Tuesday, October 16, 2012

Keistimewaan 10 Hari Pertama



Rebutlah Keistimewaan 10 Hari Pertama Bulan Zulhijjah

Pada bulan Zulhijjah, terdapat padanya satu ibadah yang sangat besar pahalanya di sisi ALLAH `Azza wa Jalla, iaitu ibadah mengerjakan haji bagi sesiapa yang mampu.  Ia melengkapkan rukun ISLAM pada diri seseorang Muslim.

Disebut di dalam hadith bahawa ganjaran yang menanti bagi jemaah haji yang memperolehi haji yang mabrur ialah Syurga. 

Maksud hadith Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam:
Satu umrah sampai umrah berikutnya adalah kafarat (penebus) dosa-dosa yang terjadi di antara kedua umrah itu.  Dan haji yang mabrur tiada balasannya kecuali Syurga” 
(HR al-Bukhari & Muslim)

Bagi ummat ISLAM yang tidak mempunyai kesempatan untuk mengerjakan ibadah haji, ALLAH `Azza wa Jalla tetap menyediakan keistimewaan yang besar untuk direbut pada 10 hari pertama bulan Zulhijjah.

Apakah amalan-amalan itu?

1)  Memperbanyakkan amalan kebaikan dan ibadah sunat sepanjang 10 hari pertama pada bulan Zulhijjah.
Dari Ibnu `Abbas radhiAllahu `anhu bahawa Nabi sallAllahu `alaihi wasallam bersabda yang maksudnya:
“Tidak ada hari yang amal soleh padanya lebih di kasihi ALLAH selain dari hari-hari yang sepuluh ini (pada bulan Zulhijjah).”
Para sahabat bertanya:  “Walaupun berjihad di jalan Allah?”
Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda: “Walaupun berjihad di jalan ALLAH, kecuali lelaki yang keluar berjihad membawa diri serta hartanya dan tidak kembali lagi selepas itu(syahid).” (HR al-Bukhari) 

Para salafussoleh merebut kelebihan yang terdapat pada 10 hari pertama bulan Zulhijjah dengan menghidupkan siang dan malam mereka dengan amalan-amalan soleh dan ibadah-ibadah sunat.

2)  Puasa pada hari `Arafah iaitu pada 9 Zulhijjah
Dari Abu Qatadah radhiAllahu `anhu berkata, Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam pernah ditanya tentang puasa hari `Arafah, kemudian Baginda menjawab yang maksudnya:
“Puasa itu dapat menebus dosa setahun yang telah berlalu dan setahun akan datang.”
(HR Muslim)

3)  Solat `Eidul-Adha
Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda yang maksudnya:
“Sesungguhnya ALLAH telah menggantikan dua hari istimewa kalian itu dengan dua hari yang lebih istimewa daripadanya, iaitu Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha”
(HR Abu Daud:  1134, al-Albani mensahihkannya di dalam as-Silsilah as-Sahihah: 2021)
Di dalam hadith lain, Nabi sallAllahu `alaihi wasallam bersabda yang maksudnya:
“Sesungguhnya sebaik-baik hari di sisi ALLAH adalah Hari Raya Aidiladha.”
(HR Abu Daud:  1765, al-Albani mensahihkannya di dalam Sahih Abu Daud)

4)  Menyembelih haiwan korban selepas Solat `Eidul-Adha.
Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda yang bermaksud:
“Amalan anak Adam pada Hari Raya Haji yang sangat disukai ALLAH ialah menyembelih korban.  Sesungguhnya ia akan datang pada Hari Kiamat dengan tanduk, kuku dan bulu-bulunya.  Sesungguhnya ALLAH akan menerima penyembelihan korban itu sebelum darahnya tumpah ke bumi.  Maka, kamu hendaklah ikhlaskan diri semasa melakukan korban itu.” (Ibn Majah:  3117 dan at-Tirmizi:  1412)

Begitulah di antara beberapa amalan yang wajar menjadi rebutan buat kita ummat ISLAM dalam menambah bekalan menuju Hari Akhirat. UMRAH

Semoga dengan adanya peringatan ini menjadikan kita di kalangan insan yang beruntung dalam mengambil faedah 10 hari-hari terawal bulan Zulhijjah.

ALLAHU A`LAM.

Monday, October 15, 2012

Apakah Hukum Isbal



بسم الله الرحمن الرحيم

Apakah Hukum Isbal Hanya Untuk Orang Sombong
Oleh: Syaikh Abdul Aziz bin Baz rahimahullah

          Pertanyaan: Apakah hukum memanjangkan/melabuhkan pakaian (Isbal), apakah untuk orang yang sombong dan tidak sombong? Apakah hukumnya apabila seseorang terpaksa melakukan hal itu, sama saja karena dipaksa oleh keluarganya jika ia masih kecil atau kebiasaan yang berlaku atas hal itu?
            Jawaban: Hukumnya adalah haram bagi laki-laki berdasarkan hadits yang berbunyi:
قال رسول الله e : مَا أَسْفَلَ مِنَ الْكَعْبَيْنِ مِنَ اْلإِزَارِ فَفِى النَّارِ
Rasulullah e bersabda, "Yang berada di bawah dua mata kaki dari pakaian sarung / seluar maka di dalam neraka."[1] Diriwayatkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya.
Dan dari Abu Dzarr t, ia berkata:
قال رسول الله e : ثَلاَثَةٌ لاَيُكَلِّمُهُمُ اللهُ عز وجل يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَلاَيَنْظُرُ إِلَيْهِمْ وَلاَيُزَكِّيْهِمْ وَلَهُمْ عَذَابٌ أَلِيْمٌ: اَلْمَنَّانُ بِمَا أَعْطَى وَاْلمُسْبِلُ إِزَارَهُ وَاْلمُنْفِقُ سِلْعَتَهُ بِالْحَلِفِ الْكَاذِبِ
Rasulullah e bersabda, "Tiga golongan yang Allah tidak berbicara kepada mereka pada hari kiamat, tidak memandang kepada mereka, tidak membersihkan mereka dan bagi mereka siksa yang pedih: (1) Orang yang menyebut-nyebut (untuk menyakiti) dengan apa yang telah dia berikan, (2) Orang yang mengulurkan pakaian/sarungnya (hingga menutup mata kaki), (3) Orang yang menjual barangnya dengan sumpah palsu."[2]
Dua hadits ini dan hadits lain yang memiliki pengertian yang sama berlaku umum pada orang yang mengulurkan/melabuhkan pakaiannya karena sombong atau karena sebab yang lain, karena beliau menyebutkan secara umum dan mutlak dan tidak mengkhususkan Dan apabila isbal (memanjangkan pakaian) karena sombong dosanya menjadi lebih besar dan ancamannya lebih berat, berdasarkan sabda Nabi e:
قال رسول الله e : ((مَنْ جَرَّ ثَوْبَهُ خُيَلاَءَ لَمْ يَنْظُرِ اللهُ إِلَيْهِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ
Rasulullah e bersabda, "Barangsiapa yang mengulurkan pakaiannya karena sombong niscaya Allah I tidak memandang kepadanya di hari kiamat."[3]
Dan tidak boleh beranggapan bahwa larangan itu dikaitkan dengan sikap sombong karena Rasulullah e tidak mengkaitkan hal itu atasnya dalam hadits lain, yaitu sabdanya kepada sebagian sahabatnya:
قال رسول الله e : إِيَّاكَ وَإِسْبَالَ اْلإِزَارِ فَإِنَّهَا مِنَ الْمِخْيَلَةِ
Rasulullah e bersabda, 'Jauhilah memanjangkan sarung maka sungguh ia termasuk sikap sombong."[4]
Maka beliau menjadikan semua isbal termasuk sikap sombong karena biasanya tidak terjadi isbal kecuali seperti itu. Dan barangsiapa yang memanjangkan bukan karena sombong maka amal perbuatannya merupakan sarana menuju itu, dan sarana itu hukumnya sama seperti tujuan. Dan karena hal itu termasuk israf (berlebih-lebihan) dan menyebabkan pakaian terkena najis dan kotor. Karena inilah diriwayatkan dari Umar t bahwa ia melihat seorang pemuda yang pakaiannya menyentuh tanah, ia berkata kepadanya: 'Angkatlah pakaianmu maka ia sesungguhnya lebih takut/taqwa kepada Rabb-mu dan lebih bersih untuk pakaianmu."[5]
            Adapun sabdanya s.a.w kepada Abu Bakar r.a  tatkala ia berkata: Ya Rasulullah, sesungguhnya sarungku sering terulur kecuali saya menjaganya.' Beliau bersabda kepadanya:
قال رسول الله e : لَسْتَ مِمَّنْ يَصْنَعُهُ خُيَلاَءَ
Rasulullah s.a.w bersabda, 'Engkau bukan termasuk orang yang melakukannya karena sombong.'[6]
umrah disini

[1] HR. al-Bukhari 5787.
[2] HR. Muslim 106.
[3]  HR. al-Bukhari3665 dan Muslim 2085.
[4]  HR. Ahmad 4/65, 5/63, 64, 377, Abu Daud 4084, an-Nasa`I dalam al-Kubra 9691,9693, Ibnu Hibban 521-522 dan dishahihkan oleh Albani sebagaimana dalam Shahih Sunan Abu Daud 3442.
[5]  HR. al-Bukhari 3700.
[6] HR. al-Bukhari 5784.

Sunday, October 14, 2012

Didera Dan Dibunuh



Didera Dan Dibunuh Jika Mengaku Allah Sebagai Tuhan
by Mrbelia
Sekiranya kita melakukan tinjauan di kalangan umat islam hari ini dan bertanya mengenai umat Islam yang tertindas, nescaya kita akan mendapat jawapan Palestin, Afghanistan, Iraq, Chechnya dan sebagainya. Namun tidak ramai di kalangan kita yang menginsafi terhadap permasalahan umat Islam Rohingya. Selama beberapa dekad, orang-orang Rohingya telah menjadi mangsa pelanggaran hak asasi manusia yang sistematik dan meluas di tangan junta tentera Myanmar (Burma).

Dalam satu laporan terbaru yang dikeluarkan oleh Pusat Hak Asasi Manusia Ireland (ICHR), seorang pakar undang-undang hak asasi manusia antarabangsa mendakwa bahawa kekejaman massa yang dilakukan oleh kerajaan junta tentera terhadap minoriti Rohingya yang tinggal di daerah Barat Myammar mungkin merupakan antara jenayah terhebat terhadap kemanusiaan di abad ini.

Permasalahan mereka telah telah diabaikan selama bertahun-tahun dan tiada sebarang tindakan yang sistematik telah dilakukan untuk membantu mereka meneruskan kehidupan sebagai masyarakat manusia yang normal.
Siapakah umat Islam Rohingya?
Umat Islam Rohingya kebanyakannya tinggal di sebelah barat Burma (kini Myanmar) di Negeri Arakan yang bersempadan dengan Bangladesh. Mereka adalah keturunan daripada para pedagang Arab, Parsi, Turki dan lain-lain yang berkahwin dengan penduduk setempat seperti Mughals, Pathan, dan Bengali. Penyebaran Islam di Arakan (dan di sepanjang kawasan pantai selatan Bangladesh) dilakukan oleh para pedagang dan pendakwah dari Asia Barat ini.

Mereka terus menetap di kawasan ini untuk tempoh yang panjang, berkahwin dengan penduduk setempat dan hidup sebati dengan budaya tempatan. Kini, umat Islam Rohingya merupakan 1/3 daripada jumlah penduduk wilayah Arakan, Myanmar dan selebihnya adalah penganut Buddha Arakanese. Apakah nasib mereka? Umat Islam Rohingya telah dinafikan daripada hak-hak asasi kemanusiaan dan sentiasa terdedah kepada pencabulan hak asasi manusia secara konsisten oleh pihak juta tentera Myanmar.
Di antara kekejaman yang dilakukan ke atas mereka :
a) Tidak mengiktiraf kerakyatan mereka, dinafikan sijil kelahiran mahupun sijil perkahwinan mereka.

b) Perampasan tanah-tanah milik mereka bagi meneruskan projek pembinaan saluran paip gas dan minyak yang merentasi wilayan Arakan

c) Menjadi mangsa perhambaan moden sebagai buruh paksa seperti bekerja tanpa gaji di tapak pembinaan jalan raya, kereta api, dan bangunan berek tentera.

d) Sekatan makanan sehingga mereka hidup di dalam keadaan kebuluran

e) Sekatan ekonomi, kemudahan kesihatan dan kemudahan asas pendidikan

f) Wanita-wanita dan remaja perempuan mereka dirogol secara beramai-ramai oleh tentera Myanmar

g) Penyembelihan secara beramai-ramai seumpama tragedi 1942 apabila lebih 100,000 orang di kalangan mereka yang telah dibunuh.

h) Pada tahun 1978, seramai 300,000 di kalangan mereka telah dihalau keluar secara massa ke Bangladesh. Kerajaan Bangladesh enggan untuk menyediakan bekalan makanan dan keperluan lain sehingga ramai di kalangan mereka mati kebuluran dan akibat penyakit.
Pada tahun 1991, tentera Burma sekali lagi telah melakukan operasi pembersihan apabila 268,000 ribu di kalangan mereka terpaksa melarikan diri kerana Myanmar ternyata tidak lagi selamat untuk mereka

Selepas bertahun-tahun melalui siri penderitaan yang panjang dan besar, mereka mula mengambil bot-bot kecil ke laut terbuka dengan harapan untuk mendarat di suatu tempat sebagai pelarian politik, ekonomi dan agama.Ada di kalangan mereka yang mendarat di Thailand, Malaysia, Indonesia dan sebahagiannya di Australia. Namun kebanyakan mereka telah ditolak mentah-mentah oleh semua negara ini.

Bahkan ramai di kalangan ‘orang bot’ yang mendarat di Thailand telah dihalau semula ke laut dalam bersama sampan mereka yang telah dicabut enjinnya agar mereka terus hanyut terkapai-kapai tanpa hala tuju. Sebahagian daripada mereka terdampar di Malaysia, Indonesia dan Australia tetapi ribuan di kalangan mereka yang telah mati lemas atau kebuluran di tengah laut.Tiada siapa yang mahukan mereka ! Bahkan negara-negara yang mendakwa mewakili umat Islam juga tidak mahu mereka, sekali gus membuktikan bahawa seolah-olah umat ini ‘tidak ada harga’ kepada mereka.
Umat Islam Rohingya telah memohon diberikan status ‘Pelarian Sementara Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), sehingga negara-negara lain bersetuju untuk mengambil mereka buat sementara. Indonesia dikatakan akan mempertimbangkan permohonan mereka untuk tinggal di Acheh buat sementara.
Kalau bukan kita, siapa lagi ?
Isu Rohingya adalah isu umat Islam sejagat. Mereka telah ditindas buat sekian lamanya dan kini sebahagian daripada mereka telah pun mendarat di Malaysia bagi mendapatkan perlindungan dan bantuan kemanusiaan daripada saudara seaqidah mereka.

Ingatlah, bahawa mengambil tahu dan mempunyai kepedulian terhadap orang lain terutamanya saudara seaqidah adalah sesuatu yang sangat dituntut oleh agama Islam yang luhur ini sebagaimana sabdaan Rasulullah saw yang bermaksud,

“Barangsiapa tidak mengambil berat tentang urusan umat Islam, maka bukanlah mereka daripada kalangannya”

Beberapa saranan :
1-Kerajaan Malaysia seharusnya mengambil inisiatif untuk menjuarai isu umat Islam Rohingya samada di peringkat antarabangsa dengan menyuarakan permasalahan kronik ini di persidangan OIC, PBB, WHO, ASEAN dan sebagainya.

2-Badan-badan kerajaan di peringkat nasional dan negeri seharusnya mengambil tanggung-jawab kerana semakin ramai di kalangan umat Islam Rohingya yang telah mendarat bagi mendapatkan perlindungan di Malaysia. Mereka adalah pendatang yang jauh lebih baik untuk dibantu jika dibandingkan daripada kebanyakan pendatang Afrika yang kerap melakukan kekacauan di sana sini terhadap masyarakat temnpatan mahupun sebahagian daripada pelancung dari beberapa Negara yang terlibat dengan aktiviti pelacuran.

3-NGO dan badan kebajikan yang ada di Malaysia harus mengambil bahagian bagi meringankan bebanan yang dihadapi oleh pelarian Rohingya yang sangat memerlukan bantuan di sudut sosial, ekonomi, kesihatan, pendidikan terutamanya di kalangan anak-anak mereka.

4-Kalau rakyat Malaysia begitu perihatin dan pelbagai NGO telah ditubuh bagi menangani masalah umat antarabangsa seperti Palestin dan lain-lainnya, kenapa kita kita mengagihkan sedikit tenaga dan bantuan kepada saudara seaqidah yang kini terdampar di negara kita sendiri.

 Orang ramai di Malaysia seharusnya mengambil peluang menunjukkan keperihatinan terhadap isu kemanusiaan yang kronik ini dengan membantu meringankan bebanan kehidupan demi masa depan mereka.5-Kita juga boleh membantu dengan mendoakan keselamatan dan masa depan mereka serta mengambil tahu perkembangan semasa terhadap keperitan umat yang berpanjangan ini.

Saturday, October 13, 2012

Panduan FB oleh mfribnmukhtar



Saya telah cuba bersungguh-sungguh meminimakan keburukan facebook, rata-rata saya senaraikan seperti berikut:
1) terbukanya lembah dosa mata men stalk gambar anak gadis orang.
2) terbukanya berita aib tersebar baik dari status orang mengeji orang lain, mahupun mendedahkan aib sendiri dari status harian.
3) terbukanya perbualan, chatting, reply komen antara bukan mahram yang tak ada tujuan.

Maka dalam akaun pertama saya, saya cuba hadkan friend hanya orang lelaki, namun saya masih hadapi masalah di atas apabila:
1) kawan lelaki like, ditag, komen pada gambar yang ada gambar anak gadis orang-maka terjadi juga dosa mata.
2) kawan lelaki pun macam perangai entah apa-apa pada statusnya-aib, berita tak bermanfaat, hal peribadi yang menyampah dibaca.

Maka, saya buka akaun kedua dengan hadkan pada lelaki yang rapat dan hanya ada hubungan keluarga saja, tetapi:
1) sama juga terjadi seperti di atas.

Lalu, saya beralih pada Google Plus yang lebih punya option memilih apa yang ingin terpapar di news feed dan saya rasakan konsep "Follow" Google Plus tanpa add friend sangat bermanfaat filter apa yang perlu dan tak perlu kita baca. 

Kemudiannya tak lama selepas itu, Facebook juga memperkenalkan button "Subscribe" dan saya lihat fungsinya sebiji macam "Follow" Google Plus. Lalu saya pun memanfaatkan Facebook sebagaimana saya memanfaatkan G+. Dengan cara membuka akaun ketiga yang digunakan sekarang:

1. 
www.facebook.com/mfribnmukhtar
2. Ciri-cirinya:
a) Tak ada friend yang saya add dalam akaun ini (0 friend) - maka saya terhindar dari dosa mata men stalk gambar anak gadis, dan terhindar 200% dari membaca status peribadi tak bermanfaat.
b) Hanya button subscribe saja aktif - saya bebas memfokuskan kepada sharing karya komik dakwah semata-mata dalam akaun ini yang boleh di"subscribe" oleh sesiapa saja tanpa halangan. orang yang subscribe saya, saya takkan dapat apa-apa news feed dari mereka.
c) saya subscribe akaun atau page yang bermanfaat saja- dengan cara ini, saya hanya akan dapat update newsfeed dari mereka yang menggunakan facebook untuk kebaikan saja, iaitu akaun atau page mereka yang suka share ilmu, info dan bahan bermanfaat semata-mata.
d) jika mendapati page atau akaun itu share bahan yang tak baik juga, saya hanya perlu unsubscribenya.

Maka dengan akaun ini, saya terhindar dari hal-hal buruk yang tersenarai di atas, dan Facebook saya bertukar menjadi tempat saya share benda baik dan menimba benda baik dari orang-orang baik.
Sini Baik
sekian.