Tuesday, January 15, 2013

UMRAH KEMBALI LAGI - Bahagian 3



Tetamu yang diterima dalam keadaan kemurkaanNya.
Manakala golongan kedua iaitu tetamu yang diterima dalam keadaan kemurkaan Allah SWT ialah mereka yang sebaliknya.  Ada yang pergi ke Makkah dengan niat hanya untuk berziarah atau melancong dan mengalami sendiri pengalaman sebagaimana yang digembar-gemburkan oleh kebanyakkan orang yang telah menziarahinya.
Ada juga yang dalam keadaan terpaksa mengerjakan ibadah haji kerana mengikut suami, ibu bapa, keluarga, majikan, kelab atau jemaah tertentu. Ada juga yang merasai kewajipan itu pada dirinya lantas ia berusaha melayakkan dirinya, namun pelbagai niat dan persepsi yang dilahirkan hanya sekadar ‘melepaskan batuk di tangga sahaja’ tanpa membuat persiapan yang menyeluruh merangkumi niat, bekalan ilmu, iman dan amalan. Kebanyakkannya benar-benar berharap mendapat yang terbaik tetapi tidak menepati syarat. Tidak kurang juga yang hanya tangkap muat, asal terlaksana ibadah haji dan umrah sudah dianggap memadai.
       Satu ketika seorang sahabat Nabi SAW, Abdullah Bin Umar RA apabila melihat rombongan haji sedang melewati satu jalan, beliau berkata: “Pada hari ini, para jemaah haji menjadi semakin berkurangan dan pengembara-pengembara semakin bertambah ramai.”
     Ungkapan beliau itu bermaksud, para kekasih Allah SWT yang sebenar semakin sedikit. Iaitu mereka yang pergi menunaikan ibadah haji kerana Allah SWT disamping untuk mengambil faedah dan tarbiah daripadanya semakin berkurangan. Sementara dikalangan mereka yang tidak ikhlas telah bertambah dengan hebatnya. Justeru ia menyeru ke arah kesederhanaan dan menjauhkan segala kemewahan dan keseronokan.
Mana tidaknya, jemaah haji sekarang ini lebih didedahkan kepada segala kemudahan yang tersedia bermula dari bimbingan ibadah haji sehinggalah kepada pakej-pakej yang ditawarkan. Malah persekitaran dan aktiviti di tanah suci juga telah menampakkan kemewahan dan bersifat keduniaan. Perkara ini sedikit sebanyak akan mempengaruhi sikap dan tindakan dalam persiapan dan keadaan sebagai tetamu Allah.
     Inilah cabaran terbesar di zaman kita ini. Justeru, para jemaah haji hendaklah menunjukkan tanda keghairahan cinta kepada Allah SWT, dan bukannya tanda cinta kepada kemewahan, kesenangan atau kecantikan yang bersifat keduniaan. Membuktikan bahawa pemergiannya untuk menunaikan ibadah haji itu semata-mata mencari keredhaan Allah SWT agar tidak tergolong dalam salah satu daripada golongan yang telah disabdakan oleh Rasulullah SAW:
“Akan datang kepada manusia suatu masa, umatku melakukan haji kerana empat perkara: Orang kaya melaksanakan ibadah haji kerana melancong. Orang pertengahan menunaikan haji kerana berniaga. Orang miskin menunaikan haji kerana meminta-minta. Orang qari dan para ilmuaan menunaikan haji kerana riya’ dan nama.”  (Riwayat al-Dailamy)

Ujian adalah kifarah        
Namun sifat pengampunnya Allah SWT masih memberi ruang dan peluang untuk para hamba-Nya bertaubat dan menginsafi diri. Walaupun hadirnya mereka mengundang kemurkaan Allah SWT disebabkan sikap yang ada pada diri mereka iaitu memberi keutamaan kepada nafsu dan bukannya untuk menyatakan ketaatan kepada Allah SWT. Tetapi Maha Pengasihnya Allah SWT masih membuka tawaran keampunan untuk hamba-hamba-Nya bertaubat dan menginsafi diri.
Justeru kepayahan, kesakitan, tekanan yang wujud semasa, sebelum atau selepas menunaikan haji dan umrah adalah kifarat serta ujian Allah SWT untuk para hamba-Nya. Sebagaimana yang terdapat dalam sebuah hadis sahih daripada Abu Hurairah dan Abu Said Al-Khudri, bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:
“Tidaklah seorang mukmin dilanda kecemasan, kelelahan dan kesedihan, melainkan Allah SWT akan menghapuskan segala kesalahannya.”
(Riwayat Muslim)
 Inilah hakikatnya komunikasi tanpa suara antara Tuhan dengan para hamba-Nya. Ujian terkecil malah yang terbesar adalah takdir Allah SWT. Ia mempunyai maksud tertentu untuk dibuat penilaian. Bagi para tetamu Allah khususnya, ia adalah sebagai ingatan atau kifarat daripada dosa moga hamba-Nya itu akan segera bertaubat, menyedari segala kesilapan sama ada dengan Allah SWT ataupun sesama manusia. Ujian juga bermaksud qisas (pembalasan) ke atas dosa-dosa kita. Setiap perbuatan dosa mesti dihukum, sama ada di dunia ataupun di akhirat, kecuali jika kita telah bertaubat bersungguh-sungguh sehingga Allah SWT mengampuni dosa-dosa tersebut.
Ujian sebenarnya melatih kita untuk mengubah ketrampilan diri bagi mendapat sifat-sifat terpuji. Sabar, redha, tawakal, baik sangka, mengakui diri sebagai sebagai hamba yang lemah, mendekatkan diri kepada Allah SWT, harapkan pertolongan Allah SWT, merasai dunia hanya nikmat sementara dan sebagainya. Semuanya ini tidak dapat kita bezakan melainkan melalui ujian yang disediakan Allah SWT mengikut tahap keimanan kita bagi mencetuskan segala sifat mahmudah dalam diri.
Natijahnya apabila mampu membuat diri terasa berdosa ianya juga adalah hasilan dari sifat terpuji yang telah kita miliki. Kadang-kala Allah SWT dedahkan dosa yang dilakukan hingga ramai orang tahu. Bukannya untuk menghina tetapi untuk memberi ingatan agar kita segera bertaubat dan tidak meneruskan dosa itu sampai bila-bila.
Banyak kisah pengalaman dari para jemaah haji atau umrah yang bertemu dengan pelbagai keadaan manusia yang dibukakan keaibannya oleh Allah SWT.  Mungkin itulah dia kifarat yang kadang-kala sehingga mencederakan perlaksanaan ibadah haji dan umrahnya. Bagaimana pula status haji atau umrahnya itu? Hanya Allah SWT sahaja yang mengetahuinya. Kita hanya mampu bersangka baik dan menilai dari lahiriah perbuatannya sahaja. Bila sah pada syarak maka sahlah hajinya. Terpulanglah kepada Allah SWT untuk menentukan nilai penerimaannya berdasarkan keikhlasan yang telah ditunjukkan sepanjang proses perlaksanaan ibadah tersebut.
Bagi mereka yang dikasihi Allah SWT, di dunia lagi Allah SWT hukum, tidak di akhirat, dengan didatangkan kesusahan, penderitaan, kesakitan dan sebagainya. Sekiranya kita boleh sabar dan redha, tentulah ada ganjaran pahala untuk kita. Sebaliknya kalau kita tidak boleh bersabar dan tidak redha malah merungut-rungut, mengeluh dan memberontak, ianya hanya akan menambah dosa pada diri kita. Begitulah Allah Yang Maha Pengasih kepada para hambaNya, tidak mahu menghukum kita di akhirat kerana penderitaan di akhirat yakni di neraka berpuluh-puluh kali ganda lebih dahsyat daripada penderitaan di dunia.
Ujian juga adalah untuk menilai sejauhmana keyakinan kita kepada Allah SWT. Semakin diuji sepatutnya semakin bertambah iman, dan semakin hampir kita dengan Allah SWT. Firman Allah yang bermaksud;
“Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, pada hal belum nyata bagi Allah orang yang berjihad di antara kamu dan belum nyata orang-orang yang bersabar.”
(Surah ali-Imran: 142)
Namun begitu, kegagalan dalam menghayati hikmah ini menyebabkan kita bertambah jauh dengan Allah SWT; mengeluh dan menyesali takdir Allah SWT. Apatah lagi ianya akan menjauhkan kita untuk mengapai kesempurnaan haji dan umrah yang mabrur lagi bertadabbur.

Monday, January 14, 2013

MUSIM UMRAH KEMBALI LAGI - Bahagian 2



1.      Tetamu yang dijemput dengan rahmat dan keredhaanNya

Golongan pertama ialah tetamu yang dijemput dengan rahmat dan keredhaanNya adalah dikalangan mereka yang telah membuat persiapan seawal niat dan azam untuk menunaikan haji serta umrah lagi. Antara persiapan yang telah mereka persiapkan;
  1. Membersihkan jiwa batiniah melalui taubat yang bersungguh-sungguh disamping memperbanyakkan doa-doa khusus supaya dijemput sebagai tetamu-Nya.
  2. Mempersiapkan diri dengan ilmu amali ibadah haji dan umrah seawal mungkin agar jelas difahami dengan rasa penuh keyakinan di dalam hati pada perlaksanaan dan penghayatan serta hikmahnya.
  3. Memberi tumpuan dan meningkatkan kualiti ibadah fardu seperti solat, zakat serta puasa malah diperkemaskan dan ditunaikan berserta amalan sunat dengan sebaik mungkin.
  4. Hubungan sesama manusia diperbaiki, jika ada dosa dan pernah membuat kejahatan kepada sesama insan maka ia akan bersegera memohon kemaafan kepada mereka.
  5. Dilangsaikan segala hutang yang mampu dijelaskan disamping membuat perancangan dengan teliti agar tidak membebankan mereka yang ditinggalkan.
  6. Mempersiapkan semua keperluan yang patut bagi meringankan segala bebanan dan tanggungjawab yang bakal ditinggalkan dengan secara yang halal. Mereka ikhlas melakukan yang demikian demi mencari redhanya Tuhan.
Keikhlasan mereka itu adalah antara penyebab kepada segala urusan mereka dipermudahkan Allah SWT. Malah sepanjang menunaikan ibadah haji dan umrah juga akan berada dalam ketenangan dan dilimpahi bantuan daripada Allah SWT. Mereka ini telah benar-benar menghayati dan mempraktikkan suruhan Allah SWT sebagai bekalan menuju kepada keredhaan-Nya, sebagaimana firman Allah SWT:
“Dan hendaklah kamu membawa bekal dengan secukupnya, kerana sebaik-baik bekal itu ialah Takwa (memelihara diri), dan bertakwalah kepada-Ku wahai orang-orang yang berakal (yang dapat memikir dan memahaminya).”
(Surah al-Baqarah: 197)
Bekalan takwa mereka ialah pemeliharan diri daripada sifat-sifat mazmumah yakni sifat-sifat keji, memiliki ilmu serta praktikal ibadah yang sempurna. Disamping itu juga, mereka mempunyai kefahaman dalam ertikata yang sebenarnya dalam meningkatkan penghayatan pada ibadah dengan belajar untuk memperbaiki diri dalam setiap praktik amalan haji dan umrah. Memperelokkan hubungan mereka dengan Allah SWT melalui penyempurnaan iman dan kecintaan yang hakiki kepada Ilahi, serta menyantuni manusia dalam semua keadaan sebagai pelengkap keindahan akhlak dan adab melalui hablum minannas, hubungan mereka semasa manusia.

Sunday, January 13, 2013

MUSIM UMRAH DATANG LAGI - Bahagian 1



Musim cuti sekolah selain sinonim dengan majlis perkahwinan dan kenduri untuk meraikan pasangan yang telah diijab-kabulkan, ianya juga dikaitkan dengan program Umrah dan Ziarah bagi mereka yang berkemampuan untuk mengunjungi Makkah al-Mukarramah. Malah program umrah dan ziarah ini menjadi agenda tahunan bagi mereka yang telah mendapat nikmat melalui kunjungan ke Tanah Suci dan ibadah yang dilakukan di sana. Pelbagai tujuan dan gelagat manusia yang tersingkap disebalik keghairahan untuk mengunjungi Kota Suci ini. Ada yang pergi kerana ingin melancong dan melihat dengan lebih dekat disamping merasai sendiri kemuliaan Tanah Haram sebagaimana yang sering menjadi buah mulut para jemaah yang telah pernah mengunjunginya. Ada juga yang berazam untuk mengambil pengalaman pertama sebelum dijemput untuk menunaikan ibadah haji yang difardhukan.

Walaupun kunjungan kita ke Makkah al-Mukarramah untuk menunaikan ibadah Umrah yang sunat, namun harus difahami ibadah umrah juga adalah ibadah yang penting untuk dihayati, dipelajari manasiknya (cara perlaksanaannya) dan dimurnikan tujuan serta niat untuk melaksanakannya. Janganlah pula keghairahan itu nanti menjadi penyebabkan kepada kita terjebak dalam maksiat yang berganda disebabkan kejahilan yang kita bawa apabila melangkahkan kaki ke sana.

Kategori Tetamu Allah

Saudaraku, fahamilah bahawa ibadah umrah juga adalah ibadah utama bagi yang mampu dan telah terpanggil untuk menunaikannya. Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda: “Orang-orang yang menunaikan haji dan umrah adalah tetamu Allah. Apabila mereka memohon kepadanya, pasti diperkenankan. Dan apabila mereka memohon keampunan kepadaNya, pasti diampunkan.” (Riwayat Nasa’i, ibnu Hibban dan Hakim).

Orang-orang yang menunaikan haji dan umrah adalah para tetamu Allah. Manakala kedudukan dan tahap kesempurnaan jemputannya pula dapat ditentukan berdasarkan kepada ciri-ciri keutamaan dan keadaan persiapan seseorang jemaah sebelum terpilih dan dipilih untuk menunaikan ibadah haji dan umrah. Secara umumnya para tetamu Allah tergolong kepada tiga kategori;
  1. Tetamu yang dijemput dengan rahmat dan keredhaanNya
  2. Tetamu yang diterima dalam keadaan kemurkaanNya.
  3. Tetamu yang diterima tetapi tidak jelas kedudukannya.
Ketiga-tiga golongan ini termasuk dalam jaminan Allah SWT, iaitu doa dan taubat mereka akan dikabulkan Allah SWT jika mereka memohon bersungguh-sungguh kepada-Nya serta memenuhi segala syaratnya. Namun terdapat perbezaan dari segi layanan Allah SWT kepada mereka setelah mana mereka tersenarai dalam jemputan-Nya itu.

JUNDULLAH vs KARKUN - siri 20



JUNDULLAH  21 September 2012 12:18

Anda menulis:

Yang saya maksudkan’hujah masih diperdebatkan’ ialah muzakarah yang sedang kita buat ini berkenaan mimpi Maulana Ilyas. Aqidah ASWJ yang tuan nukilkan, saya pun tahu dan saya pun beriktikad dengannya. Cuma tuan yang terlalu ‘obses’ dengan sangkaan tuan sehingga mendakwa usaha dakwah ini menafsirkan Qur’an dengan mimpi, padahal hakikatnya bukan begitu. Dan tak pernah wujudpun dalam mana-mana kitab tafsir Deoband yang menjadikan mimpi Maulana Ilyas sebagai sumber untuk menafsirkan ayat Qur’an.

Kami jawab:

Kami bukan merujuk kepada anda tetapi kepada maulana ilyas sebab dia yang cakap macam tu dalam kitab tersebut.Beliau adalah batu asas kepada Jemaah tabligh.Anda kena beza antara kata nama dan kata kerja.Jemaah tabligh merujuk pengasasnya maulana ilyas manakala kerja dakwah merujuk pengasasnya Rasulullah.Jangan tak reti beza….

Contoh seperti seorang Ali yang bekerja sebagai seorang guru.walaupun Ali mati tetapi profesion guru tidak akan mati sampai hari qiamat. Tugas itu akan diganti oleh orang.Begitu juga jemaah tabligh dengan kerja dakwah.Kerja dakwah akan berlangsung sehingga hari qiamat walaupun tanpa jemaah tabligh IPB.Kami harap anda faham.

Maknanya mathode bathil(mimpi tafsir al quran) yang menjadi asas jemaah tabligh tidak layak melakukan kerja Nabi(dakwah) sebab manhajnya salah.Jemaah tabligh hanya mengikut kerja nabi tak mengikut manhaj /mathode nabi.
------------------------------------------------------------
Reply
Musafir  21 September 2012 03:22
Didalam ayat yang tuan quotekan dari buku Maulana Abul Hasan Ali Nadwi itu, ia berbunyi ‘The method of tabligh was opened to me….’ (Method tabligh telah dibukakan kepadaku..) terjemahan tuan ‘aku mendirikan jemaah tabligh…’ adalah salah dan jauh berbeza maksudnya dan membawa kesimpulan yang jauh menyimpang dari maksud asal kata-kata itu. Kata-kata tuan ‘Maulana Ilyas menyesatkan umat terdahulu’ pun tersasar jauh dari makna yang Maulana maksudkan. Tak perlulah saya huraikan perkara ini disini. Begitu juga terjemahan tuan lain yang tuan ambil, saya ragu-ragu akan kesahihan dan cara terjemahan tersebut dibuat. Lebih-lebih lagi terjemahan atau tulisan yang diambil dari sumber Barelwi ekstrim.

Kesimpulannya, perbincangan secara terperinci dengan tuan mengenai perkara penting ini hanya akan membuang masa dan tenaga sebab tuan telah pan bertekad untuk menyesat dan mengkafirkan usaha dan pengusaha dakwah tabligh dan aliran Deoband, dan hujah-hujah tuan pun datangnya dari Barelwi yang saya meragui kebenarannya. Terjemahan tuan terhadap kata-kata ulama’ dakwah tabligh banyak diselewengkan dari maksud asalnya, dan tuan menyampaikan hujah tuan dengan begitu angkuh dan kasar sekali, beserta kata-kata makian dan cercaan. Hujah dan poin-poin saya pun rasanya tuan tak baca dan pandang sepi. Sebab nampak yang kebenaran bukanlah matlamat tuan didalam membina blog ini. Alangkah sedih dan ruginya pihak PAS mempunyai pengikut seperti tuan.

Dan bagi diri saya sendiri, sekurang-kurangnya saya dah mencuba bermuzakarah dengan tuan. Namun nampaknya takkan ada kesudahan. Tak apalah. Di akhirat nanti, Allah yang akan mengadili saya dan tuan seadil-adilnya. Bagi diri tuan, atas sebab dakwaan kafir yang tuan buat, maka tuan akan berhadapan dengan seluruh alim ulama dan pengikut aliran Deoband dan disanalah ‘kebenaran’ dan dakwaan hujah tuan akan di adili.

Dan akhir sekali, sekadar pengetahuan tuan, dan setakat pengetahuan saya, usaha dakwah dan tabligh ini tidak pernah memburuk atau merendahkan usaha agama yang lain, misalnya seperti usaha yang PAS buat.
Sila rujuk
http://dakwah-ilallah.blogspot.co.uk/2012/09/politik-islam.html
http://hambalialorstari.blogspot.co.uk/2009/03/politik-vs-syura.html

Sikap sesetengah pengusaha agama yang mengkritik PAS, yang mungkin menyebabkan tuan marah sangat kepada tabligh, maka itu hanyalah pandangan peribadi mereka.
Saya berhenti setakat ini. 
-----------------------------------------------------------
Reply
JUNDULLAH  21 September 2012 16:57
anda menulis:

"Didalam ayat yang tuan quotekan dari buku Maulana Abul Hasan Ali Nadwi itu, ia berbunyi ‘The method of tabligh was opened to me….’ (Method tabligh telah dibukakan kepadaku..) terjemahan tuan ‘aku mendirikan jemaah tabligh…’ adalah salah dan jauh berbeza maksudnya dan membawa kesimpulan yang jauh menyimpang dari maksud asal kata-kata itu".

kami jawab:

he..he..he..adakah terjemahan kami dapat mengubah teks kitab Malfoozat tu?

text asal:
the mathod of tabligh was opened to me in a dream. the tafsir of the ayah" you are the best ummah taken out for mankind. you command good and prohibit evil and you believe in allah. was inspired to me in a dream that you the muslim ummat like the prophets have been selected to the benefit of all mankind and the meaning of 'ukhrijat' taken out,is that you are not to concentrate you effort at one place but it will be necessary for you to move from place to place.

terjemahan:

mathod tabligh telah dibuka kepada saya dalam mimpi.tafsir satu ayat "anda adalah umat terbaik yang diambil keluar untuk umat manusia. anda menyuruh yang baik dan melarang kejahatan dan anda percaya pada Allah telah diilhamkan kepada saya dalam mimpi bahawa anda ummat Islam seperti para nabi telah dipilih untuk faedah semua manusia dan makna 'ukhrijat' "dibawa keluar", adalah bahawa anda tidak untuk menumpukan perhatian anda usaha di satu tempat tetapi ia akan menjadi perlu bagi anda untuk bergerak dari satu tempat ke tempat,pintu ke pintu.

POINT UTAMA DISINI IALAH TAFSIR AYAT AL QURAN DAPAT DALAM MIMPI.BELIAU MENDAKWA IA MATHOD UNTUK KERJA TABLIGH.

MASALAH KAMI TERSILAP MENERANGKAN MAKSUD TIDAK BOLEH DIJADIKAN ALASAN UNTUK MENOLAK BUKTI DAN FAKTA YANG JELAS DEPAN MATA INI.TEXT ASAL KITAB MALFOOZAT ITU BUKAN BERSUMBER DARI BRELWI TAPI DARI DEOBANDI SENDIRI.

Anda mungkin boleh pusing ayat tulisan kami tapi anda tak mungkin boleh mengubah bukti bertulis itu.sekarang sudah ramai manusia boleh membaca keseluruhan isi kitab tersebut sebelum ini asing bagi mereka.
--------------------------------------------------------------
JUNDULLAH  21 September 2012 17:13
anda menulis:

"dan hujah-hujah tuan pun datangnya dari Barelwi yang saya meragui kebenarannya."

kami jawab:

steament yang amat melucukan...la ni text kitab Malfoozat telah ada depan mata,apa perlu lagi ambil hujjah dari Barelwi tu.Ramai pengunjung blog ini boleh baca dan faham sendiri tanpa merujuk kepada hujjah Barelwi pun.

anda tulis:

"Tak apalah. Di akhirat nanti, Allah yang akan mengadili saya dan tuan seadil-adilnya. Bagi diri tuan, atas sebab dakwaan kafir yang tuan buat, maka tuan akan berhadapan dengan seluruh alim ulama dan pengikut aliran Deoband dan disanalah ‘kebenaran’ dan dakwaan hujah tuan akan di adili."

kami jawab:

al quran di turunkan untuk membezakan antara benar dan salah,haq dan bathil.Dalam soal ini tak payah tunggu di akhirat,di dunia lagi sudah boleh tahu siapa yang benar dan siapa yang salah.

semua umat islam yang berilmu tahu kaum khawarij golongan sesat tak payah tunggu akhirat.MACAM MANA BOLEH TAHU??...AL QURAN SEBUT DAN HADITH NYATAKAN CIRI-CIRINYA.

HANYA ORANG TABLIGH JE YANG TAK FAHAM
-------------------------------------------------------------

JUNDULLAH  21 September 2012 23:37
Kebanyakan modal hujjah karkun tabligh ialah suka mengaitkan dengan pemimpin kami.apa apa sikit TGNA meraikan golongan tabligh la,ramai pemimpin PAS belajar kat deoband la macam2 lagi la.

sejak awal topik ini dibuka,telah kami tegaskan bahawa kami mengkritik JT atas dasar ISLAM bukan atas sebagai ahli PAS!!!

Itu sebab dalil yang kami gunakan langsung tidak mengaitkan dengan mana-mana ulama PAs pun sebaliknya semua hujjah kami berlandaskan Al quran,hadith dan kitab ulama muktabar.

Ini membuktikan kami tidak bermodalkan PAS untuk mengkritik tabligh.
---------------------------------------------------------------
Reply
JUNDULLAH  22 September 2012 23:20
Sidang pembaca budiman

Setelah kita mengikuti siri perbincangan tegang antara Jundullah vs Karkun Musafir di atas tajuk mimpi Maulana Ilyas, berakhir dengan penarikan diri Karkun Musafir dengan alasan sikap kami yang kasar dan angkuh dalam melontarkan hujjah.

Walaupun perbincangan ini terhenti sekerat jalan sekadar satu bab sahaja ,Sebenarnya ia sudah memadai kerana Point penting yang ingin di heightlightkan telah berjaya disampaikan.

Antara rumusan penting yang boleh kami simpulkan ialah:

1. Karkun Musafir gagal menafikan bahwa Deobandi(Tabligh)menganut fahaman wahabi berdasarkan bukti-bukti yang telah dilampirkan termasuk petikan ucapan-ucapan ulama mereka yang berbaur wahabi di dalam kitab-kitab mereka.Ini bermakna deobandi tabligh jelas berfahaman wahabi meskipun tidak semua tetapi ia mewakili majoriti.

2. Karkun Musafir cuba "bermain kata-kata" dengan mengambil kesempatan atas kesilapan kami menterjemahkan text kitab versi English(Malfoozat-maulana ilyas)yang mengandungi ucapan pengasas tabligh itu yang dengan jelas memperkenalkan satu manhaj baru yang menyalahi manhaj ASWJ iaitu MENAFSIRKAN AL QURAN BERDASARKAN MIMPI.

3. Kalau kita rajin mengikuti forum-forum yang menghentam tabligh maka kita akan dapati satu trend atau trademark yang hampir sama diantara mereka iaitu suka berdalilkan tokoh2 ulama tertentu sebagai penguat hujjah mereka.Satu lagi mereka hanya berpada dengan pendapat ulama mereka sahaja bagi menyokong hujjah yang diutarakan.Sedangkan itulah sebenarnya kelemahan mereka sebab seorang pendebat yang berjaya ialah yang mampu mengambil dalil dari sumber yang bersifat neutral(tidak memihak).

4. Kebanyakkan karkun tabligh tidak mampu berlapang dada dengan kritikkan pihak lain terhadap jemaah tabligh.Mereka seolah-olah menganggap semua kritikan sebagai fitnah yang diada-adakan kerana dengki dan seumpamanya walaupun kritikan tersebut disertakan dengan bukti dan fakta.ini terbukti bila beliau tak habis-habis menuduh golongan Barelwi hanya MEMFITNAH DEOBANDI sehingga para ulama ASWJ telah keluar fatwa kafir kepada 4 tokoh ulama tabligh.

Tapi malangnya bila diminta pembuktian dimana Fatwa yang menjawab balik,mereka gagal menunjukkannya.Sebenarnya kami telah mengetahui terlebih dahulu bahawa para ulama Hijjaz telah menghantar 26 soalan berkaitan aqidah untuk dijawab oleh pihak deobandi.WALAUPUN PIHAK DEOBANDI(KHALID AHMAD SAHARANPURI)TELAH MENJAWAB SEMUA SOALAN TERSEBUT DALAM KITAB MUHANNAD ALA MUFANNAD TETAPI IA TIDAK DILAMPIRKAN DENGAN PETIKAN UCAPAN KUFUR OLEH 4 TOKOH TERSEBUT DALAM KITAB MEREKA ANTARA FATAWA RASHIDIYA.Mereka cuba menipu ulama ASWJ Hijjaz dengan bermain kata-kata dalam kitab tersebut.kami ada link yang membuktikan hal tersebut. 
--------------------------------------------------------------------
Reply
JUNDULLAH  22 September 2012 23:48
5. Sifat seorang da'ie yang melaksanakan amr makruf nahi munkar sepatutnya tidak terkesan dengan kata nista dan umpat keji pihak pengkritik sebab hal itu telah ditunjukkan contohnya oleh para nabi dan rasul sepanjang sejarah.Itu sebabnya walaupun kami digelar bodoh,angkuh dan macam-macam lagi ia tidak melunturkan tugas kami mendedahkan rahsia-rahsia jemaah tabligh yang ramai orang tidak tahu.

6. Seringkali karkun tabligh mengaitkan kisah Nabi Musa a.s yang berdakwah secara lembut terhadap Firaun sebagai modal hujjah mereka terhadap pengkritik TETAPI MEREKA LUPA MELIHAT DARI SUDUT YANG LEBIH MENYELURUH IAITU SIFAT DAKWAH ISLAM YANG SEBENAR IALAH MENERIMA TENTANGAN DAN HALANGAN DARI PIHAK BERKUASA SEPANJANG ZAMAN.

PERKARA ITU TIDAK WUJUD DALAM JEMAAH TABLIGH MAKA TAK HAIRANLAH MEREKA DAPAT MENYEBARKAN GERAKAN MEREKA KESELURUH DUNIA TERMASUK NEGARA KOMUNIS DAN YAHUDI TANPA SEBARANG TENTANGAN DARI KERAJAAN MEMERINTAH.SEKIRANYA DAKWAH MEREKA BENAR PERSIS DAKWAH NABI DAN RASUL NESCAYA MEREKA AKAN MENERIMA TENTANGAN DAN HALANGAN BUKAN SAHAJA OLEH NEGARA KAFIR BAHKAN OLEH KERAJAAN ISLAM SEKULAR SEBAGAIMANA YANG DIALAMI OLEH PARA NABI DAN RASUL.

7. Akhir sekali -kefahaman mendalam tentang prinsip dan manhaj ASWJ dalam beragama sangat penting dipelajari agar umat islam tidak mudah terpedaya dengan kelompok-kelompok yang mengatasnamakan jemaah mereka dengan islam kerana kesesatan di akhir zaman ini adalah sangat berkaitan dengan ajaran yang bertopengkan agama.

Hanya kepada Allah kita memohon petunjuk jalan yang lurus

Wallahu'alam
--------------------------------------------------------------
Reply
JUNDULLAH  9 January 2013 21:24
Sidang pembaca budiman..

kita semua sudah sedia maklum bahawa pengikut tabligh sangat sensitif dengan teguran.buktinya kita boleh baca komen2 yang mereka hantar dalam blog ini.terbaru kita boleh tengok link ini: http://www.youtube.com/all_comments?v=LjfF268n1R8

puncanya ialah sikap ketaksuban/fanatik yang telah diajar dan dibajai ketika mereka keluar khuruj oleh eldest2 mereka menjadi faktor utama rata-rata karkun tabligh sangat emosi dengan kritikan.

contohnya nickname 'Irfan Aziz' yang mungkin tak pernah baca kitab MALFOOZAT-MAULANA ILYAS ....dengan mudah di tipu hidup2 oleh eldest mereka....kesian