HUKUM
BERAMAL DENGAN HADIS DAIF , MENURUT PANDANGAN ULAMAK
بسم الله الرحمن الرحيم
Apa yang berlaku pada hari ini ialah timbulnya satu puak yang mendakwa mereka adalah pejuang sunnah , tauhid dan tajdid.mereka sangat mempertikaikan hadis daif seolah – seolah hadis daif itu jatuh ketahap hadis maudu’ ( palsu ) dan menganggap beramal dengan hadis daif adalah satu perbuatan yang keji.tidak hairanlah kalau mereka benar-benar menghentam ahli – ahli sufi dan tasauwuf hanya kerana mereka berpegang pada hadis daif. Tidak ketinggalan juga yang menjadi mangsa mereka ialah Jemaah tabligh. Pernah sekali aku duduk mendengar kuliah seorang ustaz yang meyindir jamaah tabligh di sebabkan mereka membaca kitab fadail amal yang dikarang oleh maulana zakaria kandahlawi seorang ulamak tersohor di india kerana ada hadis daif didalamnya.apalah salahnya orang – orang tabligh membaca dan menela’ah kitab itu hanya sekadar untuk menghairahkan mereka dalam beribadah kepada Allah , bukannya untuk berhujjah menetapkan sesuatu itu halal ataupun haram. Dengan adanya sedikit kelapangan, ingin aku menulis serba sedikit mengenai hadis daif ini.
Menurut pendapat kebanyakan ulamak , hadis terbahagi kepada tiga darjat :
1 ) sahih
2 ) hasan
3 ) daif
Pembahagian tersebut dibuat ialah kerana sekiranya hadis itu mempunyai sifat – sifat yang tinggi untuk diterima maka dinamakan hadis sahih atau sifat – sifatnya yang sederhana maka dinamakan hadis hasan,atau tidak mempunyai sifat sahih dan hasan maka dinamakan hadis daif.disini aku hendak memfokuskan hadis daif.hadis daif ialah hadis yang tidak memenuhi dengan lengkap syarat-syarat hadis sahih , dalam erti kata yang lain , ada kesahihan dalam hadis tersebut , tetapi ia tidak sempurna.oleh itulah para ulamak memasukkannya didalam senarai hadis yang maqbul ( yang diterima ).
Hadis daif terbahagi kepada dua :
Pertama : kedaifannya boleh diperkuatkan dengan hadis daif yang sama tetapi melalui jalan – jalan periwayatan yang lain dengan syarat perawi yang daif itu lemah dari segi ingatannya ( hafalannya ) atau kedaifannya disebabkan ia meriwayatkan secara mursal ( iaitu tidak disebutkan nama sahabat nabi dalam rangkaian sanad ).didalam masalah ini , jika terdapat hadis yang sama kandungannya , tetapi melalui jalan-jalan periwayatan yang lain , maka hadis tersebut akan naik tarafnya ( martabatnya ) kepada HASAN LIGHOIRIHI ,dengan itu hadis tersebut diketogorikan didalam hadis maqbul ( diterima ) dan boleh digunakan didalam hujjah sehingga didalam soal hukum hakam.
Kedua : kedaifannya tidak dapat diperkuatkan , walaupun mempunyai banyak jalan periwayatannya . ia dinamakan sebagai al wahi ( sangat lemah ).perkara ini akan berlaku jikalau perawinya itu ternyata seorang yang fasiq atau dituduh berbohong.hadis seperti ini , ulamak mengatakan bahawa : jika diperkuatkan dengan bukti-bukti dan riwayat-riwayat yang lain,maka tarafnya naik melebihi taraf hadis munkar atau hadis yang tidak ada asalnya.pada ketika itu ia boleh diamalkan dalam soal fadilat-fadilat amal.ia tidak boleh diamalkan dalam hal aqidah dan hukum hakam.sesetengah ulamak mengatakan ia juga tidak boleh dijadikan rujukan untuk penafsiran al quran.
Dengan itu , beramal dengan hadis daif dalam segala jenis amalan yang berbentuk targhib dan tarhib , dalam soal adab , sejarah , ketatasusilaan , kisah tauladan dan seumpamanya adalah dibolehkan.
Perkara ini telah disepakati ( ijma’ ) oleh para ulamak seperti yang dinukilkan An-Nawawi , Ibn Abdul Barr dan selain mereka. Malah Imam Nawawi menukilkan pandangan ulamak bahawa dalam hal – hal tersebut disunnatkan beramal dengan hadis daif . ( perkara sunnat yang termasuk dalam himpunan usuluddin dan hukum hakam )
Bagi pandangan Ibnu Hajar , Al Sakhawi dan selainnya mengatakan : disyaratkan bagi penerimaan hadis daif dalam perkara – perkara terbabit, ianya jangan terlalu kuat kedaifannya. Ia hendaklah dijadikan sebagai asas yang termasuk dalam kaedah syarak yang menyeluruh dan hendaklah hadis tersebut tidak bercanggah dengan hadis yang sahih.
Didalam membincangkan hukum-hukum berkaitan hadis daif , Abu Al Sheikh Ibn Hibban dalam kitabnya an nawaib meriwayatkan secara marfu’ hadis Jabir yang berbunyi : “ barang siapa yang sampai kepadanya sesuatu daripada Allah yang memuatkan sesuatu fadilat , lalu dia beramal dengan keimanan terhadapnya serta mengharapkan ganjaran pahalanya , maka Allah memberi kepadanya yang demikian itu , sekalipun sebenarnya bukan begitu”
Hadis diatas adalah punca asas yang besar bagi ulamak untuk membincangkan tentang hadis daif.
Sesetengah ulamak ada juga menjadikan hadis daif sebagai hujjah, sepertimana yang dinukilkan oleh ulamak daripada Imam Ahmad bin Hanbal bahawa dalam soal hukum hakam , beliau berpegang dengan hadis daif ( jika ditampung kedaifan tersebut dengan kemasyuran hadis terbabit )beliau juga mengutamakan hadis daif daripada pandangan .
Imam Al Zarkasyi menukilkan bahawa ulamak hanafiyah juga lebih mengutamakan hadis daif daripada pandangan akal. Begitu juga mazhab Abu Daud , mereka mengutamakan hadis daif berbanding penggunaan akal.
Oleh itu ulamak sepakat ( ijma’ ) membolehkan beramal dengan hadis daif dalam bab targhib dan tarhib . tidak ada yang menyanggahnya kecuali Ibn Al Arabi sepertimana yang dinukilkan oleh Ibn Solah , namun tidaklah mutlaq.sebenarnya tidak ada percanggahan antara beliau dengan ijma’ ulamak dalam hal keharusan beramal dengan hadis daif jika kena pada tempatnya. Penolakan beliau terhadap hadis daif hanya terbatas kepada alasan – alasan yang diberikannya sahaja.
Sebenarnya untuk menentukan sama ada hadis itu sahih atau hasan atau daif diukur secara zahir terhadap nama-nama yang terdapat didalam sanad.hadis –hadis, sama ada sahih atau hasan atau daif tidaklah ditentukan dari segi hakikat , kerana yang mengetahui hakikatnya hanyalah Allah jua.
Ulamak hadis mengatakan bahawa : mungkin ada di antara hadis yang sahih,pada hakikatnya ia adalah daif dan ada di antara hadis yang daif , pada hakikatnya ia adalah sahih . yang menjadi kewajipan kita ialah membuat kajian dan berijtihad.
Sebelum aku mengakhiri perbincangan ini , ingin aku tinggalkan beberapa pendapat ulamak yang mengharuskan beramal dengan hadis daif .
1 . Ibn Mahdi menyebut didalam kitab Al Madkhal : Apabila kami meriwayatkan daripada Nabi SAW tentang halal haram dan hukum hakam , maka kami akan memperketatkan sanad-sanadnya dan kami akan membuat pemeriksaan terhadap rijalnya ( nama-nama perawi ) . tetapi apabila kami meriwayatkan hal-hal berkaitan fadilat , ganjaran pahala dan seksa , maka kami mempermudahkan sanad-sanadnya dan kami bertolak ansur dengan rijalnya.
2 . Imam Ramli ada menyebut : hadis-hadis yang terlalu daif ( iaitu hadis yang dinamakan al wahiah ) apabila sebahagiannya bergabung dengan sebahagian yang lain , maka ia boleh dijadikan hujjah dalam bab ini ( fadilat , nasihat , sejarah dan seumpamanya ).
3 . Imam An Nawawi menyebut didalam kitab Al Azkar : para fuqaha’ dan ahli hadis mengatakan harus dan sunnat beramal dalam soal fadilat , targhib dan tarhib dengan hadis yang daif selagi ianya bukan hadis maudu’ ( palsu ).
Hanya ini sahaja yang dapat aku kumpulkan pandangan ulamak yang mengharuskan beramal dengan hadis daif , mungkin banyak lagi , namun kerana kurangnya kelapangan tidak dapat aku tuliskan semuanya.
Sekian…………………….
والله اعلم بالصواب
aslm.. sy ada soalan tntg jemaah.. sy bkn ingin membahas hanya bertanya.. sy sering ke surau untuk solat, dan sy cuba untuk mengikuti semua taklim yg dibuat.. persoalannya adalah kenapa mereka mengangap bacaan kitab fadilat amal dan mutakad hadith ssebagai fardhu ain dan wajib dilakukan.. sy pernah menyajak mereka untuk buat bacaan al-quran selepas solat, tp mereka tetap dgn amalan kitab.. adakah alquran yang 100% sahih kandungan ditolak, dan sesuatu yang daif diamalkn?
ReplyDelete