Sebagai asas yang paling utama mendasari ugama islam, ilmu akan memimpin dan memandu manusia dalam pembinaan peribadi mukmin yang kamil.
Wednesday, January 16, 2013
Kahwin Dengan Orang Bunian
Bolehkah Kita Berkahwin Dengan Orang Bunian?
Soalan: saya ingin bertanya perihal yang berkaitan dengan bunian. Perkara ini timbul dalam keluarga saya sendiri, iaitu mengenai adik perempuan saya yang berperangai agak aneh. Kami sekeluarga amat musykil apabila beliau menolak pinangan orang, sebaliknya mengaku sudah berkahwin dengan makhluk halus atau bunian.
1. Soalan
saya, apakah perkahwinan antara manusia dengan jin boleh berlaku?
2. Apakah hukumnya perkahwinan tersebut, sah atau tidak dari sisi Islam?
2. Apakah hukumnya perkahwinan tersebut, sah atau tidak dari sisi Islam?
Jawapan 1
Perkahwinan dalam erti kata yang kita fahami hari ini, tidur bersama selepas perkahwinan yang sah, memang berlaku di antara manusia dengan manusia sahaja seperti yang disebut oleh Allah S.W.T dalam Surah ar-Rum, ayat 21 (mahfumnya): "Dan di antara tanda-tanda kebesaran Allah S.W.T, dijadikan bagi kamu (manusia) untuk pasanganmu dari jenis kamu juga (manusia), supaya kamu mendapat ketenangan dengannya dan dianugerahkan kepada kamu kasih sayang dan rahmat dari Allah S.w.T."
Ayat ini menjelaskan bahawa pasangan hidup manusia dalam rumahtangga yang dirahmati Allah, adalah di antara manusia dengan manusia.
Perkahwinan dalam erti kata yang kita fahami hari ini, tidur bersama selepas perkahwinan yang sah, memang berlaku di antara manusia dengan manusia sahaja seperti yang disebut oleh Allah S.W.T dalam Surah ar-Rum, ayat 21 (mahfumnya): "Dan di antara tanda-tanda kebesaran Allah S.W.T, dijadikan bagi kamu (manusia) untuk pasanganmu dari jenis kamu juga (manusia), supaya kamu mendapat ketenangan dengannya dan dianugerahkan kepada kamu kasih sayang dan rahmat dari Allah S.w.T."
Ayat ini menjelaskan bahawa pasangan hidup manusia dalam rumahtangga yang dirahmati Allah, adalah di antara manusia dengan manusia.
Mengenai dakwaan adik puan yang menyatakan bahawa dia telah berkahwin dengan jin. Pada saya hal ini memang boleh berlaku pada suatu kemungkinan (possibility).
Dalam sejarah sebagai contoh, berlaku kisah Puteri Balqis, Raja Perempuan di negeri Saba' (Yaman). Ada pendapat yang mengatakan bahawa, salah seorang daripada ibu bapanya adalah jin. Sama ada bapanya jin, ibunya manusia atau sebaliknya.
Hal ini saya dapati ada tercatat dalam Tafsir al-Qurtubi, juzuk yang kesepuluh halaman 289, ketika membuat tafsiran kepada Surah al-Isra' ayat 64, yang menyebut firman Allah bahawasanya jin akan berusaha keras memperdayakan manusia untuk menderhaka kepada Allah dengan berbagai-bagai cara.
Mereka menggunakan seni suara (nyanyian), tentera-tentera mereka digunakan, sehingga boleh bermusyarakah bersama untuk mendapatkan harta benda dan anak-anak milik bersama manusia hasil perkongsian dengan makhluk-makhluk halus ini. Disebut di antaranya, berlakulah perkahwinan tadi (ibu bapa Puteri Balqis).
Dalam suatu hadis yang diriwayatkan oleh Aishah r.ha, Nabi pernah bersabda yang bermaksud, "Bahawasanya ada kalangan manusia ini yang akan menjadi mugharribeen, maka Aishah bertanya Nabi maksud mugharribuun itu? Maka Nabi bersabda yang bermaksud ialah mereka-mereka yang telah bermusyarakah dalam kehidupan rumahtangga dengan jin."
Daripada rujukan ini menunjukkan bahawasanya ada kemungkinan manusia itu mengahwini jin sama seperti apa yang didakwakan. Kerana makhluk ini, seperti disebut dalam beberapa hadis, mereka boleh menyerupai dengan rupa-rupa yang diizinkan Allah kepada mereka menyerupainya. Tetapi dalam keadaan-keadaan yang amat sempit atau peluang yang mereka ada amat terhad, demi menjaga kemaslahatan anak Adam tidak terdedah dengan luas untuk ditanggung oleh makhluk-makhluk halus.
Penjelmaan mereka menjadi makhluk seperti manusia, disabitkan dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, iaitu kejadian pencurian harta zakat yang dikawal selia oleh Abu Hurairah, sehingga Abu Hurairah boleh menangkapnya dan dibawa kepada Rasulullah s.a.w untuk pendakwaan. Walaupun akhirnya jin tersebut dilepaskan tetapi Nabi telah menyatakan bahawasanya yang mencuri itu adalah syaitan.
Disabitkan juga bahawa penjelmaan jin itu wujud dalam bentuk yang jelas menyerupai manusia dalam peristiwa peperangan Badar seperti yang disebut dalam Surah al-Anfaal ayat 48 (mahfumnya):
"Dan ketika dihiasi oleh syaitan kepada mereka, tentera Islam dengan katanya kepada mereka, kamu tidak dikalahkan oleh musuhmu oleh manusia dan saya adalah jiran kepada kamu yang akan membantu dalam peperangan ini. Maka apabila kedua-dua kumpulan (Islam dengan Kafir Jahilliyah) bersemuka untuk peperangan yang berjanji untuk menolong mereka orang-orang kuffar itu telah cabut lari mengatakan saya tidak lagi boleh bersama-sama dengan kamu kerana saya dapat melihat apa yang kamu tidak boleh lihat dan saya sesungguhnya amat takut kepada Allah dan Allah itu amat dahsyat keseksaan-Nya".
Ayat ini merujuk kepada adanya kepada satu makhluk yang menjelma sebagai manusia kununnya untuk membantu askar-askar musuh (kuffar) menentang Islam dan sabit bahawa makhluk itu bukan manusia, tetapi jelas mereka adalah syaitan.
Dengan demikian, jelaslah bahawasanya syaitan ini boleh menyerupai manusia dan dengan sendirinya boleh menjadi suami atau isteri kepada manusia.
Jawapan 2
Hukumnya adalah jelas, jumhurnya ulama sudah berijma' bahawa hukumnya (mengahwini jin) tidak sah! Tidak boleh perkahwinan manusia dengan jin dilakukan. Melainkan ada seorang ulama yang bernama Qamuli yang menyatakan perkahwinan tersebut boleh.
Namun saya berpegang kepada pandangan jumhur ulama bahawa hukum perkahwinan tersebut adalah tidak sah, kerana ianya menyalahi dengan ayat Surah ar-Rum yang disebut di atas. Perkahwinan antara manusia dengan jin tidak akan melahirkan ketenangan, kebahagiaan ataupun mendapat rahmat Allah SWT.
Perkahwinan yang tidak sah pada hukum syarak tidak mungkin dirahmati Allah dan tidak mendapat restu Allah. Tidak mungkin kebahagian dan ketenangan berlaku! Kita dapat merasakan jika berlaku suatu krisis rumahtangga dengan mereka (golongan jin), bagaimana rumahtangga boleh aman daripada gangguan mereka?
Malahan anak-anak yang mungkin lahir dari hubungan itu, akan menjadikan masalah kepada manusia, mereka tidak boleh bergaul dalam alam manusia dengan sanak saudara. Jika berlaku pula masalah dengan anak-anak jiran, maka ianya akan mengundang berbagai kecelakaan. Nasihat saya kepada keluarga puan, hindarilah hal-hal ini daripada berlaku. Wallahu a'lam.
Jawapan
Oleh:Datuk Dr Haron Din
MUSIM UMRAH KEMBALI LAGI - Bahagian 4 (akhir)
Tetamu yang
diterima tetapi tidak jelas kedudukannya.
Seterusnya golongan ketiga iaitu tetamu yang diterima
tetapi tidak jelas kedudukannya. Mereka dalam kategori ini pergi menunaikan
haji dan umrah hanyalah sekadar kebetulan. Sekadar memenuhi kehendak semasa
ataupun dalam keadaan terpaksa apabila sering disapa orang, rakan-rakan atau
sanak saudara yang telah pergi menunaikannya. Seolah-olahnya hanya sebagai menyahut
cabaran.
Suatu ketika saya pernah ditanya berkenaan dengan adanya
dikalangan jemaah haji yang datang ke Makkah untuk menunaikan haji dan umrah
sedangkan sebelum itu dia telah banyak melakukan dosa. Malah setelah pulang
dari menunaikan haji pun ia masih lagi meneruskan amalan-amalan dosa yang
pernah dilakukannya malah lebih hebat lagi. Bila ditanya, dia seolah-olah
mempermain-mainkan saja teguran tersebut.
Ada antara mereka yang menjawab dengan angkuh; “Kau
tengok aku. Aku nampak Kaabah, tak terasa panas, tak pernah sesat macam orang
yang aku selalu dengar kisah-kisah aneh di Makkah tu. Itu menunjukkan aku
ok lah. Tuhan merestui aku. Kalau aku jahat tentu aku ditimpa macam-macam
insiden malang seperti yang diceritakan dalam kisah-kisah aneh tu. Ini tidak.
Aku okey, okey saja..’”
Tidak mustahil, ada juga jemaah haji setelah pulang ke tanah
air dengan keadaan selamba berterusan membuat dosa seperti membeli nombor ekor
atau ramalan (loteri), mendedahkan aurat, menipu, rasuah, khianat dan
sebagainya. Inilah sebuah realiti yang berlaku dikalangan para jemaah yang
tidak memahami tujuan kefarduan ibadah haji dan umrah yang terdapat padanya
latihan, hikmah serta pengajaran.
Perlu diingat, kisah-kisah misteri atau bala kesusahan
bukanlah satu kemestian berlaku kepada setiap orang yang berdosa atau yang
tidak betul niat dan tujuannya. Ianya hanyalah tarbiah Allah SWT untuk mendidik
para tetamu-Nya yang datang serta memiliki keazaman dan niat mengabdikan diri
kepadaNya. Kadang-kala ianya bermanfaat sebagai pengajaran supaya
hamba-hamba-Nya yang ikhlas itu sedar dan ingat untuk kembali bertaubat.
Namun hanya Allah Yang Maha Mengetahui segala tujuan yang
tersirat di dalam hati-hati manusia, ikhlas ataupun tidak. Boleh jadi Allah SWT
akan membiarkan orang yang penuh dengan dosa dan leka akan terus lalai dengan
kehidupannya. Na’uzubillahi min zalik. Sebagaimana firman Allah SWT:
“Katakanlah (Wahai Muhammad): “Sesiapa yang berada di dalam
kesesatan, maka biarlah (Allah) Ar-Rahman melanjutkan baginya satu tempoh
yang tertentu, hingga apabila mereka melihat apa yang dijanjikan kepada
mereka, – sama ada azab sengsara dunia ataupun azab kiamat.”
(Surah
Maryam: 75)
Kesan dari pengabaian kepada dosa mengakibatkan akalnya
sudah tidak mampu lagi membezakan antara ibadah dan adat. Biasanya apabila akal
tidak berfungsi dengan sempurna sebagaimana sepatutnya, ingatan serta nasihat
sudah tidak berguna lagi. Akal pada saat itu telah diseliputi nafsu yang akan
membinasakan dirinya sendiri. Keadaan beginilah yang seharusnya kita takuti
dan berusaha menjauhinya. Bila dosa sudah dianggap nikmat serta mengaburi
pandangan mata hati maka Allah SWT akan membiarkan kita terus leka dengan
kehidupan di dunia ini tanpa hidayah-Nya.
Tanpa mengenali baik dan buruk yang terdapat dalam diri,
akan menyebabkan kita hanyut dalam khayalan sendiri tanpa petunjuk dan
bimbingan daripada Ilahi. Inilah pentingnya “Tazkiyatul Nafs” yakni
membersihkan hati dan jiwa dari sifat-sifat keji dan dari segala penyakit serta
keaiban yang akan menyebabkan kita buta dari mengenali Allah SWT dan
perkara-perkara kebaikan dalam kehidupan.
Justeru jika tidak dibendung dan diperbaiki, mereka yang
termasuk dalam golongan ketiga ini mungkin akan menjadikan amalan haji atau
umrah ini hanya sekadar kebanggaan untuk ditunjuk-tunjuk bahawa mereka juga
bertaubat serta beribadah. Namun hakikat sebaliknya, taubat mereka hanyalah
kepura-puraan, tagis mereka hanyalah kemunafikan lantas mereka pulang ke tanah
air dalam keadaan angkuh dengan Allah SWT dan riak sesama manusia.
Mereka kekal menjadi manusia yang derhaka kepada Allah SWT. Ibadah haji dan umrah dapat dilaksanakan dengan sempurna
tetapi kewajipan menutup aurat masih diabaikan, segala perintah dan hukum Allah
SWT masih dipertikai, malah segala perkara yang merupakan ibadah masih dicuai.
Sesungguhnya mereka ini adalah insan malang yang tersungkur di hadapan pintu
syurga. “Ya Allah selamatkanlah kami dari keadaan ini.”
Sesungguhnya tidak ada ibadah yang paling buruk melebihi
ibadahnya seorang yang fasiq (pelaku dosa besar dan dosa kecil yang
terus menerus) tanpa taubat sebelumnya. Adakah kita berharap rahmat dan
redha-Nya sedangkan kita tidak menjauhi larangan-Nya? Ketahuilah, bahawa syarat
daripada ibadah yang diterima Allah SWT semestinya diawali dengan taubatan
nasuha, taubat yang bersungguh-sungguh lahir dari hati yang penuh
penyesalan, berhenti daripada segala kelakuan yang jahat, tinggalkan segala
bentuk maksiat, sedangkan perkara itu semua merupakan penghalang kepada ibadah
kita.
Kesimpulan
Saudaraku, layakkah bagi kita melakukan perjalanan panjang
menuju Baitullah al-Haram untuk memenuhi panggilan-Nya sedangkan kita masih
dalam keadaan zalim pada diri sendiri dan orang-orang di sekitar kita? Tidakkah
kita malu sebagai pelaku maksiat mendatangi Baitullah al-Haram hanya untuk
diusir dan ditolak amalan serta doa? Maka jika kita ingin diterima atas
panggilan ibadah haji atau umrah, bersihkanlah diri dari noda dan dosa, serta
penuhilah perintah dan jauhi larangan-Nya sebelum keberangkatan kita menuju
tanah yang Allah SWT muliakan.
Dengan membuang semua perkara yang dapat menghalangi ibadah
haji dan umrah kita, bererti kita telah mempersiapkan diri untuk memenuhi
panggilan-Nya, maka bersiaplah sebagaimana persiapan orang yang akan
meninggalkan dunia ini untuk selamanya. Tinggalkan wasiat kepada keluarga, anak
dan isteri, kerana seorang musafir sangat dekat dengan musibah kecuali bagi
orang yang mendapat perlindungan Allah SWT sahaja.
Tuesday, January 15, 2013
12 Kaum yang Dibinasakan Allah
Dalam
Alquran, banyak sekali diceritakan kisah-kisah umat terdahulu yang telah
dibinasakan oleh Allah karena mereka mengingkari utusan-Nya dan melakukan
berbagai penyimpangan yang telah dilarang. Berikut adalah kaum-kaum yang
dibinasakan.
Kaum Nabi
Nuh
Nabi Nuh
berdakwah selama 950 tahun, namun yang beriman hanyalah sekitar 80 orang.
Kaumnya mendustakan dan memperolok-olok Nabi Nuh. Lalu, Allah mendatangkan
banjir yang besar, kemudian menenggelamkan mereka yang ingkar, termasuk anak
dan istri Nabi Nuh (QS Al-Ankabut : 14).
Untuk
membaca lebih jelas klik link disini
Kaum Nabi
Hud
Nabi Hud
diutus untuk kaum 'Ad. Mereka mendustakan kenabian Nabi Hud. Allah lalu
mendatangkan angin yang dahsyat disertai dengan bunyi guruh yang menggelegar
hingga mereka tertimbun pasir dan akhirnya binasa (QS Attaubah: 70, Alqamar:
18, Fushshilat: 13, Annajm: 50, Qaaf: 13).
Untuk
membaca lebih jelas klik link disini
Kaum Nabi
Saleh
Nabi
Saleh diutuskan Allah kepada kaum Tsamud. Nabi Saleh diberi sebuah mukjizat
seekor unta betina yang keluar dari celah batu. Namun, mereka membunuh unta
betina tersebut sehingga Allah menimpakan azab kepada mereka (QS ALhijr: 80,
Huud: 68, Qaaf: 12).
Untuk
membaca lebih jelas klik link disini
Kaum Nabi
Luth
Umat Nabi
Luth terkenal dengan perbuatan menyimpang, yaitu hanya mau menikah dengan
pasangan sesama jenis (homoseksual dan lesbian). Kendati sudah diberi
peringatan, mereka tak mau bertobat. Allah akhirnya memberikan azab kepada
mereka berupa gempa bumi yang dahsyat disertai angin kencang dan hujan batu
sehingga hancurlah rumah-rumah mereka. Dan, kaum Nabi Luth ini akhirnya
tertimbun di bawah reruntuhan rumah mereka sendiri (QS Alsyu'araa: 160, Annaml:
54, Alhijr: 67, Alfurqan: 38, Qaf: 12).
Untuk
membaca lebih jelas klik link disini
Kaum Nabi
Syuaib
Nabi
Syuaib diutuskan kepada kaum Madyan. Kaum Madyan ini dihancurkan oleh Allah
karena mereka suka melakukan penipuan dan kecurangan dalam perdagangan. Bila
membeli, mereka minta dilebihkan dan bila menjual selalu mengurangi. Allah pun
mengazab mereka berupa hawa panas yang teramat sangat. Kendati mereka
berlindung di tempat yang teduh, hal itu tak mampu melepaskan rasa panas.
Akhirnya, mereka binasa (QS Attaubah: 70, Alhijr: 78, Thaaha: 40, dan Alhajj:
44).
Selain
kepada kaum Madyan, Nabi Syuaib juga diutus kepada penduduk Aikah. Mereka
menyembah sebidang padang tanah yang pepohonannya sangat rimbun. Kaum ini
menurut sebagian ahli tafsir disebut pula dengan penyembah hutan lebat (Aikah)
(QS AlHijr: 78, Alsyu'araa: 176, Shaad: 13, Qaaf: 14).
Untuk
membaca lebih jelas klik link disini
Firaun
Kaum Bani
Israil sering ditindas oleh Firaun. Allah mengutus Nabi Musa dan Harun untuk
memperingatkan Firaun akan azab Allah. Namun, Firaun malah mengaku sebagai
tuhan. Ia akhirnya tewas di Laut Merah dan jasadnya berhasil diselamatkan.
Hingga kini masih bisa disaksikan di museum mumi di Mesir (Albaqarah: 50 dan
Yunus: 92).
Untuk
membaca lebih jelas klik link disini
Ashab
Al-Sabt
Mereka
adalah segolongan fasik yang tinggal di Kota Eliah, Elat (Palestina). Mereka
melanggar perintah Allah untuk beribadah pada hari Sabtu. Allah menguji mereka
dengan memberikan ikan yang banyak pada hari Sabtu dan tidak ada ikan pada hari
lainnya. Mereka meminta rasul Allah untuk mengalihkan ibadah pada hari lain,
selain Sabtu. Mereka akhirnya dibinasakan dengan dilaknat Allah menjadi kera
yang hina (QS Al-A'raaf: 163).
Ashab
Al-Rass
Rass
adalah nama sebuah telaga yang kering airnya. Nama Al-Rass ditujukan pada suatu
kaum. Konon, nabi yang diutus kepada mereka adalah Nabi Saleh. Namun, ada pula
yang menyebutkan Nabi Syuaib. Sementara itu, yang lainnya menyebutkan, utusan
itu bernama Handzalah bin Shinwan (adapula yang menyebut bin Shofwan). Mereka
menyembah patung. Ada pula yang menyebutkan, pelanggaran yang mereka lakukan
karena mencampakkan utusan yang dikirim kepada mereka ke dalam sumur sehingga
mereka dibinasakan Allah (Qs Alfurqan: 38 dan Qaf ayat 12).
Ashab
Al-Ukhdudd
Ashab
Al-Ukhdud adalah sebuah kaum yang menggali parit dan menolak beriman kepada
Allah, termasuk rajanya. Sementara itu, sekelompok orang yang beriman
diceburkan ke dalam parit yang telah dibakar, termasuk seorang wanita yanga
tengah menggendong seorang bayi. Mereka dikutuk oleh Allah SWT (QS Alburuuj:
4-9).
Ashab
Al-Qaryah
Menurut
sebagian ahli tafsir, Ashab Al-Qaryah (suatu negeri) adalah penduduk
Anthakiyah. Mereka mendustakan rasul-rasul yang diutus kepada mereka. Allah
membinasakan mereka dengan sebuah suara yang sangat keras (QS Yaasiin: 13).
Kaum
Tubba'
Tubaa'
adalah nama seorang raja bangsa Himyar yang beriman. Namun, kaumnya sangat
ingkar kepada Allah hingga melampaui batas. Maka, Allah menimpakan azab kepada
mereka hingga binasa. Peradaban mereka sangat maju. Salah satunya adalah
bendungan air (QS Addukhan: 37).
Kaum Saba
Mereka diberi berbagai
kenikmatan berupa kebun-kebun yang ditumbuhi pepohonan untuk kemakmuran rakyat
Saba. Karena mereka enggan beribadah kepada Allah walau sudah diperingatkan
oleh Nabi Sulaiman, akhirnya Allah menghancurkan bendungan Ma'rib dengan banjir
besar (Al-Arim) (QS Saba: 15-19).
Subscribe to:
Posts (Atom)







