Thursday, November 15, 2012

SEIMBANGKANLAH KEHIDUPAN DUNIA DAN AKHIRAT



Ada hadis Rasulullah SAW yang mengatakan bahawa orang miskin lebih ringan hisabnya dan lebih awal masuk ke syurga. Kenyataan Rasulullah SAW ini haruslah kita lihat sebagai satu bentuk motivasi diri agar berwaspada tatkala dikurniakan Allah SWT dengan limpahan harta benda. Ini bukannya satu penghalang buat kita berusaha di dunia atau meninggalkan visi untuk menjadi seorang yang kaya.

Sebaliknya kenyataan Rasulullah SAW itu perlu diteliti dari perspektif murni yang mengajak kita supaya sentiasa dalam sifat kewaspadaan terhadap pemilikan harta sehingga hanyut dalam kenikmatannya. Juga mendidik kita supaya memanfaatkan harta kekayaan ke jalan yang menjurus kepada kehendak agama. Islam tidak pernah membawa umatnya ke arah negatif yang berbentuk pesimis dengan mengetepikan nikmat dunia lantaran mengejar ganjaran ukhrawi.

Walaupun kita lihat begitu ramai golongan ahlus sufah pada zaman Rasulullah SAW iaitu golongan miskin, tetapi mereka tidak terbabit dalam amalan negatif seperti meminta-minta. Apa yang berlaku ialah golongan miskin itu dibantu secara sukarela oleh golongan mukmin yang kaya. Inilah semangat ukhuwah yang jitu pada zaman Baginda.

Apa yang ditegah adalah sikap bakhil, kecintaan melampau terhadap nikmat dunia dan kurang peka terhadap golongan memerlukan bantuan. Sikap seumpama ‘enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing’ sebenarnya tidak ada dalam kamus Islam. Tinjaulah bagaimana mereka yang berada dalam kelompok mukmin yang bergelar hartawan seperti Uthman bin Affan, Abdul Rahman bin Auf mempamerkan nilai diri yang melandasi tuntutan agama. Mereka langsung tidak sayang dan kedekut dengan harta yang mereka miliki, sebaliknya merekalah yang muncul sebagai penyumbang utama kepada usaha meningkatkan syiar agama termasuk dalam aspek menyalurkan aneka bantuan kepada masyarakat. Sejarah dengan jelas merekodkan dalam tinta emas kedudukan mereka itu yang begitu berperibadi luhur dalam kerja-kerja membantu golongan miskin. Inilah sebenarnya yang Islam kehendaki, iaitu yang kaya membantu mereka yang miskin. Barulah bermakna dan bermanfaat segala harta dunia yang dimiliki.

Pesanan Allah SWT berikut ini wajar kita ingat selalu yang Firman-Nya: 
“Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian rahmat-Nya yang melimpah-limpah) dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi, sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang berbuat kerosakan.” (Maksud Surah al-Qasas ayat 77)

Justeru, daripada apa yang dinyatakan Allah SWT itu jelaslah bahawa kita digalakkan supaya berusaha menggandakan usaha mencari kekayaan dunia tetapi dalam kerangka piawai hidup yang seimbang untuk dunia dan akhirat. Dengan demikian kita sebenarnya dianjurkan berusaha gigih memperoleh kekayaan dunia agar dapat mempertingkat kualiti ibadat yang berhubung secara langsung dengan Allah SWT dan sesama manusia. Inilah yang diarahkan kepada kita semua.

Allah SWT ada berfirman yang bermaksud, 
“Orang yang membelanjakan (mendermakan) hartanya pada waktu malam dan siang, dengan cara sulit atau berterang-terangan, maka mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka dan tiada kebimbangan (daripada berlakunya kejadian yang tidak baik) kepada mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.” (Maksud Surah al-Baqarah ayat 274).
Menyentuh firman Allah SWT ini, Imam al-Khazin dalam tafsirnya memberitahu kita bahawa: “Dikatakan bahawa ayat ini berlaku umum untuk setiap orang yang membelanjakan harta mereka pada setiap waktu dan merata untuk semua kalangan, baik yang berada dalam kesulitan memenuhi keperluan, dan mereka yang meminta-minta serta hidup dalam kemelaratan.”

Rasulullah SAW sepanjang hayat Baginda sangat memandang tinggi sikap dermawan yang tidak bakhil dengan menyumbangkan hartanya ke jalan kebaikan.
Dengan kenyataan yang juga berbentuk satu motivasi buat umatnya, baginda berpesan kepada kita:“Tangan yang di atas lebih baik daripada tangan yang di bawah, dan tangan yang di atas suka memberi dan tangan yang di bawah suka meminta.” (Hadis riwayat Bukhari, Muslim dan Abu Daud)

Selain itu, kita perlu insafi bahawa Islam mendidik kita agar memperseimbangkan antara kehidupan dunia dan akhirat. Maknanya Islam tidak pernah menyarankan kita secara terus-menerus beribadah tanpa menoleh kepada aktiviti untuk memenuhi keperluan duniawi. Allah SWT dan Rasulullah SAW mengajak kita agar bertindak seimbang antara beribadah dan berusaha untuk memperlengkapkan keperluan diri sendiri dan juga untuk kemaslahatan insan yang lain. Dengan demikian fahamilah kita bahawa seseorang mukmin sejati bukanlah hidup miskin, menjauhkan dirinya daripada kehidupan dunia dan bersikap menyerah sahaja untung nasib kehidupan kepada Allah SWT.

Kata Baginda Rasulullah SAW bahawa kemiskinan dapat membawa seseorang itu ke dalam kekufuran seharusnya menjadi titik tolak membangkitkan semangat untuk menerokai dan mencari khazanah rezeki Allah SWT di muka bumi ini. Namun pada masa yang sama, Allah SWT dan Rasulullah SAW sering memperingatkan kita tatkala beroleh kekayaan dunia supaya tidak lupa diri sehingga melalaikan perintah agama dan bersikap mementingkan diri sendiri. Inilah yang terlarang.

JUNDULLAH vs KARKUN TABLIGH – siri 2



Reply

JUNDULLAH 16 February 2012 18:51

Bila pulak kami mengkafirkan JT...wahai karkun tabligh?

kalau ada sila tunjukkan bukti tersebut..atau anda tak reti beza antara kafir dan sesat?

Yang kata Tabligh sesat bukan kami tapi para ulama yg telah membuat kajian mereka.(sila rujuk artikel Tabligh:penjelasan tuntas)
 --------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Reply

'Abdus Soghier 3 March 2012 01:05

Assalamualaikum tuan jundullah...sudah-sudah lah dgn agenda tuan yg stiasa mgkritik JT...mmg tuan ada hak bersuara utk myampaikan fikrah tuan...TAPI tuan hnya mlihat dgn pandangan mata kasar..bukan dgn pandangan mata hati "basiroh" akan usaha yg mulia ini.....

Mmg benar di Melaka dulunya pernah mgeluarkan fatwa mgharamkan usaha JT oleh Muftinya...ITU CERITA DULU ..TAPI sekarang adakah JT diharamkan untuk buat usaha di MElaka...bahkan banyak jemaah yg bergerak di melaka sekarang ini...tuan pergilah berjalan2 kt Melaka..baru tau..kalau dok kt Hulu Langat jaaa..tak daaa apa laaa..

tuan jundullah...keluarlah dr kepompong fikrah yg sempit...jgn jdkan diri tuan umpama katak bawah tempurung..xkan ke mana...

tuan dikurniakan ilmu...gunakan lah ilmu tuan untuk kemaslahatan & kemanfaatan ummat...jgn jdkan ilmu yg diberi oleh Allah kpd tuan sbg "tiket" untuk tuan mgkritik dan bahkan mcari "keaiban" org lain...itu bukan cara Nabi SAW...Nabi SAW sayangkan ummat...muliakan ummat..kasihkan ummat..dan sediakan ummat utk buat kerja Nabi SAW...bukan ajar ummat mghina sesama ummat...

SEDARlah tuan...USAHA yg HAQ...HANYA ALLAH yg akan pelihara...seperti mana Allah pelihara KAABAH dr tenta Abrahah...ini Usaha Nabi SAW yg Mulia..Usaha ini bukan sahaja di Malaysia...bahkan bergerak di seluruh 'alam..setiap negara ada usaha tabligh..
tuan jundullah buka kan lah mata...dongokkan kepala keatas...baru nampak segala2nya..kalau tuan pejamkan mata..kepala tunduk ke bawah..tuan xkan nampak apa2 mlainkan 2 belah kaki tuan shaja..apatah lg kalau duduk umpama bawah tempurung...xkan nampak apa2..hanya gelap gelita...

Apa sahaja usaha tuan..kritikan2 tuan mgenai usaha dakwah ini..sebenarnya tidak sedikit dapat melemahkan..mghalang @pun mngugat usaha yg mulia ini drpd terus bergerak maju untuk bawa manusia mengenal & dekat pd Allah..dan seterusnya sediakan ummat utk buat kerja yg mulia ini yg dibawa oleh Nabi Muhammad SAW..
tuan jundullah pergi lah tanya mana ulama kt malaysia ni hatta seluruh mufti di setiap negeri...bahkan kepada Tuan Guru Nik Abdul Aziz..Tuan guru Abdul Hadi AWang..Syeikh Nuruddin al-Makki al-Banjari...Imam-Imam Mekah sekalipun..Apakah jawapan mereka mengenai usaha dakwah Tabligh...Benar @ Seleweng/Sesat....???

Sy Doakan tuan jundullah diberi hidayah oleh Allah untuk buat usaha Nabi SAW yg Mulia ini..InsyaAllah..

Sekian..dr Yg MenCintai Usaha Nabi SAW..
---------------------------------------------------------------------------------------------------------
Reply

JUNDULLAH 3 March 2012 14:44

saya nak respon tulisan sdr iaitu:

['basiroh']=hati nurani

aljawab-kerana dgn menggunakan basirohlah saya dpt mengenal kebathilan JT.

-usaha dakwah memang mulia tapi dia jadi syuhbah bila menggunakan matod@cara JT.

ttg fatwa mufti melaka-boleh bagi link fatwa baru tersebut.dakwaan tanpa bukti tidak boleh diterima.

-kami katakan anda menyempitkan islam dan anda pula tuduh kami berfikiran sempit?
siapa yg sempit sebenarnya?

-baik..sumber rujukan anda dlm tabligh yg selalu di baca itu hanyalah 2(fadhail amal & munthakab hadis)
kitab ulama lain confirm anda tak baca kan!

Sedangkan sumber rujukan kami semua kitab ulama kami baca.

So sekarang siapa yg sempit?

-ulama mengatakan HARUS hukumnya mendedahkan aib org untuk tujuan menasihat/menegur memberitahu org ramai supaya menjauhi penyelewengan itu.

-dakwah adalah suatu pekerjaan yg mulia(haq)tetapi melakukannya atas nama jemaah tabligh(IPB)adalah bathil.

-mengajak manusia mengenal Allah adalah tanggungjawab semua org islam tak kira jemaah mana sekalipun.PAS,ABIM,ikram,isma dll juga telah berjaya mengajak manusia mengenal Allah.

ADAKAH ANDA NAK MENAFIKAN??

- ULAMA TELAH KELUAR FATWA PADA TAHUN 1965 DI INDIA MENGHUKUM TABLIGH SEBAGAI JEMAAH SESAT.

-majoriti ulama wahabi menghukum tabligh sesat.

Saya pun doakan semoga Allah beri hidayah dan hilangkan kejahilan yg bersarang dlm hati anda dan karkun tabligh lain kerana hanya dgn ilmu yang sahih sahaja yang dapat membezakan yang mana haq dan bathil.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Alhafiz 17 July 2012 11:08

Inilah link FATWA kebangsaan kepada Ajaran Fahaman tuan (kononnya manhaj ASWJ)..tetapi sebenarnya WAHABI

http://abu-syafiq.blogspot.com/2008/07/himpunan-fatwa-kebangsaan-jakim.html

DAN ini pula link kepada FATWA mengenai Jemaah Tabligh

http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-negeri/laporan-kajian-mengenai-kumpulan-jemaah-tabligh-0
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

JUNDULLAH 17 July 2012 13:01

Bagi menjawab soalan enta,ini link fatwa tersebut:
http://urusanulama-hl.blogspot.com/2012/01/tabligh-penjelasan-tuntas.html

dan

http://urusanulama-hl.blogspot.com/2012/05/fatwa-kafir-ulama-aswj-ke-atas-guru.html

dan

http://urusanulama-hl.blogspot.com/2012/05/menjawab-mimpi-maulana-ilyas.html

dan

http://urusanulama-hl.blogspot.com/2012/06/sambungan-pembongkaran-aqidah-sesat.html

dan

http://jamaluddinab.blogspot.com/2011/02/peringatan-sebelum-membaca-artikel.html
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

JUNDULLAH 17 July 2012 13:05

berkenaan fatwa Mufti kerajaan negeri Serawak itu hanya berkaitan kegiatan/amalan dakwah sahaja dan ia berdasarkan kertas kerja yang sangat minima sumbernya tetapi fatwa yg ada pada link kami ialah fatwa tentang pegangan aqidah dan iktiqad JT khususnya drp India yg berdasarkan kitab2 karangan tokoh2 awal tabligh dahulu.

enta kena beza yg tu dulu......
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

alhafiz 17 July 2012 13:38

enta perlu buktikan kertas kerja yang dibentangkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan itu minima...apa yang ana teliti dari artikel enta ianya semua bukanlah Fatwa yang didaftarkan sebagai Fatwa ijmak Ulamak..ianya cumalah penulisan artikel beberapa ulamak sahaj yg belum mendapat mandat dari ahli majlis FATWA...

Amat lemah hujah yang menyatakan fatwa ijmak ulamak ASWJ menyatakan JT itu sesat...kerana artikel yang tuan ajukan sendiri menyeleweng dari fakta JT itu sendiri.

Mungkin tuan telah tersalah di dalam menafsirkan yang mana Fatwa Ijmak Ulamak ASWJ dan yang mana satu pendapat peribadi .

Wallahu A'lam
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

JUNDULLAH 17 July 2012 16:32

enta kata fatwa Nahdatul Ulama Indonesia tu fatwa peribadi??.....enta tak tahu ke NU adalah satu organisasi alim ulama yg mewakili seluruh umat islam Indonesia yg ratus juta tu??

Tahukah anda berapa ahli keanggotaan ulama dalam NU??....ish...ish...ish,kalau nak persoal tu biarlah munasabah.

pada link http://urusanulama-hl.blogspot.com/2012/05/fatwa-kafir-ulama-aswj-ke-atas-guru.html
tercatat nama 33 ulama Haramain tahun 1900 yg bukan ulama wahabi.

Cuba enta check satu persatu nama tu dalam wikipedia akan biodata mereka..mereka tu ASWJ yg original ke atau wahabi?

Diulang sekali bahwa sejarah awal wujudnya JT di India adalah berakar umbi drp tokoh yg berfahaman wahabi iaitu maulana Rashed Ahmad gangohi dan maulana Asraf ali Thanvi.

pada link ini didedahkan http://urusanulama-hl.blogspot.com/2012/06/sambungan-pembongkaran-aqidah-sesat.html

dlm bentuk video clip oleh ulama Pakistan akan tulisan-tulisan yang menghina Allah,rasul dan islam dlm kitab-kitab oleh tokoh2 yg menjadi guru maulana Ilyas.drp tulisan2 itulah para ulama ASWJ zaman itu mengeluarkan fatwa kafir terhadap 4 org guru maulana ilyas.

maknanya maulana ilyas belajar agama drp org yg murtad.Nauzubillah hi minzalik...

kami dah baca kitab FATAWA RASHEDIYA YG ASAL
KAMI DAH TELITI KITAB MALFUZAT MAULANA ILYAS YG ASAL.DAN KITAB2 MEREKA YG LAIN.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

JUNDULLAH 17 July 2012 16:50

ini link fatwa kafir 300 ulama ASWJ tahun 1900 keatas tokoh2 guru maulana ilyas\;

www.nooremadinah.net/.../HussamulHaramain/.../HussamulHaramain

masih nak menafikan lagi??
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Reply

JUNDULLAH 3 March 2012 08:40

Wa'alaikum salam

terima kasih atas nasihat.Saya nak tanya sdr...seorang bapa memarahi atau mengkritik anaknya adakah kerana benci kpd anak itu atau sebaliknya??

Sdr kena perbetulkan persepsi dulu.Yg saya kritik bukan kerja kerjabuat JT(solat,dakwah,zikir dll-sila chek pada artikel sebelum ini)

yang kami kritik ialah kefahaman+penafsiran+sudut pandang golongan sdr dalam beragama.Kena faham betul2.

saya sedang usahakan satu artikel untuk membuat perbandingan penafsiran agama JT dgn penafsiran agama para ulama selain JT supaya sdr dapat bezakan yg mana satu menepati kefahaman nabi saw dan para sahabat.

yang kita dituntut ikut sunnah nabi saw bukan ikut bulat-bulat perbuatan nabi sahaja tapi adalah ikut kefahaman,cara fikir,konsep,intisari,matlamat perbuatan sunnah itu dibuat.

semoga sdr dapat berfikir tanpa rasa TAKSUB DAN UJUB.   bersambung ..........


Umrah bersama kami di sini

Wednesday, November 14, 2012

JUNDULLAH vs KARKUN TABLIGH – siri 1



Monday, 2 January 2012
MEMBONGKAR PENYELEWENGAN TABLIGH
Salam,
Ada beberapa pendedahan lagi yang perlu saya kemukakan berkenaan masalah jemaah Tabligh ini.Kali ini saya akan mendedahkan penyelewengan mereka yang sangat dashyat dalam kitab-kitab rujukan mereka seperti Fadhail Amal,Muntakhab Hadist dan lain-lainnya.




Terlebih dahulu akan saya dedahkan penyelewengan maulana2  mereka dalam menterjemahkan petikan ayat-ayat suci al quran di dalam kitab Muntakhab Hadis.
ATAS-Petikan ayat-ayat suci al quran ini di temukan pada m/s 708
BAWAH-adalah terjemahan ayat dan surah yang sama dari tafsir pimpinan Ar-Rahman
Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak ugama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredhaan) dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya. (Surah : AL-'ANKABUT - Ayat : 69)
BAWAH- DARIPADA SURAH AL ANKABUT AYAT 6 M/S YANG SAMA



BAWAH- TERJEMAHAN DARI TAFSIR PIMPINAN AR-RAHMAN
Dan sesiapa yang berjuang (menegakkan Islam) maka sesungguhnya dia hanyalah berjuang untuk kebaikan dirinya sendiri sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak berhajatkan sesuatupun) daripada sekalian makhluk. (Surah : AL-'ANKABUT - Ayat : 6)

BAWAH-SURAH AL BAQARAH-195 di m/s 710

 

DI BAWAH-TAFSIRAN PIMPINAN AR RAHMAN
Dan belanjakanlah (apa yang ada pada kamu) kerana (menegakkan) ugama Allah, dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan (dengan bersikap bakhil) dan baikilah (dengan sebaik-baiknya segala usaha dan) perbuatan kamu kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya. (Surah : AL-BAQARAH - Ayat : 195)

Buat masa ini cukuplah 3 bukti dulu saya bentangkan daripada sekian banyak bukti penyelewengan tafsiran golongan tabligh dalam bab penterjemahan al quran di dalam kitab-kitab yang menjadi silibus dalam ajaran mereka.
Ini belum kita semak lagi hadis-hadis Nabawi dalam kitab tersebut.Sebelum ini bila ada pihak yang mengkritik mereka akan di tuduh sebagai memfitnah,dengki dan sebagainya sebab tuduhan tidak di sertakan bukti dan fakta tapi sekarang ini saya tunjukkan bukti dan fakta tersebut.
Saya sangat berbesar hati jika ada karkun yang bisa menjawab fakta di atas beserta nas dan dalil.Kalau setakat guna logik akal,anda sama dengan Samy Vellu atau Lim Goh Tong.Bila wartawan tanya siapa buat ini tanah runtuh,lalu dia JAWAB ”INI TUHAN ALAH PUNYA KERJA”. Orang non muslim pun tahu jawab.
Untuk memudahkan anda menjawab,saya butirkan soalan-soalannya:
Kenapa terjemahan dalam kitab anda tidak sama dengan kitab tafsir yang di iktiraf ( kalau rasa tak memadai dengan satu kitab sila rujuk kitab tafsir lain exp: tafsir Ibnu Kasthir,Al Qurtubi dll.
Dalam bidang pentafsiran baik al quran or hadis kitab mana yang menjadi rujukan golongan tabligh.....(nota: kena faham soalan betul2.bukan siapa yang tulis tapi nama kitab rujukan tersebut beserta nama ulama yg syarah)
Kalau kita lihat bahagian belakang kitab tersebut ada di sertakan sumber rujukan tetapi tidak di tulis secara sepatutnya. lihat foto di bawah:ini dalam kitab tabligh

 

Sepatutnya dalam mana-mana kitab yang mentafsirkan ayat al quran dan hadis nabawi,rujukan yang mula-mula perlu di tulis ialah seperti di bawah:

 

Fakta dan bukti di atas perlu penjelasan yang konkrit daripada para karkun tabligh yang mendakwa mereka sahaja yang benar.
Sekiranya ada kitab tafsir yang terjemahannya menyamai atau hampir sama dengan terjemahan daripada kitab yang di jadikan panduan oleh JT,sila kemukakan di sini.
Di ulang sekali lagi..!!! Kami mengkritik dan mendedahkan penyelewengan fahaman JT bukan kami mengkritik amalan islami mereka.Kena beza antara fahaman dan amalan.sebagaimana para ulama ASWJ mengkritik Muktazilah,Qadariah,Syiah,Jabariah dan selainnya bukan semata-mata amalan pengikut mereka tapi yang di hukum sesat ialah kerana fahaman dan tafsiran mereka tentang agama yang suci ini .
Dan niat kami bukan nak cari salah atau nak pecah belahkan umat tapi kerana mengikut perintah Allah dan sunnah Nabi SAW  untuk melaksanakan amar makruf dan nahi mungkar serta menyelamatkan saudara islam daripada masuk neraka di atas kesalahan tersebut.
Ada sesiapa yang berani menyahut cabaran saya..?

Posted by JUNDULLAH at 11:01
-----------------------------------------------------------------------------------------

Reply by Kita Umat Nabi s.a.w. 15 February 2012 19:15

Kalau betul lah salah, kenapa JAKIM tak ambil tindakan?

Kenapa Ulama' Habib tak ambil tindakan?
Kenapa Al-Azhar tak ambil tindakan?
Kenapa dalam program Tabligh Ulama' Habib dan Ulama' Darul Ifta ikut serta sama?

Jangan lah jadi bodoh..

Dalam ASWJ, sepanjang aku ddk madrasah, ohho.. haram mengkafirkan/mensesatkan mereka yang tidak sehaluan dengan kita, selagi mereka ASWJ.

BODOH TAKDA OTAK PUNYA BLOGGER
--------------------------------------------------------------------------------------

Reply by JUNDULLAH16 February 2012 10:45

Inilah akhlak seorang karkun tabligh yang mendakwa ikut sunnah nabi 100% tu.Masuk 'rumah' orang tak bagi salam tapi terus rempuh semacam stail yahudi....emmm...kesian.

Tabligh memang tidak salah - ia bermaksud menyampaikan. Apa yang dipersoalkan ialah tentang hal-hal khurafat, tahyul dan dongeng yang terdapat dalam pembawaan gerakan tabligh seperti dalam sebuah buku yg bertajuk "Kebatilan Jama'ah Tabligh" itu. Kemudian dalam hal pengisian ilmu juga tidak dititik-beratkan.

Mufti Melaka,Dato Mohd Yunus Mohd Yatim mengeluarkan Fatwa MENGHARAMKAN mengharamkan kegiatan jemaah Tabligh di Melaka melalui makalah yang bertajuk 'JEMAAH TABLIGH DI NEGERI MELAKA'.Fatwa ini kemuadian di persetujui oleh kerajaan negeri Melaka pada 11 May 1992 dan secara rasmi mengharamkan kegiatan jemaah tabligh di Melaka.(rujuk majalah al-islam May 1992)

Kenapa JAKIM tak Haramkan Tabligh?

Masih ingat kes Al Aqram? pertubuhan mereka di Haramkan setelah pemimpin utama mereka mengambil sikap konfrantasi dgn kerajaan Malaysia.Padahal isu kesesatan mereka berkisar tentang iktikad Syeikh Suhaimi sekian lama tidak diusik oleh kerajaan.

Soalannya kenapa kenapa setelah kerajaan tergugat baru nak diharamkan?

So kalau nak tahu silalah tiru stail arqam...cuba cabar kerajaan...nescaya keburukan JT akan diselongkar oleh JAKIM..

selamat mencuba..  UMRAH

Bersambung ....... siri 2