Mukjizat yang paling besar sehingga
ke hari ini adalah al-Quran itu sendiri. Sejak 1400 tahun lalu, al-Quran tetap
terjaga keasliannya. Di dalam Quran terdapat rahsia sains moden.
Selain itu mukjizat lainnya adalah ajaran Islam itu sendiri.
Sejak 1400 tahun lalu, Muhammad saw mengatakan bahawa babi dan arak itu adalah
haram dan dilarang untuk di makan dan diminum. Sampai sekarang hukum ini tetap
dipatuhi oleh ummat Islam walaupun sudah 14 abad berlalu. Berbeda dengan ajaran
Nabi Isa yang telah diseleweng dan diubah oleh Paulus.
Selain itu mukjizat yang pernah dilakukan oleh Muhammad saw
dengan izin Allah swt adalah membelah bulan. Adakah ini benar? Mari kita
mencari kebenarannya.
Benarkah peristiwa menakjubkan Rasulullah dengan izin
Allah membelah bulan 14 abad yang lalu betul-betul terjadi? Apapun yang
datang dari Allah dan Rasulnya, masuk akal ataupun tidak, kita tidak boleh
untuk menafikan kebenarannya. Semoga fakta ini boleh menambah keyakinan kita
terhadap sebuah kebenaran.
Kebenaran yang mutlak dari-Nya.
"Sungguh telah dekat hari kiamat, dan bulan pun telah
terbelah"
(Q.S. Al-Qamar: 1)
Ayat Al-Qur'an di atas ini telah menyebabkan seorang insan
memeluk Islam.
Ini Adalah Kisahnya : Prof. Dr. Zaghlul Al-Najar
Ini Adalah Kisahnya : Prof. Dr. Zaghlul Al-Najar
Dalam temu bual di televisyen bersama pakar Geologi Muslim,
Prof. Dr.Zaghlul Al-Najar, salah seorang warga Inggeris bertanyakan soalan
kepadanya, adakah ayat dari surat Al-Qamar (ayat di atas) memiliki kandungan
mukjizat secara ilmiah?
Prof. Dr. Zaghlul Al-Najar telah menjawabnya seperti di
bawah ini:
Mengenai ayat ini, saya akan menceritakan sebuah kisah.
Sebelum ini saya pernah mengadakan pembentangan di Universiti Cardiff, dan
para peserta yang hadir datangnya dari pelbagai bangsa dan agama, ada yang
muslim dan ada juga yang bukan muslim. Salah satu tajuk diskusi ketika itu
adalah mengenai mukjizat ilmiah dari Al-Qur'an. Salah seorang pemuda yang
beragama muslim pun berdiri dan bertanya, "Tuan, apakah menurut anda ayat
yang berbunyi [Telah dekat hari qiamat dan bulan pun telah terbelah] mengandung
mukjizat secara ilmiah ?
Maka saya menjawabnya: Tidak, sebab kehebatan ilmiah
dirungkaikan oleh ilmu pengetahuan, sedangkan mukjizat tidak dapat diterangkan
oleh ilmu pengetahuan, sebab ia tidak dapat menjagkaunya.
Mengenai terbelahnya bulan, perkara itu adalah mukjizat yang
terjadi pada Rasul terakhir Muhammad s.a.w sebagai bukti kenabian dan
kerasulannya sebagaimana nabi-nabi sebelumnya. Dan mukjizat itu disaksikan oleh
setiap orang yang melihatnya pada masa itu.
Andainya perkara itu tidak tertulis
di dalam kitab Allah dan hadits-hadits Rasulullah, tentulah kami para muslimin
di zaman ini tidak akan mengimani dan percaya akan kejadian tersebut.
Walaubagaimanapun kejadian bulan terbelah itu memang benar terkandung di dalam
Al-Qur'an dan sunnah-sunnah Rasulullah s.a.w. Dan memang Allah ta'alaa
benar-benar Maha berkuasa atas segala sesuatu.
Maka Prof. Dr. Zaghlul Al-Najar pun menceritakan semula
kisah Rasulullah membelah bulan. Kisah ini berlaku sebelum hijrah dari Mekah
Mukarramah ke Madinah. Orang-orang musyrik berkata, "Wahai Muhammad, kalau
engkau benar Nabi dan Rasul, cuba tunjukkan kepada kami satu
kehebatan yang dapat membuktikan kenabian dan kerasulanmu (mengejek dan
mengolok-olok)?" Rasulullah bertanya, "Apa yang kamu inginkan ?
Mereka menjawab: Cuba membelah bulan, .."
Rasulullah berdiri dan terdiam, berdoa kepada Allah agar
menolongnya. Maka Allah memberitahu Muhammad supaya mengarahkan telunjuknya ke
bulan. Selepas itu Rasulullah pun mengarahkan telunjuknya ke bulan, dan
terbelahlah bulat itu dengan sebenar-benarnya. Maka serta-merta orang-orang
musyrik pun berkata, "Muhammad, engkau benar-benar telah menyihir
kami!" Akan tetapi para ahli mengatakan bahawa sihir boleh saja
"menyihir" orang yang ada disekelilingnya tetapi tidak dapat menyihir
orang yang tidak berada ditempat kejadian. Mereka menunggu orang-orang yang
akan pulang dari perjalanan untuk mendapatkan kepastian. Maka orang Quraisy pun
segera menuju keluar dari kotaMekkah untuk menanti orang yang baru pulang
dari perjalanan.
Ketika datangnya rombongan pertama yang menuju ke Mekkah, maka orang-orang musyrik pun bertanya, "Apakah kamu melihat sesuatu yang aneh terhadap bulan?" Mereka menjawab, "Ya, benar. Pada malam yang lalu kami melihat bulan terbelah menjadi dua dan saling berjauhan antara keduanya dan kemudian kembali bercantum."
Ketika datangnya rombongan pertama yang menuju ke Mekkah, maka orang-orang musyrik pun bertanya, "Apakah kamu melihat sesuatu yang aneh terhadap bulan?" Mereka menjawab, "Ya, benar. Pada malam yang lalu kami melihat bulan terbelah menjadi dua dan saling berjauhan antara keduanya dan kemudian kembali bercantum."
Maka sebahagian dari mereka beriman, dan sebagian lainnya
tetap kafir (ingkar). Oleh kerana itu, Allah menurunkan ayat-Nya:
Sungguh, telah dekat hari kiamat, dan telah terbelah bulan,
dan ketika melihat tanda-tanda kebesaran Kami, mereka pun ingkar lagi berpaling
sambil berkata, "Ini adalah sihir yang terus-menerus berlaku", dan
mereka mendustakannya, bahkan mengikuti hawa nafsu mereka.
Ini adalah kisah yang benar, demikian kata Prof. Dr. Zaghlul
Al-Najar. Dan setelah selesainya Prof. Dr. Zaghlul menyampaikan hadits nabi
tersebut, seorang muslim warga Inggeris berdiri dan memperkenalkan diri,
"Saya Daud Musa Pitkhok, ketua Al-Hizb Al-Islamy Britain. Bolehkah saya
menambah sedikit mengenai apa yang kita bincangkan tadi?"
Prof. Dr. Zaghlul Al-Najar menjawab: "silakan."
Daud Musa Pitkhok berkata, "Saya pernah meneliti
agama-agama lain (sebelum memeluk Islam) dan salah seorang rakan muslim
menunjukkan sebuah terjemah dan makna-makna Al-Qur'an. Saya amat berterima
kasih kepadanya dan saya membawa terjemah itu pulang ke rumah. Ketika saya
menyelak-nyelak terjemahan Al-Qur'an itu di rumah, saya terbaca sepotong ayat,
telah dekat hari kiamat dan bulan pun telah terbelah.
Saya berfikir seketika, adakah ayat ini masuk akal? Adakah
mungkin bulan boleh terbelah dua dan kemudian bercantum kembali? Kalaulah
benar, kekuatan apakah yang dapat melakukan perkara itu?. Saya berhenti dari
membaca ayat-ayat selanjutnya dan meneruskan kehidupan seharian seperti biasa.
Akan tetapi Allah Maha Mengetahui tentang tahap keikhlasam hamba-Nya dalam
mencari kebenaran. Tidak lama selepas itu saya menonton bual bicara di
televisyen. Bual bicara itu berlangsung diantara host seorang Inggeris dan 3 orang
pakar ruang angkasa AS.
Ketiga-tiga pakar angkasa tersebut menceritakan tentang kos
kewangan yang begitu besar dalam rangka melakukan perjalanan ke angkasa,
padahal pada waktu yang sama dunia sedang mengalami masalah kebuluran,
kemiskinan, wabak penyakit dan peperangan. Host pun berkata, "Kalaulah
dana itu digunakan untuk mengamankan dunia ini, tentulah lebih berguna".
Ketiga-tiga pakar itu membela diri dengan membela projek angsa lepasnya sambil
berkata, "Projek angkasa lepas ini akan membawa kesan yang sangat positif
kepada kehidupan manusia dalam bidang perubatan, industri, dan pertanian. Jadi
dana kewangan tersebut bukanlah sesuatu yang sia-sia tetapi ianya dalam rangka
pembangunan dan kemajuan kehidupan manusia.
Perbincangan selepasnya berkisar tentang angkasawan
menjejakkan kakinya di bulan, dimana penerokaan angkasa raya ke bulan tersebut
telah menghabiskan dana tidak kurang dari 100 juta dollar. Mendengar fakta itu,
host begitu terkejut dan berkata, "Dana begitu besar digunakan dan dibuang
oleh AS hanya untuk mendarat di bulan?" Mereka pun menjawab,
"Tidak, tujuannya tidak semata-mata mendarat di bulan tetapi kami mahu
mengkaji kandungan yang ada di dalam bulan itu sendiri."
Selepas mendengar penerangan mereka, host Inggeris itu
bertanya, "Jadi apa yang kamu temui selepas kajian dijalankan"
Mereka menjawab, "Terbukti bulan pernah terbelah pada
masa dulu, kemudian kembali bercantum.
Host rancangan bertanya lagi, "Bagaimana kamu semua
yakin terhadap kejadian itu?"
Mereka menjawab, "Kami dapat tahu dari penemuan dan
kajian ke atas batuan-batuan dan kami dapati yang batuan tersebut terpisah di
permukaan bulan sehinggakan ke dalam (perut) bulan. Selepas itu kami meminta
para pakar geologi untuk merungkai misteri ini, dan mereka mengatakan bahawa
perkara ini tidak mungkin terjadi kecuali jika bulan pernah terbelah dan
bercantum semula".
Mendengar penjelasan itu, ketua Al-Hizb Al-Islamy Britain
itu berkata, "Mukjizat (kehebatan) benar-benar telah berlaku pada diri
Muhammad s.a.w 1400-an tahun yang lampau. AS menggunakan dana yang begitu
besar, 100 juta dollar lebih hanya untuk memastikan kebenaran isi kandungan
Al-Quran. Agama Islam ini tidak mungkin salah. Saya membuka kembali
Mushhaf Al-Qur'an dan saya membaca surat Al-Qamar. Itulah kisah awal
saya menerima dan memeluk Islam.
Semua mukjizat yang terjadi adalah atas dasar kehendak Allah
swt itu sendiri, bukan kerana keinginan Muhammad saw seorang tetapi atas dasar
bantuan Allah swt. Sama halnya yang terjadi terhadap Nabi Isa (Jesus), bahawa
beliau boleh menghidupkan orang yang telah mati, menyembuhkan orang buta dan
lain-lain. Semua itu adalah atas dasar kehendak Allah swt.
No comments:
Post a Comment