Thursday, December 6, 2012

Pesananan Karkun Untuk Karkun



Pesanan Buat Sahabat-Sahabat Di Dalam Jemaah Tabligh
Assalamu’alaikum wa Rahmatullahi wa Barokatuh…
Segala pujian bagi Allah SWT, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam buat junjungan mulia kekasih hati Nabi Muhammad SAW, penghulu kepada segala nabi dan rasul.

Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Illahi kerana sekali lagi kita telah dibangkitkan dalam keadaan bernyawa dan masih lagi diberi pinjaman nyawa kepada kita untuk meneruskan kehidupan di dunia ini dan mengutip segala hikmah yang disediakan oleh-Nya buat kita semua.
Wahai sahabat-sahabatku di dalam jemaah tabligh (JT), pertama-tamanya aku memohon seribu kemaafan andai nasihat atau kritikanku di dalam tulisan ini nanti ada yang mengguris hati sahabat sekalian.
Wahai sahabat-sahabatku di dalam JT, ini adalah pesanan ikhlas dariku buat kalian semua supaya kita sama-sama dapat merubah daripada yang buruk kepada baik dan daripada baik kepada yang lebih baik. Tidak dinafikan bahawa ada sesetengah pandangan yang mengatakan JT ini sesat, ahli bidaah dan sebagainya. Dan ada juga pendapat yang mengatakan bahawa JT ini adalah satu-satunya Jemaah Islam yang benar. Tapi aku tidak mahu mempertikaikan itu semua kerana aku lebih senang untuk mengambil pendapat yang sederhana dan pertengahan.
Wahai sahabat-sahabatku di dalam JT, tidakku nafikan bahawa jasa kalian kepada Islam begitu besar. Siapa yang mampu dan sanggup untuk mengajak manusia ke masjid dari rumah ke rumah dan dari pintu ke pintu jika tiadanya kalian? Siapa yang akan mengimarahkan masjid jika tanpa kalian? Sungguh aku mengakui bahawa jasa kalian untuk Islam teramat besar.
Cuma aku melihat ada beberapa perkara yang perlu diperbetulkan oleh kalian. Di sini aku sampaikan beberapa perkara yang aku rasakan penting untuk kalian tahu.

1) Double Standard Ketika Memilih Kuliah
      Aku melihat bahawa kebanyakkan kalian (p/s : tidak semua) hanya mendengar kuliah atau ceramah atau bayan yang disampaikan oleh ustaz-ustaz Tabligh sahaja. Apabila ada ustaz-ustaz tabligh yang memberi bayan atau ceramah, maka kalian berlumba-lumba bersila dan mendengar bayan yang disampaikan itu dengan penuh khusyuk tetapi malangnya apabila yang memberi ceramah atau kuliah itu bukanlah ustaz daripada Jemaah kalian, maka kalian berlalu dari situ atau membuat kerja-kerja lain seperti membaca al-Quran dan sebagainya.
Sedangkan aku sering mendengar ustaz-ustaz kalian ataupun daripada kalangan kalian sendiri sering melantunkan hadis Rasulullah saw yang bermaksud : 

Yaqulullahu ta’ala: Ana ‘inda Zanni ‘abdibi wa-ana ma-’ahu izha zhakarani fa-in zhakarani fi nafsihi zhakartuhu fi nafsi wa-in zhakarani fee mala-in zhakartuhu fee mala-in khairun minhum. Wa-in taqarraba illa basyibra taqarrabath ilaihi zhira-’an wa-in taqarraba ila zharra-’a taqarrabtu ilaihi ba-’an wa-in a-tani yamsyi ataituhu harwalah (Rawahu Al-Bukhari wa Muslim)

Aku itu berada pada i’tiqad hamba-hambaKu, Aku bersama mereka yang mengingatiku, jika mereka mengingatiKu di hadapan khalayak ramai, Aku mengingatinya di depan khalayak ramai yang lebih mulia daripada itu (para malaikat, anbiya’ , awliya’), jika hambaKu mendekatiku secara merangkak, Aku mendekatinya secara berjalan, jika hambaKu mendekatiKu secara berjalan, Aku mendekatinya secara berlari. (Riwayat Bukhari Dan Muslim)

Bukankah hadis ini yang kalian sering kali lantunkan tatkala sebelum memberi bayan? Jika aku tersalah maka perbetulkanlah. Jadi mengapa ketika ustaz-ustaz kalian memberi kuliah kalian duduk dan mendengar dengan khusyuk, tetapi mengapa kalian beredar dan membuat kerja lain apabila ustaz yang memberi kuliah itu bukan daripada kalangan ustaz-ustaz Jemaah kalian??? Adakah hadis yang kalian sering tuturkan ini hanya berhak untuk jemaah kalian sahaja???

Ingatlah Allah amat murka kepada seseorang yang berkata-kata tapi mereka tidak melakukan apa yang mereka katakan itu.
Firman Allah swt di dalam Al-Quranul Karim :

Wahai orang-orang yang beriman, kenapakah kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? Amat besar kebencian di sisi Allah bahwa kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan. (As Shaff:2-3)

Jadi, harapanku adalah supaya kalian semua sedar dan tuntutlah ilmu daripada mana-mana ustaz sekalipun. Duduk dan dengarlah apabila ada ustaz yang memberi ceramah walaupun ustaz itu bukan daripada kalangan jemaah kalian. Ingatlah, kalian menjadi contoh kepada masyarakat. Bagaimana mungkin orang yang melihat sikap kalian ini akan mendengar dakwah kalian. Jadi aku berharap kalian mampu berubah.

2)   Kepentingan Ilmu Dalam Dakwah

      Tahukah kalian peri pentingnya ilmu dalam berdakwah? Oleh sebab itu aku nasihatkan kepada kalian supaya di dalam berdakwah jangan sekali-kali mengabaikan ilmu. Sepatutnya apabila kalian berada di dalam gerakan dakwah kalian perlu untuk mendalami ilmu-ilmu agama di samping menjalankan gerak kerja dakwah. Aku berasa sedih apabila melihat ada di kalangan kalian yang bersungguh-sungguh melakukan kerja dakwah, tetapi apabila ditanya akan Islam itu sendiri pun mereka tidak mampu untuk menjawab. MasyaAllah. Bagaimana mungkin kalian mampu untuk menarik orang lain mendekati Islam jika diri kalian sendiri tidak mampu untuk memahami ajaran di dalam Islam. Dan bagaimana mungkin kalian mampu menyeru manusia untuk mendalami ilmu Islam jika kalian sendiri tidak mempunyai sikap mendalami ilmu. Ingatlah kembali surah as-Shaff di atas.
Muawiyah berkhutbah, bahawa dia mendengar Nabi s.a.w. bersabda, "Barangsiapa yang Allah kehendaki kebaikan maka Allah faqihkan dia terhadap agama. Aku (Nabi s.a.w.) hanyalah menyampaikan sedang Allah yang memberi. Sebahagian dari umat ini akan tetap berpegang teguh pada agama Allah, tidak ada yang dapat mempengaruhinya sampai hari kiamat nanti." (Riwayat Bukhari no. 69)
Oleh sebab itu berdakwahlah kerana itu kerja yang mulia, tetapi berdakwahlah dengan ilmu yang ada. Dan tuntutlah ilmu supaya apabila berdakwah nanti kalian akan berdakwah dengan ilmu dan bukannya dengan hawa nafsu.
Ingatlah bahawa Islam telah meletakkan asas dakwah buat pertama kali kepada Baginda Rasulullah s.a.w kepada menggarap ilmu pengetahuan menerusi ayat pertama turun daripada Allah melalui perantaraan Malaikat Jibril a.s.

Mana mungkin Baginda Nabi mampu menyeru manusia dengan pelbagai ragam cita rasa peribadatan pada masa itu tanpa dibekalkan Allah dengan ilmu.

Sesungguhnya ilmu itu boleh diperolehi dengan jalan membaca, memikirkan tanda-tanda kebesaran Allah terhadap bahan-bahan ciptaan-Nya, memerhatikan kebesaran kerajaan Allah dalam mentadbir bumi dengan segala kebenaran daripada-Nya.

Malah Islam telah menyediakan satu dasar dalam konsep ‘Usul Fiqh’, bahawa semua amal ibadat seseorang itu yang tidak disandarkan dengan kefahaman ilmu dan makrifat, maka ia akan terbatal dengan sendirinya.
Ia memberi maksud, jika seorang muslim yang rajin beramal ibadat, tetapi amalan-amalan yang dilakukannya bukanlah kerana atas kefahaman yang dipelajarinya, malah lebih kepada warisan secara tradisi, maka adalah dibimbangi, amalannya itu tidak diterima di sisi Allah s.w.t.

Jadi betapa pentingnya ilmu bukan sekadar dalam berdakwah, tetapi di dalam kehidupan seharian.

3) Fikrah Dan Pembacaan

Wahai sahabat-sahabatku di dalam JT, di sini aku ingin berpesan kepada kalian, janganlah kalian mendakwa bahawa hanya dakwah kalian sahaja yang mengikuti sunnah Rasulullah saw. Sebab metode dalam melaksanakan kerja dakwah ini pelbagai. Jemaah kalian beri'tiqad berdakwah secara mengajak dari rumah ke rumah, dan jemaah lain mungkin beri'tiqad berlainan dengan kalian semua. Ingatlah Rasulullah saw bukan sahaja berdakwah dari rumah ke rumah tetapi Rasulullah saw juga berdakwah melalui politik. Jadi setiap jemaah ada metode tersendiri jadi janganlah kalian mendakwa bahawa jemaah kalian sahaja yang mengikut sunnah dengan hujjah jemaah kalian diambil daripada salah satu sifat-sifat Nabi saw iaitu Tabligh. Itu bagi aku tidak betul. Dan janganlah kalian hanya menghadkan bacaan kalian melalui buku-buku yang dikarang oleh ulama’ jemaah kalian sahaja tetapi perluaskanlah pembacaan kalian supaya kalian mengetahui agama Islam ini secara menyeluruh bukan setakat apa yang disampaikan oleh jemaah kalian sahaja.
 
4)   Pandangan Terhadap Politik  

      Politik!!! Aku pasti perkataan ini pasti tidak mahu didengari oleh kalian semua. Aku berasa cukup sedih dan terkilan apabila bermuzakarah dengan sahabat-sahabatku di dalam JT.  Mengapa kalian secara sewenang-wenangnya mengatakan tiada politik dalam Islam??? Mengapa kalian secara tidak mengambil peduli akan politik yang penting dalam mendirikan daulah Islamiyyah.
“Kita perlu menerapkan iman dalam diri masyarakat. Kalau iman dah kuat insyaAllah Allah akan tolong. Tengok zaman Nabi dulu. Bila iman para sahabat kuat, InsyaAllah Allah akan tolong kita dapat daulah.” Jawapan seorang rakanku ketika ditanya tentang politik.
Jika benar apa yang kalian tuturkan itu, aku pasti para Sahabat Nabi saw tidak perlu berjihad dengan peperangan untuk menaikkan agama Allah. Jika apa yang kalian katakan itu adalah hakikat yang sebenar, aku pasti tiada seorang pun dari kalangan Sahabat Nabi saw yang darahnya tumpah di medan jihad. Dan jika benar Allah akan membantu kita hanya kerana iman aku pasti tiada di kalangan Sahabat Rasulullah saw yang mendapat syahid di medan perang semata-mata dalam usaha menaikkan Khilafah Islamiyyah. Ya, aku sedar memang politik zaman Rasulullah saw dan sekarang berbeza kerana keadaan semasa atau waqi' sentiasa berubah. Tetapi tidaklah bermakna tiada politik di dalam islam. Jika politik sekarang dikatakan politik kotor maka tanggungjawab kitalah untuk membersihkannya. Kerana tanpa politik kita tidak akan mungkin mampu menawan negara dan mengamalkan Undang-Undang Islam dalam pentadbiran.

Jadi, nasihatku buat sahabat-sahabat sekalian, bersama-samalah kita dalam bergerak seiring bersama gerakan-gerakan Islam yang lain. Betapa indahnya jika kalian mampu mengajak manusia ke masjid, jemaah lain dapat menyampaikan penjelasan tentang politik, yang lainnya cuba untuk berdakwah kepada remaja dan sebagainya. Jika ini semua dapat digabungkan, aku pasti Daulah Islam akan dapat tercapai. Janganlah diantara jemaah mencemuh jemaah yang lain kerana daku pasti para-para masyaikh tidak mahu kita melakukan sedemikian. Tiada siapa mahukan perpecahan. Tetapi jika kita mencemuh sesama jemaah, maka sebenarnya kita telahpun menjadi dalang kepada perpecahan (p/s : Nasihat ini buat semua ahli gerakan Islam bukan kepada JT shja). Saling membantulah kita dalam menyampaikan Islam, menyeru kepada kebajikan, menyuruh yang ma'ruf dan mencegah yang munkar. Moga-moga amalan kita yang sedikit ini akan dipandang oleh Allah swt.

MEMBINA RUMAH PERLUKAN PELBAGAI ALAT PERTUKANGAN

Seperti juga membina rumah,kita memerlukan gergaji, tukul, pahat, pemutar skru, tangga dan pelbagai lagi peralatan, maka samalah juga dengan Islam. Untuk mewujukan sebuah negara Islam dan rakyatnya yang baik maka semua peralatan ini diperlukan. Perjuangan Islam tidak boleh tertumpu hanya kepada politik semata-mata, tidak boleh hanya tertumpu pada dakwah dari rumah ke rumah semata-mata, tidak boleh hanya tertumpu pada kuliah-kuliah agama di masjid semta-mata. Ianya memerlukan gabungan dari kesemua ini. Mungkin sesetengah pihak termasuk alim ulama ada yang memilih jalan berpolitik, ada yang memilih jalan dakwah melalui ceramah-ceramah di surau ataupun pondoknya, dan ada juga yang mengambil kesempatan untuk keluar berdakwah dari rumah ke rumah. Ianya suatu kombinasi yang sangat baik. Semuanya merupakan suatu kepentingan didalam Islam. Jika para ustaz dan ustazah di sekolah agama memperjuangkan Islam dengar mengajar murid-muridnya akan ilmu agama, maka ulama di dalam politik pula perlu untuk mempromosikan islam dan berusaha menegakkan sebuah negara Islam. Malah jemaah-jemaah tabligh pula menjalankan tugasnya untuk berdakwah dari rumah ke rumah.

Amat baik akan semua kerja dakwah ini. Jangan lah kita menafikan antara satu sama lain akan perjuangan Islam ini. Ianya akan bertambah teguh jika setiap kelompok jemaah dari kelompok yang berbeza memahami prinsip ini tanpa mempertikaikan antara satu sama lain. Dan ia akan bertambah baik jika masing-masing menyokong antara satu sama lain. Tidak perlu memilih bulu, apabila tiba giliran ceramah golongan tabligh, ahli-ahli masjid yang biasa mendengar ceramah ustaz-ustaz lain akan meninggalkan kuliah ilmu yang dilakukan oleh jemaah tabligh (berdasarkan pengalaman ditempatku). Mengapa kita tidak mahu mendengarnya, sedangkan mereka menceritakan tentang sirah Rasulullah saw, ingatan kepada melakukan amal-amal yang baik dan peringatan supaya meninggalkan perkara maksiat.

Akhirul Kalam,
Aku sekali lagi memohon berjuta-juta kemaafan andai ada kata-kataku yang mengguris hati dan perasaan sahabat-sahabat JT sekalian. Niatku tidak lain hanyalah ingin memberi sedikit teguran dan nasihat melalui apa yang aku ketahui ketika bermuzakarah dengan sahabat-sahabatku yang berada di dalam JT. Andai ada yang aku tersalah, bolehlah perbetulkan karena aku ini hanyalah insan yang sering melakukan kesalahan. Komen kalian amat aku alu-alukan.
Wallahu’alam. Khuruj sini

DETIK-DETIK KEWAFATAN KEKASIH ALLAH



Raudah Nabi yang disabda Baginda sebagai taman dari taman-taman syorga. Posisinya diantara Mimbar dan rumah Nabi s.a.w tempat nabi istirehat diwaktu hidup dan wafatnya, sesungguhnya Nabi Muhammad s.a.w tetap hidup.

Detik-detik Rasulullah SAW Menghadapi Sakaratul Maut…

Ada sebuah kisah tentang cinta yang sebenar-benar cinta yang dicontohkan Allah melalui kehidupan Rasul-Nya. Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning, burung-burung gurun enggan mengepakkan sayap. Pagi itu, Rasulullah dengan suara terbatas memberikan kutbah…..

“Wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya. Maka taati dan bertakwalah kepada-Nya. Kuwariskan dua perkara pada kalian, Al Qur’an dan sunnahku. Barang siapa mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk syurga bersama-sama aku.” Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah yang tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu persatu. 

Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Umar dadanya naik turun menahan nafas dan tangisnya.Usman menghela nafas panjang dan Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam. Isyarat itu telah datang, saatnya sudah tiba. “Rasulullah akan meninggalkan kita semua,”keluh hati semua sahabat kala itu. Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan tugasnya di dunia.Tanda- tanda itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan cergas menangkap Rasulullah yang berkeadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar.
“Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malakul maut,”

Disaat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik berlalu. Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah masih tertutup. Sedang di dalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya. Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam.

 “Bolehkah saya masuk?” tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, 
“Maafkanlah, ayahku sedang demam,” kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu. 

Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah,

 “Siapakah itu wahai anakku?” “Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya,” tutur Fatimah lembut. 

Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang. 

“Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malakul maut,” kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya.

Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya. Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini. 

“Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?” Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah.

 “Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu, ” kata Jibril. 

Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan. 

“Engkau tidak senang mendengar khabar ini?” Tanya Jibril lagi.

 “Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?” 

“Jangan khawatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: ‘Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya,” kata Jibril.

Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. 

“Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini.” Perlahan Rasulullah mengaduh.

Fatimah terpejam, Ali yang disampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka. 

“Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?” Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu.

“Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal,” kata Jibril. 

Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik, kerana sakit yang tidak tertahankan lagi.

 “Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku.”

Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya. 

“Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku” Peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu.”

Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan. 

”Ummatii, ummatii, ummatiii..! “ - “Umatku, umatku, umatku” 

Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Kini, mampukah kita mencintai sepertinya? Allahumma sholli ‘ala Saidina Muhammad wa baarik wa salim ‘alaihi Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.

Kirimkan kepada sahabat-sahabat muslim lainnya agar timbul kesedaran untuk mencintai Allah dan RasulNya, seperti Allah dan Rasulnya mencintai kita. Kerana sesungguhnya selain daripada itu hanyalah fana belaka.

Ya Allah Ya Tuhan kami, dengan berkat kemulian KekasihMu Insan yang tiada taranya jadikanlah kami hambaMu yang mengasihi Kekasih dan kekasih-kekasihMu dan dicintai Kekasih dan kekasih-kekasihMu dan Kasihilah hambaMu ini duhai yang Maha Pengasih.
Amin….

Wednesday, December 5, 2012

SERBAN RASULULLAH



Pelindung Kepala Rasulullah SAW
Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam selesa dengan sentiasa memakai penutup kepala. Kebiasaannya Baginda mengenakan apa yang dipanggil ‘Qalansuah’ (kopiah) sama ada dengan ‘Imamah’  (serban) atau tanpa serban. Pada waktu-waktu tertentu BagindaSallallahu Alaihi Wasallam turut memakai ‘Qithri’ (mafla / selandang) di kepala terutama pada cuaca panas dan berdebu. Baginda juga ada memakai topi besi sewaktu peperangan.
Terdapat banyak hadis menceritakan mengenai serban Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam serta ciri-cirinya. Antaranya:
Bentuk Serban
Bentuk kopiah atau serban yang dipakai oleh Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam adalah melonjong dan runcing ke atas. Kain ‘Imamah’  (serban) yang dililitkan pula separuh daripada ketinggian kopiah dan berekor di belakang separas belikat. Topi besi BagindaSallallahu Alaihi Wasallam juga turut berbentuk sebegini.
As-Sahab
Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam mempunyai serban yang dikenali sebagai ‘as-sahab’ (awan) yang  diberikan kepada Sayyidina Ali r.a. Kadang-kadang Ali r.a. datang dengan memakai ‘as-sahab’. Lalu Nabi SAW bersabda, “Datang Ali kepadamu dengan memakai as-sahab.”
Serban Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam di Muzium Topkapi Turki. Kerajaan Uthmaniyyah banyak mewarisi khazanah Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam.

Serban Hitam
Rasulullah  Sallallahu Alaihi Wasallam kerap dilihat mengenakan serban berwarna hitam.
 “Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam memasuki kota Makkah pada waktu Fathu Makkah (pembebasan kota Makkah), Baginda memakai serban hitam.” (Diriwayatkan oleh Muhammad bin Basyar, dari Abdurrahman bin Mahdi, dari Hammad bin Salamah. Hadis ini pun diriwayatkan pula oleh Mahmud bin Ghailan, dari Waki, dari Hammad bin Salamah, dari Abi Zubair yang bersumber dari Jabir r.a.)
Rasulullah  Sallallahu Alaihi Wasallam juga suka berserban hitam ketika berpidato, bagi menunjukkan rasa rendah diri Baginda. “Sesungguhnya Nabi Sallallahu Alaihi Wasallamberpidato di hadapan umat, Baginda memakai serban hitam.” (Diriwayatkan oleh Mahmud bin Ghailan dan diriwayatkan pula oleh Yusuf bin Isa, keduanya menerima dari Waki’, dari Musawir al Waraq, dari Ja’far bin Amr bin Huraits yang bersumber dari bapanya.)
“Saya pernah melihat Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam di atas mimbar, dan dikepalanya terdapat serban hitam yang Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam julurkan kedua hujungnya di antara kedua bahu Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam.” (Hadis diriwayatkan oleh Muslim r.a, Abu Daud r.a dan an-Nasaei r.a.)
Amr bin Huraits berkata: “Aku melihat serban hitam di atas kepala Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam.” (HR. Tarmidzi r.a.)

Minyak Rambut
Baginda juga pernah menggunakan minyak rambut sebelum mengenakan serban. Ibnu Abbas r.a. menyatakan: “Sesungguhnya Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallamberpidato di hadapan ummat. Waktu itu Baginda mengenakan serban, dan serbannya ada kesan minyak rambut.” (HR. At-Tarmidzi dan Ibnu ‘Abbas)

Kedudukan Ekor Serban
Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam memakai serban dengan memulakan sebelah kanan dan membukanya dengan memulakan sebelah kirinya. Sewaktu berserban, biasanya BagindaSallallahu Alaihi Wasallam melepaskan hujung serban ke belakang iaitu di antara dua belikat Baginda.
Dalam sebuah riwayat yang bersumber dari Ibnu ‘Umar ra. dikemukakan : “Apabila NabiSallallahu Alaihi Wasallam memakai serban, maka dilepaskannya ujung serbannya di antara kedua belikat Baginda.” Kemudian Nafi’ berkata: “Ibnu ‘Umar juga berbuat begitu.” ‘Ubaidullah berkata: “Kulihat al-Qasim bin Muhammad dan Salim, keduanya juga berbuat demikian.” (HR. Tarmidzi. Diriwayatkan oleh Harun bin Ishaq al Hamdzani, dari Yahya bin Muhammad al-Madini, dari Abdul Aziz bin Muhammad, dari Ubaidullah bin Umar, dari Nafi’, yang bersumber dari Ibnu ‘Umar.)
Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam juga ada melepaskan ekor serban kanan dan adakalanya ke kiri yang menjadi ikutan dan amalan alim ulama.

Pandangan Habib Mundzir al Musawa



Pandangan Habib Mundzir al Musawa Tentang Jemaah Tabligh
Menanggapi pertanyaan maka Habib Mundzir al Musawa memberikan beberapa tanggapan seputar Jamaah Tabligh. Berikut beberapa rangkuman point-point tanggapan beliau:

Kurang Pengetahuan Syariah,

Jamaah tabligh ini baik ajarannya secara umum, namun ada beberapa hal yg perlu diperbaiki,di antaranya mereka sering meninggalkan keluarga mereka, berhari-hari, bahkan berbulan-bulan. Tentunya merupakan kesalahan individu, tidak sepantasnya pergi berdakwah meninggalkan nafkah di rumah, dakwah hukumnya fardhu kifayah dan nafkah hukumnya fardhu ain, maka tak sepantasnya mereka meninggalkan keluarga tanpa nafkah. Namun sepanjang yang saya tahu ajaran Jamaah Tabligh itu sendiri tidak memerintahkan untuk melupakan nafkah, namun kesalahan individunya dan ada hal lain yaitu kurangnya ilmu pengetahuan mereka dalam syariah. Salah satu saudara seperguruan saya di Yaman, yaitu Habib Saleh Aljufri (Solo) ia anggota Jamaah Tabligh, sering ke Pakistan dll, tidak bermasalah dan kita tidak memusuhinya, dan kesimpulan pendapat saya bahwa Jamaah Tablig baik dan mulia programnya, namun kekurangannya adalah kurang memperhatikan ilmu syariah.

Kurang Memiliki Dasar Ilmu Fiqh

Kelemahan mereka ini kurang dalam dasar-dasar ilmu fiqih, karena ilmu fiqih sangat vital bagi da'i, apalagi mereka itu tinggal di masjid dan i'tikaf, yang lima waktu dipantau oleh masyarakat awam, kesimpulannya saya sangat gembira dengan keberadaan gerakan JT. Namun sungguh akan lebih baik jika uang dan waktu untuk dakwahnya itu mereka pakai untuk belajar ilmu syariah, karena belajar ilmu syariah adalah fardhu 'ain, dan dakwah adalah fardhu kifayah. Misalnya setiap minggunya hadir majelis taklim, atau setiap bulannya mereka mondok pada kyai atau Ustaz selama 3 hari dan belajar fiqih ibadah, lalu beberapa bulan kemudian mereka mengunjungi pesantren2 utk praktek dakwah, jika salah maka ada yg membetulkan, nah lalu terjunlah ke masyarakat sebagai Da'i atau di kalangan mereka sendiri dari para ulama nya, membuat acara taklim, misalnya hal hal seperti itu menurut saya mesti lebih didahulukan daripada berdakwah tanpa dasar ilmu, namun kita tidak anti terhadap mereka, mereka saudara2 kita yg punya semangat dalam dakwah, kita doakan saja.
Terpengaruh Wahabi.

Kita tidak menilai Jamaah Tablig sesat, cuma yg diperjelas disini adalah ada beberapa hal yg mesti diperbaiki pada jamaah tabligh dari keluhan masyarakat. Sebagaimana banyak diantara personil mereka di pelbagai negara telah terpengaruh dg wahabi, sebab wahabi menggembar-gemborkan tidak fanatis madzhab, dan menganggap dirinya sesuai dg sunnah dan hadits shahih, maka sebagian jamaah tablig tertipu dg ucapan ini dan mengikuti manhaj mereka. 

Dengan ketertipuan itu, mereka bukan berdakwah tapi menebar fitnah, dan ebanyakan
jamaah tablig di Indonesia ini dirasuki wahabi, dengan alasan tidak fanatik madzhab, padahal adalah kebodohan atas semua madzhab. Kita mengemukakan dan memperjelas hal itu, dan hal semacam itu wajar saja dan merupakan kritik membangun.
Mirip Sufi yang tidak Mengabaikan Syariah.

Mereka ini mirip sekelompok sufi, namun satu hal, mereka tak mementingkan ilmu syariah, bukan berarti para pesertanya tak ada yg ulama, justru pesertanya ada ulama, umara, aghniya, fuqara, dan seluruh lapisan masyarakat, baru saja beberapa hari yg lalu saya ke Kuala Lumpur, saya melihat jamaah tabligh yg akan berangkat ke K'lumpur, saya sempat ngobrol dg salah satu dari mereka, sebagaimana biasa bahwa jamaah tabligh ini sopan dan sangat santun, mereka bicara bahwa mereka akan dakwah ke Kualalumpur, tentunya dg uang  tabungan sendiri, ongkos sendiri, pakaian mereka kumal, memang demikian keadaan para sufi, hal seperti itu dimaksudkan utk Qahrunnafs (menghancurkan hawa nafsu), agar berani tampil dg tdk tergubris dan tdk perlu malu didepan orang orang modern.

Saya berbicara selembut mungkin, "Sungguh jika anda berpakaian rapi dan bersih, merapikan  jenggot, bukan menghilangkannya, namun rapikanlah, dan berpakaian rapilah, sungguh Rasul saw mencintai kerapihan dan kebersihan".

Maka ia menjawab, "Kami bukan Da'i ahli dunia", (maksudnya kira-kira: kami ini bukan da'i sok modern sepertimu), seraya berkata demikian sambil melirik HP Nokia E90 saya dan laptop di pangkuan saya.

Saya diam.

Lalu ia berkata lagi: "Pak ustad mau kemana?"

Saya jawab: "Dakwah juga, saya ada undangan ceramah di Universitas Islam selangor
Kualalumpur untuk ceramah di Masjid Al Azhar di univ itu. Anda mau hadir?"

JT: "Insya Allah. Pak ustadz ke sana atas biaya sendiri?"

Saya: "Bukan, dengan biaya mereka yg mengundang"

JT : "Kami dakwah dengan biaya sendiri"

Saya menunduk, lalu saya berkata: "Saya hargai ketulusan anda untuk berdakwah dg uang sendiri, tapi kalau menurut saya, coba kalau uang itu anda pakai untuk mendalami ilmu syariah dan ilmu ibadah dulu, maka ilmu itu akan abadi menemani anda, anda akan dakwah kemana saja dan akan dibiayai oleh orang lain, karena anda berilmu, maka dakwah anda berkesinambungan, namun kalau seperti keadaan anda sekarang ini, bila uang anda habis maka dakwah anda berhenti, bila anda tak punya uang maka anda tak bisa dakwah, namun kalau anda berilmu maka anda bisa 24 jam dakwah sepanjang umur" lalu saya berkata lagi sambil tak melihat wajahnya: "kalau saya lebih senang menghabiskan waktu dan uang sebanyak banyaknya untuk belajar, karena setelah itu selama lamanya saya tak perlu mengeluarkan uang lagi"

Ia terdiam, dan kami terpisah karena telah waktunya masuk pesawat.

Memiliki Tujuan Mulia

Jamaah Tabligh adalah baik dan bertujuan mulia secara umum, walaupun ada beberapa hal berupa kritik yg membangun untuk personil personilnya.

Fanatisme Aliran

Mengenai boleh atau tidaknya berdakwah tanpa memiliki ilmu yang cukup, sungguh tak ada larangannya, namun dakwah ini butuh metode, bukan asal dakwah tanpa memperhatikan cara yg benar, jamaah tabligh mendakwakan mereka tidak fanatis madzhab, namun mereka sendiri fanatis madzhab dan sering menebar fitnah,'mereka masuk ke masjid yg bukan bermadzhab syafii dan saat menjadi imam mereka tak mengeraskan basmalah, kenapa?, alasannya tidak mau fanatik madzhab, nah justru.. bila mereka masuk ke wilayah madzhab syafii maka jangan keras kepala dengan fanatik madzhabnya sendiri hingga seluruh makmum harus mengikuti madzhabnya, ini pemahaman batil dari bentuk kebodohan dalam dakwah, mereka bukan berdakwah tapi menebar fitnah,dan kebanyakan jamaah tablig di Indonesia ini dirasuki wahabi, dengan alasan tidak fanatik madzhab, padahal adalah kebodohan atas semua madzhab, sebagaimana di Masjid Kb Jeruk Jakarta, di masjid itu dahulu ada majelisnya Guru kita Al Allamah KH Syafii Hadzamiy rahimahullah, beliau itu adalah guru dari hampir semua kyai di Jakarta, sanad beliau muttashil pada para Huffadh di zamannya, seperti Al Hafidh Alhabib Salim bin Jindan, AL Musnid Alhabib Ali bin Abdurrahman Al Habsyi kwitang dl, ketika sang guru besar ini sedang mengajar, maka waktu adzan dhuhur, maka jamaah tabligh langsung adzan dan iqamat dan shalat, sang guru terpaksa beringsut tergopoh gopoh menyingkir.., inilah kebodohan mereka, mana ulama mereka?, tak satupun kah ada yg tahu bahwa Rasul saw seringkali menunda iqamat shalat bila ada hajat?, dan apakah tak satupun dari mereka tahu bahwa Rasul saw bersabda : "kalian tetap dalam pahala shalat selama kalian menantikannya"..?, hadits hadits itu adalah dalil bahwa shalat fardhu sunnah ditunda bila ada majelis ilmu, agar hadirin yg datang turut mendengar pula ilmu yg diajarkan, tentunya tidak lama lama, misalnya 15 menit, atau 20 menit, dan yg makruh dalam menunda pelaksanaan shalat fardhu adalah kesibukan duniawi, bukan kesibukan ibadah pula semacam ilmu syariah, bahkan para ulama sengaja menjadikan pelajaran Ilmu syariah adalah sebelum shalat, agar makmum tak bubar, karena bila habis shalat maka masyarakat awam umumnya bubar, maka mereka tak mendengar ilmu, namun karena kebodohan mereka (kalau tidak salah yg di Masjid kb Jeruk itu adalah pusatnya bagi mereka yah..?), ternyata disana tak ada satupun yg menyangga, dan kemudian Guru Syafii Hadzamiy rahimahullah menyingkir dari masjid itu karena sudah dipenuhi kebodohan yg diselubungi kesombongan.

Dakwah perluh Ilmu

Mereka mesti kita perlakukan sebagaimana kita memperlakukan saudara kita muslimin, dihimbau dg sopan dan dinasehati untuk memperdalam ilmu, sebab mereka itu para da'i, da'i adalah derajat mulia, namun da'i yg tak berilmu akan menyesatkan ummat, oleh sebab itu kita mesti mengingatkan mereka, agar mereka terus berdakwah namun memperdalam ilmunya, jangan hanya besar semangat dalam menasehati orang namun lupa bahwa menasehati orang itu butuh keluasan ilmu, karena bisa mneyesatkan banyak orang. bukan berarti mereka itu kesemuanya tak berilmu, banyak diantara para ulama dan fuqaha yg mengikuti jamaah tabligh dan khuruj, namun secara program keseluruhannya, jamaah tablig mengajak orang orang untuk berdakwah, dan kebanyakan dari kelompok mereka yg baru bertobat, hal ini sangat baik bagi personil tabligh itu sendiri, namun acapkali merusak pemahaman masyarakat, karena masyarakat banyak bertanya hukum2 kepada mereka dan mereka memberikan jawaban yg tidak benar.Dan salah satu dari program jamaah tabligh adalah tidak terpaku pada madzhab, hal ini baik maksudnya, karena demi persaudaraan muslimin antara mereka, namun buruk dampaknya bila dilakukan oleh orang yg kurang berilmu, mereka akan bercampur baur antara pemahaman syiah, sunnah, al irsyad, sufi dll. hingga muncullah bentuk pemahaman yg tak menentu, mereka tidak mau mengacu kepada ulama syafii, karena tak mau fanatik madzhab, padahal justru hal yg benar adalah berpegang pada satu madzhab namun menghargai madzhab lainnya, Kebanyakan dari jamaah tabligh masuk ke masjid yg bermadzhab syafii, mengimami shalat dan tak mengucap basmalah, atau mengimami subuh dan tak berqunut, maka ini justru meresahkan masyarakat, memang betul hal hal seperti ini adalah ikhtilaf furu'iyah, tapi tidak sepantasnya dilakukan dihadapan masyarakat awam hingga mereka bingung mana sih yg benar?, karena dakwah bukan sembarang menasihati, namun butuh uslub (metode) yg jelas dan menyesuaikan diri dg keadaan masyarakat setempat. Saudaraku saya bukan memfitnah, belasan masjid yg mengadukan hal ini, dan saya mengenal jamaah tabligh bukan hanya di Indonesia, namun sejak saya menuntut ilmu di Yaman saya telah jumpa dg mereka, sejak th 1994 kami bergaul  akrab dg mereka, Guru saya (Habib Umar Ibn Hafidz) pun berpendapat sama dengan yg saya  sampaikan, bahwa Jamaah Tabligh mempunyai celah yg perlu diperbaiki, yaitu keterbatasan ilmu syariah dari personilnya, karena personilnya bukan ratusan, tapi jutaan, bahkan di Yaman kebanyakan Jamaah Tabligh terpengaruh faham Ibn Abdulwahhab yg memusyrikkan muslimin yg tawassul dlsb, dan sebagian di Indonesia pun demikian. Guru saya banyak bergaul dan pernah khuruj dengan Jamaah Tabligh, demikian pula ayah beliau, Al Allamah Alhabib Muhammad bin Salim bin Hafidh, beliau pernah pula hadir ke Pakistan untuk menghadiri ijtima' tahunan Jamaah Tabligh. Saya pun pernah khuruj dg jamaah tabligh di Makasar, hingga bersama sama ke Pinrang, mereka ramah, sopan dan mencintai sunnah, namun itulah barangkali ada kekurangannya, yaitu keterbatasan ilmu dari sebagian besar personilnya, hingga tercampurnya banyak pemahaman.

Saya sesekali tak mengatakan bahwa mereka ini sesat, mereka ini mencintai sunnah,
programnya adalah menegakkan sunnah, maksudnya adalah dakwah semata, dan dasar utamanya adalah sufi, namun ada beberapa hal yg perlu dikoreksi.

p/s : Ana mengeluarkan artikel ini berhubungkait dengan penulisan ana sebelum ini :Pesanan Buat Sahabat-Sahabat Di Dalam Jemaah Tabligh. Dan pandangan Habib Mundzir ini kebanyakkannya melihat kepada realiti yang berlaku di Indonesia. Jadi mungkin ada sesetengah daripada pandangannya itu tidak terjadi dalam di Malaysia. Walaubagaimanapun sama-sama kita ambil iktibar dan cuba mengubah kekurangan-kekurangan yang ada supaya diri kita dan juga jemaah akan menjadi lebih mumtaz. Wallahu'alam