Monday, February 4, 2013

TAUBAT - Siri 1



JANGAN SAMPAI PINTU TAUBAT TERTUTUP
Taubat adalah jalan kembali kepada Allah SWT. Apabila manusia melakukan dosa dia tercampak jauh dari sisi Allah SWT. Jika dia tidak bertaubat dia tetap tinggal jauh dari Allah SWT. Jika kemudiannya dia berbuat kebaikan maka dia berbuat baik dalam keadaan jauh dari Allah SWT. Dia boleh melakukan suruhan syariat tetapi tanpa taubat dia menjadi ahli syariat yang jauh dari Allah SWT. Hamba yang melakukan kesalahan sangat perlu bertaubat. Taubat merupakan cetusan iman. Iman yang menguatkan amal salih. Tanpa iman tidak ada amal salih. Amal tanpa taubat sebenarnya tidak berpangkal kepada iman. Amal yang demikian sangat sedikit nilai salihnya. Salih itulah yang menentukan darjat kemuliaan sesuatu amal itu di sisi Allah SWT. Amal yang tidak disertai oleh taubat tidak banyak memberi pahala. 

Pahala bukan sahaja berguna di akhirat. Keberkatan pada rezeki dan kesejahteraan hidup di dunia merupakan terjemahan kepada pahala yang diperolehi daripada amal yang salih. Di akhirat kelak terjemahan pahala itu akan lebih menyata lagi. Banyak daripada masalah kehidupan harian tidak mampu diselesaikan lantaran tidak bertaubat daripada dosa-dosa yang lalu. 

Bani Adam memiliki tabii keadaman. Mereka tidak sunyi daripada melakukan kesalahan. Tidak wajar jika ada orang yang mengatakan dia tidak pernah berbuat kesalahan dan tidak perlu bertaubat. Nabi Muhammad SAW yang suci bersih pun sering bertaubat. Paling tidak memohon keampunan di atas kelemahan sebagai manusia yang tidak berupaya melakukan perintah Allah SWT dengan sempurna.

Ramai manusia terhalang daripada memperolehi apa yang layak diperolehinya sebelum mereka memasuki pintu taubat. Adam A.S yang diciptakan khusus untuk menjadi khalifah di bumi hanya memperolehi mahkota khalifah itu setelah beliau  melalui pintu taubat dan menerima keampunan dari Allah SWT. Roh syariat, roh agama, nur iman, nur Ilahi dan yang seumpamanya hanya masuk ke dalam hati yang telah dibasuh dengan air taubat. Orang yang bertaubat dan Allah SWT mengampunkan dosanya, kesuciannya kembali kepada kesucian roh yang latif, yang suci dan hampir dengan Allah SWT. Manusia yang rohnya kembali kepada taraf amr Allah SWT akan memperolehi keselamatan di dunia dan di akhirat. Manusia yang memiliki roh yang demikian mampu mengkamilkan batin syariat dengan zahir syariat atau antara iman dengan amal. Bani Adam sewajarnya mengikuti langkah bapa mereka dengan bertaubat agar mereka juga boleh kembali kepada Allah SWT dan layak dipakaikan mahkota khalifah di bumi.

Taubat yang hanya merupakan kata-kata, tanpa mengetahui sejauh mana dosa yang dilakukan, tidak berikrar untuk tidak mengulangi dosa tersebut, tidak mengambil langkah mencegah daripada berulangnya perbuatan dosa dan tidak melakukan kebaikan yang boleh menghapuskan dosa, adalah taubat pada luaran sahaja, tidak terhunjam ke dalam lubuk hati yang dalam. Taubat yang demikian adalah umpama memotong rumput bahagian di atas tanah sahaja sedangkan akar yang di dalam tanah dibiarkan. Rumput akan kembali tumbuh selagi akarnya tidak dicabut. Orang yang benar-benar bertaubat mengetahui kesalahannya dan punca kesalahan tersebut, bertekad tidak akan mengulanginya dan membebaskan dirinya daripada punca kesalahan. Taubat yang begini umpama mencabut rumput beserta akarnya yang di dalam tanah dan membuangnya jauh-jauh.

Taubat luaran adalah penyesalan secara umum dan samar-samar. Taubat dalaman adalah penyesalan yang jelas tentang apa yang dikesalkan dan menjauhkan diri daripadanya. Orang yang bertaubat daripada zina tidak lagi menghampiri zina, bukan sekadar tidak melakukan zina. Jika masih lagi menghampiri zina, sekalipun tidak melakukannya, itu bukanlah taubat yang sebenarnya. Adam A.S yang telah melakukan kesalahan dengan memakan buah larangan di dalam syurga, setelah bertaubat beliau tinggal di bumi yang sangat jauh daripada pokok larangan yang menjadi isu kesalahannya. Tanda taubat diterima adalah orang yang berdosa tidak jatuh lagi ke dalam jurang dosa tersebut.

Orang yang benar dengan taubatnya mempelajari keadaan dirinya, mencari punca dan faktor yang menyebabkan dia jatuh kepada perbuatan dosa. Dia mengawasi perjalanan nafsunya, membebaskannya daripada ego yang mengheret kepada kejahatan dan kedurhakaan kepada Allah SWT. Jihad membuang nilai-nilai buruk daripada daerah nafsu akan memberi kekuatan kepada rohani. Rohani yang sedar dan celik akan dapat melihat kepada kejahatan dan dapat mengeluarkan teguran daripada dalam. Teguran dari dalam itu dinamakan suara hati. Pada peringkat awalnya suara hati hanya sekadar memberi teguran tetapi tidak mampu menghalang berlakunya kesalahan tetapi apabila semakin banyak nilai-nilai buruk dikeluarkan daripada daerah nafsu suara hati akan menjadi lebih kuat. Hati akan sempat memberi peringatan sebelum terjadinya perbuatan dosa. Kemunculan penasihat dari dalam diri sendiri menambahkan kesedaran seseorang tentang yang benar dan yang salah. Kemudian dibukakan kepadanya hakikat yang benar dan yang salah. Apabila hakikat tersebut telah terbuka kepadanya dia akan lebih mudah melakukan yang benar dan meninggalkan yang salah.

Dalam perjalanan menuju tahap yang suci bersih seseorang perlu menentang nafsu kehaiwanan yang menumpang pada nafsunya yang asli, yang suci bersih. Nafsu kehaiwanan hanya inginkan makanan, minuman, pakaian, tidur, melakukan yang sia-sia dan berseronok. Dalam daerah nafsu yang rendah itu juga ada sifat ego yang jahat seperti takabur, sombong, dengki, dendam, tamak dan lain-lain penyakit hati. Semua itu mesti dibuang daripada daerah nafsu supaya kemurnian nafsu yang asli kembali menyerlah. Orang yang benar-benar bertaubat mampu berbuat demikian dan dia kembali menjadi suci, bersih dan murni. Hijab yang muncul dari alam zahiriah menjadi hancur dan rohaninya akan bercahaya, memperlihatkan keserian wajah yang menggambarkan kedamaian jiwa.

Syariat mengajarkan jihad menyelamatkan diri daripada dosa. Dosa masuk ke dalam manusia melalui setiap bahagian tubuhnya dan juga melalui dirinya yang tidak kelihatan. Mata, telinga, mulut, hidung, tangan, kaki, syahwat dan segenap tubuh boleh menjadi pintu buat dosa memasuki manusia. Fikiran dan perasaan juga menjadi pintu dosa. Dosa adalah umpama besi dan neraka umpama besi berani yang besar lagi kuat, menarik besi dosa kepadanya. Makanan, minuman dan bauan yang harum memasukkan dosa ke dalam tubuh manusia. Dosa bercampur dengan darah, daging, tulang, sumsum dan seluruh tubuh. Tangan yang melakukan kejahatan akan dibaluti oleh dosa seperti balutan lumpur. Tangan yang berbalut dosa menyentuh isteri, anak-anak, makanan, pekerjaan dan lain-lain. Ia mencemarkan apa sahaja yang disentuhnya.

Syahwat yang berzina akan dibaluti dosa dan dengan syahwat yang berbalut kekotoran dosa itu juga lelaki meniduri isterinya. Tangannya yang menyuap makanan dibaluti dosa. Makanannya haram. Darahnya bercampur air dosa. Air mani yang terbentuk dalam tubuhnya juga terpalit dosa. Melalui syahwat yang berdosa dia menghantar air mani yang terpalit dosa ke dalam kandungan isterinya. Dalam kandungan ibu lagi bayi sudah dihadapkan dengan kesan dosa. Anak keluar ke dunia membawa kekuatan dosa, bersedia untuk menghadapi dosa-dosa. Ramai bayi yang dibungkus oleh dosa sejak dalam kandungan ibu mereka keluar membawa penyakit yang ganjil-ganjil. Sudah ada bayi yang keluar sahaja ke dunia sudah pun menghidapi penyakit aids.

Kecelakaan menimpa manusia yang berdosa kerana syaitan boleh bersekutu dalam apa sahaja yang mereka lakukan. Apa sahaja yang dipegangnya dan apa yang keluar daripadanya beserta dengan syaitan yang sentiasa mencari jalan untuk menjahanamkan Bani Adam. Dosa yang menemani seseorang itu membawa bahang api neraka kepadanya ketika dia masih hidup dalam dunia ini, apa lagi setelah dia memasuki lubang kubur. Bahang api neraka membuatnya menjadi resah gelisah dan kepanasan. Isteri yang cantik tidak menyejukkan pandangannya. Harta yang banyak tidak menemukannya dengan kepuasan. Kemuliaan yang diberikan oleh manusia tidak mendamaikan jiwanya. Beban dosa menghimpit jiwanya, takut orang ramai mengetahui kejahatan yang disembunyikannya.

Fikiran dan perasaan yang dibaluti dosa, walaupun memikirkan sebaik mungkin, merancang dengan penuh kerapian, membuat kajian dengan teliti namun, hasilnya adalah kemusanahan. Morfin yang ditemui oleh pakar-pakar perubatan untuk membantu orang sakit itulah yang menjadi dadah membunuh jutaan manusia. Satelit yang diciptakan untuk kesejahteraan umat manusia itulah yang memandu peluru berpandu dan bom nukliar untuk membunuh umat manusia sendiri. Sentuhan fikiran, perasaan dan anggota yang berdosa lebih mengwujudkan neraka dalam dunia daripada memberi kesejahteraan kepada umat manusia. Dosa-dosa yang bertaburan dalam dunia inilah yang mengheret dunia kepada kiamat.

bersambung dalam siri 2....


Ehsan - Alhakiki

JUNDULLAH vs KARKUN - Siri 24



Haja Control  31 January 2013 00:42
Kesian orang Melayu kat Malaysia (islam) nak pangkah BN tak tahan dengan rasuah, nak pangkat PAS....hai entahlah, kalau ada 10 orang ulamak pas macan ni lagi teruk nampaknya.... Hancurlah PKR cam ni!!!
------------------------------------------------
Reply
JUNDULLAH  31 January 2013 09:36
kami nak tanya,adakah anda faham maksud ayat ini:

Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."
(Al-Ankabut: 2-3)

Anggaplah teguran ini satu ujian yang Allah datangkan kepada jemaah tabligh untuk menguji IMAN mereka samada tetap istiqamah menyokong PAS (perjuangan islam) atau lari berpaling (samada sokong parti asobiyah ) atau jadi khawarij(menentang Saydina Ali tapi tak sokong Muawiyah).

dan juga firman Allah mafhumNYA:

Dan Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang Rasul yang sudahpun didahului oleh beberapa orang Rasul (yang telah mati atau terbunuh). Jika demikian, kalau ia pula mati atau terbunuh, (patutkah) kamu berbalik (berpaling tadah menjadi kafir)? Dan (ingatlah), sesiapa yang berbalik (menjadi kafir) maka ia tidak akan mendatangkan mudarat kepada Allah sedikitpun; dan (sebaliknya) Allah akan memberi balasan pahala kepada orang-orang yang bersyukur (akan nikmat Islam yang tidak ada bandingannya itu).-ali imran-144

perbandingan lain berdasarkan ayat ini ialah ADAKAH JEMAAH TABLIGH MERASA TERHINA DENGAN TEGURAN INI (tak mahu muhasabah) lalu atas sebab tersebut mereka BERPALING dari kebenaran(menyokong parti yang memperjuangkan islam) sebaliknya menjadi penentang?

ingatlah janji Allah iaitu akan memenangkan perjuangan islam walaupun ramai manusia memusuhi dan ingatlah bahawa Allah berkuasa membolak-balikkan hati manusia.Sekiranya umat islam bersatu tidak mahu menyokong pejuangan islam (PAS) maka Allah akan gantikan orang bukan islam sebagaimana PRU 12 (2008) yang lalu bilamana ramai orang kafir yang mengundi Pakatan Rakyat berbanding melayu islam.

siapa yang rugi??
mereka yang berpaling itu.....
---------------------------------------------------
Reply
Haja Control  31 January 2013 13:25
Bagus lah tuan dapat memahami tuntutab agama masa kini !!
Wassalam
-----------------------------------------------
Reply
Haticlassic  2 February 2013 22:40
PAS ADALAH SESAT DAN MENYESATKAN...

Demokrasi adalah satu sistem untuk mentadbir rakyat dengan undang-undang buatan manusia bukan oleh undang-undang Allah.
Golongan atasan boleh membuat sesuatu yang halal tentang apa yang telah Allah haramkan dan begitulah sebaliknya.

Kerajaan demokrasi mana mungkin mengharamkan yang haram kerana apabila mereka memilih pemimpin dengan jalan kafir..
maka mereka akan memerintah menurut cara kafir..
walaupun BARISAN NASIONAL atau PAS yang menang...

BARISAN NASIONAL dan PAS yang dikatakan memperjuangkan islam ini akan terpaksa mengundi Parti bukan islam untuk memenangkan pakatan mereka dan ini bererti BN dan PAS juga mengangkat parti bukan islam untuk menjadi pemimpin dan sikafir juga mengundi Parti BN dan PAS untuk sama sama menang...
Ini bererti parti sikafir juga bertanggungjawab mengangkat pemimpin umat Islam..
Sebab itu syariat Islam akan menemui kegagalan untuk berdiri bangkit dengan sistem kafir sebab BN dan Parti PAS yang dikatakan memperjuangkan islam ini juga terpaksa memenuhi apa yang diminta oleh sikafir untuk memenuhi keperluan kekafiran mereka seperti membuat pub, kedai arak, rumah judi halal (berlesen) Homoseksual, lesbian, gay, transeksual dan sebagainya..
Jika permintaan mereka tidak di tunaikan..
maka 5 tahun lagi mereka tidak akan mengundi untuk Parti2 untuk menang lagi.

Dan cuba Saudara fikir apabila saudara membawa hukum Allah untuk diluluskan/tidak diluluskan oleh parlimen yang terdapat juga orang-orang kafir untuk melaksanakan hukum Allah...
ini adalah sesuatu perbuatan yang dilakukan oleh parti PAS yang telah merendahkan hukum Allah itu sendiri yang dilakukan oleh mereka yang mengaku memperjuangkan Islam.

Hukum Allah bukan untuk diundi oleh siapa yang suka dan siapa yang tidak suka, siapa yang mahu dan siapa yang tidak mahu.
Hukum Allah adalah untuk dilaksanakan...
tetapi inilah hakikat yang terjadi dalam perlembagaan demokrasi ciptaan musuh musuh islam kerana yang menentukan undang undang adalah parlimen..
hukum Allah terpaksa diputuskan oleh majoriti ahli parlimen..

Inilah perjuang syirik halus dalam PAS yang mereka tidak sedari..
Perjuangan bathil..
124000 nabi dan rasul tidak seorang pun dikalangan mereka yang berjalan diatas landasan seperti apa yang puak puak sesat PAS yakini..

SYIRIK adalah perbuatan menyekutukan Allah dalam apa juga bentuk sama ada perkataan, pegangan, perbuatan dan iktiqad iaitu dengan menjadikan suatu yang lain iaitu makhluk bernyawa atau tidak bernyawa sebagai sekutu Allah atau menyekutukan hukum Allah.

Menyekutukan Allah adalah syirik apatah lagi perbuatan membawa hukum Allah untuk diluluskan/tidak diluluskan oleh makhluk dalam parlimen dalam sistem demokrasi kuffar.

Dan inilah persoalan pokok segala pokok,
adakah wajar bagi umat Islam membuat pengundian atau pemilihan antara sistem Islam dengan sistem ciptaan manusia seperti yang diwajibkan oleh puak puak PAS?
Wajarkah kita menghina sistem Allah dengan sistem ciptaan sedemikian rupa seperti yang ingin dibawa oleh puak puak PAS ke parlimen?
Wajarkah sistem Allah s.w.t dicabar hebat dengan sistem ciptaan manusia yang mana keputusannya sistem ciptaan manusia mengalahkan sistem ciptaan Allah seperti yang di perjuangkan oleh puak puak PAS didalam dewan parlimen yang mengamalkan sistem demokrasi?

Naauzubillah...!!!

inilah pemimpin sesat PAS

http://www.youtube.com/watch?v=B1NUoWGAynk
---------------------------------------------------
Reply
JUNDULLAH  3 February 2013 10:47
anda tulis:--PAS ADALAH SESAT DAN MENYESATKAN...

kami jawab:>>>kalau macam tu siapa kat malaysia ni yang berada di jalan yang (benar)??
>>>boleh nyatakan siapa??

anda tulis-----

Demokrasi adalah satu sistem untuk mentadbir rakyat dengan undang-undang buatan manusia bukan oleh undang-undang Allah. Golongan atasan boleh membuat sesuatu yang halal tentang apa yang telah Allah haramkan dan begitulah sebaliknya.

kami jawab>>>BETUL !!!!! jika demokrasi itu di kuasai oleh parti yang ANTI ISLAM @kafir harbi seperi USA,Belanda,UMNO dll.TETAPI SEBALIKNYA KALAU PARTI ISLAM YANG KUASAI IA AKAN MASUKKAN SYARIAT ISLAM DI DALAMNYA.Buktinya kita tengok bila PAS kuasai Kelantan kita boleh tarik balik lesen penjualan minuman keras,kedai judi dan maksiat lainnya secara berperingkat.

anda tulis:

Kerajaan demokrasi mana mungkin mengharamkan yang haram kerana apabila mereka memilih pemimpin dengan jalan kafir..
maka mereka akan memerintah menurut cara kafir..
walaupun BARISAN NASIONAL atau PAS yang menang...

kami jawab:

anda berfantasi agaknya atau anda refer demokrasi negara mana??
kat Malaysia kan kerajaan dah tubuhkan majlis fatwa kebangsaan,JAKIM,jabatan mufti dll...
apa fungsi jabatan itu kalau tak mengharamkan apa yang islam haramkan dan sebaliknya...?
Contoh :majlis fatwa mengharamkan insuran konvensional dan menghalalkan Takaful.

anda tulis:

BARISAN NASIONAL dan PAS yang dikatakan memperjuangkan islam ini akan terpaksa mengundi Parti bukan islam untuk memenangkan pakatan mereka dan ini bererti BN dan PAS juga mengangkat parti bukan islam untuk menjadi pemimpin dan sikafir juga mengundi Parti BN dan PAS untuk sama sama menang...
Ini bererti parti sikafir juga bertanggungjawab mengangkat pemimpin umat Islam..

kami jawab:

apa masalahnya orang kafir undi orang islam??
anda masih bermimpi atau tak faham realiti sebenar kerusi dalam parlimen berdasarkan kaum???
dalam parlimen ada 222 kerusi.pada PRU12 UMNO yang mewakili melayu islam menang 79 kerusi berbanding parti bukan islam dalam kompenan BN sebanyak 61 kerusi sahaja.beza 18 kerusi.
Manakala dalam Pakatan Rakyat PKR +PAS= 54 kerusi berbanding DAP 28 kerusi.Kalau berdasarkan kepada bilangan kerusi NYATALAH KALAU PAS + UMNO SAHAJA ADA 102 KERUSI ORANG ISLAM( belum campur sebahagian kerusi PKR),SUDAH TENTU IKUT LOGIKNYA BILA ADA CADANGAN NAK LAKSANA HUKUM ISLAM ,102 KERUSI ADALAH MAJORITI(MENANG).

Tapi kenapa bila ada cadangan nak laksana hukum hudud di kelantan tidak berjaya??
Sebab 79 kerusi UMNO yang kununnya perjuang islam TIDAK SOKONG cadangan tersebut!!!

Anda kena faham realiti semasa sebelum nak hukum haram ke,syirik dll.

Konsep demokrasi tak salah sebab ia buatan manusia danSUDAH TENTU boleh diubah sebagaimana anda boleh ubah suai rumah yang anda beli sendiri.

TAPI BOLEHKAH ANDA UBAHSUAI RUMAH YANG ANDA SEWA??

SEKARANG SISTEM DEMOKRASI ITU ADA DITANGAN UMNO SEBAGAI PEMILIK DAN PAS PULA SEBAGAI PENYEWA.

KALAU ANDA NAK TENGOK DEMOKRASI ITU BOLEH DIUBAHSUAI ATAU TIDAK,SILALAH PAKAT RAMAI-RAMAI PANGKAH PAKATAN RAKYAT DALAM PRU13 NANTI....ALLAHU AKBAR!!!!
---------------------------------------------------
JUNDULLAH  3 February 2013 11:15
anda tulis:

Hukum Allah bukan untuk diundi oleh siapa yang suka dan siapa yang tidak suka, siapa yang mahu dan siapa yang tidak mahu.
Hukum Allah adalah untuk dilaksanakan...
tetapi inilah hakikat yang terjadi dalam perlembagaan demokrasi ciptaan musuh musuh islam kerana yang menentukan undang undang adalah parlimen..
hukum Allah terpaksa diputuskan oleh majoriti ahli parlimen..

kami jawab:

ayat ini sesuai kalau seluruh penduduk malaysia beragama islam dan PAS yang menjadi kerajaan.TAPI hakikatnya kita masyarakat majmuk.Tugas kita umat islamlah perlu mempamirkan keadilan dan kehebatan islam kepada bukan islam supaya dalam parlimen mereka akan undi perlaksanaan hukum islam tersebut.

sebenarnya kaedah undi ada dalam islam.buktinya pemilihan khulafa ar rasyidin adalah berdasarkan undian. jangan ambik contoh para nabi dan rasul dalam soal memilih pemimpin SEBAB KETAATAN KEPADA MEREKA ADALAH MUTLAK.(TAAT MUKMIN BANTAH MURTAD)

SEBALIKNYA SELAIN NABI KAEDAH UNDI ADALAH RELEVAN.BUKTINYA DALAM SOAL MEMILIH IMAM SOLAT HENDAKLAH DIPILIH YANG PALING FAQEH.TAPI JIKA ADA 2 ORANG YANG ALIM MAKA PILIH YANG PALING TUA.

Parlimen itu adalah tempat untuk membentang cadangan,bahas usul,undi dan terakhir meluluskannya.Parlimen tidak salah TAPI yang salah ialah orang yang menguasai parlimen itu.HUKUM ISLAM TIDAK AKAN DI HINA DI PARLIMEN SEKIRANYA KITA SEBAGAI PENGUNDI TIDAK MEMILIH ORANG YANG ANTI HUKUM ISLAM DUDUK DALAM PARLIMEN.
----------------------------------------------------
JUNDULLAH  3 February 2013 11:47
jawapan untuk isu video tu ada kat link ini:

http://al-hajari.blogspot.com/2012/03/nik-aziz-hina-nabi-menjawab-soalan.html

ada 4 part....

Sunday, February 3, 2013

Mati Dlm Kemalangan Ngeri Dalam Zina



by Mrbelia on 11:01 PM, 26-Mar-11
Semalam sewaktu saya dalam perjalanan pulang, dalam kereta, saya dengar satu cerita
yang sungguh dahsyat. cerita ini diceritakan oleh seorang ahli bomba dari utara
semenanjung. ini cerita benar sekali.....

Satu hari beliau dan rakan-rakan telah menerima satu panggilan palsu berkenaan satu
kemalangan yang telah berlaku di lebuhraya utara selatan. Oleh kerana untuk
mengesahkannya maka beliau dan rakan2 telah ketempat yang dikatakan oleh pemanggil
namun tiada apa yang terjadi disana. Dalam perjalanan pulang, waktu itu pukul satu pagi,
hujan turun renyai-renyai.

Di satu persimpangan susur keluar dari lebuhraya, mereka ternampak sebuah mpv mewah
yang terbalik dan remuk sekali kerana melanggar divider yang tajam. Mereka segera turun
dan melihat kemalangan itu dengan niat ingin menolong kiranya ada yang terselamat.
Tetapi apa yang mereka saksikan sungguh dahsyat dan menyayat hati. sesuatu yang tidak
tergambarkan dahsyatnya.

Mereka jadi terkedu, tergamam, tiada sepatah perkataan pun yang dapat menggambarkan
betapa dahsyatnya kejadian itu, semoga Allah melindungi kita semua dari kejadian yang
seumpama ini. Pemandu mpv mewah itu telah pun mati terkulai di kerusi pemandu kerana
kecederaan parah di kepala. Mpv tersebut begitu remuk sehingga bumbungnya menghimpit
kesemua pemandu dan penumpang di dalamnya.

Di bahagian belakang mpv mewah tersebut terdapat tiga susuk tubuh manusia. Seorang
wanita dalam empat puluhan dan dua lelaki dalam dua puluhan. Tidak terdapat seurat
benang pun pada tubuh mereka. bogel-sebogelnya. Wanita dan salah seorang lelaki itu
dalam keadaan berpelukan kepala mereka pecah, darah menyembur di merata tempat,
tulang rusuk mereka hancur dan tikam menikam antara satu sama lain, dahsyat sekali.
tulang punggung wanita itu pula hancur.

Lebih dahsyat lagi dengan jelasnya mereka lihat zakar lelaki itu masih di dalam kemaluan
wanita itu. Langsung mereka tidak dapat dipisahkan. Lelaki yang seorang lagi sedang
dalam nazak dengan kecederaan parah di kepala, dan sayup-sayup kedengaran
suaranya memanggil.. mummy.... mummy.... mummy...... Tangan pemuda yang melekat
pada perempuan itu masih memegang zakar lelaki yang nazak itu.

Ahli bomba itu terjelepuk. tidak pernah dalam hidupnya terbayang akan boleh terjumpa
keadaan seperti ini. Dengan semangat dari kawan-kawan, beliau segera bangun dan
mengambil gergaji besi untuk memotong kenderaan yang remuk itu. Mereka mesti
melakukannya secepat mungkin, sebelum kejadian yang memalukan itu dilihat oleh
orang ramai.

Dalam kegelapan malam itu mereka bertungkus lumus membuat apa yang patut.
Dalam kesibukan bekerja tiba tiba bulu roma ahli bomba itu meremang naik, badan nya
menjadi seram sejuk dan dada berdebar kencang. Sambil bekerja, dengan jelas dari
sudut mata beliau kelibat satu makhluk hitam yang sungguh besar memegang pedang,
dengan muka yang sungguh bengis dan berang, nafasnya mendengus radang, mundar
mandir dan mengelilingi kawasan kemalangan dengan gaya orang yang tersangat marah.
Dalam hati ahli bomba itu berkata, “Ya Allah, besarnya kekuasaan mu, mungkin inilah
dia malaikat maut yang dikatakan itu".

Mereka mengeluarkan mayat-mayat tersebut satu persatu kecuali mayat wanita dan lelaki
yang tidak dapat dipisahkan itu. Pada leher wanita tersebut terkalung tasbih yang
memancar apabila terkena cahaya. ahli bomba itu melihat dengan jelas terdapat ukiran
salib pada setiap butiran tasbih tersebut akibat pancaran cahaya bulan.
Astaghfirullah hal azim!!, masyaAllah!! apakah yang telah terjadi???
Selepas memeriksa dokumen pengenalan diri mayat2 tersebut, jelaslah bahawa wanita
itu adalah ibu kepada kedua lelaki tersebut. Agama yang tertera dalamnya ialah islam
dan nama-nama mereka didahului dengan mohd dan nur.........

Beginilah akibatnya orang yang telah melampaui batas melepasi garisan yang telah
di tetapkan oleh Allah. Balasan Allah terlalu pantas sehingga kita tidak sedar ianya datang.
Begitu juga orang yang menyebarkan dosa dan maksiat insan lain. Apa yang akan
terjadi jika orang lain terpengaruh dengan apa yang dilihat? Mereka akan melakukan
kemungkaran hasil pengaruh kita. Selagi mereka melakukannya selagi itu kita mendapat
bahagian dari kemungkarannya itu.

Apakah akan terjadi jika mereka melahirkan anak luar nikah? itulah tanggungan kita
hinggalah keakhir hayat mereka dan cucu cicit mereka. Akan datang apabila kita telah
berumur, janganlah kita tanya mengapa musibah terjadi kepada kita, mengapa anakku
cacat? Mengapa aku, anakku cucuku kena kanser? mengapa berlaku kemalangan yang
dahsyat hingga mencacatkan aku, anakku dan ahli keluarga ku? Mengapa aku di tipu?,
mengapa aku, anakku, ahli keluargaku dirompak, dirogol, dicederakan, mengapa ahli
keluargaku melakukan jenayah, dipenjara dan dihukum?

Sesungguhnya Allah itu maha adil. Dia akan membalas setiap apa yang kita lakukan
secara sedar atau tidak. Bertaubat dan kembalilah ke jalan yang diredai. Membuat dosa
adalah fitrah manusia. Allah akan mengampunkan dosa kita kepadaNya walaupun
sebesar mana sekalipun. Tetapi berbangga dengan dosa yang kita lakukan dan
mempengaruhi manusia lain untuk sama membuat dosa adalah seburuk-buruk dosa dan
hutang dosa ini bertambah selagi manusia yang kita pengaruhi itu membuatnya akibat kita.
renungkanlah........ dan selamat beramal.....