereka tetap ASWJ yang sebenar..

JANJI PANGKAH PAS
----------------------------------------
Reply
JUNDULLAH  9 April 2013 12:16
Antara tak jaga solat jemaah dengan tak solat langsung...
Antara sunat muakadah dengan wajib....
Dalam mazhab Syafie hukumnya sunat muakad(dituntut)-bawah sikit dari wajib.
Antara perkara yang membatalkan iman(murtad) dengan dosa besar....
Tidak jaga solat jemaah,tidak ada implikasi samada dosa besar atau iman rosak tetapi menolak politik atau mengatakan politik tak ada dalam islam atau nabi saw tak ambik politik dan seumpamanya maka implikasinya ialah rosak iman/aqidah/murtad.

ASWJ bukan merujuk kepada tak jaga solat berjemaah atau tidak....

MEMANGKAHKAH PAS BERMAKNA BERKEYAKINAN BAHAWA POLITIK ADALAH SEBAHAGIAN DARI ISLAM.
MEMANGKAHKAH PAS BERMAKNA MENYOKONG PERLAKSANAAN HUKUM SYARIAT(hudud,qisas,takzir)
MEMANGKAHKAH PAS BERMAKNA melaksanakan perintah Nabi saw:Jihad yang paling utama adalah mengucapkan kebenaran di hadapan penguasa zalim.
(HR Ibn Majah dan an-Nasa’i).

Sabda Rasulullah s.a.w.:

Sesungguhnya selepasku ini akan adanya para pemimpin yang melakukan kezaliman dan pembohongan. Sesiapa yang membenarkan pembohongan mereka dan menolong kezaliman mereka maka dia bukan dariku dan aku bukan darinya dan dia tidak akan mendatangi telaga (di syurga) dan sesiapa yang tidak membenar pembohongan mereka dan tidak menolong kezaliman mereka, maka dia dari kalanganku dan akan dari kalangannya dan dia akan mendatangi telaga di syurga.
(diriwayatkan oleh oleh Ahmad, al-Bazzar dan al-Tabarani)


MEMANGKAHKAH PAS BERMAKNA melaksanakan perintah Allah berdasarkan ayat:

“Dan Kami mengutuskan kepada setiap ummat itu Rasul (yang menyeru) hendaklah kamu menyembah Allah dan menjauhi taghut.”(An-Nahl: 38)

--------------------------------------------
Reply
 Ibnu Hatari  9 April 2013 01:29
GURUN 8 April - Para ulama pondok sekali lagi menegaskan haram bagi umat Islam memberikan undi kepada pakatan pembangkang pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) kerana mereka menyokong pluralisme agama yang jelas menyekutukan Allah.
Ia diputuskan dalam deklarasi Persidangan Ulamak Pondok, Sekolah Agama Rakyat dan Tahfiz yang berlangsung di Hotel Haverd, di sini hari ini.
Persidangan tersebut yang dianjurkan oleh Yayasan Jiwa Murni disertai oleh kira-kira 200 orang ahli-ahli pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti Minda Pondok, Ikatan Cendekiawan Islam Kelantan, Yayasan Pondok Malaysia dan serta beberapa pertubuhan lain.
Deklarasi itu dibuat berdasarkan nas-nas daripada kitab-kitab Ulama Ahlusunnah Waljamaah yang muktabar setelah para peserta mengadakan perbahasan selama tiga hari bermula Sabtu lalu.
Para peserta persidangan itu mendapati perjuangan parti pembangkang iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR), Pas dan DAP bukan sahaja menyalahi nas-nas tersebut bahkan bertentangan sama sekali dengan Islam serta sesat lagi menyesatkan.
-------------------------------------------------------
Reply
along peq  9 April 2013 18:24
Solat berjemaah (Nabi Dan Sahabat buat) tetapi tidak di ambil kira sebagai ASWJ

Memangkah PAS (Nabi dan Sahabat tak buat) tetap dikira sebagai ASWJ yang sebenar

Ahli Sunnah (Nabi Muhammmad SAW) dan Jemaah Sahabat

Nak masuk syurga PANGKAH la PAS..walaupun 80% ahlinya tidak jaga solat berjemaah
------------------------------------------------
Reply
along peq  9 April 2013 18:34
Tuan kata....

ASWJ bukan merujuk kepada tak jaga solat berjemaah atau tidak....

Wahai karkun-karkun sekalian..kalau kita semua memangkah PAS...tuan Jundulah tidak akan kata jemaah tabligh sesat..

Target dia copy n paste panjang-panjang ni supaya kita keluar mengundi je..kalau kita keluar mengundi...dia akan puji kita...walaupun kita masih terus dengan 5 amal masjid
masih dengan 6 sifat sahabat

Jadi nak masuk syurga KENA PANGKAH PAS... Takbir
--------------------------------------------------
Reply
JUNDULLAH  10 April 2013 13:18
Anggapan anda tu salah!!

Pertama sekali anda SUDAH BERSETUJU bahawa yang dikatakan ASWJ bukan merujuk kepada tak jaga solat berjemaah atau tidak...OK..selesai.

kedua 'memangkah PAS' bermakna menyokong perjuangan islam sebalik 'memangkah UMNO(BN)' bermakna menyokong perjuangan Assobiyah/sekular.

Anda biasa dengar kisah pelacur yang beri anjing minum??
Mengikut kisah itu,wanita pelacur itu masuk syurga.Ini bermakna dosa-dosanya yang melacur(maksiat) itu diampunkan oleh Allah hanya kerana keikhlasannya berbuat kebajikan kepada binatang.

Anda biasa dengar kes Abu Lahab yang diringankan seksaannya hanya kerana gembira dengan kelahiran Nabi saw??

Maka begitulah karkun yang mengundi "memangkah PAS" dalam PRU13 ini mudah-mudahan diampunkan dosanya atau diringankan azabnya kerana menyokong perjuangan islam.

Wallahu alam.
------------------------------------------------
Reply
JUNDULLAH  10 April 2013 12:38
jawapan kami di sini:

http://satuumat.blogspot.com/2013/04/malaysia-pondok2-di-kelantan-nyatakan.html

Friday, April 12, 2013

MENGERJAKAN `UMRAH BERULANG KALI DALAM SETAHUN



Sebenarnya haji dan `umrah sudah pun terkenal di zaman jahiliyah. Masyarakat Jahiliyah bertawaf dengan bertelanjang. Apabila Islam datang, adat Jahiliyah yang keji ini dihapuskan, begitu juga dengan adat-adat dan kemungkaran yang lain.
`Ibadah haji juga terdapat dalam syari'at yang lain. Ada yang mengatakan bahawasanya Nabi Adam عليه السلام berulang kali mengerjakan haji. Jibri عليه السلام memberitahunya bahawa malaikat bertawaf mengelilingi Kaa`bah. Nabi Ishaq dan nabi-nabi yang lain عليهم السلام juga mengerjakan haji. Menurut sebahagian ulama رحمهم الله , semua Nabi عليهم السلام mengerjakan haji.
Di antara ayat-ayat yang menandakan bahawasanya haji telah pun ada dan di laksanakan sebelum Islam, adalah :
وإذ بوأنا لإبراهيم مكان البيت ألا تشرك بي شيئاً وطهر بيتي للطائفين والقائمين.والركع السجود
" Dan ingatlah ketika KAMI ( الله ) tempatkan untuk Ibrahim tempat Al BAIT, Kami titahkan: Hai Ibrahim ! janganlah engkau menyengutukan sesuatu dengan-KU dan sucikanlah rumah-KU untuk mereka yang tawaf, i'tikaf, ruku` dan sujud. " ( Al Hajj : 26 ).
Dan firman ALLAH :
" Serulah manusia wahai Ibrahim, tentang haji nescaya mereka akan datang kepadamu dari segenap penjuru. "( Al Hajj : 22 ).
Diriwatkanlah oleh Al Bukhari, Muslim dari Ash Sya'bi رضي الله عنه , ujarnya :
" Di Safa ada satu berhala yang dinamakan Asaf dan di Marwah ada satu patung yang dinamakan Naa ilah . Masyarakat jahiliyah bersa'i di antara keduanya " . Setelah Islam datamg , berhala-berhala itu disingkirkan dari situ. Umat Islam beranggapan bahawa orang-orang Jahiliyah bersa'i kerana berhala. Lantaran itu ummat Islam enggan bersa'i, maka الله menurunkan ayat :
إنَّ الصَّفَا وَالمَرْوَةَ مِنْ شَعَائِرِ اللهِ
" Sesungguhnya Safa dan Marwah adalah dari syi'ar-syi'ar الله " ( Al-Baqarah ;158 ).
Dalam sebahagian riwayat diterangkan bahawa ketika turun ayat haji :
ومن كفر فإن الله غني عن العالمين
“Dan barang siapa mengingkari ( kewajiban haji ), maka sesungguhnya الله Maha Kaya ( tidak berhajat kepada sesuatu ) dari semesta alam . “ ( Aali `Imran 3 : 97) Rasulullah صلى الله عليه وسلمmengumpulkan orang-orang musyrikin, Nasrani dan Yahudi, Majusi dan Saabi'in serta memberitahu mereka bahawasanya الله telah memfardhukan haji, dan hendak lah mereka semua berhaji. Perintah ini ditaati oleh Muslimin رحمهم الله dan ditolak oleh orang-orang Kafir.
Oleh itu turunlah firman
ومن كفر فإن الله غني عن العالمين
" Dan barang siapa yang kufur ( tidak mahu mengerjakan haji ), maka sesungguh nya الله Maha kaya dari semesta alam." (Aali Imran: 97 ).
Sebelum ini kita telah menjelaskan bahawa Nabi صلى الله عليه وسلم berhaji sekali sahaja iaitu pada tahun 10 Hijriah. Manakala para Muslimin رحمهم الله telah berhaji pada tahun 9 Hijriah iaitu sesudah Fathu Makkah ( Pembukaan dan pembebasan Makkah ). Sahabat yang dilantik mengetuai haji ketika itu ialah Abu Bakr رضي الله عنه .
Pada tahun tersebut Nabi صلى الله عليه وسلم bersama para sahabat رضي الله عنهم tidak turut serta kerana orang-orang musyrikin masih berpegang kepada perjanjian Hudaibiyah. Mereka masih masuk ke dalam masjid dan bertawaf dengan bertelanjang. Lantaran itu Nabiصلى الله عليه وسلمmenunda hajinya selama satu tahun.
Pada tahun 9 Hijriah itu Nabi صلى الله عليه وسلم menyuruh `Ali menyusul Abu Bakr radhiallaahu `anhuma dan menyampaikan kepada khalayak yang berkumpul pada hari Nahar ( hariraya ) bahawa orang-orang musyrikin tidak dibenarkan berhaji lagi pada tahun akan datang dan tidak boleh lagi bertawaf dengan bertelanjang.
Dengan demikian murnilah Kaa'bah sebagai tempat beribadah kepadaالله dan murnilah Al Masjidil Haram untuk orang-orang yang mengerjakan tawaf, ruku' dan sujud.
Pada tahun 10 Hijriah Nabi صلى الله عليه وسلم mengerjakan haji yang kemudian terkenal dengan “ Hajjatul Wada “ ( Haji Selamat Tinggal atau Haji Perpisahan ). Haji yang dikerjakan Nabi
صلى الله عليه وسلم inilah yang menjadi pegangan kita dalam mempelajari ibadah haji dan `umrah.
Nafi` رحمه الله menerangkan , bahawa Abdullah Ibnu `Umar رضي الله عنهber`umrah dua kali setiap tahun di masa pemerintahan Az Zubair رضي الله عنه .
Al Qassim menerangkan bahawa 'Aisyah رضي الله عنها ber`umrah dua kali dalam setahun. Ada orang bertanya adakah perbuatan 'Aaisyah رضي الله عنها itu dicela oleh sebahagian sahabat
رضي الله عنهم atau adakah yang mencelanya ? Al Qassim رحمه الله berkata : " Subhaanallaah ! tiada siapa yang mencela perbuatan Ummul Mu'minin radhiallaahu `anha. “
Demikianlah pendapat `Ulama رحمهم الله , disukai ber`umrah berulang kali dalam setahun seperti yang dilakukan oleh `Ali, Ibnu `Umar, Anas, Ibnu `Abbas dan `Aaishah
رضي الله عنهم , kerana Nabiصلى الله عليه وسلم bersabda : “Dari satu `umrah ke `umrah yang berikutnya adalah kaffarah ( pembersih dosa ) yang ada di antara keduanya.”( HR Ahmad, Al Bukhari dan Muslim رحمهم الله ).
Dan dari Ibnu Mas`ud رضي الله عنه , bahawa Rasulullah صلى الله عليه وسلمbersabda : " Iringilah ( susulilah ) antara haji dan `umrah kerana keduanya dapat menghilangkan kemiskinan dan dosa sebagaimana ahli logam membuang karat dari besi, perak, dan emas. Tiada lain pahala yang diterima haji yang mabrur kecuali syurga ." ( HR At Tirmidzi, Ibnu Khuzaimah dan Ibnu Hibban . Kata At Tirmidzi : hadith ini darjatnya hasan sahih ) .
kata Ibnu `Abbas Radhiallaahu `anhuma bahawa Nabi صلى الله عليه وسلمbersabda : “ Satu `umrah dalam bulan Ramadhan menyamai satu haji atau haji bersamaaku.“ ( HR Al Bukhari dan Muslim رحمهما الله ) .
Imam Malik رحمه الله pula tidak menyukai kita berihram lebih dari sekali dalam setahun.
Kata Ash Sheikh `Abdul `Aziz Bin Abdullah Bin Baz رحمه الله : “ Ada pun mengerjakan `umrah berulang kali selepas selesai mengerjakan haji dengan keluar untuk berihram ke Tan`im, Ji`raanah atau lainnya, sebagaimana yang dilakukan oleh sebahagian orang padahal sudah mengerjakan `umrah sebelum haji, tidak mempunyai satu dalil pun yang menunjukkan disyariatkan amalan ini. Bahkan nas-nas yang ada menunjukkan bahawa yang utama ialah meninggalkannya kerana Rasulullah صلى الله عليه وسلم dan para sahabat رضي الله عنهم tidak pernah melakukannya setelah mereka menyelesaikan haji , kecuali `Aaishahرضي الله عنها . Beliau mengerjakan `umrah adalah kerana beliau belum lagi mengerjakan `umrah bersama orang lain ketika masuk Makkah kerana datangnya haidh. Kerana keuzurannya beliau meminta izin Nabiصلى الله عليه وسلم untuk mengerjakan `umrah , sebagai ganti umrahnya yang telah diniatkan sejak dari Miqat dan Nabi صلى الله عليه وسلمmengizinkannya . Dengan demikian beliau telah mengerjakan `umrah sebanyak dua kali, iaitu `umrah yang dilakukan bersamaan dengan amalan hajinya dan `umrah secara tersendiri. Oleh itu sesiapa yang mempunyai kes sama seperti `Aaiahah رضي الله عنها maka tidak mengapa dia mengerjakan `umrah selepas selesai haji kerana mengamalkan hadith ini dan memberi keluasan kepada umat Islam . Namun begitu, tidak diragukan lagi, selain `umrah yang telah mereka lakukan ketika masuk Makkah , adalah menyusahkan orang ramai dan menyebabkan berasak-asakan serta boleh menyebabkan kecelakaan , di samping menyalahi sunnah Nabi صلى الله عليه وسلم . “
Shaikhul Ibnu Taimiah رحمه الله memakruhkan memperbanyakkan keluar dari Makkah untuk mengerjakan `umrah sunat dan ianya bid`aah kerana ittifaq ( sepakat ) `ulama rahimahullah menyatakan bahawa ianya tidak pernah dilakukan oleh Nabi صلى الله عليه وسلم , para sahabat dizamannya kecuali `Aaishah رضي الله عنهم kerana kesnya berlainan seperti yang telah diterangkan di atas. Menurut beliau lagi mengerjakan `umrah pada selain bulan-bulan haji adalah lebih afdhal dari ber`umrah dalam bulan-bulan haji dan yang afdhal ialah dalam bulan Ramadhan kerana hadith :
“ `Umrah dalam bulan Ramadhan menyamai satu haji .“ ( HR Al Bukhari dan Muslim رحمهما الله ) .
Manakala Ibnul Qayyim رحمه الله pula berpendapat bahawa ber`umrah dalam bulan-bulan haji lebih afdhal dari ber`umrah pada selain bulan-bulan haji .
Pendapatnya ini berasas kerana menurut pandangannya bahawa masyarakat Jahiliyyah menganggap bahawa ber`umrah di bulan haji merupakan kejahatan besar. Mereka mengatakan bahawasanya `umrah dilakukan setelah berakhirnya bulan Safar apabila telah selesai jejak kaki orang berhaji dan semua mereka telah kembali dari haji .
Ada pun mengerjakan umrah sebanyak 7 kali sebagaimana dilakukan oleh sesetengah orang adalah menyalahi sunnah. Yang lebih teruk lagi ialah beriktiqad bahawa mengerjakan 7 kali umrah menyamai satu haji kerana tiada hadith yang menerangkanya. Oleh itu hendaklah menjauhkan diri dari berikiqadkan sedemikian kerana di khuatiri menambahkan hadith palsu. Sabda Nabi Sallallaahu `alaihi wasallam : Baransiapa yang mengtakan ucapan yang bukan aku ucapkan maka sesungguhnya dia telah menempah sebuah kerusi dalam neraka ".
Adalah lebih baik sekiranya seseorang yang telah selesai mengerjakan umrah buat pertama kalinya megerjakan pula umrah untuk arwah yang telah meninggal dunia. Selepas itu memperbanyakkan tawaf di Baitullah kerana Allah Subhanahu wa Ta'ala memerintahkan kepada umat Islam agar mereka melaksanakan tawaf di Baitullah Ka’bah, sebagai rumah pertama yang dibinakan untuk manusia, di mana kaum muslimin berkumpul di tempat tersebut sebagai tanda berserah diri kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala. Demikian besarnya peranan tawaf dalam amalan haji dan umrah, sehingga Allah Subhanahu wa Ta'ala menjadikan amalan pertama yang dilakukan seorang yang menunaikan ibadah haji dan umrah ketika memasuki Masjidil Haram adalah tawaf. Demikian pula akhir amalan mereka diakhiri dengan Tawaf Wada’. Telah diriwayatkan dalam Al-Bukhari dan Muslim dari hadith `Aisyah radhiyallahu 'anha dia berkata:
“Sesungguhnya yang pertama Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam memulai dengannya ketika datang adalah berwudhu kemudian tawaf.”
Ini juga menunjukkan bahwa tawaf di Ka’bah merupakan ibadah yang mulia dan ketaatan yang amat besar, amalan yang sangat dicintai Allah Subhanahu wa Ta'ala. Sehingga seseorang tidak diperbolehkan melakukan tawaf di suatu tempat (selain Ka’bah) dengan maksud bertaqarrub kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala. Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah rahimahullah berkata: “Kaum muslimin telah bersepakat bahwa tidak disyariatkan tawaf kecuali di Al-Baitul Ma’mur (Ka’bah). Sehingga tidak boleh tawaf di batu besar Baitul Maqdis, tidak di kamar Nabi sallallahu 'alaihi wa sallam, tidak di kubah yang ada di bukit Arafah, dan tidak pula di tempat lainnya.” (Majmu’ Fatawa, 4/522)
Beliau rahimahullah juga berkata: “Di bumi ini, tidak ada sebuah tempat yang dibolehkan tawaf padanya seperti tawaf di Ka’bah. Barangsiapa berkeyakinan bahwa tawaf di tempat lainnya disyariatkan maka dia lebih jahat dari orang yang meyakini bolehnya solat menghadap selain Ka’bah. Sebab Nabi sallallahu 'alaihi wa sallam tatkala berhijrah dari Makkah ke Madinah, beliau solat memimpin kaum muslimin selama 18 bulan menghadap ke Baitul Maqdis, yang menjadi kiblat kaum muslimin selama kurun waktu tersebut. Lalu Allah Subhanahu wa Ta'ala pindahkan kiblat ke arah Ka’bah dan Allah Subhanahu wa Ta'ala turunkan Al-Qur`an tentang hal tersebut, sebagaimana yang disebutkan dalam Surat Al-Baqarah. Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam bersama kaum muslimin solat menghadap ke Ka’bah yang telah menjadi kiblat, dan itu adalah kiblat Ibrahim dan para nabi selainnya. Maka barangsiapa yang menjadikan sakhrah (batu besar di Baitul Maqdis) pada hari ini sebagai kiblat yang dia solat menghadap ke arahnya, maka dia kafir murtad dan diminta bertaubat. Jika tidak mahu maka dia dibunuh. Padahal dahulu batu itu berstatus sebagai kiblat. (Al-Fatawa, 27/10-11)
KESIMPULANNYA :
Tidaklah menjadi kesalahan kita melakukan umrah yang sunat untuk kali yang kedua , sekiranya kita mempunyai wang untuk mengerjakan haji tetapi jika dengan sebab kita mengerjakan umrah maka kita tidak mempunyai wang untuk mengerjakan haji maka itu adalah salah dan mungkin jadi haram..
Walaubagaimanapun sekiranya kita nak kerjakan umrah sunat tetapi kalau ada jiran atau saudara mara kita memerlukan kewangan maka lebeh baik kita bantu mereka kerana itu keperluan yang lebeh mendesak . Dalam pada itu kalau kita nak juga pergi melancung ke tempat lain maka adalah lebeh baik kita mengerjakan `umrah.
Sekian semoga bermanfaat. WALLAAHU `AA`LAM. Semoga kita semua sentiasa dibimbing, diberkati, dirahmat dan di lindungi ALLAH dari segala musibah.Aamin Yaa Rabbal `aa lamin. Wassalaamu `alaikum warahmatullaahi wabarakaatuh.
Saudaramu sesama Islam
naasiha@yahoo.com