Tuesday, November 6, 2012

No plans



No plans to halt Umrah visas in 2013
Friday 2 November 2012

There are no plans to stop Umrah visas next year as a result of development projects at the Grand Mosque in Makkah and the Prophet’s Mosque in Madinah, Haj Ministry spokesman Hatim Qadi said yesterday.

“We have not received any instruction by higher authorities to stop issuing Umrah visas,” Qadi said.

He said the ministry’s monitoring officials have caught three false Haj service agents who had allegedly cheated some groups of pilgrims during this Haj season.

“We are continuing our investigation with the three agents and their file will be passed to the governorate and then to the court to take legal action,” Qadi said.

Asked about prospects of licensing more agents to provide domestic Haj services, Qadi said: “We have licensed 250 companies to provide domestic Haj services and there is no plan to issue more licenses at the moment. We would like to see better services from the existing companies.”

He said the ministry would review the overall performance of the different departments during this Haj season to learn lessons from mistakes and improve services.

Qadi said Haj Minister Bandar Hajjar was successful in convincing Nigerian authorities the reason for sending back some women pilgrims this year for violating Haj regulations.

Monday, November 5, 2012

TAUBAT SI JEMAAH TABLIGH



TAUBAT SI JEMAAH TABLIGH - TAKLID BUTA KEPUTUSAN MESYUARAT

  PERINGATAN !!!
1.      Kami tidak menghalang orang-Orang Tabligh yang ingin berdakwah dan menghidupkan Sunnah Nabi saw, Mengajak mengerjakan Solah dan sebagainya.
2.      Tetapi, kami menghalang berkata-kata Agama di dalam Keadaan Jahil, dan berkata-kata Agama itu bersumberkan dari mulut-mulut orang lama Tabligh (Eldest) yang tiada bersumberkan dari mana-mana Kitab Muktabar.

DI BAWAH INI ADALAH FAHAMAN TAUHID SAYA SEMASA BERGERAK SEBAGAI KARKUN DALAM DIDIKAN  GERAKAN TABLIGH DI MALAYSIA

 TAUBAT KE ATAS - Taklid Buta Keputusan Mesyuarat)

1. Dahulu aku pernah berkata bahawa;

Contoh 1
- “Jika ada sesuatu hal dalam Jemaah Tabligh berlaku, kita mesti rujuk kata-kata Mesyuarat, Hitam kata Mesyuarat, maka Hitamlah. Putih kata Mesyuarat, maka putihlah. Kalau seseorang Budak Tabligh tak ikut mesyuarat, maka dia terkeluar dari Jemaah Tabligh.”

2. Demikian lagi, aku telah dididik sebegini, dengarlah wahai para ustaz yang suka membela Jemaah Tabligh. Dengarkanlah akan cerita seram ku ini!!!

Orang yang banyak berkorban dalam Jemaah Tabligh, dia dapat kefahaman khas yang melebihi daripada orang yang belajar ilmu. Jika sekiranya apa-apa yang ia dapat daripada jemaah Tabligh, dan menyalahi Kitab-kitab Ulama’ Islam, maka segera dikatakannya,

“Ulama’-ulama Tabligh lebih faham dari ulama’-ulama’ Islam yang mengarang Kitab.”
Sekalipun masalah yang disalahinya itu adalah Masalah Tauhid dan masalah Ijma’ Ulama’, kerana beri’tiqad bahawa ulama’ Tabligh sahajalah yang faham agama dan segala tafsiran agama.

Ulama’-ulama’ yang bukan ulama’ Jemaah Tabligh, jika pengajarannya menyalahi apa-apa tafsiran dan pegangan ulama’-ulama’ Tabligh, dilabelnya sebagai tidak betul dan tidak boleh dipakai sama sekali sekalipun disertakan dengan Nas Al-Quran dan Hadis, dan juga Nas dari Kitab Muktabar. Ini kerana Ulama’ yang bukan dari kalangan Karkun Tabligh tidak pernah berkorban dalam perjuangan Tabligh.
Dakwah yang sah hanyalah dakwah cara Tabligh sahaja, seluruh dakwah yang bukan cara Tabligh sebenarnya bukan dakwah. Dakwah ertinya cara Tabligh sahaja. Dakwah yang sah hanyalah dakwah yang diiktiraf dan didaftarkan di Markaz Tabligh sahaja iaitu keluar 3 Hari, 40 Hari, 4 Bulan, dan Satu Tahun. Selain daripada ini, adalah BUKAN dakwah.

Antara perkara-perkara yang juga diiktiraf sebagai bukan dakwah ialah Majlis-majlis Ilmu yang di adakan di masjid, dan ustaz-ustaz yang mengajar ilmu di Masjid dan di Pondok-pondok.

Selagi tidak pernah mengikut jemaah Tabligh, tidak boleh dianggap telah berdakwah. Dakwah itu hanyalah dakwah cara jemaah Tabligh, adapun dakwah yang dijalankan tidak mengikut cara Tabligh bukan dakwah sama sekali dan itu hanyalah dakwah rekaan yang tidak mengikut jalan dakwah Rasulullah SAW, dan tidak sah sama sekali selagi tidak mengikut keluar bersama Jemaah Tabligh.

“Apa macam tuan-tuan Ustaz yang suka membela-bela dan mempertahankan Jemaah Tabligh. Majlis Ilmu antum langsung tiada nilai dakwah, dan memang bukan dakwah sama sekali di sisi karkun Tabligh???”

PENERANGAN TAUBAT

1.      Telah berkata guruku yang amat ku kasihi,
“Taubatlah Hai Murid Ku, akan sebagai Taubat yang sebenar-benar Taubat daripada berkeyakinan sedemikian itu, dan daripada apa jua yang berta’alluq dengan keyakinan sedemikian itu.”

2.      Maka, telah beristhigfar aku akan barang yang diperbuat oleh aku pada ketika dahulu. Telah sampai kepada kami oleh perkhabaran yang menyatakan ada di antara Budak-budak Tabligh yang telah belajar Kitab-kitab Muktabar, lalu tidak berapa lama kemudian sudah tidak belajar Kitab lagi, dan mula keluar Bertabligh semula.

3.      Setelah diselidiki, banyak di antara mereka (Budak Tabligh yang dah belajar Kitab) itu mereka mula Berdakwah semula (Dakwah Cara Tabligh tanpa didasari Ilmu Pengetahuan) setelah ditegur oleh pemuka-pemuka Tabligh mereka.

4.      Setelah diperhatikan, antara sebab utama yang paling besar perkara ini boleh berlaku ialah kerana mereka suka bergaul dengan pemuka-pemuka Tabligh mereka (Di Malam Markaz). Lantaran itu, maka bersatulah hati-hati mereka.

5.      Perkara seperti ini serupa dengan satu Kisah Firaun dahulu yang telah tercatit di dalam lembaran  Kitab-kitab Tafsir Muktabar. Kisah ini menerangkan tentang Firaun yang memilih kebatilan, walaupun telah disampaikan kebaikan dan peringatan oleh Nabi Musa as sendiri. Kebaikan dan peringatan yang baik itu telah  dimesyuaratkan bersama Haman (Penasihat Firaun) dulu sebelum diterimanya. 

Sila Baca Banyak Lagi Artikal Berkaitan dalam blog ini -  http://jamaluddinab.blogspot.com/2011/02/taubat-si-jemaah-tabligh-8-taklid-buta.html

SIAPA AHLUSSUNNAH WAL JAMAAH




  AHLUSSUNNAH WAL JAMA’AH: GOLONGAN YANG SELAMAT

(al Firqah an-Najiyah)

Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani dalam kitabnya Al-Ghunyah li Thalibi Thariq Al-Haqq, Juz 1, Hal 80 mendefinasikan ASWAJA sebagai berikut 
“yang dimaksudkan dengan sunnah adalah apa yang diajarkan oleh Rasulullah SAW (meliputi ucapan,perilaku serta ketetapan Baginda). Sedangkan yang dimaksudkan dengan pengertian jemaah adalah sesuatu yang telah disepakati oleh para sahabat Nabi SAW pada masa Khulafa’ Al-Rasyidin yang empat yang telah diberi hidayah oleh Allah SWT”. 

Dalam sebuah hadis.
Dari Abu Hurairah RA, Sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda 
“ Akan terpecah umat Yahudi kepada 71 golongan, Dan terpecah umat Nasrani kepada 72 golongan, Dan akan terpecah umatku menjadi 73 golongan. Semuanya akan dimasukkan keneraka kecuali satu. Berkata para sahabat : Wahai Rasulullah, Siapakah mereka wahai Rasulullah ?. Rasulullah menjawab : Mereka yang mengikuti aku dan para sahabatku”. (HR Abu Daud,At-Tirmizi, dan Ibn Majah)
Dalam pemahaman yang lain, istilah AHL AL-SUNNAH WA AL-JAMA'AH ini terbentuk dari 3 perkataan, iaitu :-
1.           AHL - Yang bererti keluarga, golongan atau pengikut 
2.           Al-Sunnah - Iaitu segala sesuatu yang telah diajarkan oleh RASULULLAH SAW. Maksudnya, semua yang datang dari Nabi SAW berupa perbuatan, percakapan, dan pengakuaan Nabi Muhammad SAW
3.           AL-JAMA'AH - Iaitu apa yang telah disepakati oleh para Sahabar RASULULLAH SAW pada masa KHULFA RASYIDIN. 
Perkataan JAMA'AH ini diambil dari Sabda RASULULLAH SAW:-

"Barangsiapa yang ingin mendapatkan kehidupan yang damai disyurga, maka hendaklah dia mengikuti Al-Jama'ah. (HR Tirmidzi, dan di Shahihkan Al-Hakim dan Al-Dzahabi)
Dari segi ilmu aqidah dan tauhid, ASWAJA mengikut Imam Abu Hassan bin Ismail Al-Asyaari dan Imam Abu Mansur Muhammad bin Muhammad bin Mahmud Al-Maturidi. Dalam ilmu Fiqh, ASWAJA mengikuti mazhab yang empat iaitu Mazhab Hanafi,Maliki,Syafi’e dan Hanbali. Manakala dalam ilmu Tasawuf mengikuti Imam Junayd Al-Baghdadi, Abu Yazid Al-Busthami dan Imam Al-Ghazali.
Tersebut di dalam Kitab Muzakkiratut Tauhid Wal Firaq, bagi Asy-Syaikh Hasan As-Sayyid Mutawalliyy , Juzuk 1, Cetakan 1994 M bersamaan 1414 H, muka surat 14 ; umrah

Pembentukan Ahlus Sunnah itu hanya dari dua kelompok sahaja, iaitu kelompokAl-Asya’irah, mereka ialah Para pengikut Fahaman Abu Hassan Al-Asya’ari.
Dan kelompok Al-Maturidiyyah, mereka ialah Para pengikut Fahaman Abu Mansur Al-Maturidi.
RUMUSAN AHLUSSUNNAH WAL JAMAAH
Maka sesungguhnya Ahlussunnah Wal Jama'ah bukanlah aliran yang baru. Bahkan Ahlussunnah Wal Jama'ah berusaha untuk menjaga agama Islam dari fahaman-fahaman yang sesat. Sekaligus sebagai satu jalan untuk mempertahankan, memperjuangkan dan mengembalikan agama Islam agar tetap sesuai dengan apa yang telah diajarkan oleh Baginda RASULULLAH SAW dan para sahabat Baginda.

Saturday, November 3, 2012

Panduan Solat Jenazah



Seringkali kita lihat di sekeliling kita satu persatu orang pergi meninggalkan keluarga dan sahabat handai, itu dinamakan sudah ajal. Apabila seseorang itu mati, maka menjadi tanggungjawab sesetengah daripada manusia di sekelilingnya untuk menguruskan jenazahnya kerana menguruskan jenazah hukumnya fardhu kifayah yakni jika ada satu golongan sudah melaksanakannya, maka semua golongan di sesuatu tempat itu terlepas dari dosa besar.
Walaupun hukumnya fardhu kifayah, apa yang dapat aku lihat masih ramai yang tidak mengetahui bagaimana untuk melakukan solat jenazah. Sebaik-baik mayat yang disolatkan adalah diimamkan oleh anaknya sendiri. Jadi cuba korang tepuk dada dan tanya diri sendiri, apakah aku mengerti melakukan solat jenazah jika ibu dan bapa ku meninggal kelak? Tidak malukah jika membiarkan penghormatan terakhir (solat) dilakukan oleh orang lain dari keluarga sendiri?
Persediaan solat jenazah:
Mayat mestilah diletakkan melintang ke arah kiblat.
Mayat lelaki kepalanya sebelah kiri imam dan imam berdiri di sebelah kepada atau dada mayat.
Mayat perempuan kepalanya sebelah kanan imam dan imam berdiri di pinggangnya.
Bagi solat ghaib, imam dan makmum mengadap qiblat tanda ada jenazah di depan.
Disarankan saf untuk solat jenazah dijadikan sebanyak 3 baris dan makmum yang menyolatkan mayat dituntut melebihi 40 orang. Dalam solat jenazah, tiada rukuk dan sujud, jadi makmum harus berdiri rapat antara satu sama lain dengan makmum yang di hadapan.
Cara solat jenazah:

1. Berdiri dengan betul dan melafazkan niat solat jenazah seperti berikut.
 

2. Mengangkat takbir pertama (اَ للهُ اَكْبَرُ) berserta dengan niat di dalam hati dan diteruskan dengan membaca surah Al-Fatihah.

3. Mengangkat takbir kedua (اَ للهُ اَكْبَرُ) kemudian membaca selawat ke atas junjungan besar Rasulullah s.a.w seperti berikut.
 

4. Mengangkat takbir ketiga (اَ للهُ اَكْبَرُ) kemudian membaca doa seperti berikut.
 

5. Mengangkat takbir keempat iaitu takbir terakhir (اَ للهُ اَكْبَرُ) kemudian membaca doa berikut.
 

6. Memberi salam ke kanan dan ke kiri. Sempurnalah solah Jenazah.

7. Bacaan Surah-surah dan Doa - ini tidak termasuk dalam kaifiat solat jenazah, ia sebagai tambahan yang diamalkan oleh kebanyakan orang, nak buat harus, tak nak buat pun tak apa.(Tak ada dalam Sunnah)

Ianya di buat selepas selesai beri salam, korang bolelah membaca surah Al-Ikhlas (3 kali), surah Al-Falaq (1 kali), surah An-Nas (1 kali), surah Al-Fatihah (1 kali), surah Al-Baqarah ayat 1-5 (1 kali), ayat Qursi (1 kali) dan baca doa yang sesuai.

Kalau kita berpeluang menunaikan Haji dan Umrah, kita akan dapati setiap hari, selepas setiap solat fardhu pasti ada jenazah yang akan disolatkan di Masjidil Haram, oleh itu jangan ketinggalan untuk berjamaah solat jenazah... tapi kalau tak reti kaifiat nya macam mana nak solat?
————————-
Di atas adalah panduan lengkap bagi yang ingin berlajar bersungguh-sungguh tentang solat jenazah dan jika korang dalam kategori susah untuk mengingati dan menghafal panduan di atas, bolehlah lihat panduan ringkas yang turut aku sediakan di bawah. Yang penting kita mesti tahu bagaimana untuk melaksanakan solat jenazah.

1. Niat dalam hati sambil melafazkan takbir (اَ للهُ اَكْبَرُ) seperti berikut:
Sahaja aku solat jenazah terhadap mayat ini, 4 takbir, fardhu kifayah kerana Allah Ta’ala.
Kemudian baca surah Al-Fatihah.

2. Setelah takbir kedua, baca selawat ke atas Nabi.
Allahumma salli ala Muhammad wa ala ali Muhammad.

3. Setelah takbir ketiga, baca doa berikut.
Allahummargh firlahu warhamhu (untuk mayat lelaki)
Allahummargh firlaha warhamha (untuk mayat perempuan)
Untuk mayat kanak-kanak yang belum baligh, tidak dibacakan doa ini kerana mereka masih tidak dikira dosa pahala oleh malaikat.

4. Setelah takbir keempat, beri salam ke kiri dan ke kanan.

Selesai.  Amalkan disini