Monday, November 19, 2012

JUNDULLAH vs KARKUN siri 6



Alhafiz 17 July 2012 10:55

mungkin tuan boleh berikan ana link FATWA ijmak ulamak yang mengatakan JT itu sesat. Dan nyatakan sekali nama2 ulamak yang terlibat serta nombor pendaftaran fatwa mereka. Mungkin perkara ini perlu dibawa ke tengah. Simbol Azaazil di dalam konteks yang saya ingin ke tengahkan di sini bukanlah bermaksud "puak tabligh ini gemar melabelkan orang lain yang kritik mereka sebagai azazil(iblis).seolah-olah JT itu maksum(tak buat salah langsung)" seperti ayat yang ditulis oleh tuan.

Maksud ana di sini ialah sifat angkuh Azaazil itu perlulah dilihat sebagai punca utama ketidak patuhannya kepada perintah2 tuhan (tatkala diperintahkannya untuk sujud kepada Adam A.salam).

Akibat keangkuhan (sifat dalaman) Azaazil inilah yang mendorong kepada ketidak taatannya. Janganlah menafikan bahawa kita orang2 ilmuwan bebas dari sifat angkuh ini. Sifat angkuh ini juga berlaku di dalam diri ana sendiri sebagai seorang yang ana rasakan penuh ilmu di dada. Cuma apa yang ana sarankan ialah , manhaj yang tuan bawa yg kononnya inilah satu2 nya jalan ASWJ ini mendorong membakarkan lagi semangat keangkuhan ini yang akhirnya bakal membakar diri...inilah yang ana rasa sewaktu menjalani uslub2 dan metodologi dakwah (yg dikatakan manhaj ASWJ ) ini. Semakin ana menjalani dakwah manhaj tuan...semakin keangkuhan ana terbina..dan ana rasakan ini satu musibah besar kerana tiada tarbiah yg ana rasakan wajar tatkala menjalankan usaha2 dakwah.

Berlainan dgn metodologi yang diketangahkan oleh JT. Sifat keangkuhan ana semakin hari semakin hilang dan mudah utk wujudkan sifat tawaduk/ mengnali kelemahan diri serta merasakan yang ana ini hanyalah hamba yang tiada apa2 ( walaupun dahulunya ana sering mendabik dada dengan ilmu yang ada).

Ana bersyukur kepada Allah..telah menghidupkan mata batin ana di atas landasan ini. Ana cuba mahu mencetuskan kerisauan tentang sifat2 kita org ilmu yang mudah merasakan atas kelemahan org..yang ternyata inilah intipati kepada kejatuhan umat Islam.

Kenyataan ana bukan menghalang tuan untuk menyatakan hujah untuk perdebatan menegakkan haq..akan tetapi selagi perdebatan ini dilakukan dengan membawa sifat angkuh yang sedia ada ini..selagi itulah perdebatan kita akan membawa kepada ketidakpatuhan kepada ALLAH (sepertimana sifat angkuh azaazil membawa kepada ketidak patuhannya kepada ALLAH).

Jadi ana rasakan pendekatan JT amat memberikan nikmat kepada ana..terpulang kepada tuan. Akan tetapi jika sekiranya tuan boleh memberikan FATWA yang kononnya dikeluarkan oleh ijmak Ulamak ASWJ yang mengakatan akan kesesatan JT ..fatwa yang telah didaftarkan oleh fatwa kebangsaan...maka sila berikan kapeda ana akan rujukannya..Perkara ini bukan permainan...perkara ini melibatkan masa depan kita di dunia dan akhirat...
==================================================
JUNDULLAH 17 July 2012 12:46
Pertama sekali ana nak betulkan dahulu persepsi salah enta ttg ASWJ.Kalau enta baca semua posting kami bawah label Tabligh,enta akan tahu bahawa ASWJ kami bukan versi WAHABI YE...

Tidak ada dlm posting kami sebelum ini yg membela wahabi salafi tu.Fahaman ASWJ kami ialah versi yg ORIGINAL@ASLI.kami pun mengetahui dan mengikuti debat antara ASWJ yg asli dgn ASWJ versi wahabi dlm blog RAJA AHMAD MUKHLIS DAN ALEXANDERWETTERN.

Yang kedua isu AZAZIL yg ego dan sombong itu ialah ia menolak kebenaran sedangkan kami membela kebenaran.Enta kena fahami 2 situasi yg berbeza tu.

Azazil menentang kebenaran sedangkan kami mencegah kemungkaran.Memang pada zahirnya nampak seolah-olah orang yg berhujjah membela kebenaran itu spt sombong dan angkuh tetapi hakikat yg perlu enta fahami ialah hakikat sombong itu ialah menolak kebenaran.

Dalilnya ialah hadith ttg larangan pakaian labuh sehingga menutup buku lali(isbal).Adapun ucapan Nabi Shalallaahu ‘alaihi wa sallam kepada Abu Bakar ketika dia berkata kepada baginda: ” Wahai Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasallam,sarungku sering turun kecuali kalau aku benar-benar menjaganya.” Maka NabiShallallaahu ‘alaihi wa sallam berkata kepadanya :
“Engkau tidak termasuk orang yang melakukan hal itu kerana sombong.” [HaditsRiwayat Bukhari dan Muslim]

Sedangkan keumuman hadith ialah:
"Apa yang di bawah kedua mata buku lali berupa sarung, maka tempatnya di neraka.”[Hadits Riwayat Bukhari]

Baginda SAW juga bersabda kepada sebagian para sahabatnya:
“Jauhilah Isbal olehmu kerana itu termasuk kesombongan.” [Hadits RiwayatAbu Daud dan Turmudzi dengan sanad yang shahih]
Tetapi hadith ini di khususkan berdasarkan pertanyaan Saidina Abu Bakar ra.

Walllahu'alam
========================================
Reply
Azrien Abu 18 July 2012 11:09
Salam..... Jundulah2...best sy bca anta punya kata.... Sabar je laa... Allah maha kuasa... Makhluk langsung x de kuasa
========================================
Reply
JUNDULLAH 18 July 2012 12:10
[Allah maha kuasa... Makhluk langsung x de kuasa]............bunyi mcm ayat karkun tabligh tapi tak ape...saya husnuszon...syukran
========================================
Fuad Akmal 18 July 2012 14:47
seronok melihat si ustaz JUNDULLAH kita berhujjah dgn dalil...alhamduillah..takbir..
==========================================
Al-A'milin 17 August 2012 01:23
Terbaik Saudara Jundullah.. pengamatan sy sdri spnjg komen2 saudara dgn JT, saudara berseorangan berhujah, tp mampu mengalahkan smua hujah2 JT.. tp yg sedih nya, setelah di beri bukti demi bukti yg jelas, namun masih xmahu menerima dan mengakui kesilapan masing2,, tp ttap dgn pendirian yg mengatakan diri masih sempurna walhal bukti yg jelas di beri.. wallahua'lam.. teruskan berhujah saudara Jundullah demi Haq.. sesungguh nya kebenaran makin lama makin nampak dan kebatilan semakin jelas.. inshaAllah..MOga Allah redha dgn saudara.. utk pengetahuan, sy sdri juga bekas karkun, tp bila di amati bayan JT, seolah timbul kesangsian dan kekeliruan.. wallahua'lam..
=======================================
JUNDULLAH 18 August 2012 00:35
Jazakallahukhir...
===============================================
Fuad Akmal 18 August 2012 09:47
saya nak tegur diri saya
dan para sahabat agar menjaga amanah dan manhaj ilmu.

jangan dibuat penilaian dan hukuman tanpa kajian yang jelas terhadap sesuatu masalah terutamanya bidang-bidang yang susah seperti
bab aqidah seorang muslim itu,janganlah kita rasa hanya sekadar berdiskusi dalam internet,
membaca buku-buku berkaiatan fatwa2 mana2 aliran lebih kurang (kalau tak berguru
lagi masalah dan parah),maka kita dah rasa layak untuk menghukum sesuatu perkara itu sebagai sesat dan jangan buat kesimpulan dengan kaedah yang terlalu umum, macam kes mendengar bayan/penerangan dr org awam tanpa mendengar sendri dr ulamanya.jangan
sesekali..
=============================================
JUNDULLAH 18 August 2012 15:57
mengikuti atau mematuhi fatwa tidak sama dengan belajar membaca al quran atau ilmu fiqh ibadah.contoh Dr Yusof Qardhawi telah keluar fatwa "haram hukumnya membeli produk MC donald kerana ia menyumbang kepada Israel"

Fatwa diatas cukup jelas dan mudah difahami.
Jadi apa perlunya nak mengadap ulama lagi??

Begitu juga fatwa kufur ulama deobandi itu pun jelas dan mudah difahami kan?

jadi apa relevannya bertalaqqi pada benda yang tak sepatutnya??

lainlah dlm bab ilmu al quran,hadith dan fiqh ibadah yang lain.
==============================================
Fuad Akmal18 August 2012 18:56
bagaimana dengar hanya berpegang dengan pengamalan org awam dlm tabligh,maka terus mengeluarkan hukum tabligh itu tidak betul...ini pendapat yg sangat literal.Jika hendakkan kepastian,ambil dan dengar dr ulamanya...
======================================
JUNDULLAH 19 August 2012 02:05
Utk pengetahuan anda fatwa drp ulama NU berdasarkan dialog dengan ulama tabligh deobandi India.

BUKAN DARI ORANG AWAM!!

BEGITU JUGA FATWA TAHUN 1900 DAN 1965 JUGA BERDASARKAN DIALOG DGN ULAMA TABLIGH DEOBANDI INDIA

HARAP MAKLUM
======================================
Reply
Ahmad Farhan Najwan 30 July 2012 18:14
Hb. Soleh alJufri slh seorg murid Hb. Umar, beliau jga prnah khuruj 1 tahun (ulama') tmsuk Syeikh Sufian Nur (adik Sy. Nuruddin)- usaha keats ulama' di indonesia byak dibuat oleh Syeikh Lutfi al-Banjari(Syura Indonesia-jga sahabat Syeikh Nuruddin). Smasa di Mekah taun lps, Syeikh Lutfi critakan pd ana bhwa tariqah Hb. Umar ialah tariqat Alawiyah dn method dakwahnya ialah JT
======================================
Reply
Ahmad Farhan Najwan 30 July 2012 18:18
Ana takkan lupa semasa sessi soal jawab multaqo' di mana yg bertanya agak kurang sensitif dgn audien yg hadir. Soalan (ditarjim) kurang lebih berbunyi begini, "Apakah pendapat Al-Habib tentang pergerakan tabligh dan method dakwah yg cuba disampaikan, adakah ianya bersesuaian dalam usaha menyatukan Islam?" Dlm berdebar2 menunggu jawapan dari Habibuna, kecerdasan dan kebijaksanaan ulama' yg mempunyai keturunan darah Baginda Rasulullah saw terserlah, "di Tarim, usaha dakwah method tabligh telah mula menerap sekitar 40-50tahun dahulu dan orang yg pertama menyertai tabligh di Tarim adalah ayahandaku sendiri..." Ana rasa pembuka jawapan itu sahaja sudah cukup utk menjawab keseluruhan soalan. ;-)
================================================
Reply
JUNDULLAH 30 July 2012 18:44
syukran ya akhi atas info

cuma enta perlu beza antara pandangan peribadi dengan fatwa.antara 2 tu mana yang lebih aula(utama) untuk diikuti.ana bagi 2 contoh:

1. ijmak fatwa fiqh sedunia mengharuskan@menghalalkan penglibatan umat islam dalam perbankan islam tetapi ada seorang ulama yang bernama Syeikh Imran Hossien mengatakan bahawa perbankan islam itu hanya pada istilah sahaja atau kosmetik tapi ia tetap praktik jahiliyah atau sama sahaja dengan konvensional yang amal riba.

2. Pergolakan yang berlaku di Syiria telah menyebabkan 95% para ulama sunni bangkit keluarkan fatwa bunuh keatas Basyar Asad kecuali ada seorang ulama terkenal iaitu Dr Said Ramadhan al Buti yang mengambil sikap menyokong presiden tersebut.

Sumber hukum bagi ASWJ ialah 4 iaitu al quran,al hadith,ijmak ulama dan qias.

enta suka beramal dengan pandangan ijmak atau pandangan syaz(ganjil)??
==============================================
Reply
Ahmad Farhan Najwan 30 July 2012 18:18
Allaah..benar, Habib Muhammad(ayh hb. Umar) jga khuruj ke India pd zaman Maulana Yusuf rah. beliau jga brbaiat dgn Maulana Yusuf.
ya Akhi, mga kdatangan hb. Umar bln depan kejadian dpt brulang spt sblum ni..mhon usahakan,
=====================================
Reply

Ahmad Farhan Najwan 30 July 2012 18:29
http://www.youtube.com/watch?v=LbLXF8Gd0sI

http://www.youtube.com/watch?v=983OgpFw0LM
http://www.youtube.com/watch?v=m5ZuPpJZYPc
Reply
Ahmad Farhan Najwan 30 July 2012 18:32
kesian..
============================================
Reply
JUNDULLAH 30 July 2012 19:04
adakah pandangan peribadi boleh membatalkan fatwa??

adakah pandangan seorang dua individu boleh mengalahkan pandangan ramai??.nampaknya anda belum membaca fatwa NU Indonesia pada link
http://urusanulama-hl.blogspot.com/2012/01/tabligh-penjelasan-tuntas.html

sebelum anda baca saya terangkan secara ringkas bagaimana fatwa itu dikeluarkan.Nahdatul Ulama telah menghantar beberapa ulama pergi ke India untuk mengkaji dan menyiasat sendiri latar belakang jemaah tabligh berdasarkan dialog,muzakarah dan menkaji kitab-kitab karangan tokoh-tokoh tabligh.

Hasil daripada itu barulah keluar fatwa sesat tersebut.Sepatutnya kami yang KESIAN pada sdr kerana sumber kami al quran,hadith & ijmak ulama(ramai).

tapi anda hanya beberapa orang ilmuan sahaja sudah rasa UJUB??
=====================================
Reply
Ahmad Farhan Najwan 30 July 2012 19:18
oh..fatwa di malaysia? di yaman macam mana? saya nak tahu juga..
=======================================
Reply
Ahmad Farhan Najwan 30 July 2012 19:28
Apabila bertebung ‘khilaf’ (pandangan tidak sekata) maka boleh x kita ketogorikan sebagai ‘ijtihad’? saya nak tahu juga..

Sebagaimana Mazhab Hanafi mengatakan tidak perlu makmun membaca Fatihah dibelakang imam dalam solat berjemaah kerana bacaan imam adalah bacaan makmum. Sedangkan Mazhab Syafie mewajibkan makmum membaca Fatihah. Masing-masing berlapang dada dengan pegangan masing-masing. Tidak pula kutuk mengutuk antara satu sama lain. Ini adalah kerana masing-masing faham bahawa ianya adalah ‘ijtihad’ dan ‘khilaf’. Berlainan ditempat kita malah menjatuhkan hukum sesat dan sebagainya.
=========================================
Reply
JUNDULLAH 30 July 2012 20:24
Dalam masalah fiqh boleh khilaf tapi masalah tabligh ialah bab aqidah.dalam bab aqidah tiada khilaf.

Jt berasal dari India jadi dan pusat utamanya pun disana bukan di sini atau di yaman.pihak yg paling aula keluarkan fatwa ialah ulama India sana.Dan fatwa telah pun dikeluarkan tahun 1900 dan 1965 oleh para ulama belah sana.

nampak sangat anda tak faham apa itu fatwa dan ijtihad....2 isu yang berbeza..
===============================================
Reply
Ahmad Farhan Najwan 30 July 2012 22:01
Sebenarnya sudah ada terjemahan semula kitab muntakhab ahadith oleh para masyaikh madrasah seri petaling dan sudah ada di pasaran..

kepada yg berkenaan syukur alhamdulillah kerana menegur kesalahan terjemahan yg terdapat di dalam kitab tersebut..
=================================================
Reply
Ahmad Farhan Najwan 30 July 2012 22:19
1. Masalah tabligh ialah bab aqidah yg macam mana tu? saya nak tahu juga..boleh nyatakan?

kalau betul la maulana rashid ahmad ganggohi adalah wahabi spt dinyatakan dlm fatwa NU..jadi tuan guru nik aziz wahabi jgk la kan? sebab beliau dulu juga belajar di deoband yg kebanyakan ulamak di sana mengikut manhaj jemaah tabligh..ayah habib umar, habib muhammad pun wahabi jgk la ye? sbb beliau pnh berbaiat dgn maulana yusuf, anak kepada maulana ilyas yg bergurukan maulana rashid ahmad ganggohi..allamah sayyid muhammad alawi al-maliki wahabi jgk ke? sbb beliau ulamak aswj di makkah bergurukan maulana zakariyya yg bergurukan maulana ilyas..

setahu ana syeikh maulana abul hasan ali an-nadwi adalah ulamak ahli sunnah wal jamaah dan berketurunan nabi saw..

dan bukankah fatwa tahun 1900 dan 1965 tu dah lama? sekarang kan tahun 2012..dan saudara sendiri mengatakan lebih aula ulamak india keluarkan fatwa tapi link yg saudara beri ni adalah fatwa NU..

2. Saya nak tahu macam mana yg dikatakan ilmu itu cukup baru dikatakan boleh berdakwah? bagaimana org yg melakukan maksiat di depan mata kita sendiri adakah kita kena cukupkan ilmu dulu baru dakwah mereka?..walhal imam ghazali sendiri mengatakan org yg sdg berzina sekalipun wajib menegur org yg x menutup aurat..

dan x adil sama sekali jikalau dikatakan jemaah tabligh itu x berilmu utk berdakwah kerana di malaysia sendiri ada byk madrasah di bawah kelolaan jemaah tabligh yg mengaji kitab2 besar spt riyadhus solihin, sunnan sittah dan sebagainya..bukan setakat fadhail amal dan muntakhab ahadith sahaja..

saya kurang tahu dan kurang faham jadi saya bertanya..maaf ye byk tanya..
=========================================
Reply
Ahmad Farhan Najwan 30 July 2012 22:38
Saya hormat saudara yg ber fikrah dan ber manhaj kan jemaah pas tetapi saya x begitu jumud dalam menyatakan sesuatu apatah lagi memburukkan jemaah pas..

maaf..
============================================
Reply
JUNDULLAH  31 July 2012 00:02
sebenarnya soalan sdr tu telah ditanya oleh karkun2 lain sebelum ini dan kami dah pun menjawab jadi rajinkan diri membaca komen-komen yang lain kalau sdr nak tahu jawapannya.

Kami juga tidak memburukkan JT tapi dalam nak menyatakan kebenaran sedikit sebanyak akan terdedahkan juga keburukan umpama perbicaraan dalam mahkamah.

Kami dah bagi banyak link2 versi English untuk rujukan sdr mengetahui perbincangan ttg tabligh di negara luar khususnya di barat sana dan benua India sendiri.

jadi rajinkan diri mencari maklumat2 penting ini supaya sdr tidak tertipu dengan penampilan luaran semata.
=============================================
Reply
Ahmad Farhan Najwan  31 July 2012 05:41
Saya sudah baca dan banyak soalan yg saudara sendiri x menjawabnya..melencong ke tempat lain..

saudara terlalu melulu dalam menyatakan sesuatu terhadap jemaah tabligh dan jgn hanya tanya kepada pakcik "google" semata-mata..turun ke "padang" melihat apa yg berlaku..bukan hanya duduk di rumah menghadap laptop update blog sahaja..biar saudara sendiri yg pergi muzakarah dgn ulamak jemaah tabligh..ada faham?

ni sekadar nasihat jikalau saudara belum buat sedemikian..

maaf..
================================================
Reply
JUNDULLAH  31 July 2012 12:57
kalau ye pun janganlah nak menipu nanti kurang pahala puasa tu..

kami dah jawab lama dah.yang kami kritik bukan amalan islami JT tapi aqidah dan iqtikad mereka.Imam Ghazali dah ajar caranya untuk nak kaji dan siasat soal aqidah dan iktikad.sila baca link

http://urusanulama-hl.blogspot.com/2012/04/nak-faham-tabligh-mesti-keluar-40-hari.html

tak perlu turun padang sebab manusia boleh menipu tapi sejarah tidak pernah menipu
============================================
Reply
Ahmad Farhan Najwan  31 July 2012 06:41
1. Adakah saudara setuju bahawa jasad allamah syeikhul hadith maulana muhammad zakariyya al-kandahlawi ditanamkan di perkuburan baqi', madinah? jikalau betul terdapatnya masalah aqidah di dalam jemaah tabligh spt yg dinyatakan..bagaimana boleh jasadnya ditanamkan di perkuburan baqi'?

pelik juga..

2. Kajian yg bagaimana saudara lakukan terhadap jemaah tabligh..? kalau pelajar universiti pun x boleh bergantung harap kepada internet semata-mata bahkan perlu turun ke lapangan dalam mengkaji sesuatu spt temu duga dan sebagainya apatah lagi dalam membuat penilaian dan kesimpulan..

bagaimana pula kajian terhadap isu agama? lebih2 lagi dalam persoalan aqidah..x semudah itu hendak membuat kesimpulan dalam menghukum sesat terhadap sesuatu..

apatah lagi sebagai contoh sekadar sehari dua ziarah atau bersemuka dgn seseorg ulamak lalu memfatwakan sesat..

maaf byk tanya..saya kurang tahu..
=====================================
Reply
JUNDULLAH 31 July 2012 13:05
kami refer kajian yang di buat oleh para ulama ASWJ dan bekas karkun tabligh yang telah insaf dan kembali ke pangkal jalan.

pepatah mengatakan"kalau nak lihat kebaikan kita tanya kawan tapi kalau nak lihat keburukan tanya musuh" itulah namanya muhasabah.

perumpamaan orang yang duduk dalam menara PISA di Italy tak tahu ia condong melainkan orang yang berada di luar.

begitulah situasi anda.
================================================
Reply
Ahmad Farhan Najwan  31 July 2012 07:04
jgnkan dengan sikap saudara yg terlalu melulu dalam menyatakan sesuatu tanpa kajian yg "mendalam" menyebabkan saudara tertutup pintu hati dalam menerima fikrah dan manhaj selain daripada jemaah pas..sehinggakan x menerima kelemahan dan keburukan dalam jemaah sendiri apatah lagi jauh daripada sikap bersangka baik dan berlapang dada..

dan setiap sesuatu yg saudara nyatakan baik dan buruk akan disoal di hadapan Allah kelak apatah lagi jikalau perkara itu fitnah semata-mata..

sekadar teguran..maaf
===========================================
Reply
JUNDULLAH  31 July 2012 13:08
kalau begitu anda juga menuduh 300 ulama Sunni dahulu juga keluar fatwa tabligh sesat itu melulu ke?? Nauzubillah....
Reply
Ahmad Farhan Najwan  31 July 2012 14:08
kesian..
==========================================
Reply
JUNDULLAH  31 July 2012 14:47
inilah contoh penyakit taksub,ujub dan sombong(menolak kebenaran) majoriti karkun tabligh.apabila mereka habis hujjah ayat standard yang keluar ialah ........kesian..

ish..ish...ish..

sebenarnya kami boleh sahaje mendelete komen-komen sampah yang di seliputi sifat UJUB ITU tapi sengaja kami biar untuk dibaca oleh orang lain agar mereka tahu beginilah akhlak sebenar puak tabligh yang memandang sinis dan tidak mahu terima nasihat dan teguran golongan lain.
=================================================
Reply
Ahmad Farhan Najwan  31 July 2012 14:53
Aqidah yg macam mana dikatakan sesat tu? tahun bila kajian yg saudara refer tu? tahun 1900 dan 1965 ke? sekarang kan tahun 2012..spt yg saudara katakan fatwa di india lebih aula..NU macam mana? aula ke x? saya kurang tahu..

saya nak tanya juga tuan guru nik aziz wahabi ke? beliau belajar di deoband dulu..ulamak aswj yg lain spt syeikh fuad, habib umar, habib muhammad, habib soleh, habib ali al-jufry, syeikh nuruddin, sayyid muhammad alawi al-maliki dan maulana sayyid abul hasan ali-nadwi sendiri begitu rapat dgn maulana ilyas pun wahabi ye? maknanye mereka yg menyokong dan bergurukan ulamak jemaah tabigh ni x betul la ye? soalan ni saudara x jawab sebelum ni..ish pergi melalut tempat lain..x boleh macam tu..

dan saya x kata fatwa mana2 ulamak sbg tuduhan melulu..ada saya tulis kt komen saya? KALAU melulu sekali pun x hairan la kerana sbg manusia x terlepas drpd salah silap dan salah faham terhadap sesuatu perkara..ke saudara x pnh buat silap?

kalau memandang drpd sebelah pihak adalah x adil dalam menuduh sesuatu..bagaimana org yg sebelum ni kafir masuk islam dan buat usaha tabligh juga belajar ilmu agama di madrasah? sebab tu saya katakan anda bertindak melulu..saya pun boleh katakan bahawa sejarah yg diberi dlm bentuk link yg saudara berikan boleh menipu kerana manusia yg tulis itu boleh menipu..malas ke nak turun "padang"? ish x boleh macam tu kan..
===========================================
Reply
JUNDULLAH  31 July 2012 15:10
wahai sdr ahmad farhan najwan,

soalan anda telah ditanya karkun lain dan kami telah jawab.tolonglah...jangan malas membaca ye..cari sendiri.

kalau kami menulis lagi nanti takut rasa di aibkan pulak,rasa dimalukan...

jadi kami jawab ringkas sahaja.ADAKAH BERBILION IKAN YANG HIDUP DI LAUT MASIN ITU JADI MASIN KERANA HIDUP DI AIR MASIN??

adakah imam Syafie yang berguru dengan imam malik itu juga bermazhab maliki atau imam Ahmad bin Hanbal yang berguru dengan Imam syafie itu bermazhab Syafie juga??

prinsip berguru para ulama ialah mengambil ilmu gurunya bukan ambil firqah atau mesti sama dalam cara berfikir..

harap anda faham...
========================================
Reply
Ahmad Farhan Najwan 31 July 2012 14:56
ayat "kesian" menunjukkan hati dan sifat sebenar seseorang ke? nak tahu juga..sbb saya kurang tahu..maaf..
===========================================
Reply
Ahmad Farhan Najwan  31 July 2012 15:14
jadi masalah aqidah jemaah tabligh ni sesat la ye? saya nak tahu..
=================================================
Reply
JUNDULLAH  31 July 2012 15:41
sila baca posting link ni:

http://urusanulama-hl.blogspot.com/2012/05/fatwa-kafir-ulama-aswj-ke-atas-guru.html

kalau tak faham boleh guna translate google
===========================================
Reply
Ahmad Farhan Najwan  31 July 2012 15:36
Adakah pandangan peribadi ulamak yg menyokong manhaj jemaah tabligh ditolak disebabkan fatwa tahun 1900 dan 1965 tu? atau ditolak disebabkan fatwa NU?

atau masih diterima pandangan peribadi ulamak yg menyokong manhaj jemaah tabligh?

bagaimana dengan pandangan peribadi maulana abul hasan ali-an nadwi yg begitu rapat dengan maulana ilyas..beliau menyokong manhaj jemaah tabligh..adakah ditolak pandangan beliau disebabkan fatwa NU dan fatwa tahun 1900 dan 1965? saya nak tahu..
=============================================
Reply
JUNDULLAH  31 July 2012 15:49
ulama juga manusia biasa yang tidak maksum.tak semua perkara yang mereka tahu.contoh Imam Bukhari yang hafal ratus ribu hadith pun bertaqlid dengan mazhab Syafie.bahkan ramai lagi ulama besar yang lain lebih selesa bertaqlid dengan 4 mazhab utama itu.

sebab ada benda yang mereka tahu dan ada yang mereka tidak tahu.kami tidak jumpa tulisan maulana an Nadwi yang beri komenter berkenaan MIMPI MAULANA ILYAS AKAN TAFSIR SURAH AL-IMRAN AYAT 110 YANG MENJADI ASAS BELIAU TUBUH JT.
=====================================
Reply
Ahmad Farhan Najwan  31 July 2012 15:54
kalau la link yg saudara bagi ni betul, syukur alhamdulillah..

kalau fitnah semata-mata saudara akan dipersoalkan kelak..kerana tulisan boleh menipu..

dan jemaah tabligh yg skrg ni pun hanya sekadar mengambil ilmu drpd gurunya..jadi x sesat la kan?

dan yg memfatwakan ni ulamak wahabi ke? saya nak tahu..

dan ini kan fatwa dah lama..fatwa dari makkah pula tu..kan lebih aula fatwa dr india spt saudara katakan..
=====================================
Reply
JUNDULLAH  31 July 2012 16:25
sdr ni tak kreatif betul la...

sepatutnya sdr boleh 'blod' tajuk kitab tu atau nama ulama2 tu dan research google.barulah akan banyak maklumat lain yg sdr akan temui.

jadilah orang yang berfikiran kritis sikit baru jumpa teks asal kitab itu dalam bahasa Urdu dan arab.

fatwa lama tetap akan kekal selagi tiada fatwa baru yang memansuhkannya. Fatwa itu dikeluarkan tahun 1900 sedangkan puak wahabi kuasai Mekkah tahun 1902.
===============================================
JUNDULLAH  31 July 2012 16:35
orang tabligh bukan sahaja ambil ilmu guru bahkan ambil firqah dan cara berfikir tokoh2 tabligh dahulu.buktinya mereka taat dan patuh 100% bila gurunya kata jangan cakap politik,demokrasi tak ikut sunnah nabi,selain cara tabligh tak dapat nusrah Allah dll.

semua seuruhan itu mereka patuh tanpa bangkangan kepada Amir mereka sedangkan majoriti ulama mengharuskan politik demokrasi.

itu satu contoh daripada sekian banyak contoh lain lagi.
=======================================
Ahmad Farhan Najwan  31 July 2012 17:02
eh yeke x boleh cakap politik? betul ke?? setahu saya keputusan mesyuarat atasan sendiri menyuruh utk pergi mengundi..saudara salah dapat maklumat ni..tu la..melulu dalam menyatakan sesuatu..

apabila dlm ijtimaie amal..sebolehnya dielakkan ckp tntg politik..maklumla terdapat berbagai fikrah dan perkara ni sebenarnya munasabah supaya dpt bsatu dan x mahu timbul sebarang pertelingkahan cthnya berlainan parti..

lagi satu ada khilaf ulamak tentang politik demokrasi jadi saudara kena la hormati pandangan ulamak yg mengatakan haram berpolitik demokrasi..

tu la kata org lain taksub, tapi diri sendiri taksub dgn pas sampai yg berijtihad utk x melibatkan diri dalam politik demokrasi dikata macam2..
============================================
Reply
Ahmad Farhan Najwan  31 July 2012 16:05
kalau x jumpa tulisan maulana abul hasan ali an-nadwi..pergilah jumpa anak murid beliau, syeikh fahmi zam zam al-banjari an-nadwi al-maliki..x boleh hanya mengharap pada pakcik google dan terus membuat kesimpulan..

maulana abul hassan sendiri rapat dgn maulana ilyas..adakah saudara layak dalam menghukum sesuatu terhadap jemaah tabligh apatah lagi saudara x jumpa komen beliau berkenaan mimpi maulana ilyas..?
=======================================
Reply
JUNDULLAH  31 July 2012 16:44
Utz fahmi zam zam boleh dihubungi melalui blog dan kami boleh tanya soalan itu dalam blog beliau insyaAllah.

tapi apa pun secara prinsipnya seorang ulama akan menulis perkara yang paling penting itu dalam kitab beliau.dan kitab itu mesti yang paling utama dan diketahui ramai.contoh kitab Ihya Ulumiddin yang paling masyhur dari sekian banyak kitab imam Ghazali.

kami bimbang hal itu(mimpi) disembunyikan dari pengetahuan An Nadwi sahaja.

Wallahu'alam
=====================================
Ahmad Farhan Najwan  31 July 2012 17:15
jumpa face 2 face la..nanti timbul salah faham..
=====================================
Reply
Ahmad Farhan Najwan  1 August 2012 01:32
Saya tampil komen di sini atas dasar untuk bersatu..

saya hormat fikrah PAS dan saya x ada niat pun nak jatuhkan saudara atas sebab fikrah PAS yg saudara pegang apatah lagi menimbulkan isu yg menyebabkan kita umat islam berpecah belah..jadi kenapa pula saudara x mahu berlapang dada terhadap jemaah lain spt tabligh?

boleh saja jika saya nak menuduh perjuangan PAS lari drpd perjuangan aswj..kerana x mahu bersatu dgn parti islam lain spt UMNO sdgkn mereka juga islam..tambah pula sanggup bersatu dgn org kafir yg terang-terang menolak islam utk menawan putrajaya..ramai saja ulamak aswj lain yg mengatakan PAS byk menimbulkan pertelingkahan umat islam di malaysia..cthnya isu BERSIH ditegur oleh syeikh fuad..isu ahli majlis fatwa mengatakan BERSIH haram dsb..

boleh saja jika saya nak mengatakan PAS sendiri ada pemimpin yg dituduh wahabi..spt isu hina nabi saw..saya x kata saya tuduh..tapi ulamak aswj yg lain mengatakan sedemikian..

TAPI saya hanya husnu dzon dan saya x nak bincangkan kerana akan menimbulkan perpecahan..

sampai bila2 pun kita x akan bersatu jika kita asyik menyalahkan org lain ini x betul dsb..org kafir yahudi yg wujudkan sistem demokrasi tu pun suka tengok kita umat islam saling bergaduh..

yg saya nak tekankan di sini..

BERSATULAH..

wassalam..
=====================================
Reply
Ahmad Farhan Najwan  1 August 2012 06:43
sebagai langkah yg bijak mungkin saudara boleh adukan kepada pihak atasan (agama) malaysia spt jakim dll tentang aktiviti jemaah tabligh termasuk yg berkaitan dgn aqidah spt yg saudara dakwakan di blog ni jika saudara rasa saudara di pihak yg benar..

wassalam..
=======================================
Reply
Fahariman  21 August 2012 10:48
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Hidup kita hanya sekali di dunia ni... jika kita tersalah memilih maka penyesalan di akhirat sana tidak berguna lagi. Ramai yg mengikut secara membuta tuli tanpa ilmu sesuatu kumpulan, merasakan kumpulan mereka menyebar kebaikan tanpa mengetahui bahawa amalan mereka adalah sia-sia di sisi Allah.
Mengenai JT, anggota keluarga kami yg bersusur galur dr Keturunan Tok Ku Paloh Terengganu, seorang Sayyid keturunan Rasulullah SAW, kami telah memohon kpd Allah berkenaan siapakah kumpulan JT, dan jawapan yg di terima (Dgn izin Allah) ialah JT sebuah Jemaah yg "menuju kesesatan" manakala Maulana Ilyas adalah "seorang penipu", dan juga di perlihatkan bentuk Syaitan yg tugasnya menipu Jemaah ini. Subhanallah. Nasihat kami sebagai ahli Bayt Rasulullah SAW, kajilah kumpulan yg ingin/telah di sertai dgn ilmu yg Haq dr Al-Quran, Hadith, Ijmak Ulama dan Qias.

Kebenaran itu bukanlah dgn ramainya, atau byknya markas yg ada di seluruh dunia... Dari Abu Hurairah, r.a., dari Nabi s.a.w., bahawa Baginda bersabda: “Aku tinggalkan dalam kalangan kamu dua perkara yang kamu tidak sekali-kali akan sesat selagi kamu berpegang teguh kepada keduanya, iaitu kitab Allah dan sunnah Rasulullah,” (s.a.w.).(Imam Malik) Jadi neraca untuk mengenal Kebenaran ialah Kitab Allah dan Sunnah Rasulullah SAW bukan dgn bersandarkan hujah2/dalil2 yg lain sepertimana yg selalu di hujahkan oleh karkun2 JT. Jadi, kenallah Kebenaran terlebih dahulu. Wallahu a'lam. Wassalam.
======================================
Reply
JUNDULLAH  21 August 2012 18:27
Jazakallahu khair atas maklumat ini...

salam Idul fitri 1433h dan salam ukhwah
======================================
Reply
azizulhakimmusa   31 August 2012 13:16
Assalamualaikum..

Aqidah org tabligh : Lailahaillallah. Tiada tuhan(yang dapat memberi manfaat, mudarat,sakit sembuh, senang susah dan sbgainya) melainkan Allah..Allah berkuasa, makhluk langsung tiada kuasa (duit, kereta, pangkat,harta, pemerintahan,perniagaan, raja, polis, pokok, bomb, pistol, dan segala jenis makhluk).. dan Kejayaan hanya dalam agama, taat perintah Allah, ikut Sunnah Nabi Saw.
Sebagaimana yang ditulis oleh ahlibait sorang kat atas ni
" Dari Abu Hurairah, r.a., dari Nabi s.a.w., bahawa Baginda bersabda: “Aku tinggalkan dalam kalangan kamu dua perkara yang kamu tidak sekali-kali akan sesat selagi kamu berpegang teguh kepada keduanya, iaitu kitab Allah dan sunnah Rasulullah,” (s.a.w.).(Imam Malik) "

Aqidah ni salah ke tuan Jundullah? Aqidah JT apa yang dicanang2kan oleh tuan? Saya kurang pasti la.. Kalau bab 4 bulan,40hari utk faham agama, itu bukan aqidah, itu kaedah.. tak semestinya seorang yang balik dari 4bulan, 40hari, iman dia sempurna..namun, itu usaha beliau utk kuatkan iman beliau,islah diri dari semasa ke semasa.. Kalau tuan rasa anak2 muda yang ikut Pas boleh kuat iman dgn pacak bendera tepi2 jalan,tampal poster ada gambar tuan, tuan teruskanlah. itu kaedah pihak tuan.. Ada orang tabligh cakap tuan sesat ke? Kalau ada, saya mohon maaf bagi pihak mereka..

Semoga Allah bagi hidayah pada saya dan tuan, untuk dapat kefahaman agama..
Wallahualam
======================================
Reply
JUNDULLAH  31 August 2012 17:25
Wa'alaikum salam

terima kasih atas respon anda cuma sanak perbetulkan takrif iman yang sebenar ialah:

Erti Iman (الإيمان) secara harafiah dalam Islam adalah bererti percaya kepada Allah. Dengan itu orang yang beriman adalah ditakrifkan sebagai orang yang percaya (mukmin). Siapa yang percaya maka dia dikatakan beriman. Perkataan Iman (إيمان) diambil dari kata kerja 'aamana' (أمن) -- yukminu' (يوءمن) yang bererti 'percaya' atau 'membenarkan'. Perkataan Iman yang bererti 'membenarkan' itu disebutkan dalam al-Quran, di antaranya dalam Surah At-Taubah ayat 62 yang bermaksud:
"Dia (Muhammad) itu membenarkan (mempercayai) kepada Allah dan membenarkan kepada para orang yang beriman."

Takrif Iman menurut istilah syariat Islam ialah seperti diucapkan oleh Ali bin Abi Talib r.a. yang bermaksud: "Iman itu ucapan dengan lidah dan kepercayaan yang benar dengan hati dan perbuatan dengan anggota."

Aisyah r.a. pula berkata: "Iman kepada Allah itu mengakui dengan lisan dan membenarkan dengan hati dan mengerjakan dengan anggota."
Imam al-Ghazali menghuraikan makna Iman adalah: "Pengakuan dengan lidah (lisan) membenarkan pengakuan itu dengan hati dan mengamalkannya dengan rukun-rukun (anggota-anggota)."

Iman ialah membenarkan dengan hati, menyatakan dengan lisan, dan melakukan dengan anggota badan. Ringkasnya orang yang beriman ialah orang yang percaya, mengaku dan beramal. Tanpa tiga syarat ini, seseorang itu belumlah dikatakan beriman yang sempurna. Ketiadaan satu sahaja dari yang tiga itu, sudah lainlah nama yang Islam berikan pada seseorang itu, iaitu fasik, munafik atau kafir.

Takrif Aqidah.

Bahasa : berasal daripada ‘aqada’yang bermakna ‘menyimpulkan’ atau dari perkataan ýa’qidu’yang bermakna ‘mempercayai’. Manakala perkataan ‘aqidah’ ialah mufrad dan jamaknya (plural) ialah áqaid’ yang membawa maksud simpulan.

Istilah: Aqidah Islam dapat ditakrifkan sebagai kepercayaan atau keimanan kepada hakikat-hakikat dan nilai-nilai yang mutlak, yang tetap dan kekal, yang pasti dan hakiki lagi kudus dan suci seperti yang diwajibkan oleh Islam, iaitu kepercayaan yang tersimpul dengan teguh dalam jiwa yang tidak mungkin terurai dalam apa jua keadaan dan suasana.

Berdasarkan definisi kedua-dua di atas,terdapat perbezaan antara keduanya:
1)Iman tidak hanya terbatas kepada keyakinan di hati seperti mana akidah.
2)Iman menuntut amalan seseorang.
3)seseorang muslim (akidah) berbeza dengan seorang mukmin(iman).
============================================
JUNDULLAH  1 September 2012 07:46
Makna sebenar kalimah Lailaha illallah ialah TIADA TUHAN YANG BERHAK DISEMBAH MELAINKAN ALLAH.

mcm mana ajaran tabligh boleh tukar@ seleweng/ubah kepada makna yg lain??
============================================
azizulhakimmusa  1 September 2012 14:50
Saya kurang pandai bab takrif bahasa,makna,dsbgainya. Kalau orang tanya pada saya, apa itu iman, itulah jawapan saya. Apa yang tuan tuliskan diatas, ada dalam buku teks pendidikan islam sekolah men/ren rasanya. Cuma yang saya ingat ayat2nya berbunyi begini: Apa itu iman? " percaya dengan hati, mengaku dengan lidah dan mengamalkan dengan anggota badan akan kewujudan dan keeasaan Allah" lebihkurang bunyinya.. dulu saya hafal ayat2 ni utk pass exam dgn cemerlang. Alhamdulillah, Allah bagi cemerlang.

Saya yakin makna 'berhak disembah' itu besar. Saya mohon tuan kembangkan lagi.. dan saya yakin, sembah itu bukan hanya bermaksud perbuatan seperti sembahyang.jika ya, maknanya, tuhan kita hanya ketika sembahyang sahaja..di luar solat?

Lagi satu, apa makna tuhan(ilah) mengikut kamus tuan? Saya mohon tuan perjelaskan supaya dpt betulkan pemahaman iman saya yang cetek ni.. Jazakallah khair.. 
============================================
JUNDULLAH 1 September 2012 17:21
Beginilah majoriti orang tabligh jahil(tidak tahu)ilmu asas yang paling penting iaitu AQIDAH tetapi berani bercakap hal agama hanya berdasarkan keyakinan yang rapuh.

Untuk berdakwah wajib terlebih dahulu mempelajari ilmu asas iaitu ilmu AQIDAH.ITU SEBAB AYAT AL QURAN PERTAMA YANG DITURUNKAN KEPADA BAGINDA RASUL IALAH IQRA YANG BERMAKSUD PELAJARI ILMU DAHULU.

Selepas itu baru turun surah Muddatsir iaitu perintah berdakwah.Itu sebab para ulama muktabar dahulu mengembara beratus batu untuk menuntut ilmu BUKAN berdakwah macam orang tabligh.

Kesilapan jemaah tabligh ialah menyamakan situasi kini sama dengan situasi zaman awal islam.inilah KESILAPAN TERBESAR TABLIGH YANG PERLU DIPERBETULKAN.

Sebabnya ialah ilmu islam ketika itu sahabat dapat secara terus(direct)bertanya dengan Rasul saw sebaliknya zaman kini kesemua ilmu islam telah ditulis dalam kitab-kitab oleh para ulama yang berguru dengan para sahabat.Jadi untuk memperolehi ilmu2 itu perlu pelajarinya dengan berguru samada di sekolah,pondok,madrasah dll.

Berdakwah tidak cukup hanya bermodalkan iman semata-mata.untuk pelajaran awal elok anda membaca artikel pada blog ini:
http://jamaluddinab.blogspot.com/2011/02/kenali-jemaah-tabligh.html

baca dan fahami betul2 pengakuan bekas ustaz tabligh ini sebanyak 12 siri itu.

selamat berjaya...
==========================================
Reply
JUNDULLAH  2 September 2012 12:19
Seorang karkun tabligh yg guna nickname habib muzz telah tulis komen dlm blog ini stail budak tadika.jadi utk menutup aibnya dari terdedah sengaja kami tak terbitkan demi menjaga maruahnya.

Kita sekarang berhujjah berdasarkan fakta Dan bukti bukan nafsu dan emosi.
Semoga habib muzz faham
========================================
JUNDULLAH  2 September 2012 16:30
Cerita anda ni macam tak logik pun ada.Kalau anda menipu maka andalah tanggung dosanya ye..

orang tabligh terkenal dengan suka menipu.buktinya:
http://murabi6.wordpress.com/2012/03/06/nasihat-emas-shaykh-sharif-hatim-aarif-al-awni/

Berkenaan dengan soalan anda tu adalah bukti anda tak pernah duduk dalam pengajian ilmu aqidah samada di masjid/surau/pondok dll.

Sekiranya anda sudah mengaji bab tersebut sudah pasti kefahaman anda dan kami sama akan makna 'ILLAH' atau 'DISEMBAH' ITU.

Sebaliknya anda menafsirkan makna LA ILAHA ILLALLAH SEPERTI YANG TELAH ANDA TULIS DIATAS.

Itu sebeb kami suruh anda baca blog ustaz Jamaludin tu sebab jawapan yang anda cari ada disitu dan tulisan ustaz tersebut juga adalah pendirian kami.
==========================================
Reply
Azizulhakimmusa  2 September 2012 17:54
Saya duduk sama2 ustaz PAS belajar Alquran lepas subuh. Saya dengar ceramah Ustaz Azhar di Youtube disebabkan jauh. Saya teliti komen Dr Asri, Zaharuddin berkenaan isu2 terkini. Saya baca pandangan Tuan Guru Nik Aziz berkenaan hukum hudud, negara, dsbgainya. Saya keluar dengan pemuda Pas tangkap ikan sama2.

Takpelah tuan. Tuan je yang betul. Dalam dunia ni, tuan paling berilmu.. org lain dusta, orang lain hina. Org lain sesat. Puak tuan sahaja yang mulia disisi Allah. Teruskan memandang rendah org lain..Teruskan usaha tuan. Doakan untuk saya yang hina ni yer. Doa org berilmu macam tuan ni makbul. Tolong doa hidayah utk saya. Jazakallahukhair.
========================================
Reply
JUNDULLAH  2 September 2012 18:49
Yang menghukum tabligh sesat bukan kami tapi para ulama aswj dulu .kami hanya quote (lampirkan ) fatwa itu sahaja.kalau anda nak marah,hentamlah ulama tu,jgn marah Kami.

Analogynya anda kena saman dgn polis,posman hanya hantar surat tu je,jadi jgn marah kat posman tu pulak sbb kerjanya hanya hantar surat Jr...
========================================
Reply
Alfa  7 September 2012 13:00
Aslmkm .... saya bukan jemaah tabligh tp saya nak tahu laa dimana yg dikatakan sesat tu ...? Saya x nampak apa 2 pun yg sesat .... Kalau nk kata dari segi makna,,bila 2 makna boleh berubah dari segi bahasa nya .... Kalau dari bhasa indon,,mmg xde sape la faham ... dan kitab 2 tu asalnya dari org lama,,kulitnya shja yg dibarukan ... dan usaha TABLIGH ni kenapa boleh bertahan selama mungkin tanpa ada yg mengkafirkan dan menyesatkan nya ? kenapa Pihak jabatan x tangkap macam arqam dan ayah pin dan mcm 2 jemaah lain yg JELAS mngatakan ia nya SESAT ekk?? ada jemaah TABLIGH ajak buat AMALAN 2 KHUSUS ke? atau sape 2 yg x baca KITAB yg dua tu akan BERDOSA? JT ajar mcm tu ? saya hairan ni ... saya bukan tabligh pun saya boleh nampak dimana sesat dan tidak .... kenapa lebih ramai yg kata ianya TIDAK SESAT berbanding awak dan kuncu 2 awak sahaja mengatakan ia nya SESAT? nik aziz,ustaz azhar dan us. harun din x pernah cakap pun ia nya sesat dan dari mna pula awak cakap ia nya sesat? dh kaji dah smpai lubang cacing kalau nk mnghukum org? awak sedar x,,berpuluh juta org bca blog awak ni dan kalau mereka percaya sesuatu yg salah,,ia nya akan mnghukum diri awak sendiri ke NERAKA ... x takut ke sebarkan bnda yg x pasti ....?? cuba jelaskan apa lagi yg dikatakan sesat dalam jemaah tabligh ni ,,saya x nak la baca ayat copy paste awak ... boleh x nak tahu /..? confuse ni ...saya org awam,,plz sy nak tahu
============================================
Reply
JUNDULLAH  7 September 2012 16:39
terima kasih atas soalan.

Untuk menjawab sebagai mukadimmahnya sila baca link ini dan fahami betul2 penjelasan ustaz bekas karkun tabligh tu:

http://jamaluddinab.blogspot.com/2011/02/kenali-jemaah-tabligh.html
=============================================
Reply
Alfa  7 September 2012 13:05
Semoga Allah bg hidayat pd awak atas usaha ni ... Kalau sesat,usaha xkan pupus dek masa ..... Ternyata Allah melindungi usaha ini sehingga ianya bertahan sampai akhir zaman ... Ya nabi,,kami mencintaimu dan yakin pada janjimu ... Allah,lindungi mereka yg melindungi usaha nabimu dan hidayatkan mereka yg mengkafirkan usaha nabimu ============================================.....
Reply
JUNDULLAH  7 September 2012 16:58
golongan sesat khawarij telah wujud zaman Rasullullah lagi sehingga sekarang masih ada dan tetap ada hingga hari qiamat.Begitu juga syiah,muktazilah,qadiani dll.

Keberadaan golongan sesat itu sebagai ujian kepada umat islam khususnya ahli sunnah wal jamaah.

didalam al quran tidak ada perintah berdakwah secara khususnya sebaliknya ia bersifat UMUM.HUKUM BERDAKWAH JUGA MENJADI KHILAF PARA ULAMA ANTARA FARDHU AIN DAN FARDHU KIFAYAH.

Setakat ini kami tidak jumpa dalil baik al quran mahupun hadis yang menyuruh berdakwah wajib ikut cara nabi sebijik-sebijik.Sekiranya ada PASTI ULAMA TABIEN YANG TERAWAL SEPERTI IMAM ABU HANIFAH,HASSAN BASRI DLL TELAH MENUBUHKAN JEMAAH ALA TABLIGH dan kita akan jumpa bukti tersebut dalam kitab-kitab mereka.

masalahnya tidak ada!!!!

hanya yang ada perintah dari nabi yang sahih ialah:

"Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku.”
==============================================
Azizulhakimmusa  13 September 2012 17:04
Firman Allah swt:

Ù‚ُÙ„ْ Ù‡َذِÙ‡ِ سَبِيلِÙŠ ادْعُوا اِÙ„َÙ‰ اللَّÙ‡ِ عَÙ„َÙ‰ بَصِيرَØ©ٍ انَا ÙˆَÙ…َÙ†ْ اتَّبَعَÙ†ِÙŠ ÙˆَسُبْØ­َÙ†َ اللَّÙ‡ِ ÙˆَÙ…َا انَا Ù…ِÙ†ْ الْÙ…ُØ´ْرِÙƒِينَ

Katakanlah: Inilah JALANKU, aku menyeru kepada agama Allah atas bukti yang nyata. Aku dan orang yang mengikutiku; Maha Suci Allah, dan bukanlah aku dari golongan yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain. (Yusuf: 108)

Jalan Nabi saw dan org yang mengikut Nabi Saw..
=======================================
JUNDULLAH  14 October 2012 23:01
Jemaah tabligh secara zahir nampak macam ikut 'jalan' nabi tetapi pada hakikatnya mereka ikut jalan maulana ilyas sebab nabi berdakwah berdasarkan wahyu dari Allah (surah Mudatsir)sebaliknya jemaah tabligh berdakwah berdasarkan mimpi maulana ilyas (mathod khuruj).
================================
Reply
Alfa  8 September 2012 02:33
dakwah cara itu juga x salah ... selagi mereka x kluar dr agama,,jgn la mnghukum sesat

Ini pasti BETUL

Sunday, November 18, 2012

Najib!! RM207 Billion ni dah hilang kemana


Kerajaan BN dituntut supaya menjelaskan di manakah wang bernilai RM207 bilion yang telah diberikan oleh kerajaan Jepun sebagai pampasan kepada 30,000 pekerja buruh paksa pembinaan landasan keretapi dari tahun 1942 hingga 1946.

Ini kerana, walaupun telah diterima kira-kira 10 tahun lalu namun sehingga kini ia tidak diserahkan kepada mangsa atau waris mereka.

Anggota Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin memberitahu Dewan Rakyat, beliau mempunyai dokumen yang mengesahkan kemasukan wang itu.

Yang mengejutkan, kata beliau, pada 13 Disember 2004, Bank Negara mengeluarkan banker's cek bernilai RM107 bilion dan RM100 bilion lagi diperuntukkan dalam bentuk syer Maybank yang didaftarkan pada 13 Disember 2004.

Ini bermakna, wang RM207 bilion yang sepatutnya diberikan kepada 30,000 mangsa buruh paksa ini telah diterima kerajaan sebelum tarikh 13 Disember 2004 lagi, iaitu kira-kira 10 tahun lalu.

Namun sehingga kini, wang itu tidak diberikan kepada mangsa atau waris mereka.

Ekoran itu, kata Mohamad Nizar, bekas Menteri Besar Perak itu, Persatuan Kebajikan Bekas dan Warisan Buruh Binaan Landasan Keretapi Siam ke Burma 1942 - 1946 telah menghantar surat kepada kerajaan Malaysia bagi menuntut wang itu.

Surat itu telah pun dihantar kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada 27 Julai 2011 menuntut pembayaran wang itu.

“Sejumlah 30,000 rakyat Malaysia yang terlibat dalam pembinaan landasan itu. Sejumlah 60% daripada mereka itu adalah orang Melayu, 20% orang India, dan 15% orang Cina. Selebihnya 5% itu adalah kaum lain”.

Menurut Nizar, pejabat Perdana Menteri apabila menerima surat itu telah pun menyerahkan satu salinan untuk dipanjangkan kepada Kementerian Sumber Manusia ada 9 Ogos 2011. 

Beliau juga difahamkan, semua pihak dalam kerajaan termasuk Jabatan Peguam Negara telah bersetuju agar duit itu diserahkan kepada 30,000 mangsa ini.

"Saya mahu menyatakan di sini kalau sekiranya perkara itu telah pun dibentangkan dan diluluskan oleh Kabinet, maka kenapa ianya harus disimpan oleh Treasury ataupun Bendahari Kewangan kita sebegitu lama?" soal Nizar dalam ucapannya itu.

Menurutnya, mereka yang terlibat ada yang telah meninggal dunia, ada yang warisnya masih ada. 

"Saya boleh menyatakan bahawa ayah kepada Tan Sri Datuk Zulkefli Ahmad Makinudin, Ketua Hakim Malaya hari ini adalah salah seorang daripada mereka yang dikerahkan oleh Kerajaan Jepun ketika itu untuk membina landasan kereta api dan dia masih hidup lagi.

"Dia masih ada di Ipoh dan boleh menceritakan bagaimana susahnya 30,000 rakyat Malaysia ketika itu," beritahu Nizar kepada Dewan Rakyat.

Nizar bertanya, "kalau sekiranya wang itu telah diberikan sebagaimana yang dinyatakan, maka kenapakah kerajaan masih tidak memberikan pampasan itu kepada rakyat Malaysia yang telah dipaksa untuk melaksanakan kerja-kerja itu?" 

Bagi beliau, ini merupakan satu amanah yang sewajarnya rakyat Malaysia sedar kerana ini satu hak kepada rakyat yang dinafikan oleh kementerian-kementerian tertentu iaitu Kementerian Kewangan barangkali, Bank Negara dan juga Kementerian Sumber Manusia, Jabatan Perdana Menteri yang telah pun mengarahkan supaya kertas Kabinet diluluskan. 

"Jadi saya hendak bertanya sama ada rayuan daripada persatuan itu. Mereka merayu supaya pampasan diberikan kepada mereka, kenapa ianya dinafikan?" soal beliau tegas.

Menurut beliau juga, kerajaan Filipina, Indonesia dan juga Vietnam juga menerima wang yang sama dan telah diserahkan kepada rakyatnya yang terlibat ~Harakahdaily     hak aku

JUNDULLAH vs KARKUN SIRI 5



Abdullah_m.e.19 May 2012 10:45

innalhamdulillah..terima kasih atas teguran..dari pemerhatian saya terhadap website pihak tuan iaitu di ketua urusan ulama..didapati bahawa tuan mengamalkan fikrah PAS..saya menghormati dan menyokong usaha tuan..tetapi sebagai "pekerja agama", adakah mempertikai usaha dakwah@ kerja agama fikrah lain adalah akhlak dakwah nubuwwah? tuan harus istighfar dan semak kembali niat tuan mmbuat kerja agama..tidak ada fikrah yang sempurna akhir zaman ini..kecuali yang ada pada zaman Nabi S.A.W..PAS juga ada kelemahan dan amalan yang boleh dipetikaikan terutamanya dalam akhlak dalam politik..begitu juga dengan usaha dakwah dan tabligh..ada juga kelemahannya...PAS ada nas dan dalil dalam politik mereka..begitu juga dakwah dan tabligh ada dalil dan nas mereka..jadi kalau pihak tuan boleh menghormati dan tidak mempertikai usaha agama fikrah lain,,begitu juga fikrah lain akan juga menghormati dan tidak mempertikai usaha PAS..

pihak tuan saya sangat hormati dan kasihi..saya jgua menghormati para ulama e-kiraam dari PAS.

say sendiri ada kelemahan,pihak tuan pun ada kelemahan..jadi kita sama menutup keaiban dan sama menyokong dan bergiat dalam mentarbiah ummat dengan fikrah masing-masing..tanpa mempertikai,merendah-rendahkan dan menghormati satu sama lain..

mnungkin pihak tuan boleh bermuzakarah sendiri dengan para ulama PAS tnetang dakwah dan tabligh.. seperti Al-Fadhil Tuan Guru Nik Aziz Hafizahullah..yang saya sedia maklum beliau juga ada pengalaman belajar di bumi india di darul uloom deoband.. yang mana mengajar beliau di deoband juga adalah anak-anak murid kepada Hazrat Maulana Rasheed Ahmed Gangohi Rahimahullah.. :-)..bagaimana itu?kalau dikatakan Hazrat Maulana sesat? malahan kalau tuan berkesempatan,tuan boleh bertanya kepada Tuan Guru tentang Hazrat Maulana Mustaqem Hafizahullah..rakan sempebalajaran beliau di Deoband yang kini adalah salah seorang ulama e-kiraam yang membimbing usaha dakwah dan tabligh di Nizammuddin,India..yang juga adalah salah seorang guru saya semasa belajar di india..

dan untuk pengetahuan pihak tuan,Hazrat Maulana Mustaqem juga akan menziarahi Tuan Guru jika beliau safar ke M`sia..

tidak perlu saya tulis panjang2 di sini..dan tuan sendiri boleh bertanya pada Al-Fadhil Tuan Guru Nik Aziz Hafizahullah..

semoga kita tekun membuat usaha dakwah dan mengutamakan kesatuan ummat dari sibuk merendahkan,mempertikai dan menghalang dakwah fikrah yang berbeza dari kita..

JazakaAllahu Khair..
================================================
Reply
JUNDULLAH 19 May 2012 23:16

Sdr Abdullah _m.e.,

Saya rasa anda dah melompat anak tangga,sepatutnya anda bermula dari anak tangga pertama dulu,baru tahu pokok pangkal cerita.Kami kritik tabligh bukan pasal kerja buat lahiriah mereka spt solat,berzikir,
berdakwah dll tetapi adalah penafsiran agama dan hal-hal yg berpaksi iktikad,tauhid dan manhaj.

Sdr baca habis dulu lepas tu baru boleh mula hujjah atau pandangan sdr ye....

amalan zahiriah tidak akan diterima olah ALLAH sebagai amal ibadah sekiranya aqidah,iman,iktiqad dan manhaj terkeluar drp pegangan ASWJ.Kalau setakat mengaku sbg ASWJ,wahabi pun boleh mengaku tapi hakikatnya adalah apa yang menjadi pegangan di dlm hati.
===============================================
Reply
Hiswandy 20 June 2012 12:58

Salam,

Dalam kitab Muntakhab Ahadith yang dirujuk oleh tuan Jundullah memang terdapat kesilapan. Saya mencadangkan supaya tuan merujuk kitab mutakhab ahadith yang baru yang telah ditahkikkan oleh Barisan Panel penterjemah dari Madrasah Miftahul Ulum keluaran 2012. Saya pun banyak temui beberapa kesilapan terjemahan tersebut dan selalulah saya apabila membaca merujuk semula matan arabnya apabila terdapat kekeliruan. Saya berpendapat tidak ada penyelewengan terjemahan melainkan kelemahan semakan semula oleh panel penterjemah kitab. WaAllahu 'alam.
==========================================
Reply
Jabalnur 28 June 2012 01:00

Assalamualaikum wbt...
Tuan al-fadhilatu ustaz Jundullah... apa kata tuan & tuan punya blog ini bertanya sendiri kepada TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT iaitu pemimpin korang tentang jemaah tabligh...law nak korang kena hentam balik oleh beliau. hahahaha... kesian lah aku tgk ustaz2 bawah2 PAS ni, ulamak sendiri pun suka & suruh org2 PAS ikut tabligh, tapi tak ikut cakap pemimpin sendiri...duk buat ikut pikiaq sendiri bajet ulamak besar. Bila diajak muzakarah secara empat mata, bukan nak mai.. bila pi jumpak time khususi, mcm2 alasan dia bagi.. huhu..
Ustaz....saya berasal dari nun jauh di pedalaman Sabah. Misionary Cristian terlalu banyak di tempat sehingga penduduk di kampung saya hampir 90% murtad & ada beberapa persen lagi amal 2 agama (islam+kristian)... adakah tuan tahu mengenai ini? pasti tuan tidak tahukan? tapi perkara ini sampai di telinga para masyaikh2 & eldest2 jemaah tabligh lantas satu jemaah khusus telah dihantar dan tak putus2 selama beberapa tahun, takaza2 mengenai keluar & masuk ke pedalaman Sabah juga tidak putus2 sampailah sekarang..dan alhamdulillah, jemaah yg datang bayannya cuma biasa, xda la hurai bab agama macam ustaz tapi Alhamdulillah berkat usaha & korban mereka, ramai yg telah kembali memeluk agama Islam kembali & buat usaha dakwah jugak termasuklah saya.. ustaz2 PAS ada masuk pedalaman Sabah ka? sory laa kalau ada. Kalau ada pun bukan promote Islam, bukan promote Allah taala, bukan promote iman, bukan promote sunnah, bukan promote ukhwah islamiyah, bukan promote kehidupan sahabat... malaha mempromosikan parti semata2, kemudian duk kutuk2 org lain spt UMNO, duk kutuk2 sana sini, budak2 lepak tepi jalan pun dikutuk2.. semua dikutuk belaka.. dan kalau tuan dtg ke Sabah skrg, anak2 muda yg dulunya bekas kaki lepak yg ustaz2 PAS kutuk itulah kini telah memaki serban, jubah, bersugi & buat usaha dakwah ajak geng2 lepak2 yg lain ke masjid walaupun ilmu xla banyak sgt seperti ustaz yg mulia ini... huhu... janganlah jadi seperti sang buta yang memejamkan mata di dalam kegelapan wahai ustaz yang mulia.. nak kritik hasil tulisan ulamak..silalah jumpa ulama2 tabligh sendiri.. silalah jumpa yg terjemah kitab tu.. xpun minta salinan asal kitab munthakab ahadis ni & terjemahkan sendiri.. memanglah lumrahnya manusia selalu buat silap.. mana ada yg perfect sheikh.. penterjemah kitab tu mungkin tersilap taip.. sangka baik lah tuan.. apa lah tuan. ni.. law tuan dtg sabah, memang saya kasi makan tuan enak2..sebab takut tuan tak dpt balik ke semenanjung.. haha.. kalau saya kata bendera PAS tu bulat macam mata satu dajjal, agak2 apa kata tuan yerk? mcm tu lah perasaan saya... saya cabar tuan, jumpak ulamak2 muktabar spt sheikh nuruddin, para habib, mufti besar yaman & syria, ulamak2 deobandi (tempat TGNA berguru dulu) & termasuklah TGNA sendiri !!!!!!! PAS ni lagi bnyk khurafat sebenarnya sebab duk kutuk2 sana sini...setahu saya, nabi saw dgn orang yahudi yg kutuk baginda pun baginda tak kutuk balik. Lain dgn PAS ni, kutuk sana sini..PAS ngan UMNO sama jaa sebenarnya.. xda beza...bahkan PAS ni lagi dahsyat sebab bawa imej agama Islam yg suci ni..
==============================================
Reply
JUNDULLAH 28 June 2012 12:52

Wa'alaikum salam,

Sdr Jabalnur,saya nasihatkan anda agar membaca keseluruhan posting saya di bawah label tabligh sebelum memberi komen.

Soalan sdr telah pun di utarakan oleh karkun yang lain sebelum ini dan saya telah pun menjawabnya.Jadi rajinkan diri anda untuk membaca ye..........

Sebenarnya isu massionary kristian di Sabah itu telah lama kami tahu dan pihak jabatan agama di sana pun telah maklum.

Antara faktor yang kami nampak berlakunya kes murtad di sana ialah faktor ekonomi yang tidak adil antara kerajaan negeri dan rakyat serta negeri yang agak luas dan sistem pengangkutan yang agak dhaif untuk memungkin ustaz-ustaz di sana menyampai ilmu islam kepada rakyat.

Mubaligh kristian dalam memancing manusia kepada agama mereka banyak menggunakan wang dan harta material.Sedang kita sedia maklum majoriti rakyat adalah di tahap miskin dhaif.

sebenarnya kalau kita menyemak semula sejarah silam,kebaikan sebuah masyarakat itu juga sangat berkait dengan kerajaan yang memerintah.Contoh terdekat ialah keislaman Parameswara telah menyebabkan seluruh rakyat Melaka ketika itu menganut islam.

Dalam kontek masa kini jika kerajaan negeri ada kepekaan dan jiwa islam yang tinggi nescaya kes murtad ini dapat diatasi tetapi hal itu tidak berlaku kerana realitinya Kerajaan BN hanya islam pada nama sahaja.

Memang di akui peranan tabligh dalam aktiviti dakwah ada sumbangannya tetapi ia bersifat sementara kalau nak dibandingkan dengan peranan kerajaan negeri yang tentu lebih luas dan lebih berkesan iaitu menghalang mubaligh kristian ini daripada memurtadkan orang islam.

Analoginya ialah tabligh umpama ubat yang mengubati penyakit sedang kerajaan adalah anti virus yang menghalang penyakit itu datang.

Sekali lagi kami ulang bahawa kami mengkritik tabligh bukan kepada aktiviti dakwah mereka tetapi penafsiran dan kefahaman agama yang menjadi iktikad dan pegangan majoriti jemaah tabligh.

Pimpinan atasan kami pun mengakui kebaikan aktiviti dakwah tabligh dan menggalakkannya tetapi iktikad kami tentang "politik adalah sebahagian drp agama" tetap kami terpasak dalam jiwa kami dan inilah pebezaan ahli PAS yang join tabligh dgn tabligh yang tak join PAS.

harap maklum
==============================================

Penchacaiz  6 July 2012 02:18
assalamualaikum.

nabi saw dan para sahabat r.hum menanggung penderitaan yg hebat2. bukan sahaja kebuluran, dihalau, dimaki, tiada makanan malah hidupnya lebih susah daripada org miskin yg ada di Malaysia ini. namun sedikit pun tidak berganjak iman mereka apatah lagi ingin murtad. masalah ummat sebenar bkn masalah ekonomi, tp masalah sebenar ialah masalah iman ummat ini yg sangat lemah. hinggakan diumpan dgn sedikit makanan saja rela murtad.

maka jemaah perlu dihantar ke sana sebanyak2nya. alangkah baiknya kalau tn ustaz dpt bersama ke sana. ataupun tuan ustaz yg mulia doakan lah sahabat2 yg pergi ke sana.

maafkan saya. saya tak layak langsung utk komen. maafkan saya.
==============================================
JUNDULLAH 6 July 2012 09:52

terima kasih atas komen anda,

Anda menceritakan sunnah dlm memperjuangkan islam iaitu menanggung penderitaan,dihalau,dimaki dll.

begitulah yg dialami oleh PAS dan gerakan harakah islam sedunia ikhwan,FIS,mujahiddin taliban dll yg di buru,ditangkap,diseksa,dipenjara dan dibunuh oleh musuh islam.

Tabligh hanya di musuhi oleh org jahil yg benci islam tapi disukai oleh musuh islam.buktinya mereka ada markaz di negara musuh islam NO 1 iaitu Yahudi Zionist.

Walhal Nabi pun dimusuhi Yahudi hingga cuba membunuh Baginda dgn racun pada daging kambing.Tapi JT boleh toleransi pulak dgn mereka.

ini satu hal yg Aneh??
 ==========================================

Reply
syed atiq 6 July 2012 01:47

tidak usah berbahas,ish korang ni x malu ker dgn agama lain..cuba lah bersatu..yg penting buat apa yg allah n rasul suruh buat habis cerita..fight nafsu korang..selagi nafsu menyelebungi korang,segala amalan korang sia2..seperti air yg di curahkan dengan cat hitam..syaitan yg sikit2 hasut korang ni..aku masih hijau tp aku cinta allah dan rasul.. salam..
=========================================
Reply
syed atiq 6 July 2012 01:56

salam.
hehe..lupa nak bg salam..lagu blog ni dah sedap,BERSATULAH..jadi gunakan lagu ini sebagai motivasi kita..jgn jadikan lagu ini sebagai hiburan semata-mata..ataupun background blog ni..
hehe.. saya suka dgn hujah-hujah kalian..sy masih muda..saya cuma ambik komen anda sebagai ilmu sy..
islam adalah agama, bukan bangsa,negara dan persatuan..kita dibawah perkataan islam harus saling bersatu..kerana syaitan punya janji adalah ingin mengajak manusia bersamanya ke neraka..kita sesama mengingat orait.. saya tak nak berhujah di sini..saya tidak suka membebel,takut timbul fitnah dan aib..
=============================================
Reply
JUNDULLAH 6 July 2012 10:06

sdr salah faham dlm memahami istilah 'BERSATU'.

Dalam surah al imran ayat 103:"Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam) dan janganlah kamu bercerai-berai........"

Jgn di faham ayat ini secara zahiriah semata-mata tapi kena tengok tafsiran para ulama maksud 'tali Allah ' itu apa?

Lepas tu tengok pula hadith nabi ttg perpecahan umat kpd 73 puak.
Dari situ baru kita tahu apa yg dimaksudkan bersatu dgn agama islam atas dasar apa?
================================================
Reply
Penchacaiz 6 July 2012 02:04

ASSALAMUALAIKUM WBT TN YG MULIA.

MASYALLAH MASYALLAH MASYALLAH.

SEMOGA ALLAH PILIH TUAN JUNDULLAH 1 HARI NANTI UNTUK BERSAMA KAMI ORANG TABLIGH YG JAHIL XDE ILMU INI. SEMOGA ALLAH PILIH TUAN UTK SAMA2 BUAT USAHA YG MIRIP NABI SAW YG MULIA INI. SEMOGA ALLAH KELUARKAN TUAN 4 BULAN KELUAR DI JALAN ALLAH BERKORBAN DIRI DAN HARTA PERGI KG KE KG, LORONG KE LORONG, RUMAH KE RUMAH, MEMBAWA UMMAT MENGENAL ALLAH!

YA ALLAH MAAFKAN SAYA..ULAMA2 DAKWAH AJAR SAYA MULIAKAN ULAMA TAPI SAYA TIDAK DEMIKIAN. MAAFKAN SAYA YG JAHIL INI YA TUAN JUNDULLAH.
================================================
Reply

JUNDULLAHm 6 July 2012 10:26

Wa'alaikum salam wbt

Sebenarnya kejahilan bukan dlm tabligh shj.ia melibatkan semua org tanpa mengira jamaah.Usaha kita ialah menuntut ilmu yg sahih agar kejahilan itu hilang dan sentiasa berdoa memohon dihilangkan kejahilan asbab dari menuntut ilmu.

kalau hanya mengaku jahil shj tapi tiada usaha mencari ilmu sampai kiamat pun kejahilan tak akan hilang.Mari kita contohi sikap al imam Syafie rah.Beliau menuntut ilmu dgn puluhan guru dan dlm masa yg sama berdakwah menyampaikan ilmu islam.

utk pengetahuan anda saya sudah sertai JT sejak tahun 90an lagi dan ramai rakan karkun tapi setelah mengetahui kesesatan tabligh drp Fatwa para ulama ,saya tinggalkan JT selamanya tapi dakwah tetap saya jalankan cuma atas manhaj ASWJ.
Ia
=======================================
Reply

Muhammad Fidzrul 9 July 2012 12:13

Assalamualaikum tuan..

saya tiada ilmu. Tapi saya pasti dan pasti adalah tidak elok penggunaan tajuk tuan untuk entry ini "Membongkar Penyelewengan Tabligh".

Tujuan kita sama. Nak bawa seluruh manusia taat kepada Allah. Jadi, adalah elok tuan tukar tajuk entry ini. Sy cadangkan "Kesilapan yang perlu diperbetulkan dalam kitab muntakhab hadith". Saya yakin ulama'-ulama' di Sri Petaling mengalu2kan usaha tuan yg murni ini. Sama-sama kita bantu. Dan kalau tuan nak perbetulkan aqidah/pendirian/methode/penafsiran usaha dakwah ini, harap tuan boleh terus pergi bermuzakarah dgn ulama'-ulama' di Sri Petaling. Sebab kalau tuan bentangkan terus di blog tuan ni, sy risau org yg baru nak kenal dgn islam, nak kenal dgn Allah, lari drpd Islam. Sbb tgk tujuan sama, tapi tak sehaluan.
=========================================
Reply
JUNDULLAH 9 July 2012 16:46

Wa'alaikum salam,

Terima kasih atas teguran.Cuma untuk pengetahuan sdr tajuk itu dipilih adalah agar bersesuaian dengan Fatwa-fatwa para ulama ASWJ yang menyatakan Tabligh sesat.

sekiranya saya mengambil tajuk seperti yg sdr cadangkan itu bermakna saya kontra dengan Fatwa tersebut.Ini yang sdr kena faham.

Oleh kerana kami sokong dan bersetuju dgn fatwa tersebut maka peranan kami ialah mendedahkan@membongkar kesesatan@penyelewengan tersebut.

cadangan sdr agar kami bermuzakarah dgn ulama2 di sri petaling adalah cadangan yg ketinggalan zaman.Punca kesesatan JT adalah berasal drp India.(sila baca link:
http://salafiaqeedah.blogspot.com/2011/06/conversation-between-mr-h-and-mr-y-part.html

Saya harap sdr rajin membaca,mengkaji dan analisis sejarah lampau kerana SEJARAH TIDAK PERNAH MENIPU.
 ==========================================

Alhafiz 16 July 2012 10:37

saya rasa ilmu tuan tinggi...tapi ilmu azazil lebih tinggi lagi. Akibat suka menyungkit kelemahan org lain dan anggap diri lebih betul. Maka azazil telah berubah muka menjadi hitam lalu dilaknat. Kesilapan azazil adalah merasakan diri lebih dari org ....sifat tawaduk / atau sifat memuliakan; saya tak jumpa walaupun saya membuat dakwah manhaj salafi..kerana dakwah salafi tidak berjaya mendatangkan sifat2 ini. ini suatu musibah..harap Allah menerima taubat saya. Kerana dulu saya juga mempunyai manhaj yang sama dgn tuan. Alhamdulillah setelah saya bersungguh2 memohon kepada ilahi akhirnya saya dibukakan pancaindera hati tentang kebenaran usaha JT ini. Doa utk saya juga...dari hamba yang hina dina ini.
============================================
JUNDULLAH 16 July 2012 16:01

Dari pengamatan kami melihat puak tabligh ini gemar melabelkan orang lain yang kritik mereka sebagai azazil(iblis).seolah-olah JT itu maksum(tak buat salah langsung).

Padahal mereka JAHIL dengan ibrah drp kisah azazil itu.Utk makluman sdr,azazil itu adalah simbol kpd penentangan perintah Allah sebaliknya malaikat adalah simbol ketaatan kpd perintah Allah.

azazil mewakili kebathilan sedangkan malaikat simbol kebenaran.Nah!!sekarang kita lihat tabligh simbol apa pula??

Berdasarkan Fatwa para ulama 3 zaman pada posting kami yang lalu jelas menunjukkan Tabligh adalah simbol kesesatan.

Kalau nak di nisbahkan kepada azazil maka JT lah yg paling sesuai kerana mereka menentang ijmak ulamak yang merupakan sumber ke 3 dlm islam.

saya nak tanya pendapat anda,sdr tak rasa apa-apa ke bila baca 3 fatwa ulama tu??

tak ada rasa bersalah ke,rungsing ke,dalam dilemakan dll.Saya rasa sdr ke check balik iman sdr mungkin ada masalah.Sdr tahu tak ijmak ulama adalah sumber ke 3 dlm hukum islam ASWJ.

BARANGSIAPA MENOLAK,ENGKAR,TIDAK TAAT,DEGIL DGN IJMAK ULAMA HUKUMNYA ROSAK AQIDAH@MURTAD.

apa pandangan sdr ttg kisah Imam Abu Hanifah yang kritik fatwa ulama kerajaan zaman itu.APAKAH IMAM ABU HANIFAH JUGA ANDA NAK SAMAKAN DGN AZAZIL??