Monday, November 26, 2012

TABLIGH-SATU POST MORTEM



Perkenalanku dengan jemaah Tabligh bermula ketika umurku masih belasan tahun. Aku berminat untuk mengetahui tentang jemaah ini kerana diajak oleh teman-teman Tabligh. Ketika itu yang menarik perhatianku adalah sikap dan akhlak mereka. Mereka menunjukkan sikap yang ramah, sederhana dan mudah bergaul dengan sesiapapun. Inilah bagiku keistimewaan dan daya tarikan jemaah Tabligh. Tidak diragukan lagi mereka adalah orang-orang yang baik dan ikhlas. Aku ikuti mereka sehingga ke Markaz mereka di Raiwind, Pakistan. Aku dapati pengisian rohaninya amat menarik dan memberikan keinsafan. Memang sesuai untuk sesiapa sahaja yang hauskan spiritualiti. Namun aku tidak dapat pergi lebih jauh dari itu. Dalam hati dan fikiranku tetap mengatakan ia bukanlah gerakan Islam yang kuidam-idamkan. Namun ketika itu aku tidak dapat menjelaskan mengapa.

Semakin dalam aku mempelajari agama semakin jelas kepadaku hakikat sebenar gerakan ini dan segala kekurangannya. Meskipun ia dapat memberikan kepuasan rohani dan mendidik orang-orang yang hauskan kerohanian, sama ada kerana baru mengenal Islam ataupun kerana lebih selesa dengan pendekatan ‘uzlah (menyendiri untuk beribadah),namun ia tidak terlepas dari banyak penyimpangan dan kekeliruan. Aku sedar pendedahan ini akan menyinggung saudara-saudaraku dari jemaah Tabligh, namun kebenaran perlu dinyatakan agar umat Islam tidak terus melakukan kesilapan.


Pertama, aku melihat Tabligh sebagai lambang kepada sebuah penafsiran Islam yang konservatif. Golongan ini menafsirkan agama secara kolot dan rigid. Hanya kerana Rasulullah s.a.w. keluar berdakwah menawarkan Islam kepada kabilah-kabilah Arab ketika di Mekah, maka apakah kita perlu melakukan persis hal yang sama? Mestikah kita mengikuti Sunnah Rasul secara rigid, ataukah pelaksanaan Sunnah tersebut diserahkan kepada kita untuk disesuaikan dengan keadaan semasa. Apakah ia satu perintah yang spesifik dengan kaedahnya ataukah satu kewajipan yang harus mengikut keadaan. Pada masa ini dakwah dapat dilakukan melalui seribu satu kaedah dengan kecanggihan teknologi. Aku tidak fikir caranya mesti sama dengan cara yang ditempuhi oleh Rasulullah. Apa yang penting dakwah dilaksanakan, Risalah diteruskan dan kebenaran Islam terserlah. Yang jelas dalam Islam banyak ruang untuk umat Islam menggunakan kreativiti dan kepintaran mereka dan Islam tidak sama sekali ingin menjadikan umatnya bersikap dogmatik dan kaku. Aku yakin, sebagaimana dicontohkan dalam peristiwa khaibar, Rasulullah memberikan kebebasan kepada umatnya untuk melaksanakan perintahnya mengikut kemampuan dan kefahaman masing-masing, asalkan perintah dilaksanakan. Semakin jelas kepadaku bahawa pendekatan konservatif tidak dapat dan tidak boleh kuterima. Allah telah kurniakan aku dengan akal untuk berfikir kehadapan. Oleh kerana itu aku tidak dapat menerima doktrin yang menuntut pengikutnya hanya mengikut sahaja. Aku yakin setiap pendekatan yang memenjarakan akal dan menutup cakrawala pemikiran bukan daripada Islam.

Aku melihat mereka adalah golongan yang anti kemajuan dan menerima budaya patriarki. Kerananya ramai daripada golongan ini merendahkan dan mengongkong wanita, melarang kaum wanita daripada bekerja dan mendapatkan pendidikan yang tinggi. Memang tidak salah menyuruh kaum wanita menjadi surirumah, bahkan ia juga satu yang baik untuk kepentingan keluarga, namun melarang mereka bekerja, atau bersekolah tinggi kerana takutkan pergaulan bebas adalah langkah ke belakang. Umat Islam memerlukan sumber manusia yang baik untuk membangunkan ummah. Tampaknya golongan Tabligh tidak menjadikan agenda pembangunan ummah sebagai keutamaan; mereka tidak melibatkan diri dalam membangunkan sistem pendidikan Islam, sistem ekonomi, politik dan perundangan Islam. Banyak cabaran perlu ditangani oleh umat Islam hari ini. Antara cabaran yang besar bagi umat Islam hari ini adalah mengenyahkan segala kekeliruan dan salah faham tentang Islam dan menegaskan ketinggian dan keindahan Islam di mata dunia. Semua ini hanya dapat dilakukan dengan menuntut ilmu setinggi yang mungkin dan meningkatkan diri, bukan mengasingkan diri, menolak kemajuan atau menolak dunia.
Islam tidak sesekali meremehkan dunia seperti dalam agama Kristian. Islam menuntut kesungguhan, disiplin, dan amanah dalam kerjaya, tanggungjawab keluarga, sosial dan ekonomi. Islam menuntut umatnya agar dapat menyeimbangkan antara keperluan dunia dengan akhirat, antara jasmani dengan rohani dan bukan meninggalkan atau meremehkan salah satunya. Kemajuan adalah sesuatu sifat semulajadi yang Tuhan berikan kepada manusia. Dengannya manusia mampu mencapai kesempurnaan (insan kamil) dan menjadi khalifah Allah di muka bumi. Tanpanya manusia akan kekal sebagai makhluk yang diciptakan dari tanah dan dengan itu telah mensia-siakan banyak potensi yang Allah berikan kepadanya.

Kedua, aku melihat golongan Tabligh memandang remeh terhadap ilmu pengetahuan. Golongan ini berpendapat ilmu yang tinggi tidak membawa apa-apa manfaat. Dalam satu dialog antara aku dengan seorang Tabligh, ia mengatakan bahawa keluar bermujahadah adalah lebih lebih penting daripada menimba ilmu. Dengan keluar bermujahadah (khuruj) seseorang akan memperoleh ilmu yang sebenar-benarnya. Tentunya ilmu yang ia maksudkan adalah ilmu dalam konteks sufi iaitu irfan. Secara tidak langsung mereka membiarkan diri mereka dibelenggu kejahilan dan meminggirkan ilmu-ilmu yang justeru telah mengangkat martabat umat Islam di masa dahulu. Aku yakin ma’rifatullah tidak akan tercapai selagi kejahilan membelenggu kita.

Kerana kejahilan inilah golongan ini cenderung mengulang perkara yang sama dalam setiap kesempatan dakwah mereka. Kerana kekurangan ilmu, mereka bercakap tentang perkara-perkara asas dalam Islam tanpa mampu menghuraikannya secara ilmiah dan matang oleh itu ia tidak menarik minat masyarakat khususnya kaum muda untuk mendekati Islam. Malah lebih malang lagi generasi muda orang bukan Islam cenderung mentertawakan golongan ini dan hal ini tidak baik untuk imej Islam.

Ketiga, mereka mempunyai sikap taassub dan fanatik terhadap guru dan ketua mereka. Mereka meletakkan syeikh Tabligh di atas segala-galanya. Setelah berbay’ah kepada guru tersebut, mereka percaya guru mereka mempunyai banyak keistimewaan yang tidak dimiliki oleh orang lain. Kedudukan guru ini seolah-olah lebih tinggi daripada Rasulullah sendiri. Mereka taat dan patuh kepada doktrin guru mereka bahawa khuruj lebih penting daripada menuntut ilmu. Sedangkan Rasulullah mewajibkan umatnya menuntut ilmu (talab al-ilm) sepanjang hayat. Bagi golongan ini ijtihad telah tertutup kerana tidak ada seorangpun yang mampu memiliki kecerdasan para Imam mazhab.

Keempat, doktrin-doktrin dalam Tabligh cenderung untuk membius pengikutnya sehingga tidak sedar akan tanggungjawabnya terhadap bangsa, negara dan umat. Mereka seolah tidak peduli dengan apa yang berlaku terhadap umat Islam. Kezaliman dan penindasan oleh penguasa-penguasa tertentu dan musuh-musuh Islam langsung tidak memberi kesan dan reaksi kepada diri mereka.


Pada asalnya, ketika gerakan ini dilancarkan akhir 1920an, gerakan ini bertujuan untuk mengajak masyarakat India Muslim yang masih berpegang dengan budaya Hindu agar betul-betul melaksanakan Islam dalam kehidupan mereka. Dalam usaha menyedarkan masyarakat lama-kelamaan mereka sendiri terbius oleh ketidaksadaran bahawa mereka telah mengobati penyakit dengan penyakit yang lain. Golongan ini semakin pasrah kepada takdir bahawa mereka adalah bangsa yang lemah dan tidak berdaya untuk melakukan perubahan. Mereka menemukan kelazatan, atau kepuasan, dengan mengasingkan diri secara spiritual daripada hiruk pikuk dunia. Secara tidak langsung mereka menyerahkan kepada Allah agar melakukan perubahan untuk mereka. Padahal sesiapapun tahu emas tidak akan turun dari langit.

Muhammad Ilyas, pendiri gerakan ini, memang telah mengambil tindakan yang betul dalam memperkenalkan pendekatan khuruj (keluar bermujahadah) dalam konteks masyarakat India yang terkebelakang pada masa itu. Tetapi untuk diikuti secara membuta tuli oleh kita di masa ini dalam konteks yang berbeza adalah sesuatu yang tidak rasional. Ia tidak sesuai lagi untuk masyarakat yang membangun di zaman globalisasi. Cabaran hari ini menuntut kita untuk mengemukakan idea-idea kita secara ilmiah dan mantap kerana masyarakat semakin pintar dan menuntut penjelasan yang matang. Permasalahan hari ini juga semakin kompleks, dengan tersebarnya fahaman sekularisme, liberalisme dan pascamodenisme, maka keadaan ini menuntut kita untuk memiliki keilmuan yang tinggi dan berfikir dengan mendalam dan komprehensif. Masalah ramainya orang Melayu murtad contohnya tidak dapat ditangani hanya dengan mengajak kaum muda mendirikan solat berjamaah.

Kelima, mereka melakukan banyak tafsiran yang menyimpang dan bid’ah. Jihad yang disepakati oleh para ulama sebagai mekanisme untuk mendaulatkan Islam,tetapi dalam tabligh umat Islam ditafsirkan secara simplistik dengan khuruj (keluar berdakwah). Pendangkalan makna jihad ini amat disukai oleh musuh-musuh Islam sehingga tidak melihat golongan ini sebagai ancaman kepada Barat. Mereka menetapkan bilangan tertentu untuk melaksanakan aktiviti mereka iaitu khuruj 40 hari dalam setahun , 4 bulan seumur hidup semua ini tentunya adalah bid’ah. Kerana dengan aktiviti tersebut mereka berharap ia akan bernilai ibadah di sisi Allah. Pemahaman mereka terhadap aqidah dan iman juga terlalu dangkal sehingga melihatnya terpisah daripada kehidupan harian apalagi meliahatnya sebagai asas cara berfikir dan worldview yang membentuk peradaban Islam.

Keenam, golongan Tabligh tidak memperdulikan permasalahan politik. Bagi mereka persoalan politik bukan sebahagian daripada agama. Mereka beranggapan bahawa perubahan masyarakat hanya mungkin dilakukan melalui dakwah secara tradisional; perjuangan melalui pendekatan selain dakwah termasuk politik dan pendidikan tidak akan membawa kepada kejayaan. Aku hairan, jika benar mereka ingin mengikuti Sunnah Rasul, maka seharusnya mereka tidak memisahkan agama dengan politik. Atau mengambil ajaran Islam yang bersifat spiritual sahaja dengan meninggalkan ajaran Islam yang berkaitan dengan politik dan pemerintahan. Tindakan ini sama sahaja dengan beriman dengan sebahagian daripada Kitab dan mengingkari sebahagian yang lain. Nyata sekali sikap seperti ini ditempelak oleh al-Qur’an dan hanya akan mendatangkan kehinaan di dunia dan siksaan Allah di akhirat (al-Baqarah: 85).

Begitu jelas bagiku bahawa al-Qur’an ingin Islam dilaksanakan sepenuhnya termasuklah dalam ruang publik dan politik. Rasulullah s.a.w. menggagaskan perlembagaan pertama di dunia dan berjaya memimpin sebuah negara yang adil, bertanggungjawab dan makmur. Negara dan Tamadun yang diasaskan oleh Baginda dihormati dan disegani oleh raja-raja dunia. Praktik politik pada generasi awal Islam adalah contoh bagaimana sebuah pemerintahan yang adil dan bertanggungjawab dapat dilaksanakan dengan berdasarkan kepada Islam dan bukan pemikiran manusia yang sempit. Semua itu perlu diikuti dan bukan hanya dibanggakan atau disembunyikan dalam lipatan sejarah. Dengan sistem yang menyeluruh dan holistik ini maka Islam dapat memperluas pengaruhnya ke seluruh dunia dan menjadi agama rahmatan li al-‘alamin yang menjanjikan keamanan dan kedamaian. Namun sayangnya keunggulan sistem-sistem Islam ini dikhianati oleh umat Islam sendiri yang sengaja menutup mata dan membutakan hati dari melihat dan mengkaji khazanah-khazanah yang ditinggalkan oleh para pendahulu mereka.

Pesanku untuk teman-teman dalam jemaah Tabligh agar jangan menjadikan Tabligh sebagai akhir pencarianmu tetapi jadikanlah ia awal pencarian yang dapat membawa kepada penyucian diri dan sebahagian daripada usaha untuk mencontohi Rasulullah. Jika kita buka minda, kita akan nampak banyak lagi tanggungjawab yang perlu dipikul. Alangkah baiknya jika usaha yang dilakukan oleh jemaah Tabligh, dengan jumlah mereka yang begitu ramai, disalurkan dengan tepat dan bijaksana. Tentunya usaha dan kegigihan mereka akan dapat memberi kesan yang besar terhadap pembangunan dan pemberdayaan umat Islam di zaman ini. Namun kerana ketertutupan minda mereka dari menerima pandangan-pandangan yang lain dari yang selalu mereka dengar maka selamanya mereka tidak berupaya memahami masalah sebenar umat ini. Oleh itu, keikhlasan dan kebaikan peribadi sahaja tidak cukup untuk menjadi seorang Muslim yang sejati. Banyak lagi prasyarat dan kriteria yang perlu dimiliki untuk menjadi hamba Allah sekaligus khalifahNya di muka bumi ini.

Wssalam.       umrah murah

Ditulis oleh Khalif Muammar

Hidup kita hanya



Rata-rata manusia meninggal dunia antara usia 60 thn-70thn (mayoritas)
Pukul rata manusia meninggal ± 65 th, beruntung yg diberikan umur panjang dan dimanfaatkan sisa umurnya.

Baligh:
Start untuk seseorang di perhitungkan amal baik atau buruknya selama hidup di dunia? Laki-laki Baligh ± 15 tahun. Wanita Baligh ± 12 tahun

Usia Yang tersisa untuk kita beribadah kepada-Nya kita pukul rata dengan rumus:
MATI-BALIGH= sisa USIA ?????..65-15= 50 tahun

Lalu 50 tahun ini digunakan untuk apa saja ?
12 jam siang hari
12 jam malam hari
24 jam satu hari satu malam

Mari kita telaah bersama. 
Waktu kita tidur ± 8 jam/hari
Dalam 50 tahun waktu yang habis dipakai tidur 18250 hari x 8 jam= 146000 jam=16 tahun, 7 bulan?? Di bulatkan jadi 17 tahun.

Logikanya : Alangkah sayangnya waktu 17 tahun habis di gunakan untuk tidur, padahal kita akan tertidur dari dunia untuk selamanya?

Catatan: 
Yang lebih bermasalah lagi bagi mereka yang kuat tidur, boleh menjadi 12 jam/hari =25 tahun habis tertidur!!! Hati-hati dengan penyakit kuat tidur ini
Waktu aktiviti kita di siang hari ± 12 jam
Dalam 50 tahun waktu yang habis dipakai aktiviti:18250 hari x12 jam=219000 jam= 25 tahun
Aktiviti disiang hari : Ada yang bekerja, atau bercinta, ada yang belajar atau mengajar, ada yang sekolah atau kuliah, ada yang makan sambil jalan-jalan, ada pula yang gambling sambil maling? Weleh...
Dan masih banyak lagi aktiviti lainnya yang tak pernah bisa disamaratakan satu dengan yang lain??.. 

Waktu aktiviti santai atau rilexsasi ± 4 jam
Dalam 50 tahun waktu yang dipakai rileksasi 18250 hari x 4 jam= 73000 jam = 8 tahun
Realisasi rileksasi: biasanya nonton tv sambil minum kopi, ada pula yang belajar mati-matian/ bikin contekan habis-habisan buat ujian, atau mungkin dihabiskan termenung di buai khayalan?? Ck..ck... 

17 tahun + 25 tahun + 8 tahun = 50 tahun Plus plos/ Balance
Tidur??Ngelembur? Nganggur...
Lalu kapan Ibadahnya?!!
Padahal manusia diciptakan-Nya tiada lain dan tiada bukan untuk semua dan segalanya hanyalah beribadah kepada-Nya, karena satu hal yang pasti kita akan kembali ke alam hakiki Illahi..

Maut datang menjemput tak pernah bersahut
Malaikat datang menuntut untuk merenggut
Manusia tak kuasa untuk berbicara
Tuhan Maha Kuasa atas syurga dan Neraka?

Memang benar! kuliah itu ibadah, kalau niat kuliahnya untuk ibadah, lha wong kita mah kuliah mau nyari ijazah, bakal nanti bekerja agar mudah mencari nafkah?

Memang benar ! Bekerja cari nafkah itu ibadah, tapi bekerja yang bagaimana? Orang kita bekerja sikut sanah sikut sinih, banting tulang banting orang, tujuan utamanya cari uang buat beli barang-barang biar dipandang orang-orang? ..

Pernah kita membaca bismillah saat hendak berangkat kuliah tapi sayang hanya sekedar pernah? Pernah kita berniat mulia saat hendak mencari nafkah, tapi semuanya terlupa ketika melihat gemerlapnya dunia.
Lalu kapan ibadahnya?!!

Oh mungkin saat sholat yang 5 waktu itu dianggap cukup ?!
Karena kita pikir; sholat begitu besar pahalanya, sholat amalan yang dihisab paling pertama, sholat jalan untuk membuka pintu syurga??? Kenapa kita harus cukup kalau ibadah kita hanyalah sholat kita !

Berapa sholat kita dalam 50 tahun? 
1x sholat = ± 10 minit ?..5x sholat ± 1 jam
Dalam waktu 50 tahun waktu yang terpakai sholat=18250 hari x I jam =18250 jam= 2 tahun
ini dengan asumsi semua sholat kita diterima oleh Allah swt.
Kesimpulan: waktu yang kita manfaatkan dalam 50 tahun di dunia cuma 2 tahun untuk sholat????

2 tahun dari 50 tahun kesempatan kita?
Itupun belum tentu sholat kita bermakna berpahala dan di terima..
Dan sekiranya sholat kita selama 2 tahun berpahala rasa-rasanya tidak sebanding dengan perbuatan dosa-dosa kita selama 50 tahun; dalam ucap kata kita yang selalu dusta, baik yang terasa maupun yang di sengaja, dalam ucap kata kita yang selalu cerca terhadap orangtua, dalam harta kaya kita yang selalu kikir terhadap orang faqir, dalam setiap laku langkah kita yang selalu bergelimang dosa.. 

Logika dari logikanya: 

Bukan satu yang tidak mungkin kita umat di akhir zaman akan berhamburan di neraka untuk mendapatkan balasan kelalaian.
Terlalu banyak waktu yang terbuang percuma selama manusia hidup di dunia dan semuanya itu akan menjadi bencana.

Solusi: 
Tiada kata terlambat walaupun waktu berlalu cepat, isilah dengan sesuatu apa yang bermanfaat . Jangan di tunda-tunda lagi!

Ingat malaikat maut akan datang kepada siapa saja, dimana saja dan kapan saja. Akhirat adalah tujuan kita yang terakhir ! Waspadalah!!  Apakah kita siap menyambut malaikat maut kapan saja dan dimana saja ?!! Allahua'alam Bishowwab...

Sunday, November 25, 2012

JUNDULLAH vs KARKUN - siri 11



Reply

JUNDULLAH  2 November 2012 15:53

Anda tulis:

"Naihat saya marilah kita melihat kebaikan antara satu sama lain dan elakkan dari terus tuduh menuduh (masuk neraka dan sebagainya)yang akhirnya menjatuhkan terus usaha untuk perjuangan islam untuk ummat."

kami jawab:

Kami dah sebut banyak kali sebelum ini bahawa kami tak pertikai kerja dakwah JT.Silalah group anda nak ajak orang pergi masjid,solat jemaah,solat tahajjud dll tapi ANDA KENA INGAT!!

Nabi pun berdakwah ajak orang kepada islam TETAPI dalam masa yang sama Nabi larang perbuatan MENIPU/BERDUSTA seperti dalam hadith di atas.Nabi BUKAN suruh buat baik sahaja tetapi melarang/mencegah para sahabat melakukan kezaliman dll.

SALAHKAH KAMI MENCONTOHI NABI KAMI DENGAN MENEGUR ORANG TABLIGH YANG BANYAK MENIPU??

anda tulis:

"Internet bukannya medan usaha dakwah Tabligh tapi adalah menjadikan mana2 Masjid mirip kepada Masjid di zaman Nabi SAW yang hidup dengan amal."

kami jawab:

kalau begitu apa kata anda hantar email kepada seluruh karkun tabligh yang ada blog supaya tutup blog mereka serta merta untuk mengelakkan umat islam lain dari mendapat info islam yang salah dan syubhat itu....

Fuad akmal sendiri tulis 'Blog ini di bina bukan untuk tujuan dakwah,kerana dakwah itu sudah ada manhajnya/caranya.Secara infradi aku gunakan blog sebagai medan dakwah,tetapi secara ijamaiinya aku ikut masyaikh-masyaikh dakwah'

komen kami:

satu ayat yang mengelirukan.sekejap dia kata blog bukan untuk tujuan dakwah...lepas tu last sekali lain pulak ayatnya:'aku gunakan blog sebagai medan dakwah'

MANA SATU YANG BETUL??

SO NASIHAT KAMI.... DARI SEGI PRINSIP PUN DAH TUNGGANG LANGGANG,BELUM LAGI AMBIL KIRA INFO YANG DI COPY PASTE TANPA DIKAJI DAHULU LEBIH BAIK TUTUP JE BLOG ITU SUPAYA TIDAK MENIMBULKAN FITNAH KEPADA AGAMA .

analogi itu coming soon akan dijawab...
==========================================

JUNDULLAH  2 November 2012 16:26

anda tulis:

"Itulah yang berlaku bila blog2 karkun memaparkan sejarah dan bukannya mengubah mana2 Hadith Nabi SAW yang termasuk dalam kategori berdusta atas nama Nabi SAW"

kami jawab:

Dari gaya ayat diatas,nampaknya anda tak pernah belajar tentang perbahasan tafsir hadith(memang orang tabligh hanya baca hadith je,itupun terjemahannya)khususnya karkun melayu.
buktinya anda tak faham ayat "berdusta atas namaku'.

baik ...

kami jelaskan secara ringkas,

Sejarah Islam di Barus yang dikatakan di sebarkan oleh seorang sahabat nabi yang bernama wahab bin abi qobisah atau syeikh rukunuddin (rujuk blog anakpendang).Walhal maklumat tersebut belum dapat disahkan kerana kajian masih dibuat.

petikan ayat itu berbunyi "Ditemukan beberapa makam Sahabat Nabi Muhammad SAW di Nusantara. Salah satu yang paling terkenal adalah makam Syeikh Rukunuddin r.hu(ada pendapat mereka adalah orang yang sama Saidina Wahab bin Qobishoh r.hu.) di Barus (Fansur) dekat Acheh, Sumatera Utara. Pada makamnya tertulis bahwa beliau wafat pada tahun 48 H. Tidak diketahui siapa nama Syeikh Rukunuddin r.hu sebenarnya,tapi dari tarikh kewafatanya kita boleh mengatakan bahwa kemungkinan beliau adalah salah sorang sahabat Nabi Muhammad SAW, yaitu orang yang hidup sezaman dan berjumpa dengan beliau."

komen kami:

ayat 'ditemukan beberapa makam sahabat nabi" ditulis di permulaan ayat.

INILAH AYAT YANG DIKATEGORIKAN SEBAGAI 'BERDUSTA ATAS NAMA NABI'

BELUM PASTI LAGI SAMADA IA SAHABAT NABI ATAU TIDAK,KARKUN TABLIGH TELAH MEMBUAT RUMUSAN SENDIRI TANPA SEDAR TELAH MENGGUNAKAN NAMA NABI.

TAK FAHAM LAGI??

'berdusta atas nama nabi' bukan sahaja melibatkan sabdaan(hadith) sahaja bahkan ia termasuk dalam bentuk perbuatan dan kepercayaan.

seperti mengatakan nabi tidur kat masjid,kepala baginda mengadap kiblat,SEDANGKAN DALAM KITAB AL IMAM GHAZALI MENYEBUTKAN CARA TIDUR NABI BERLAINAN DENGAN APA YANG KARKUN TABLIGH DAKWA.

dan banyak contoh lain lagi ada dalam blog ustaz jamaludin abu bakar.

di harap anda faham
==============================================

Reply

M.Dzulcar9  2 November 2012 17:07

Salam Tn;

Tn tulis

"SALAHKAH KAMI MENCONTOHI NABI KAMI DENGAN MENEGUR ORANG TABLIGH YANG BANYAK MENIPU??"

Tak salah, jika tn baca dengan teliti post saya pada 1 November 2012 16:52

"Alhamdulillah sangat bagus teguran tuan untuk para daei'2 sekalian. Ambilah peringatan ini juga untuk diri saya dan tuan juga".

Cuma bila komen tn dalam suasana emosi itu yang agak keterlaluan (cth: masuk neraka). Kita bawa berbincang dalam suasana ilmu bukan emosi..ini yang menyebabkan wujud suasana benci membenci antara satu sama lain. Yang dicari bukan penyelesaian malahan keaiban2/kesalahan2 terus dipaparkan

Tuan quotes dari satu blog

Fuad akmal sendiri tulis 'Blog ini di bina bukan untuk tujuan dakwah,kerana dakwah itu sudah ada manhajnya/caranya.Secara infradi aku gunakan blog sebagai medan dakwah,tetapi secara ijamaiinya aku ikut masyaikh-masyaikh dakwah'

Ini masih pandangan peribadi tuan seperti yang telah dijelaskan di atas...harap perkara ini tak diulang2 lagi..

Masih menanti analogi tuan tu...insha Allah
=========================================
Reply

M.Dzulcar9  2 November 2012 18:19

Salam Tn;

Saya harap tn pun faham dan muga Allah beri kefahaman kepada kita berdua.

Tuan tulis
"'berdusta atas nama nabi' bukan sahaja melibatkan sabdaan(hadith) sahaja bahkan ia termasuk dalam bentuk perbuatan dan kepercayaan.

Saya setuju dengan pernyataan di atas cuma bila menerangkan sejarah bagaimana islam sampai ke kepulauan melayu terdapat pelbagai pendapat. Tuan pun maklum Sahabat Nabi SAW bergerak ke seluruh alam, ada yang ke China, ada yang ke Syiria, ada yang ke Turki (dengan izin Allah, asbab agama islam tersebar seluruh alam). Pelbagai kajian dibuat, dan dalam hal ini bukannya menolak atau berdusta atas 'perbuatan dan kepercayaan' terhadap Nabi SAW sebaliknya ianya merupakan kajian dari para pengkaji...tetapi kita lupa disebalik cerita2 Sahabat Nabi SAW ialah bagaimana mereka telah memberi pengorbanan dan pengorbanan ini yang mana hari ini ummat telah lupa. Muga Allah pilih saya dan tuan untuk asbab agama islam tersebar seluruh alam

Analoginya..............masih tertunggu2 lagi

Wallah a'alam
============================================
Reply

JUNDULLAH  3 November 2012 15:55

Anda sebenarnya telah lari dari tajuk .dan tulisan anda tidak menunjukkan kematangan berhujjah.anda cenderung utk buat banyak 'spin' pada soalan kami.

Kami rujuk kpd isu org yg bernama wahab bib abi qobisah tapi anda spin nama yg dah confirm sahabat.kami rujuk kpd tempat bernama Barus,anda spin tempat lain.sebenarnya banyak soalan kami yg anda gagal jawab.kalau kami jadi anda,...malu nak tulis komen lagi.

Contohnya isu nasab maulana ilyas yg masih tiada jawaban,tapi anda dgn muka tak malu nak kami jawab soalan anda......tak malu sungguh.....
==========================================
Reply

M.Dzulcar9  4 November 2012 20:14

Tentang nasab Maulana Ilyas telah pun saya bgtau tuan, tuan petik dari kata2 karkun awamunnas yang mana hujah ini telah pun terjawab dengan ulasan dari pihak tuan sendiri...kerana Demi Allah perkara ini belum pernah saya dengarkan dari bayan2 utama/mana2 ijtima'. So dari itu saya berhujah menggunakan semula hujah tn sendiri....tuan tulis...

"Kalau dalam medium internet,tak semua orang ada kemudahan itu terutama golongan tua yang dah pencen.Dan kadang -kadang yang menjawabnya bukan ulama tabligh tapi karkun level 'awamunnas' yang naif dan tak mewakili tabligh pusat.lebih kepada pandangan peribadi."

Baru saya tahu tuan ni bab kemukan soalan memang no 1, bertalu2 soalan diberi tapi bila bab nak jawab, ianya menjadi seolah2 satu masalah besar kpd tuan. Itu baru tanya analogi ajer..belum lagi yang lain2. 
=====================================
Reply

JUNDULLAH  4 November 2012 23:32

sekali lagi anda cuba nak spin ayat kami.

http://karkun-muda.blogspot.com/2012/01/maulana-ilyas-khandahlawi_6601.html

http://karkun-penanti.blogspot.com/2009/04/salasilah-keturunan-maulana-muhammad.html

http://khanndaie.blogspot.com/2012/06/keturunan-abu-bakar-yg-berhijrah-ke.html

Antara blog yang menyebut nasab maulana ilyas.ANDA SPIN APA LAGI??

ayat kami itu merujuk kepada peranan ulama tabligh menyiarkan maklumat JT dalam bentuk risalah,buletin dan pamplet untuk diedar di masjid/surau BUKAN SEPERTI APA YANG ANDA SANGKAKAN ITU.ITULAH NAK SPIN TAK BACA BETUL2...

Sebelum anda kami dah berdebat(soaljawab) dengan abdus soghier,fuad akmal,musafir dll.JADI TUDUHAN ANDA TIDAK RELEVAN....

Bab analogi telah sedia ada pada posting kami yang lain,so kena rajin cari sendiri jawapannya.Cuma kami boleh bagi contoh kerjaya wartawan TV yang melaporkan berita penderitaan umat islam di Somalia sebagai contoh.Mereka bukan HADAPI MASALAH LEMAH IMAN TAPI MASALAH KURANG SUMBER MAKANAN KERANA PERANG.

JADI AULAWIYATNYA IALAH MEMBERI BANTUAN MAKANAN ATAU KEWANGAN.KALAU DI sYIRIA BANTUAN YANG DIPERLUKAN IALAH TENTERA DAN KELENGKAPAN SENJATA.

BAGI KITA DI SINI YANG MENGETAHUI MASALAH MEREKA MELALUI KACA TV ATAU INTERNET SEKURANG-KURANGNYA BOLEH MENDOAKAN MEREKA. 
========================================
Reply
M.Dzulcar9  5 November 2012 08:38

Tn Judullah,

Terima kasih atas jawaban analogi tu biarpun dah beberapa kali menanti...Jika tuan lihat dari post atas nama 'Menjawab karkun tabligh' bertalu2 soalan dari pihak tuan, tetapi biarlah berlaku adil apabila sebelah pihak sudah sekurang2nya menjawab (biarpun jawaban tidak mampu memenuhi kehendak tn), bertanya pula, begitu lama hendak ditunggu jawabannya...jika dah post awal2 tak perlu tn letakkan pernyataan pada post tn bertarikh 2 November

'analogi itu coming soon akan dijawab'
....ini menunjukkan pada saya yang tn juga tidak habis menelaah blog tn sendiri...
=================================================
Reply

nikki liar  5 November 2012 11:47

Takbir!!! Allahu akbar!
 ===============================================
Reply

M.Dzulcar9  5 November 2012 12:55

Tn Nikki Liar;

Dari Hadith riwayat Muslim

" Dari Samurah ibn Jundub r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: Empat kalimah yang sangat disukai Allah. Kalimah itu ialah

Subhana Allah, Alhamdulillah, Laailaha illallah, dan Allahu Akbar...

barangsiapa membaca yang mana didahulukan atau dikemudiankan adalah dibolehkan...

Wallahu a'lam
==========================================
Reply

JUNDULLAH  6 November 2012 11:29

kami nak tanya dzulcar9...

apa pandangan atau pendirian anda tentang berita ini??

http://www.kurakura.my/makam-nabi-muhammad-dan-masjid-nabawi-akan-dihancurkan-oleh-kerajaan-arab-saudi/
==================================== umrah

44 million hacking attempts



More than 44 million hacking attempts have been made on Israeli government websites since Israel began its air raids on the Gaza Strip almost a week ago.
The figures, released by the Israeli government, indicated that attempts on defence-related sites had been the highest, while 10 million attempts had been made on the site of Israel's president, seven million on the country's foreign ministry and three million on the site of the prime minister.

Israeli Finance Minister Yuval Steinitz said just one hacking attempt was successful on a site he did not want to name, but it was up and running after 10 minutes of downtime.
Anonymous, an international group of cyberactivists, has posted online a list of nearly 700 Israeli websites it claims it has targeted, defaced and disrupted in response to the latest airstrikes on Gaza. 

One of the most major targets of the "OpIsrael" campaign was the foreign ministry’s international development programme, Mashav.
In an announcement on twitter, Anonymous claimed to have tampered with the website’s internal database.

On Thursday morning, Anonymous issued a statement that called on other hackers to help disable and deface websites associated or belonging to the Israeli government or military.

Kadima Party site hacked

Among the group's other high-profile targets were the websites of Israel's Kadima Party, which was taken offline shortly after being hacked, and Bank of Jerusalem.
Most of the sites that were hacked appeared to be unavailable, but others displayed pro-Palestinian images and messages.


An Israeli ministry spokesman says that while the attacks have come from around the world, most have been from Israel and the Palestinian territories.
"The ministry's computer division will continue to block the millions of cyber attacks," Steinitz said. "We are enjoying the fruits of our investment in recent years in developing computerised defence systems."

Steinitz has instructed his ministry to operate in emergency mode to counter attempts to undermine government sites.
Both sides in the Gaza conflict, but particularly Israel, are embracing the social media as one of their tools of warfare.
The Israeli army has established a presence on nearly every platform available, while Palestinian fighters are active on twitter.

"The war is taking place on three fronts. The first is physical, the second is on the world of social networks and the third is cyber," said Carmela Avner, Israel's chief information officer.