Sebagai asas yang paling utama mendasari ugama islam, ilmu akan memimpin dan memandu manusia dalam pembinaan peribadi mukmin yang kamil.
Sunday, December 30, 2012
Kisah Penggali Kubur
Terdapat seorang pemuda yang kerjanya menggali kubur dan mencuri kain kafan untuk dijual. Pada suatu hari, pemuda tersebut berjumpa dengan seorang ahli ibadah untuk menyatakan kekesalannya dan keinginan untuk bertaubat kepada Allah s. w. t. Dia berkata, "Sepanjang aku menggali kubur untuk mencuri kain kafan, aku telah melihat 7 perkara ganjil yang menimpa mayat-mayat tersebut. Lantaran aku merasa sangat insaf atas perbuatanku yang sangat keji itu dan ingin sekali bertaubat."
" Golongan yang pertama, aku lihat mayat yang pada siang harinya menghadap kiblat. Tetapi pabila aku menggali semula kuburnya pada waktu malam, aku lihat wajahnya telahpun membelakangkan kiblat. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?" tanya pemuda itu. " Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang telah mensyirikkan Allah s. w. t. sewaktu hidupnya. Lantaran Allah s. w. t. menghinakan mereka dengan memalingkan wajah mereka dari mengadap kiblat, bagi membezakan mereka daripada golongan muslim yang lain," jawab ahli ibadah tersebut.
Sambung pemuda itu lagi, " Golongan yang kedua, aku lihat wajah mereka sangat elok semasa mereka dimasukkan ke dalam liang lahad. Tatkala malam hari ketika aku menggali kubur mereka, ku lihat wajah mereka telahpun bertukar menjadi babi. Mengapa begitu halnya, wahai tuan guru?" Jawab ahli ibadah tersebut, " Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang meremehkan dan meninggalkan solat sewaktu hidupnya. Sesungguhnya solat merupakan amalan yang pertama sekali dihisab. Jika sempurna solat, maka sempurnalah amalan-amalan kita yang lain,"
Pemuda itu menyambung lagi, " Wahai tuan guru, golongan yang ketiga yang aku lihat, pada waktu siang mayatnya kelihatan seperti biasa sahaja. Apabila aku menggali kuburnya pada waktu malam, ku lihat perutnya terlalu gelembung, keluar pula ulat yang terlalu banyak daripada perutnya itu." " Mereka itulah golongan yang gemar memakan harta yang haram, wahai anak muda," balas ahli ibadah itu lagi.
" Golongan keempat, ku lihat mayat yang jasadnya bertukar menjadi batu bulat yang hitam warnanya.Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?" Jawab ahli ibadah itu, " Wahai pemuda, itulah golongan manusia yang derhaka kepada kedua ibu bapanya sewaktu hayatnya. Sesungguhnya Allah s. w. t. sama sekali tidak redha kepada manusia yang menderhakai ibu bapanya."
" Golongan kelima, ku lihat ada pula mayat yang kukunya amat panjang, hingga membelit-belit seluruh tubuhnya dan keluar segala isi dari tubuh badannya," sambung pemuda itu. " Anak muda, mereka itulah golongan yang gemar memutuskan silaturrahim. Semasa hidupnya mereka suka memulakan pertengkaran dan tidak bertegur sapa lebih daripada 3 hari. Bukankah Rasulullah s. a. w. pernah bersabda, bahawa sesiapa yang tidak bertegur sapa melebihi 3 hari bukanlah termasuk dalam golongan umat baginda," jelas ahli ibadah tersebut.
" Wahai guru, golongan yang keenam yang aku lihat, sewaktu siangnya lahadnya kering kontang. Tatkala malam ketika aku menggali semula kubur itu, ku lihat mayat tersebut terapung dan lahadnya dipenuhi air hitam yang amat busuk baunya," " Wahai pemuda, itulah golongan yang memakan harta riba sewaktu hayatnya," jawab ahli ibadah tadi.
" Wahai guru, golongan yang terakhir yang aku lihat, mayatnya sentiasa tersenyum dan berseri-seri pula wajahnya. Mengapa demikian halnya wahai tuan guru?" tanya pemuda itu lagi. Jawab ahli ibadah tersebut, " Wahai pemuda, mereka itulah golongan manusia yang berilmu. Dan mereka beramal pula dengan ilmunya sewaktu hayat mereka. Inilah golongan yang beroleh keredhaan dan kemuliaan di sisi Allah s. w. t. baik sewaktu hayatnya mahupun sesudah matinya."
Ingatlah, sesungguhnya daripada Allah s. w. t kita datang dan kepadaNya jualah kita akan kembali. Kita akan dipertanggungjawabkan atas setiap amal yang kita lakukan, hatta amalan sebesar zarah. Wallahua'lam.
Fenomena Isbal - Dengan Kesombongan
عَنْ ابْنِ
عُمَرَ قَالَ
قَالَ رَسُولُ
اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ جَرَّ ثَوْبَهُ خُيَلَاءَ لَمْ
يَنْظُرْ اللَّهُ إِلَيْهِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ
فَقَالَتْ أُمُّ
سَلَمَةَ فَكَيْفَ يَصْنَعْنَ النِّسَاءُ بِذُيُولِهِنَّ قَالَ يُرْخِينَ شِبْرًا
فَقَالَتْ إِذًا تَنْكَشِفُ أَقْدَامُهُنَّ قَالَ فَيُرْخِينَهُ ذِرَاعًا لَا
يَزِدْنَ عَلَيْهِ
Maksud: Daripada Ibnu ‘Umar, katanya:
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam berkata: Sesiapa sahaja
yang menjulurkan (melabuhkan) pakaiannya kerana sombong, nescaya Allah
Subhanahu wa Ta’ala tidak akan melihatnya dengan pandangan kasih sayang pada
hari kiamat.
Maka Ummu Salamah pun bertanya: Apa yang perlu dilakukan oleh
para wanita dengan hujung pakaiannya?
Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam menjawab: Hendaklah mereka
menurunkan (melabuhkannya) satu jengkal dari pertengahan betis.
Ummu Salamah berkata: Jika begitu, sudah tentu telapak kaki
mereka masih akan tersingkap (kelihatan).
Maka Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam pun menerangkan:
Sekiranya begitu, hendaklah mereka menurunkannya satu hasta dan tidak boleh
lebih dari itu. (Hadis Riwayat at-Tirmidzi, 6/343, no. 1653. at-Tirmidzi
menyatakan, hadis ini Hasan Sahih. Juga disahihkan oleh al-Albani)
Hadis ini selain menerangkan tentang isbal yang dilakukan dengan
disertai kesombongan, ia juga menjelaskan bahawa isbal tanpa disertai dengan
sifat sombong juga tetap dilarang. Ini dapat dilihat dari pertanyaan Ummu
Salamah di dalam hadis tersebut yang menanyakan berkenaan dengan pakaian
wanita:
“Apa yang perlu dilakukan oleh para wanita dengan hujung
pakaiannya?”
Berkenaan dengan pertanyaan ini, al-Hafiz Ibnu Hajar
al-’Asqalani menjelaskan dengan membawakan perkataan Imam an-Nawawi:
قَالَ
النَّوَوِيّ : ظَوَاهِر الْأَحَادِيث فِي تَقْيِيدهَا بِالْجَرِّ خُيَلَاء
يَقْتَضِي أَنَّ التَّحْرِيم مُخْتَصّ بِالْخُيَلَاءِ ، وَوَجْه التَّعَقُّب أَنَّهُ
لَوْ كَانَ كَذَلِكَ لَمَا كَانَ فِي اِسْتِفْسَار أُمّ سَلَمَة عَنْ حُكْم
النِّسَاء فِي جَرّ ذُيُولهنَّ مَعْنًى ، بَلْ فَهِمَتْ الزَّجْر عَنْ الْإِسْبَال
مُطْلَقًا سَوَاء كَانَ عَنْ مَخِيلَة أَمْ لَا ، فَسَأَلَتْ عَنْ حُكْم النِّسَاء
فِي ذَلِكَ لِاحْتِيَاجِهِنَّ إِلَى الْإِسْبَال مِنْ أَجْل سَتْر الْعَوْرَة ،
لِأَنَّ جَمِيع قَدَمهَا عَوْرَة ، فَبَيَّنَ لَهَا أَنَّ حُكْمهنَّ فِي ذَلِكَ
خَارِج عَنْ حُكْم الرِّجَال فِي هَذَا الْمَعْنَى فَقَطْ
Maksud: Berkata an-Nawawi: Di dalam hadis ini terdapat
penjelasan yang meunjukkan bahawa hadis-hadis larangan isbal itu tidaklah
terhad kepada perbuatan dengan sombong. Sekiranya ia dibataskan dengan faktor
kesombongan, sudah tentu pertanyaan dari Ummu Salamah (kepada Nabi Shallallahu
‘alaihi wa Sallam) berkenaan hukum perbuatan para wanita yang memanjangkan
hujung pakaiannya itu tidak akan membawa makna sama sekali. Tetapi sebenarnya,
apa yang dapat kita fahami adalah Ummu Salamah telah memahami adanya larangan
isbal secara mutlak. Sehingga (dengan kefahamannya itu) beliau bertanya kepada
Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam berkenaan hukum bagi para wanita di dalam
permasalahan ini disebabkan perlunya mereka untuk melakukan isbal dalam rangka
untuk menutup aurat mereka, kerana seluruh telapak kaki adalah merupakan aurat.
Maka Nabi pun menjelaskan kepada Ummu Salamah bahawa hukum bagi para wanita di
dalam perkara isbal ini berbeza dengan hukum bagi lelaki. (Rujuk: Imam Ibnu
Hajar al-Asqalani, Fathul Bari, 16/333. Imam an-Nawawi, Syarah Shohih Muslim,
14/62)
بَيْنَمَا نَحْنُ
مَعَ رَسُول اللَّه صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذْ لَحِقَنَا عَمْرو بْن
زُرَارَةَ الْأَنْصَارِيّ فِي حُلَّة إِزَار وَرِدَاء قَدْ أَسْبَلَ ، فَجَعَلَ
رَسُول اللَّه صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَأْخُذ بِنَاحِيَةِ ثَوْبه
وَيَتَوَاضَع لِلَّهِ وَيَقُول: عَبْدك وَابْن عَبْدك وَأَمَتك ، حَتَّى سَمِعَهَا
عَمْرو فَقَالَ : يَا رَسُول اللَّه إِنِّي حَمْش السَّاقَيْنِ، فَقَالَ: يَا
عَمْرو إِنَّ اللَّه قَدْ أَحْسَنَ كُلّ شَيْء خَلَقَهُ ، يَا عَمْرو إِنَّ اللَّه
لَا يُحِبّ الْمُسْبِل
Maksud: Ketika kami bersama Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa
Sallam, tiba-tiba ‘Amr B. Zurarah al-Anshori datang menyertai kami. Ketika itu
beliau memakai pakaian berupa kain dan jubah dalam keadaan isbal. Kemudian
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam memegang hujung pakaian beliau dengan
bertawadhu’ kepada Allah lalu berkata:
Ya Allah, inilah hamba-Mu (lelaki) dan anak dari hamba-Mu
(lelaki) serta anak dari hamba-Mu (perempuan) sehingga didengar oleh ‘Amr B.
Zurarah. Maka beliau pun berpaling menghadap kepada Nabi Shallallahu ‘alaihi wa
Sallam lalu berkata (untuk memberitahu sesuatu):
Wahai Rasulullah, aku ini memiliki dua betis yang kecil.
Maka Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam berkata:
Wahai ‘Amr, sesungguhnya Allah telah memperindahkan segala
sesuatu yang Dia ciptakan. Wahai ‘Amr, sesungguhnya Allah tidak mencintai orang
yang isbal. (Diriwayatkan oleh ath-Thabrani. Lihat Fathul Bari, 16/336)
Berkenaan hadis ini, al-Hafiz Ibnu Hajar al-Asqalani
rahimahullah berkata:
وَظَاهِره أَنَّ
عَمْرًا الْمَذْكُور لَمْ يَقْصِد بِإِسْبَالِهِ الْخُيَلَاء ، وَقَدْ مَنَعَهُ
مِنْ ذَلِكَ لِكَوْنِهِ مَظِنَّة
Maksud: Zahir hadis tersebut menunjukkann bahawa ‘Amr tidaklah
bermaksud sombong dengan perbuatan isbalnya. Dan ternyata Rasulullah tetap
melarang beliau dari isbal kerana (isbal) itu termasuk dari tanda kesombongan.
(Rujuk: Imam Ibnu Hajar, Fathul Bari, 16/336)
عَنْ عَبْدِ
اللَّهِ بْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ
قَالَ رَسُولُ
اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ جَرَّ ثَوْبَهُ خُيَلَاءَ لَمْ
يَنْظُرْ اللَّهُ إِلَيْهِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ
Maksud: Daripada ‘Abdullah B. ‘Umar radhiyallahu ‘anhuma, telah
berkata Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bahawa:
Sesiapa yang melabuhkan pakaiannya kerana sombong, nescaya Allah
Subhanahu wa Ta’ala tidak akan memandangnya dengan pandangan kasih sayang pada
hari kiamat nanti. (Hadis Riwayat al-Bukhari, Shahih al-Bukhari, Kitab
al-Manaqib, 11/500, no. 3392. Kitab al-Libas, 18/84, no. 5338)
عَنْ أَبِي ذَرٍّ
عَنْ النَّبِيِّ
صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ ثَلَاثَةٌ لَا يُكَلِّمُهُمْ اللَّهُ
يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَلَا يَنْظُرُ إِلَيْهِمْ وَلَا يُزَكِّيهِمْ وَلَهُمْ
عَذَابٌ أَلِيمٌ قَالَ فَقَرَأَهَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ ثَلَاثَ مِرَارًا قَالَ أَبُو ذَرٍّ خَابُوا وَخَسِرُوا مَنْ هُمْ يَا
رَسُولَ اللَّهِ قَالَ الْمُسْبِلُ وَالْمَنَّانُ وَالْمُنَفِّقُ سِلْعَتَهُ
بِالْحَلِفِ الْكَاذِبِ
Maksud: Daripada Abu Dzarr, daripada Nabi Shallallahu ‘alaihi wa
Sallam beliau bersabda:
Tiga jenis manusia yang mana pada hari kiamat nanti Allah
Subhanahu wa Ta’ala tidak akan berbicara kepada mereka (dengan perbicaraan yang
baik), tidak akan melihat mereka (dengan pandangan kasih sayang), tidak akan
menyucikan mereka (dari dosa-dosa), malah mereka mendapat azab yang pedih.
Rasulullah mengulangi pernyataan ini sehingga tiga kali.
Sebenarnya orang-orang tersebut telah binasa dan rugi. Kemudian
Abu Dzarr pun bertanya: Siapakah mereka wahai Rasulullah? Rasulullah pun
menjawab:
Orang yang isbal (dengan sombong), orang yang suka
mengungkit-ngungkit sesuatu yang telah diberikan, dan orang yang melariskan
barang dagangannya dengan sumpah palsu. (Hadis Riwayat Muslim, Shahih Muslim,
Kitab al-Iman, 1/277, no. 154)
قال رسول الله
صلى الله عليه وسلم أزرة المؤمن إلى نصف الساق ولا حرج أو قال لا جناح عليه فيما
بينه وبين الكعبين وما كان أسفل من ذلك فهو في النار ومن جر إزاره بطرا لم ينظر
الله إليه يوم القيامة
Maksud: Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda,
pakaian seseorang mu’min (lelaki) itu menjulur turun sehingga ke pertengahan
betisnya. Dan tidaklah berdosa atau tidak mengapa (jika menurunkannya sehingga
pada bahagian kaki) di antara pertengahan betis dengan kedua mata kaki. Ada pun
bahagian yang lebih rendah dari itu (iaitu turun melepasi mata kaki), maka
tempatnya di neraka. Dan sesiapa sahaja yang menjulurkan pakaiannya dengan
kesombongan, maka pada hari kiamat nanti Allah tidak akan memandangnya dengan
pandangan kasih sayang. (Hadis Riwayat Imam Malik di dalam Muwaththo’, Abu Daud
di dalam Sunannya, Ibnu Majah di dalam Sunannya, dan Ibnu Hibban di dalam
Shahihnya. Hadis ini daripada Abu Sa’id al-Khudri, dan disahihkan oleh
al-Albani di dalam Shahih Targhib wa at-Tarhib, 2/219, no. 2031 dan di dalam
Shahih al-Jami’ ash-Shoghir, 2/423, no. 923)
Kesimpulan:
Akibat isbal (dengan disertai kesombongan):
1 – Allah Subhanahu wa Ta’ala tidak akan memandangnya dengan
pandangan kasih sayang pada hari kiamat.
2 – Tidak akan berbicara dengan baik kepadanya.
3 – Tidak akan membersihkannya dari dosa.
Saturday, December 29, 2012
Fenomena Isbal - Tanpa Niat Sombong
عَنْ أَبِي
هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ
عَنْ النَّبِيِّ
صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَا أَسْفَلَ مِنْ الْكَعْبَيْنِ مِنْ
الْإِزَارِ فَفِي النَّارِ
Maksud: Daripada Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, daripada Nabi
Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, bahawa beliau berkata:
Apa yang terjulur (labuh) ke bawah melebihi kedua mata kaki dari
pakaian, maka ia berada di neraka. (Hadis Riwayat al-Bukhari, Shahih al-Bukhari,
Kitab al-Libas, 18/89, no. 5341)
Imam al-Bukhari meletakkan hadis ini di bawah bab:
بَاب مَا
أَسْفَلَ مِنْ الْكَعْبَيْنِ فَهُوَ فِي النَّارِ
Maksud: Apa yang menjulur labuh ke bawah (dari pakaian) sehingga
melebihi mata kaki, maka ia di neraka. (Rujuk: Shahih al-Bukhari, Kitab
al-Libas, 18/88)
وعن المغيرة بن
شعبة رضي الله عنه قال رأيت رسول الله صلى الله عليه وسلم أخذ بحجزة سفيان بن أبي
سهل فقال يا سفيان لا تسبل إزارك فإن الله لا يحب المسبلين
Maksud: Dari al-Mughirah B. Syu’bah, beliau melihat Rasulullah Shallallahu
‘alaihi wa Sallam mendatangi Sufyan dan menahannya, lalu berkata:
Wahai Sufyan, janganlah engkau melakukan isbal, kerana Allah
Subhanahu wa Ta’ala tidak mencintai orang-orang yang isbal. (Hadis Riwayat Ibnu
Majah, Sunan Ibnu Majah, 10/423, no. 3564. Disahihkan oleh al-Albani di dalam
Silsilah Ahadis ash-Shahihah, 10/241, no. 4004. Shahih Sunan Ibnu Majah, 8/74,
no. 3574. dan Shahih al-Jami’ ash-Shoghir, 28/372, no. 13872)
عَنْ يَعْقُوبَ
بْنِ عَاصِمٍ أَنَّهُ سَمِعَ الشَّرِيدَ يَقُولُ
أَبْصَرَ رَسُولُ
اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ رَجُلًا يَجُرُّ إِزَارَهُ فَأَسْرَعَ
إِلَيْهِ أَوْ هَرْوَلَ فَقَالَ ارْفَعْ إِزَارَكَ وَاتَّقِ اللَّهَ قَالَ إِنِّي
أَحْنَفُ تَصْطَكُّ رُكْبَتَايَ فَقَالَ ارْفَعْ إِزَارَكَ فَإِنَّ كُلَّ خَلْقِ
اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ حَسَنٌ
فَمَا رُئِيَ
ذَلِكَ الرَّجُلُ بَعْدُ إِلَّا إِزَارُهُ يُصِيبُ أَنْصَافَ سَاقَيْهِ أَوْ إِلَى
أَنْصَافِ سَاقَيْهِ
Maksud: Daripada Ya’kub B. ‘Ashim sesungguhnya beliau mendengar
asy-Syarid berkata:
Dari kejauhan, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam melihat
seorang lelaki yang menjulurkan (melabuhkan) pakaiannya (seluarnya) sehingga
terseret. Maka beliau pun bergegas menemuinya (berlari-lari anak) menuju kepada
orang tersebut. Lalu beliau menegurnya:
“Angkatlah kain pakaianmu dan bertaqwalah kepada Allah Subhanahu
wa Ta’ala”.
Maka orang tersebut pun berkata:
“Sesungguhnya aku seorang yang memiliki kaki yang bengkok
(seperti huruf X) dan kedua lutut-ku tidak stabil ketika berjalan”.
Lalu Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam tetap menyatakan:
“Angkatlah pakaianmu, kerana sesungguhnya semua ciptaan Allah
Subhanahu wa Ta’ala adalah bagus”.
Maka setelah peristiwa tersebut, tidaklah kelihatan lelaki
tersebut melainkan dengan pakaiannya (seluarnya) sentiasa terangkat hingga pada
tengah-tengah kedua betisnya atau di bawah sedikit. (Hadis Riwayat Ahmad,
Musnad Ahmad, 39/470, no. 18656. Disahihkan oleh al-Albani di dalam Silsilah
ash-Shahihah, 4/15, no. 1441)
Daripada hadis ini, ia turut menjelaskan bahawa Nabi Shallallahu
‘alaihi wa Sallam datang menegur kepada pelaku isbal tanpa menanyakan terlebih
dahulu sama ada si pelaku itu melakukan isbal dengan sombong atau pun tidak.
Tetapi, apa yang jelas dari zahir hadis tersebut adalah, Nabi terus sahaja menegurnya
supaya meninggalkan isbal, biar pun si lelaki tersebut telah memberikan alasan.
Kesimpulan:
Akibat melakukan isbal (tanpa sombong):
1 – Berdosa dan diancam dengan neraka.
2 – Tidak dicintai oleh Allah.
Subscribe to:
Posts (Atom)