Sunday, June 2, 2013

JUNDULLAH vs KARKUN - Siri 35



MEMBETULKAN KEFAHAMAN TABLIGH

Saya ingin menyambung lagi artikel berkenaan jemaah Tabligh ini.Telah agak banyak jugalah blog-blog karkun tabligh yang saya lawati dan meninggalkan komen tapi sehingga saat ini tak seorang pun daripada mereka menjawab balik komen  saya tersebut.
Jadi sekira-kiranya betullah anggapan para pengkritik tabligh ini yang telah saya sebutkan dalam artikel sebelum ini bahawa mereka tidak bersedia untuk ditegur dan tidak mahu mengambil pengajaran jika ia di buat oleh pihak yang bukan dari kalangan mereka.
Sekiranya kelemahan /keburukan jemaah mereka di dedahkan maka jawapan yang akan mereka beri ialah seperti;

1.  azharjaafar  May 5, 2011 11:31 AM
semoga Allah ampunkan penulis & penyebar rencana ini kerana fitnah yang dahsyat..

2.  zamieza forever  May 5, 2011 11:39 AM
setakat cakap je itu salah..ini salah. cuba la berdoa dengan ALLAH swt... "berilah aku dapat ikut usaha tabligh ni..jika ia BENAR...aminn"

3.  Anonymous  May 23, 2011 11:23 AM
ahli bid'ah selalu bicara bid'ah.. padahal dirinya sendiri yang telah terjerumus dalam kebid'ahan yang sangat dalam.. sehingga sesat dan menyesatkan orang lain.. tobatlah

Sebaliknya kami dalam jemaah PAS jika berhadapan dengan kritikan maka setiap ahli mampu menjawab balik secara ”on the spot” dengan hujjah berdasarkan al quran,sunnah, ijmak para ulama dan qias atau sekurang-kurangnya secara rasional.Ini kerana proses tarbiyah yang kami jalani yang berdasarkan uslub dakwah nabi SAW ,para sahabat dan ulama muktabar telah mendidik kami dengan ilmu-ilmu islam yang sahih lagi benar.
Ini menyebabkan ahli PAS dapat mewarisi method dan uslub generasi awal islam dlm mempertahankan islam dengan hujjah yang mantap dan matang sesuai dengan perubahan zaman dan masa.

Bukanlah niat hendak membangga diri cuma nak buat perbandingan sebagaimana yang di tunjukan dalam sirah  awal Nabawi didalam ucapan nabi SAW: ” Islam itu di kuatkan oleh Umar”.
Di zaman mutakhir yang penuh dengan ujian fitnah terhadap islam perlu kepada 1000 atau lebih UMAR supaya islam itu sentiasa digeruni dan di hormati.
Berbalik kepada masalah tabligh,bila saya amati blog mereka secara keseluruhan saya dapati mereka hanya meng”highlight”kan hanya sunnah nabi SAW tapi menafikan sunnah para sahabat.
APAKAH  MAULANA MEREKA TIDAK BERJUMPA DENGAN HADIS :
Rasulullah s.a.w. bersabda: “Berpeganglah kamu sekalian kepada sunnahku dan sunnah Khalifah ar-Rasyidin yang mendapat petunjuk selepasku, pegang dan gigitlah dengan gigi geraham, berjaga-jagalah kamu dari benda-benda yang baru maka sesungguhnya setiap yang baru itu bid’ah dan setiap yang bid’ah itu sesat”..’ [Hadith ibnu Majah]
Kita tidak mempertikaikan kerja buat mereka dalam mengajak orang ke masjid,ajak orang solat jemaah,ajak orang buat dakwah dan seumpamanya TAPI yang kita pertikai ialah manhaj@method@uslub dan cara mereka berfikir dan memahami islam itu yang kita pertikaikan.
Ayat yang selalu bermain di bibir karkun2 tabligh ialah mereka ”buat kerja dakwah Nabi” seolah-olah siapa yang buat kerja Nabi maka dia MAKSUM macam Nabi,tak boleh di tegur dan dikritik.Mengkritik mereka bermakna mengkritik Nabi.
FAHAMAN INILAH YANG BERLEGAR DALAM KEPALA SEBAHAGIAN BESAR KARKUN TABLIGH dan kefahaman inilah yang para ilmuan islam nak perbetulkan.
Itu sebab ramai para ulama yang pernah study di markaz besar tabligh di India  (rujuk artikel sebelum ini) tidak join tabligh bukan sebab tak dapat hidayah seperti dakwaan mereka tapi antara sebabnya ialah fahaman seperti di atas telah didoktrinkan oleh eldest-eldest mereka di seluruh dunia bercanggah dengan syariat islam.
Kalau kita tanya mereka,antara maulana besar mereka dengan para sahabat nabi SAW, ”SIAPAKAH YANG LEBIH FAHAM DAN MENGERTI SUNNAH NABI”??. Maka sudah tentu mereka akan jawab ”tentulah para sahabat”.
Baik!! Ini bermakna khalifah Abu Bakar r.a akan ikut sunnah nabi 100% sebagaimana fahaman karkun tabligh atau dengan lain perkataan ”tidak tambah dan tidak kurang.”

TAPI kenapa Sydina Abu Bakar buat benda yang Nabi tak buat?..iaitu membukukan al quran dalam bentuk mushaf?? Dan kenapa baginda juga memerangi orang islam yang masih solat Cuma tak bayar zakat??.
Begitu juga di zaman khalifah Umar r.a yang menambah solat sunat terawih kepada 20 rakaat secara berjemaah pulak tu di masjid??.
Begitu juga khalifah Osman bin Affan r.a yang menambah azan pada hari jumaat sebanyak 2 kali. Apakah mereka ini tidak ikut sunnah nabi ??
Ini menunjukkan bahawa sunnah Nabi SAW tidak boleh di fahami secara rigid (jumud dan konsevertif) semata-mata seperti  yang difahami golongan tabligh.Ia boleh di ”upgred” sesuai dengan perubahan zaman,tempat dan masa.Kaedah dakwah boleh berubah tanpa perlu menyertai hanya jemaah tabligh tapi boleh di lakukan secar individu atau perkumpulan selain tabligh dan  tetap akan mendapat ganjaran pahala daripada Allah.
Syaratnya ”upgred” tersebut atau bahasa mudahnya ”IJTIHAD” MESTI DI LAKUKAN OLEH PARA ULAMA YANG DI IKTIRAF SELURUH DUNIA.BUKAN ULAMA YANG HANYA DI IKTIRAF OLEH GOLONGAN TABLIGH SAHAJA.
Saya berpandangan bahawa dalam jemaah tabligh yang berpusat di India ini tidak ada ulama yang bertaraf FUQAHA yang boleh berfatwa dan berijtihad.itulah sebabnya dakwah mereka sejak tabligh di tubuhkan pada 1926 sampai sekarang tidak ada pembaharuan dari segi pendekatan dakwah sebab mereka hanya bertakliq buta sahaja.
Mungkin kalau ada pun tapi tidak berada dalam majlis tertinggi mereka sebagai pembuat dasar jemaah tabligh.Kalau ada cadangan nak buat pembaharuan kaedah dakwah hanya duduk di peringkat bawah sahaja.bila sampai ke majlis syura akan di tolak mentah-mentah dengan memberi alasan guna logik akal seperti yang di ceritakan dalam blog

Sedangkan Khulafa ar Rasyidin yang paling hampir dengan zaman Nabi SAW pun berijtihad untuk melaksankan sunnah Nabi SAW dalam berdakwah.Mungkin mereka (tabligh) tidak menganggap membukukan al quran itu sebagai satu kaedah dakwah agaknya di sebabkan kejahilan mereka dalam memahami sunnah.
Kalau begitu fahaman mereka, buang sahajalah kitab fadhail amal dan lain-lain kitab karangan maulana mereka sebab tak termasuk sebagai alat untuk berdakwah…

Kita yang berada jauh dari zaman kenabian sepatutnya lebih banyak berijtihad dan berfatwa  kerana lebih besar dan luas negara umat islam yang berbagai bangsa dan adat resamnya.
Sebenarnya saya ada satu kejutan untuk para karkun tabligh yang mungkin ada yang telah membaca dan mungkin ada yang belum berkenaan satu pengakuan taubat seorang bekas karkun tabligh yang berkhidmat lama (otai) dalam JT.
Beliau merekodkan hujjah taubat tersebut beserta nas dan dalil sekali setelah beliau mengaji agama dengan ulama yang muktabar dalam bab tauhid.
Marilah kita membaca hujjah –hujjah beliau dalam blog

http://jamaluddinab.blogspot.com/2011/02

yang ada 12 siri itu. Sebenarnya ketika mula-mula nak menulis tentang JT ini, saya mengambil sikap berhati-hati agar tidak menyinggung mana-mana pihak tapi bila saya jumpa blog ini maka senang sikitlah kerja saya.
WallahuA’lam
-----------------------------------------------
Jais Sobrie Inil  15 May 2013 10:57
Pas tidak akan berdiri buat kerajaan selagi kamu tidak mengakui usaha dakwah cara nabi saw dan para sahabatnya....... .
--------------------------------------------
Reply
JUNDULLAH  15 May 2013 12:24
bagi dalilnya..??
--------------------------------------------
JUNDULLAH15 May 2013 14:03
Saya cadangkan tuan baca artikel ini agar tuan punya minda akan terbuka dan menerima realiti semasa. Jangan jumudkan fikiran anda .....

http://www.detikdaily.net/v6/modules.php?name=News&file=article&sid=26574

Friday, May 31, 2013

Shisha: Apa Hukum Menggunakannya




بسم الله ، والحمد لله ، والصلاة والسلام على رسول الله ، وعلى آله وصحبه ومن والاه
(Dengan nama Allah, Segala puji bagi Allah, Selawat dan salam ke atas
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam, keluarga, sahabat dan para pengikut Baginda)

Penggunaan shisha semakin diminati oleh sebahagian masyarakat kita. Menurut satu catatan sejarah, alat shisha ini telah dicipta di India oleh seorang doktor sebagai satu cara atau alternatif yang dapat mengurangkan bahaya menghisap tembakau. Menurut doktor tersebut, asap tembakau yang disedut itu perlu ditapis terlebih dahulu melalui satu bekas air agar ia tidak mendatangkan bahaya kepada penggunanya. Maka ramailah orang percaya bahawa ia selamat digunakan berbanding dengan menghisap rokok.

Kepercayaan lama ini masih tersebar dan mempengaruhi orang yang baru mengenal atau menggunakannya hinggalah ke hari ini. Namun sejauh manakah kebenaran kepercayaan ini? Adakah kemudharatan menggunakan shisha lebih ringan daripada kemudharatan menghisap tembakau dengan rokok?

Apakah Sebenarnya Shisha Itu?

Shisha (Waterpipe) adalah sejenis alat yang digunakan untuk menghisap tembakau dan bahan-bahan lain seumpamanya. Ia digunakan oleh puak asli di Afrika dan Asia lebih kurang empat
kurun yang lalu. Secara umumnya alat shisha terdiri daripada beberapa bahagian utama iaitu:

(i) Bahagian kepala (head), yang merupakan sebiji mangkuk (yang diperbuat dari tanah liat) untuk meletakkan tembakau dan arang.

(ii) Bahagian badan atau tengah (body), merupakan penghubung antara bahagian kepala dan bahagian bawah dan kebiasaannya ia diperbuat daripada bahan logam ataupun kayu.

(iii) Bahagian bawah yang merupakan sebiji mangkuk air (water bowl/water chamber). Biasanya ia diisikan dengan air tetapi kadang kala ia juga boleh diisikan dengan susu, jus buahbuahan
ataupun wain. Bekas air ini selalunya diperbuat daripada kaca.

(iv) Hos dan alat penyedut (mouthpiece) yang digunakan untuk menyedut asap keluar daripada alat shisha tersebut. Namun begitu terdapat juga beberapa perbezaan dalam reka bentuk shisha ini mengikut tempat serta adat penduduk yang menggunakannya. Sebagai contoh, ada yang mempunyai hos dan alat penyedut yang lebih dari satu dan boleh dikongsi berdua atau lebih dan juga perbezaan pada bentuk dan saiz bahagian kepala atau bekas airnya.

Bahkan nama bagi shisha ini juga berbeza mengikut tempat atau negeri. Misalnya di negeri-negeri di kawasan Mediterranean Timur (Turki, Syria dan lain-lain) ia dikenali dengan nama narghile, di Mesir dan di sesetengah negeri Afrika Utara pula ia dikenali sebagai shisha atau goza dan di India ia dipanggil hookah. Dalam Bahasa Inggeris ianya dipanggil waterpipes tetapi nama shisha lebih dikenali dan sering digunakan.

Jenis Tembakau Shisha

Terdapat dua jenis tembakau shisha iaitu yang dipanggil mu‘assal معسل) ) dan ‘ajami ( عجمي ). Tembakau mu‘assal terdiri daripada campuran tembakau, buah-buahan dan bahan manisan seperti sirap daripada tebu ataupun madu. Ia juga ditambah dengan glycerin, bahan perisa serta pewarna yang lain. Tembakau mu‘assal ini basah dan melekit dan apabila digunakan akan mengeluarkan bau yang manis dan nyaman seperti bau buah-buahan dan kebanyakan pengguna lebih suka menggunakan tembakau jenis ini.

Tembakau ‘ajami pula selalunya tidak berperisa, kering dan lebih asli. Sebelum digunakan ia perlu dicampurkan dengan air sehingga ia boleh dicanai atau dibentuk dan harganya lebih mahal.

Cara Menggunakan Shisha

Cara menggunakannya ialah dengan membakar tembakau shishaitu dengan meletakkan bahan pembakar seperti arang (sama ada arang kayu atau arang campuran) kerana tembakau shisha ini tidak dapat terbakar dengan sendirinya secara berterusan. Kemudian asap tembakau itu disedut dengan menggunakan hos atau alat penyedut.

Tetapi perlu diingat bahawa apabila pengguna menyedut asap daripada alat shisha ini, dia bukan sahaja menyedut asap daripada tembakau tetapi juga asap daripada arang, yang masing-masing
mengandungi bahan kimia dan toksik yang terhasil dari pembakaran tersebut.

Kesan Shisha Menurut Kajian Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)

Menurut satu dokumen yang bertajuk “Tobacco: Deadly In Any Form or Disguise” yang telah dikeluarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sempena Hari Tanpa Tembakau
Sedunia 2006, bahawa tembakau walau dalam bentuk apa pun tetap boleh mendatangkan bahaya dan mudharat kepada penggunanya, termasuklah shisha.

Ini kerana satu sesi penggunaan shisha (lebih kurang 20-80 minit) akan mendedahkan penggunanya kepada asap yang lebih banyak dalam masa yang lebih lama berbanding daripada sebatang rokok (lebih kurang 5-7 minit), dan asap yang terhasil dari shisha tersebut mengandungi bermacam-macam bahan toksik yang diketahui boleh menyebabkan kanser paru-paru, penyakit jantung dan berbagai jenis penyakit yang lain.

Manakala asap daripada shisha (yang terhasil dari pembakaran tembakau dan arang) mengandungi gas berbahaya seperti karbon monoksida. Selain itu ia juga mengandungi hidrokarbon (benzene dan benzo-pyrene) yang dikatakan bahan penyebab kanser tetapi
kadarnya belum dapat dipastikan.

Dari hasil penyelidikan yang dijalankan, penggunaan shisha juga dikaitkan dengan berbagai penyakit serius seperti penyakit jantung koronari, atherosclerosis, penyakit sistem pernafasan yang kronik, kanser mulut, kanser pundi kencing dan juga saluran darah tersumbat (clogged arteries).

Selain itu penggunaan shisha juga dikaitkan dengan beberapa jenis penyakit berjangkit seperti turberculosis (tibi), hepatitis, herpes, jangkitan virus di bahagian pernafasan dan bahkan juga HIV.

Walaupun kajian mengenai shisha ini belum dilakukan secara intensif sebagaimana yang dilakukan terhadap rokok, namun kajian awal telah menunjukkan bahawa shisha itu boleh membawa risiko dan bahaya yang sama yang disebabkan oleh rokok. Ini adalah berdasarkan kesimpulan yang telah dibuat pihak WHO dan disokong oleh data saintifik, telah menyatakan:
Menggunakan shisha untuk menghisap tembakau boleh menyebabkan bahaya kesihatan yang serius kepada perokok dan juga orang lain yang terdedah kepada asap tembakau tersebut.
Apa yang jelas menurut hasil kajian dan data yang ada mengatakan bahawa shisha boleh membawa risiko dan bahaya yang sama seperti rokok dan ia bukanlah satu alternatif yang selamat bagi rokok. Hakikatnya, walaupun dalam bentuk dan cara yang berbeza menghisap shisha adalah menghisap tembakau dan kajian sains telah membuktikan bahawa tembakau dan pendedahan kepada asapnya boleh menyebabkan bermacam-macam penyakit, bahkan
boleh membawa maut.
Larangan Memudharatkan Atau Membunuh Diri

Ugama Islam sebagai ugama sejahtera sangat menghargai nyawa serta kehidupan dan mementingkan kesihatan, keafiatan, kecergasan dan kekuatan, dan kesemuanya itu bagi tujuan yang satu iaitu untuk beribadat kepada Allah Subhanahu Wa Ta‘ala.

Kerana itu Islam melarang umatnya daripada memudharatkan diri mereka sendiri, apatah lagi membunuh diri sendiri. Larangan ini banyak disebutkan dalam ayat-ayat al-Qur’an antaranya firman

Allah Subhanahu Wa Ta‘ala:

Tafsirnya:
“Dan janganlah kamu membunuh diri kamu sendiri (atau membunuh orang lain). Sesungguhnya Allah Maha Pengasih terhadap kamu.”
(Surah an-Nisa 29)

FirmanNya lagi:

Tafsirnya:
“Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu dengan tangan kamu sendiri ke dalam bahaya kebinasaan.”
(Surah al-Baqarah: 195)

Dalam hadits Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam juga jelas melarang umatnya daripada membahayakan diri sendiri dan juga orang lain. Sabda Baginda :

Maksudnya:
“Tidak ada kemudharatan dan tidak boleh berbuat kemudharatan.”
(Hadits riwayat Ibnu Majah)

Ayat al-Qur’an dan hadits ini jelas melarang manusia dari membunuh dan memudharatkan dirinya sendiri dan juga orang lain. Kerana seseorang manusia itu tidaklah memiliki dirinya
sendiri sehingga dia boleh sesuka hati melakukan apa sahaja yang dikehendakinya. Bahkan dia adalah milik Allah Subhanahu Wa Ta‘ala. Kehidupannya adalah hak Allah Subahanahu Wa Ta‘ala
kerana Dialah yang mengurniakannya dan Dialah yang berhak ke atasnya. Begitu juga kesihatan seseorang, ia merupakan kurnia dan nikmat Allah kepadanya.

Oleh kerana itu haram seseorang menamatkan riwayat hidupnya sendiri (membunuh diri) dan memudharatkan kesihatannya padahal dia tahu bahayanya, kerana manusia dan kehidupannya adalah milik Allah Subhanahu Wa Ta‘ala.

Tidak ada perbezaan antara orang yang membunuh diri secara mengejut dengan orang yang membunuh diri secara perlahanlahan, seperti dengan memakan racun. Ini kerana kedua-duanya
mempunyai tujuan yang sama, yang berbeza hanyalah segera ataupun lambat. Tetapi natijahnya adalah sama iaitu memudharatkan atau menyebabkan kematian. Kedua-dua cara ini
sama tertegahnya di sisi Allah Subhanahu Wa Ta‘ala.

Untuk memelihara kesejahteraan umatnya, Islam juga telah menetapkan beberapa kaedah bagi menolak bahaya dan kemudharatan, antara kaedah yang digunakan para ulama dalam
menentukannya ialah :

Ertinya:
“Kemudharatan itu dihilangkan (dihindarkan).”

Maka jika sesuatu benda itu sabit mendatangkan mudharat, kerosakan dan kebinasaan, hendaklah ia dijauhi dan dihindari. Memakan, meminum dan juga menghisap benda-benda yang
memudharatkan hendaklah dielakkan bahkan ia dihukumkan haram. Tidak kira sama ada bahaya atau mudharat tersebut datang secara perlahan-lahan atau serta merta, kerana para ulama telah mengatakan bahawa bahaya secara perlahan-lahan juga adalah sama dengan bahaya yang serta merta, kedua-duanya perlu dielakkan.

Jika dilihat berdasarkan hasil kajian yang ada setakat ini menyatakan bahawa shisha itu boleh membayahakan kesihatan sebagaimana rokok, maka ia adalah haram. Kerana apabila syara‘
mengharamkan al-khaba’its (benda-benda yang keji, jijik, buruk dan seumpamanya) atau perkara yang merbahaya atau memudharatkan, ia adalah berdasarkan kaedah:
“Apa jugamakanan atau minuman yang mengandungi unsur-unsur alkhaba’its adalah haram.”
Yang mana kaedah ini didasarkan kepada ayat-ayat al-Qur’an serta hadis di atas. Maka apabila shisha itu memudharatkan, dan setiap yang memudharatkan itu haram dimakan atau diminum, maka menghisap tembakau menggunakan shisha itu juga adalah haram.

Menyentuh mengenai perkara memakan dan meminum benda yang memudharatkan dan merosakkan tubuh badan, dalam al-Qur’an Allah Subhanahu Wa Ta‘ala telah menerangkannya dengan terang dalam firmanNya:

Tafsirnya:
“Dan Dia menghalalkan bagi mereka yang baik-baik dan mengharamkan ke atas mereka (segala) yang buruk.”
(Surah al-A‘raf 157)

Antara maksud atau huraian perkataan al-khaba’its ialah sesuatu yang menjadi sebab kerosakan dan bahaya kepada tubuh badan atau dari sumber-sumber yang memudharatkan. Walaupun perkataan al-khaba’its dalam ayat ini ditujukan kepada (memakan) daging babi dan riba, namun menurut al-Imam Fakhruddin ar-Razi Rahimahullahu Ta‘ala ketika mengulas ayat di
atas adalah seperti berikut:

Ertinya:
“Mengikut pendapatku: Setiap benda yang dipandang jijik oleh tabiat (tabiat semula jadi) dan dianggap kotor oleh jiwa, adalah memakannya boleh menyebabkan timbul kesakitan atau kemudharatan. Dan asal (dasar) hukum segala yang memudharatkan itu haram. Oleh yang demikian, maka asal (dasar) hukum setiap benda yang dipandang jijik oleh tabiat juga adalah haram, melainkan benda-benda yang mempunyai bukti untuk dikecualikan.”

Hukum Penggunaan Shisha

Berdasarkan hasil kajian dan penyelidikan awal mengenai shisha, menunjukkan bahawa ia boleh membawa risiko dan bahaya yang sama seperti rokok, bahkan ia juga dikatakan boleh menyebabkan penyakit yang sama yang berkaitan dengan menghisap rokok. Walaupun kajian yang lebih terperinci masih dijalankan dan belum ada keputusannya, namun hasil keputusan itu nanti tidak mungkin menyatakan bahawa shisha itu selamat digunakan dan tidak membahayakan kesihatan kerana menurut kajian awal (preliminary research) sahaja telah menunjukkan bahayanya terhadap kesihatan.

Maka jelaslah bahawa menghisap tembakau menggunakan shisha membawa bahaya kepada kesihatan dan boleh menyebabkan berbagai penyakit, maka hukum menghisapnya adalah haram. Ini kerana sebagaimana yang telah dihuraikan sebelum ini, setiap yang boleh memudaratkan atau mendatangkan bahaya, tidak kira secara perlahan atau serta merta, hukumnya adalah haram.

Sumber : Mufti Brunei

Monday, May 27, 2013

KIYAI SHAMSUDIN



Dato' Kiyai Shamsuddin bin Haji Redzuan adalah seorang tokoh ulama tanah air yang disegani. Beliau lahir di Kepet, Madiun, Jawa Timur pada 11 November 1911. Menimba ilmu dari beberapa pesantren di Pulau Jawa sebelum berhijrah ke Malaysia,, antaranya ialah Pesantren Termas dan Pesantren Tebuireng yang masyhur. Beliau menuntut di Pesantren Termas, Jawa Timur, Indonesia selama 15 tahun iaitu dari tahun 1925 hingga 1939 yang merupakan anak didik KH Adnan bin Hj Abd Wahid

Beliau merupakan pendiri Madrasah Shamsuddiniah Assalafiah yang didirikannya pada tahun 1940. Madrasah ini terletak di Kampung Parit Medan, Kundang Ulu, Muar, Johor Darul Takzim dan masih ada sehingga kini. Kini ianya dikenali sebagai Sekolah Menengah Agama Shamsuddiniah. Selain daripada terlibat terus dalam bidang pendidikan, Dato Kiyai juga pernah memegang pelbagai jawatan penting di Negeri Johor, antaranya sebagai penasihat Sultan, Ahli Jemaah Majlis DiRaja Johor, Ahli Majlis Agama Islam Negeri Johor dan Ahli Jawatankuasa Lujnah Fatwa Negeri Johor. Beliau juga bukan sahaja alim dalam ilmu-ilmu agama, bahkan ahli dalam ilmu-ilmu pertahanan diri.
Mengikut cerita dari mulut ke mulut beliau juga dikenali sebagai ahli hikmah dan tabib. Ini dibuktikan beliau memegang sebagai wakil Muar dalam perkumpulan Selendang Merah yang dianggotai juga oleh Kiai Salleh di bahagian Batu Pahat pada zaman “Bintang 3“. Dan beliau sempat menjadi penasihat agama kepada 3 Sultan Johor.

Semasa zaman "Bintang 3" beliau adalah antara tokoh yang berjuang menentang pihak komunis dan mengerahkan anak-anak muridnya untuk berjuang sama demi mempertahankan maruah agama. Dato' Kiyai menghembuskan nafasnya yang terakhir pada 1 Ramadhan 1418 (9 Januari 1997) dan meninggalkan dua orang balu iaitu Hjh Rugayah binti Hj Sidek dan Hjh Maryam binti Hj Mohd Anuar.dan 18 orang anak termasuklah Shohibus Samahah Datuk Haji Mohd. Tahrir, mufti Johor sekarang.
Di antara karya beliau adalah sebuah kitab himpunan sholawat berjodol "Majmuu'atush Sholawaat" yang mengandungi berbagai sholawat yang masyhur termasuklahSholawat Tafrijiyyah dan Sholawat Syifa`.

Pada mukaddimahnya pula disebut, antara lain hadits "lawlak" yang tidak lepas dari khilaf ulama mengenainya. Ada ulama yang mentsabitkannya, ada yang menolaknya dan ada pula yang walaupun tidak mentsabitkannya tetapi menyatakan bahawa maknanya shohih.

Insya-Allah wa bi 'awnihi, nantilah kita cuba bicarakan mengenainya. Apa yang zahir dari karya Dato' Kiyai ini, beliau nampaknya tergolong dalam kalangan ulama yang mentsabitkan hadits tersebut. Dalam mukaddimahnya tersebut beliau menulis antara lain:-

Sholawat itu satu amalan atau satu ibadah yang sangat-sangat besar pahalanya dan dituntut pada tiap-tiap orang mukminin memperbanyakkan sholawat atas Rasulullah (se)bagaimana firman Allah s.w.t.:
ان الله و ملائكته يصلون على النبي يا ايها الذين امنوا صلوا عليه و سلموا تسليما

Dan tiada syak lagi bahawa Rasulullah itu 'waashitah', bahkan Rasulullah itu:
اصل الإيجاد لكل مخلوق
كما قال ذو العزة و الجلال: لولاك لما خلقت الأفلاك

"Asal bagi kewujudan setiap makhluk", sebagaimana firman Tuhan yang empunya kemuliaan dan kebesaran (yakni dalam hadits qudsi) yang ertinya: " Jika tidak wujud Rasulullah, Allah ta'ala tidak menjadikan bumi dan langit."

Sungguh Junjungan Nabi itu adalah sebab bagi kewujudan segala yang ada di alam ini. Maka hendaklah kita sentiasa menjaga hubungan dengan orang yang menjadi sebab bagi kewujudan kita. Malanglah sesiapa yang memutuskan hubungan dengan baginda. Moga Allah merahmati Kiyai Haji Shamsuddin dan menempatkan beliau bersama para sholihin. Allahumma ... aamiin ... al-Fatihah.