MEMBETULKAN KEFAHAMAN TABLIGH
Saya ingin menyambung lagi artikel berkenaan jemaah
Tabligh ini.Telah agak banyak jugalah blog-blog karkun tabligh yang saya lawati
dan meninggalkan komen tapi sehingga saat ini tak seorang pun daripada mereka
menjawab balik komen saya tersebut.
Jadi sekira-kiranya betullah anggapan para pengkritik
tabligh ini yang telah saya sebutkan dalam artikel sebelum ini bahawa
mereka tidak bersedia untuk ditegur dan tidak mahu mengambil pengajaran
jika ia di buat oleh pihak yang bukan dari kalangan mereka.
Sekiranya kelemahan /keburukan jemaah mereka di dedahkan
maka jawapan yang akan mereka beri ialah seperti;
1. azharjaafar
May 5, 2011 11:31 AM
semoga Allah ampunkan penulis & penyebar rencana ini
kerana fitnah yang dahsyat..
2. zamieza forever May 5, 2011 11:39 AM
setakat cakap je itu salah..ini salah. cuba la
berdoa dengan ALLAH swt... "berilah aku dapat ikut usaha tabligh
ni..jika ia BENAR...aminn"
3. Anonymous
May 23, 2011 11:23 AM
ahli bid'ah selalu bicara bid'ah.. padahal dirinya
sendiri yang telah terjerumus dalam kebid'ahan yang sangat
dalam.. sehingga sesat dan menyesatkan orang lain.. tobatlah
Sebaliknya kami dalam jemaah PAS jika berhadapan dengan
kritikan maka setiap ahli mampu menjawab balik secara ”on the spot” dengan
hujjah berdasarkan al quran,sunnah, ijmak para ulama dan qias atau
sekurang-kurangnya secara rasional.Ini kerana proses tarbiyah yang kami jalani
yang berdasarkan uslub dakwah nabi SAW ,para sahabat dan ulama muktabar telah
mendidik kami dengan ilmu-ilmu islam yang sahih lagi benar.
Ini menyebabkan ahli PAS dapat mewarisi method dan uslub
generasi awal islam dlm mempertahankan islam dengan hujjah yang mantap dan
matang sesuai dengan perubahan zaman dan masa.
Bukanlah niat hendak membangga diri cuma nak buat
perbandingan sebagaimana yang di tunjukan dalam sirah awal Nabawi didalam
ucapan nabi SAW: ” Islam itu di kuatkan oleh Umar”.
Di zaman mutakhir yang penuh dengan ujian fitnah terhadap
islam perlu kepada 1000 atau lebih UMAR supaya islam itu sentiasa digeruni dan
di hormati.
Berbalik kepada masalah tabligh,bila saya amati blog
mereka secara keseluruhan saya dapati mereka hanya meng”highlight”kan hanya
sunnah nabi SAW tapi menafikan sunnah para sahabat.
APAKAH MAULANA MEREKA TIDAK BERJUMPA DENGAN HADIS :
Rasulullah s.a.w. bersabda: “Berpeganglah kamu sekalian
kepada sunnahku dan sunnah Khalifah ar-Rasyidin yang mendapat petunjuk
selepasku, pegang dan gigitlah dengan gigi geraham, berjaga-jagalah kamu
dari benda-benda yang baru maka sesungguhnya setiap yang baru itu bid’ah dan
setiap yang bid’ah itu sesat”..’ [Hadith ibnu Majah]
Kita tidak mempertikaikan kerja buat mereka dalam
mengajak orang ke masjid,ajak orang solat jemaah,ajak orang buat dakwah dan
seumpamanya TAPI yang kita pertikai ialah manhaj@method@uslub dan cara mereka
berfikir dan memahami islam itu yang kita pertikaikan.
Ayat yang selalu bermain di bibir karkun2 tabligh ialah
mereka ”buat kerja dakwah Nabi” seolah-olah siapa yang buat kerja Nabi maka dia
MAKSUM macam Nabi,tak boleh di tegur dan dikritik.Mengkritik mereka bermakna
mengkritik Nabi.
FAHAMAN INILAH YANG BERLEGAR DALAM KEPALA SEBAHAGIAN
BESAR KARKUN TABLIGH dan kefahaman inilah yang para ilmuan islam nak
perbetulkan.
Itu sebab ramai para ulama yang pernah study di markaz
besar tabligh di India (rujuk artikel sebelum ini) tidak join tabligh
bukan sebab tak dapat hidayah seperti dakwaan mereka tapi antara sebabnya
ialah fahaman seperti di atas telah didoktrinkan oleh eldest-eldest mereka
di seluruh dunia bercanggah dengan syariat islam.
Kalau kita tanya mereka,antara maulana besar mereka
dengan para sahabat nabi SAW, ”SIAPAKAH YANG LEBIH FAHAM DAN MENGERTI SUNNAH
NABI”??. Maka sudah tentu mereka akan jawab ”tentulah para sahabat”.
Baik!! Ini bermakna khalifah Abu Bakar r.a akan ikut sunnah
nabi 100% sebagaimana fahaman karkun tabligh atau dengan lain perkataan ”tidak
tambah dan tidak kurang.”
TAPI kenapa Sydina Abu Bakar buat benda yang Nabi tak
buat?..iaitu membukukan al quran dalam bentuk mushaf?? Dan kenapa baginda juga
memerangi orang islam yang masih solat Cuma tak bayar zakat??.
Begitu juga di zaman khalifah Umar r.a yang menambah
solat sunat terawih kepada 20 rakaat secara berjemaah pulak tu di masjid??.
Begitu juga khalifah Osman bin Affan r.a yang menambah
azan pada hari jumaat sebanyak 2 kali. Apakah mereka ini tidak ikut sunnah nabi
??
Ini menunjukkan bahawa sunnah Nabi SAW tidak boleh di
fahami secara rigid (jumud dan konsevertif) semata-mata seperti yang
difahami golongan tabligh.Ia boleh di ”upgred” sesuai dengan perubahan
zaman,tempat dan masa.Kaedah dakwah boleh berubah tanpa perlu menyertai hanya
jemaah tabligh tapi boleh di lakukan secar individu atau perkumpulan selain
tabligh dan tetap akan mendapat ganjaran pahala daripada Allah.
Syaratnya ”upgred” tersebut atau bahasa mudahnya
”IJTIHAD” MESTI DI LAKUKAN OLEH PARA ULAMA YANG DI IKTIRAF SELURUH DUNIA.BUKAN
ULAMA YANG HANYA DI IKTIRAF OLEH GOLONGAN TABLIGH SAHAJA.
Saya berpandangan bahawa dalam jemaah tabligh yang
berpusat di India ini tidak ada ulama yang bertaraf FUQAHA yang boleh berfatwa
dan berijtihad.itulah sebabnya dakwah mereka sejak tabligh di tubuhkan pada
1926 sampai sekarang tidak ada pembaharuan dari segi pendekatan dakwah sebab
mereka hanya bertakliq buta sahaja.
Mungkin kalau ada pun tapi tidak berada dalam majlis
tertinggi mereka sebagai pembuat dasar jemaah tabligh.Kalau ada cadangan nak
buat pembaharuan kaedah dakwah hanya duduk di peringkat bawah sahaja.bila
sampai ke majlis syura akan di tolak mentah-mentah dengan memberi alasan guna
logik akal seperti yang di ceritakan dalam blog
Sedangkan Khulafa ar Rasyidin yang paling hampir dengan
zaman Nabi SAW pun berijtihad untuk melaksankan sunnah Nabi SAW dalam
berdakwah.Mungkin mereka (tabligh) tidak menganggap membukukan al quran itu
sebagai satu kaedah dakwah agaknya di sebabkan kejahilan mereka dalam memahami
sunnah.
Kalau begitu fahaman mereka, buang sahajalah kitab
fadhail amal dan lain-lain kitab karangan maulana mereka sebab tak termasuk
sebagai alat untuk berdakwah…
Kita yang berada jauh dari zaman kenabian sepatutnya
lebih banyak berijtihad dan berfatwa kerana lebih besar dan luas negara
umat islam yang berbagai bangsa dan adat resamnya.
Sebenarnya saya ada satu kejutan untuk para karkun
tabligh yang mungkin ada yang telah membaca dan mungkin ada yang belum
berkenaan satu pengakuan taubat seorang bekas karkun tabligh yang berkhidmat
lama (otai) dalam JT.
Beliau merekodkan hujjah taubat tersebut beserta nas dan
dalil sekali setelah beliau mengaji agama dengan ulama yang muktabar dalam bab
tauhid.
Marilah kita membaca hujjah –hujjah beliau dalam blog
http://jamaluddinab.blogspot.com/2011/02
yang ada 12 siri itu. Sebenarnya ketika mula-mula nak
menulis tentang JT ini, saya mengambil sikap berhati-hati agar tidak
menyinggung mana-mana pihak tapi bila saya jumpa blog ini maka senang sikitlah
kerja saya.
WallahuA’lam
Jais Sobrie Inil 15
May 2013 10:57
Pas tidak akan berdiri buat kerajaan selagi kamu tidak
mengakui usaha dakwah cara nabi saw dan para sahabatnya....... .
--------------------------------------------
Reply
JUNDULLAH 15 May
2013 12:24
bagi dalilnya..??
--------------------------------------------
JUNDULLAH15 May 2013 14:03
Saya cadangkan tuan baca artikel ini agar tuan punya
minda akan terbuka dan menerima realiti semasa. Jangan jumudkan fikiran anda
.....
http://www.detikdaily.net/v6/modules.php?name=News&file=article&sid=26574
http://www.detikdaily.net/v6/modules.php?name=News&file=article&sid=26574
No comments:
Post a Comment