Sunday, February 3, 2013

Mati Dlm Kemalangan Ngeri Dalam Zina



by Mrbelia on 11:01 PM, 26-Mar-11
Semalam sewaktu saya dalam perjalanan pulang, dalam kereta, saya dengar satu cerita
yang sungguh dahsyat. cerita ini diceritakan oleh seorang ahli bomba dari utara
semenanjung. ini cerita benar sekali.....

Satu hari beliau dan rakan-rakan telah menerima satu panggilan palsu berkenaan satu
kemalangan yang telah berlaku di lebuhraya utara selatan. Oleh kerana untuk
mengesahkannya maka beliau dan rakan2 telah ketempat yang dikatakan oleh pemanggil
namun tiada apa yang terjadi disana. Dalam perjalanan pulang, waktu itu pukul satu pagi,
hujan turun renyai-renyai.

Di satu persimpangan susur keluar dari lebuhraya, mereka ternampak sebuah mpv mewah
yang terbalik dan remuk sekali kerana melanggar divider yang tajam. Mereka segera turun
dan melihat kemalangan itu dengan niat ingin menolong kiranya ada yang terselamat.
Tetapi apa yang mereka saksikan sungguh dahsyat dan menyayat hati. sesuatu yang tidak
tergambarkan dahsyatnya.

Mereka jadi terkedu, tergamam, tiada sepatah perkataan pun yang dapat menggambarkan
betapa dahsyatnya kejadian itu, semoga Allah melindungi kita semua dari kejadian yang
seumpama ini. Pemandu mpv mewah itu telah pun mati terkulai di kerusi pemandu kerana
kecederaan parah di kepala. Mpv tersebut begitu remuk sehingga bumbungnya menghimpit
kesemua pemandu dan penumpang di dalamnya.

Di bahagian belakang mpv mewah tersebut terdapat tiga susuk tubuh manusia. Seorang
wanita dalam empat puluhan dan dua lelaki dalam dua puluhan. Tidak terdapat seurat
benang pun pada tubuh mereka. bogel-sebogelnya. Wanita dan salah seorang lelaki itu
dalam keadaan berpelukan kepala mereka pecah, darah menyembur di merata tempat,
tulang rusuk mereka hancur dan tikam menikam antara satu sama lain, dahsyat sekali.
tulang punggung wanita itu pula hancur.

Lebih dahsyat lagi dengan jelasnya mereka lihat zakar lelaki itu masih di dalam kemaluan
wanita itu. Langsung mereka tidak dapat dipisahkan. Lelaki yang seorang lagi sedang
dalam nazak dengan kecederaan parah di kepala, dan sayup-sayup kedengaran
suaranya memanggil.. mummy.... mummy.... mummy...... Tangan pemuda yang melekat
pada perempuan itu masih memegang zakar lelaki yang nazak itu.

Ahli bomba itu terjelepuk. tidak pernah dalam hidupnya terbayang akan boleh terjumpa
keadaan seperti ini. Dengan semangat dari kawan-kawan, beliau segera bangun dan
mengambil gergaji besi untuk memotong kenderaan yang remuk itu. Mereka mesti
melakukannya secepat mungkin, sebelum kejadian yang memalukan itu dilihat oleh
orang ramai.

Dalam kegelapan malam itu mereka bertungkus lumus membuat apa yang patut.
Dalam kesibukan bekerja tiba tiba bulu roma ahli bomba itu meremang naik, badan nya
menjadi seram sejuk dan dada berdebar kencang. Sambil bekerja, dengan jelas dari
sudut mata beliau kelibat satu makhluk hitam yang sungguh besar memegang pedang,
dengan muka yang sungguh bengis dan berang, nafasnya mendengus radang, mundar
mandir dan mengelilingi kawasan kemalangan dengan gaya orang yang tersangat marah.
Dalam hati ahli bomba itu berkata, “Ya Allah, besarnya kekuasaan mu, mungkin inilah
dia malaikat maut yang dikatakan itu".

Mereka mengeluarkan mayat-mayat tersebut satu persatu kecuali mayat wanita dan lelaki
yang tidak dapat dipisahkan itu. Pada leher wanita tersebut terkalung tasbih yang
memancar apabila terkena cahaya. ahli bomba itu melihat dengan jelas terdapat ukiran
salib pada setiap butiran tasbih tersebut akibat pancaran cahaya bulan.
Astaghfirullah hal azim!!, masyaAllah!! apakah yang telah terjadi???
Selepas memeriksa dokumen pengenalan diri mayat2 tersebut, jelaslah bahawa wanita
itu adalah ibu kepada kedua lelaki tersebut. Agama yang tertera dalamnya ialah islam
dan nama-nama mereka didahului dengan mohd dan nur.........

Beginilah akibatnya orang yang telah melampaui batas melepasi garisan yang telah
di tetapkan oleh Allah. Balasan Allah terlalu pantas sehingga kita tidak sedar ianya datang.
Begitu juga orang yang menyebarkan dosa dan maksiat insan lain. Apa yang akan
terjadi jika orang lain terpengaruh dengan apa yang dilihat? Mereka akan melakukan
kemungkaran hasil pengaruh kita. Selagi mereka melakukannya selagi itu kita mendapat
bahagian dari kemungkarannya itu.

Apakah akan terjadi jika mereka melahirkan anak luar nikah? itulah tanggungan kita
hinggalah keakhir hayat mereka dan cucu cicit mereka. Akan datang apabila kita telah
berumur, janganlah kita tanya mengapa musibah terjadi kepada kita, mengapa anakku
cacat? Mengapa aku, anakku cucuku kena kanser? mengapa berlaku kemalangan yang
dahsyat hingga mencacatkan aku, anakku dan ahli keluarga ku? Mengapa aku di tipu?,
mengapa aku, anakku, ahli keluargaku dirompak, dirogol, dicederakan, mengapa ahli
keluargaku melakukan jenayah, dipenjara dan dihukum?

Sesungguhnya Allah itu maha adil. Dia akan membalas setiap apa yang kita lakukan
secara sedar atau tidak. Bertaubat dan kembalilah ke jalan yang diredai. Membuat dosa
adalah fitrah manusia. Allah akan mengampunkan dosa kita kepadaNya walaupun
sebesar mana sekalipun. Tetapi berbangga dengan dosa yang kita lakukan dan
mempengaruhi manusia lain untuk sama membuat dosa adalah seburuk-buruk dosa dan
hutang dosa ini bertambah selagi manusia yang kita pengaruhi itu membuatnya akibat kita.
renungkanlah........ dan selamat beramal.....

Saturday, February 2, 2013

Menghadapi Dugaan



Dugaan adalah satu ujian yang Allah SWT turunkan kepada hambaNya melalui dua bentuk samada dalam dua bentuk, kesenangan dan kesengsaraan. Sebagai manusia, kita memang tak lepas dari diduga. Dugaan ni datang dari macam-macam jenis. Ada yang diduga dari segikesihatan, kematian, kewangan, kerjaya, perhubungan, kaya miskin, senang susah, sibuk lapang, takut berani, gembira sedih, rendah gemuk kurus, sihat sakit, muda tua, cinta kasih sayang benci dendam, jauh dekat, rindu, marah seronok lucu seram, mewah melarat, sunyi, besar kecil tinggi, buta celik  malah berbagai lagi yang kita hadapi bila berkata tentang dugaan. Sepertimana firman Allah dalam (Q.S. 29 al-Ankabut:2-3)

الٓمٓ (١) أَحَسِبَ ٱلنَّاسُ أَن يُتۡرَكُوٓاْ أَن يَقُولُوٓاْ ءَامَنَّا وَهُمۡ لَا يُفۡتَنُونَ (٢) وَلَقَدۡ فَتَنَّا ٱلَّذِينَ مِن قَبۡلِهِمۡ‌ۖ فَلَيَعۡلَمَنَّ ٱللَّهُ ٱلَّذِينَ صَدَقُواْ وَلَيَعۡلَمَنَّ ٱلۡكَـٰذِبِينَ (٣) َ
 "Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta".

Mari kita nilai mengapa sesetengah manusia diberikan ujian terlalu hebat oleh Allah SWT. Mengapa sesetengah yang lain diberi rahmat dan rezeki yang tidak putus-putus. Setiap sesuatu dijadikan atau ditakdirkan-Nya itu pasti ada sebab dan mempunyai hikmah. Kita hanya perlu bersyukur jika diberikan rahmat dan rezeki yang melimpah ruah. Oleh itu, sehebat mana ujian yang dihadapi hendaklah reda, bersyukur dan bertawakal kepada-Nya. Giatkan usaha dan berdoa supaya Allah memberikan petunjuk dan mengurniakan keadaan lebih baik daripada sebelum ini. Allah SWT berfirman

وَلَنَبۡلُوَنَّكُم بِشَىۡءٍ۬ مِّنَ ٱلۡخَوۡفِ وَٱلۡجُوعِ وَنَقۡصٍ۬ مِّنَ ٱلۡأَمۡوَٲلِ وَٱلۡأَنفُسِ وَٱلثَّمَرَٲتِ‌ۗ وَبَشِّرِ ٱلصَّـٰبِرِينَ (١٥٥) ٱلَّذِينَ إِذَآ أَصَـٰبَتۡهُم مُّصِيبَةٌ۬ قَالُوٓاْ إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّآ إِلَيۡهِ رَٲجِعُونَ (١٥٦) أُوْلَـٰٓٮِٕكَ عَلَيۡہِمۡ صَلَوَٲتٌ۬ مِّن رَّبِّهِمۡ وَرَحۡمَةٌ۬‌ۖ وَأُوْلَـٰٓٮِٕكَ هُمُ ٱلۡمُهۡتَدُونَ (١٥٧) ۞
 yang bermaksud: “Dan sesungguhnya kami akan berikan cubaan kepada kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang yang sabar iaitu orang yang apabila ditimpa musibah mereka mengucapkan, Innalillahi Wainna Ilaihi Rajiun, maka itulah mendapat berkat dan rahmat daripada Tuhannya dan mereka itulah orang yang mendapat petunjuk.” (Surah al-Baqarah, ayat 155-157)
 
Allah meletakkan kepentingan sabar sebagai asas dalam menghadapi ujian dan malapetaka. Firman-Nya disebutkan,
وَٱسۡتَعِينُواْ بِٱلصَّبۡرِ وَٱلصَّلَوٰةِ‌ۚ وَإِنَّہَا لَكَبِيرَةٌ إِلَّا عَلَى ٱلۡخَـٰشِعِينَ (٤٥) 
Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan solat, dan sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk. (Al-Baqarah: 45).

Ujian membuktikan kekuatan manusia dalam berhadapan dengan keadaan tersebut. Malah tingkat ujian berbeza menurut kemampuan seseorang Dugaan datang bersama hikmah. Ia memerlukan masa untuk manusia memperhalusi sebab dan punca sesuatu perkara. Ujian dan dugaan menjadikan diri sentiasa menghargai apa yang sudah dimiliki. Ia mengingatkan manusia agar tidak cepat lupa dan sentiasa bersyukur dengan apa yang ada. Nasihat sabar dalam keimanan adalah kata-kata terbaik yang perlu diungkapkan dengan mengingatkan mereka tentang perjalanan penuh cabaran manusia-manusia bergelar nabi dan rasul pilihan Allah, sebagaimana disebutkan dalam surah al-Asr ayat 1 hingga 4: Demi masa. Sesungguhnya manusia di dalam kerugian. Kecuali mereka yang beriman, beramal soleh dan berpesan-pesan dengan kebenaran serta berwasiat dengan kesabaran.

Mereka yang iri hati dengan keadaan orang lain yang ditakdirkan senang memperoleh kesenangan secara berterusan. Ada manusia yang hidup senang dan kaya raya, ada hidup susah dan melarat, ada dulunya senang tetapi kemudian hidup melarat. Hakikatnya, inilah asam garam dan pancaroba kehidupan yang harus diterima dengan hati terbuka. Sebagai khalifah di muka bumi, perlulah kita membuat analisis dan muhasabah. Berfikir secara waras bahawa ketentuan Allah SWT mempunyai seribu satu sebab yang terkandung hikmah dan pengajaran. Maknanya manusia di dunia ini tidak terkecuali daripada menghadapi ujian hidup baik untuk melihat sejauh mana tahap kesabaran serta keimanan mereka, juga pendekatan digunakan bagi mengatasi dugaan yang datang. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Demi Allah yang jiwaku di tangannya! Tidak Allah memutuskan sesuatu ketentuan bagi seorang mukmin melainkan ada kebaikan baginya dan tiada kebaikan itu kecuali bagi mukmin jika memperoleh kegembiraan, dia berterima kasih bererti kebaikan baginya. Jika ditimpa kesulitan dia bersabar bererti kebaikan baginya.”

Disuarakan oleh bijak pandai: “Adalah lebih baik menjadi orang beriman yang diuji, daripada menjadi orang kafir yang turut sama diuji. Bukankah lebih baik menjadi orang yang sabar ketika diuji daripada menjadi orang pemarah sedang diuji.” Setiap ujian yang menimpa pasti terasa pahitnya atau sakit menekan perasaan kerana kebuntuan fikiran. Oleh itu, sabar adalah suatu perkara yang bukannya mudah untuk dilakukan. Firman Allah

وَلَنَبۡلُوَنَّكُمۡ حَتَّىٰ نَعۡلَمَ ٱلۡمُجَـٰهِدِينَ مِنكُمۡ وَٱلصَّـٰبِرِينَ وَنَبۡلُوَاْ أَخۡبَارَكُمۡ (٣١) 
 yang bermaksud:“Sesungguhnya kami akan beri percubaan kepada kamu, sehingga kami buktikan orang yang bersungguh-sungguh dari antara kamu dan orang yang sabar dan hingga kami nyatakan hal kamu.” (Surah Muhammad, ayat 31)
Tidak semua orang memiliki sabar, lantaran itu sikap sabar dianggap mahal dan tinggi nilainya malah ia termasuk sebagai sikap terpuji. Lantaran itu, Allah memerintahkan supaya berlaku sabar dalam firman Allah

يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱصۡبِرُواْ وَصَابِرُواْ وَرَابِطُواْ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ لَعَلَّكُمۡ تُفۡلِحُونَ (٢٠٠
yang bermaksud: “Hai orang beriman. Berlaku sabarlah. Sabarkan dan perteguhkan kekuatanmu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beroleh kebahagiaan.” (Surah ali-Imran, ayat 200)

Seperti pepatah sahabat: “Bala adalah pelita bagi orang arif, menyedarkan orang murtad, memperbaiki orang mukmin dan menghancurkan orang yang lalai. Tidak seorang pun akan mendapat manisnya iman sebelum dia ditimpa bala, rela dan bersabar.” Pada prinsipnya, sabar harus diterap dalam setiap aspek kehidupan sama ada kehidupan rumah tangga, tugas kepemimpinan, hidup selaku petani, nelayan, usahawan, guru, pengarang atau penyiar. Semua memerlukan kesabaran, justeru setiap medan pekerjaan dan perjuangan ada tentangan serta ujiannya.

Sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan Muslim yang bermaksud: “Sangat mengagumkan keadaan seorang Muslim kerana segala keadaannya serba baik dan tiada mungkin terjadi demikian kecuali bagi orang mukmin, jika mendapat nikmat dia bersyukur. Itu adalah kebaikan baginya dan bila mendapat kesusahan dia bersabar, itu kebaikan baginya.”

Berikut beberapa tips untuk kita halusi dan fikir bila berhdapan dengan dugaan:

(1) Kehidupan perlu diteruskan- Apabila sehingga tiada lagi titisan airmata yang mampu dikeluarkan, kita perlu berfikir adakah ini bermakna pengakhiran untuk hidup ini. Pasti tidak, kerana kita tahu walau bagaimana sukar sesuatu dugaan itu, hidup perlu diteruskan. Seseorang tidak akan berjaya untuk menghadapi sesuatu dugaan selagi mereka sendiri tidak berusaha untuk cuba menghadapinya.

(2) Jangan biarkan emosi terus mengawal diri kita- Sekiranya seseorang terlalu sedih atau selalu mengingatkan tentang kesukaran dugaan hidup yang dialami, ia pasti akan lebih menyukarkan. Kita perlu mencari jalan untuk keluar daripada zon tersebut. Jangan sesekali biarkan diri kita terus dikawal oleh emosi.

(3) Inilah kehidupan- Kita perlu tahu bahawa setiap manusia didunia ini mempunyai dugaan hidup yang tersendiri. Sekiranya kita merasakan apa yang dilalui adalah amat sukar, kita juga perlu ingat bahawa ada manusia lain yang sebenarnya menghadapi dugaan yang lebih sukar berbanding diri kita. Kerana dugaan itulah sebenarnya membawa makna kehidupanuntuk seseorang.

(4) Ketentuan Allah SWT- Kita perlu tahu bahawa segala baik atau buruk yang berlaku pada diri kita semua datang dariNYA. Kita tidak ada daya sedikit pun untuk mengubahnya. Sekiranya kita percaya dan berpegang teguh terhadap konsep ini, pasti segala dugaan hidup yang kita alami dapat diharungi dengan lebih tabah. Setiap perkara yang berlaku pasti ada makna disebaliknya.

Hidup kita sepatutnya makin lama makin matang. Ujian yang datang pun makin lama makin hebat tapi kita juga akan jadi makin kuat dengan adanya setiap dugaan tu. Tempuhlah rasa kecewa kita terhadap sesuatu dengan tenang. Jangan kelam kabut, jangan emosi. Cari punca masalah dan carilah jalan penyelesaiannya dengan baik. Jangan juga terlalu mengharapkan sesuatu yang tidak pasti. Kita kan ada Allah. Jahat mana pun kita, percayalah Allah Maha Mendengar setiap keluhan yang dilalui hamba hambanya. Soal takdir kita, itu semua di tangan Allah. Tapi kan ada dalam Al Quran, Allah takkan mengubah nasib seseorang sehinga kita mengubah nasib kita sendiri. Jadi, lalui kekecewaan dengan doa dan usaha. Anggaplah kekecewaan itu sebagai ubat untuk kita rasa bahagia di akhir masa nanti.

Dalam pada itu kita kumpulkan kekuatan untuk menghadapi dugaan-dugaan yang akan mendatang. Kita tak tahu bagaimana rupa cabaran yang akan kita temui nanti. Mungkin ada cabaran yang senang, mungkin ada yang susah, mungkin ada juga yang cukup susah. Walau apapun rupanya nanti, kita kena bersedia. Moga artikel ini memberi suntikan motivasibuat diri kita. Mari bersama-sama memasang tekad mahu menjadikan hari-hari yang seterusnya hari yang terbaik buat kita – di hari ini kita memasang tekad berfikir yang baik-baik, bersangka yang baik-baik, berkata hanya yang baik-baik supaya dengan itu urusan kita dipermudahkan, permasalahan kita dikurangkan.

لَا يُكَلِّفُ ٱللَّهُ نَفۡسًا إِلَّا وُسۡعَهَا‌ۚ 
 “La yukalli fullahu nafsan illa wu’aha” - Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya (Surah Al-Baqarah ayat 286). beruntunglah bagi manusia yang diuji itu kerana ini bermakna Allah sangat sayangkan dirinya

Sekiranya kita boleh bersabar dan redha, maka itulah ganjaran pahala untuk kita. Sebaliknya kalau kita tidak boleh bersabar dan tidak redha, malah merungut-rungut, mengeluh dan memberontak, hanya akan menambahkan lagi dosa kita. Sekiranya kita telah dihukum di dunia lagi, kita patut bersyukur kerana apabila kembali ke akhirat, kita telah bersih daripada dosa. Adakalanya, kita ditimpakan kesempitan hidup. Sengaja Allah takdirkan demikian kerana Allah sayang pada kita. Allah hendak melatih kita menjadi orang yang bersabar dan redha dengan takdirnya. Mungkin kita akan sombong dan bakhil kalau dikurniakan harta melimpah ruah, maka Allah didik kita dengan kemiskinan.

Begitulah Allah Yang Maha Pengasih kepada hamba-hambanya. Dan ingatlah, andaikata kita diduga, kita masih wajib bersyukur kerana masih ada 1001 jenis nikmat lain yang Allah kurniakan kepada kita! Jadi mengapa mesti merungut ketika ditimpa dugaan. Demikianlah, mereka yang tinggi nilai taqwa dan keimananya, tidak mengeluh apabila ditimpa dugaan. Berbeza dengan golongan orang awam seperti kita ni, apabila ditimpa dugaan kita mudah sangka buruk dengan Allah dan berdendam dengan orang yang mendatangkan dugaan kepada kita.

يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱسۡتَعِينُواْ بِٱلصَّبۡرِ وَٱلصَّلَوٰةِ‌ۚ إِنَّ ٱللَّهَ مَعَ ٱلصَّـٰبِرِينَ (١٥٣) َ
Wahai orang-orang yang beriman! Mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Sungguh, Allah beserta orang-orang yang sabar. (Al-Baqarah: 153).

Friday, February 1, 2013

4 TIPS MENGATASI DUGAAN



Berikut beberapa tips untuk kita halusi dan fikir bila berhdapan dengan dugaan:

(1) Kehidupan perlu diteruskan- Apabila sehingga tiada lagi titisan airmata yang mampu dikeluarkan, kita perlu berfikir adakah ini bermakna pengakhiran untuk hidup ini. Pasti tidak, kerana kita tahu walau bagaimana sukar sesuatu dugaan itu, hidup perlu diteruskan. Seseorang tidak akan berjaya untuk menghadapi sesuatu dugaan selagi mereka sendiri tidak berusaha untuk cuba menghadapinya.

(2) Jangan biarkan emosi terus mengawal diri kita- Sekiranya seseorang terlalu sedih atau selalu mengingatkan tentang kesukaran dugaan hidup yang dialami, ia pasti akan lebih menyukarkan. Kita perlu mencari jalan untuk keluar daripada zon tersebut. Jangan sesekali biarkan diri kita terus dikawal oleh emosi.

(3) Inilah kehidupan- Kita perlu tahu bahawa setiap manusia didunia ini mempunyai dugaan hidup yang tersendiri. Sekiranya kita merasakan apa yang dilalui adalah amat sukar, kita juga perlu ingat bahawa ada manusia lain yang sebenarnya menghadapi dugaan yang lebih sukar berbanding diri kita. Kerana dugaan itulah sebenarnya membawa makna kehidupanuntuk seseorang.

(4) Ketentuan Allah SWT- Kita perlu tahu bahawa segala baik atau buruk yang berlaku pada diri kita semua datang dariNYA. Kita tidak ada daya sedikit pun untuk mengubahnya. Sekiranya kita percaya dan berpegang teguh terhadap konsep ini, pasti segala dugaan hidup yang kita alami dapat diharungi dengan lebih tabah. Setiap perkara yang berlaku pasti ada makna disebaliknya.

JUNDULLAH vs KARKUN - Siri 23



JUNDULLAH 21 January 2013 23:28

kami lihat anda dan all karkun begitu alergic dengan nama barelwi.Pantang jumpa nama itu anda spesifikkan tanpa dikaitkan dengan apa-apa kebaikan.Walhal terang dan jelas mereka itu di iktiraf ulama ASWJ berdasarkan banyak bukti antaranya:

http://en.wikipedia.org/wiki/Barelvi

anda mengatakan Jami'ul Ulema Hind mewakili ulama india tetapi mereka tidak diclare sebagai ulama sunni.buktinya sejarah mereka disini:

http://india.indymedia.org/en/2003/01/2816.shtml

juga disini: http://sunnimuslimsnews.blogspot.com/2010/04/deobandi-and-ahle-hadith-rivalry-and.html

banyak sumber yang di petik dinegara mereka sendiri melabelkan mereka berfahaman wahabi.hanya orang tabligh sahaja yang degil tak mahu terima hakikat ini.

----------------------------------------------------------
JUNDULLAH  22 January 2013 14:27

kami tidak tahu apa status anda dalam jemaah tabligh tapi kalau anda sama level dengan dr nasoha maka amat malanglah jemaah tabligh punya pengikut seperti anda.Cara anda menulis dan berfikir sama taraf seperti azhar jaafar313.

kalau anda mendakwa kami buta sejarah india,sila nyatakan sumber sejarah yang sahih samada dalam bentuk pdf,ebook,dokumen dll.mendakwa itu dan ini tanpa disertakan lampiran,budak tadika pun pandai.

kalau anda nak forword blog ini..maka anda juga kena lampirkan sekali blog ini

http://jamaluddinab.blogspot.com/2011/02/taubat-si-jemaah-tabligh-6-fitnah-atas.html

http://www.youtube.com/watch?v=i5GtySwF3xk

karkun fuad akmal masih mengiktiraf dr nasoha sebagai syura tabligh malaysia walaupun beliau menghina ulama tabligh di india sana dalam ceramah beliau di ;

http://www.youtube.com/watch?v=KWj6ZcWv8cA

begitu juga ustaz abdul hamid sulaiman bekas karkun tabligh sejak belajar di Mesir lagi tapi telah mufarakah ketika ijtimak tabligh di Thailand beberapa tahun dahulu.

berlakulah adil kerana ia lebih hampir kepada taqwa...
------------------------------------------------

Ibn Hussain  1 February 2013 00:12

Salam Ya Akhie fillah
Saya bukan Dr Nasoha yg telah banyak korban. Semoga Allah terima pengorbanan beliau.Kerja dakwah & tabligh ni takda gaji.Jadi syura ka, jemaah tasykil ka, amir jemaah ke, semuanya sama, gelaran itu adalah tanggungjawab dan amanah.Tiada seorang pun jemaah yg ada niat nak jadi syura dan amir jemaah.
Saya pun dah lawati blog Jamaluddin Abu Bakar tu.dah lama tak update sbb dia kerja offshore. Apa yg dia letak dlm tu pun dia copy drp laman lain juga mcm anta la. Rujukan kitabnya betul cuma dia tak faham antara riwayat yg ikhtilaf dan muafaqat.Adab tidur yg muafaqat adalah tidur dilambung kanan mengadap qiblat. boleh juga dirujuk Kitab Shamaail Tarmizi hadith riwayat imam bukhari drp A'aishah r.ha. Yg dinyatakan mubah itu melunjurkan kaki ke arah kiblat. Rawi menyatakan dia melihat Rasulullah pernah melunjurkan kakinya di dalam Masjid Nabawi tetapi tidak ingat arahnya. Di Malaysia bila jemaah tabligh keluar 3 hari, pertama adab tidur akan diberikan oleh org yg baru keluar sebagai latihan.keduanya bila i'tikaf dlm masjid, alquran diletakkan dibahagian depan masjid, jadi kalau melunjurkan kaki ke arah qiblat maka menghalakan kaki ke arah alquran.uruf di tanah melayu memang tak suka melunjur kaki ke arah kiblat walaupun di rumah, boleh semak dengan org2 yg belajar di pondok. Saya terangkan sikit sbb tuan tak pernah keluar.Hulu Langat masa 80an jemaah tabligh susah juga nak buat usaha, sampai kena angkut dengan polis masuk lokap.
Saya harap tuan semak la dulu latarbelakang org yg tulis bukan2 pasai jemaah tabligh, yg mengaku ustaz ikut jemaah tabligh, yg mengaku org lama.kalau perawinya adil boleh terima.
-------------------------------------------------
Reply

Haja Control  31 January 2013 00:42

Kesian orang Melayu kat Malaysia (islam)nak pangkah BN tak tahan dengan rasuah, nak pangkat PAS....hai entahlah, kalau ada 10 orang ulamak pas macan ni lagi teruk nampaknya.... Hancurlah PKR cam ni!!!
------------------------------------------------
Reply 

JUNDULLAH  31 January 2013 09:36

kami nak tanya,adakah anda faham maksud ayat ini:

Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."
(Al-Ankabut: 2-3)

Anggaplah teguran ini satu ujian yang Allah datangkan kepada jemaah tabligh untuk menguji IMAN mereka samada tetap istiqamah menyokong PAS (perjuangan islam) atau lari berpaling (samada sokong parti asobiyah ) atau jadi khawarij(menentang Saydina Ali tapi tak sokong Muawiyah).

dan juga firman Allah mafhumNYA:

Dan Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang Rasul yang sudahpun didahului oleh beberapa orang Rasul (yang telah mati atau terbunuh). Jika demikian, kalau ia pula mati atau terbunuh, (patutkah) kamu berbalik (berpaling tadah menjadi kafir)? Dan (ingatlah), sesiapa yang berbalik (menjadi kafir) maka ia tidak akan mendatangkan mudarat kepada Allah sedikitpun; dan (sebaliknya) Allah akan memberi balasan pahala kepada orang-orang yang bersyukur (akan nikmat Islam yang tidak ada bandingannya itu).-ali imran-144

perbandingan lain berdasarkan ayat ini ialah ADAKAH JEMAAH TABLIGH MERASA TERHINA DENGAN TEGURAN INI (tak mahu muhasabah) lalu atas sebab tersebut mereka BERPALING dari kebenaran(menyokong parti yang memperjuangkan islam) sebaliknya menjadi penentang?

ingatlah janji Allah iaitu akan memenangkan perjuangan islam walaupun ramai manusia memusuhi dan ingatlah bahawa Allah berkuasa membolak-balikkan hati manusia.Sekiranya umat islam bersatu tidak mahu menyokong pejuangan islam (PAS) maka Allah akan gantikan orang bukan islam sebagaimana PRU 12 (2008) yang lalu bilamana ramai orang kafir yang mengundi Pakatan Rakyat berbanding melayu islam.

siapa yang rugi??
mereka yang berpaling itu.....
-------------------------------------------
Reply

Haja Control  31 January 2013 13:25

Bagus lah tuan dapat memahami tuntutab agama masa kini !!
Wassalam