Wednesday, September 5, 2012

Hukum Khitan Perempuan



Para fuqaha berbeza pendapat mengenai hukum khitan menjadi tiga versi pendapat, sebagaimana diuraikan oleh Syaikh Muhammad Mukhtar Asy-Syinqithi dalam kitabnya Ahkamul Jirahah Ath-Thibbiyah wa Al-Atsar al-Mutarabbatu ‘Alaiha, h. 161-162. Ringkasnya seperti berikut :

Pertama, khitan hukumnya wajib atas laki-laki dan perempuan. Ini pendapat ulama Syafi’iyah, Hanabilah, dan sebagian Malikiyah. (Imam Nawawi, Al-Majmu’, 1/300; Ibnu Muflih, Al-Mubdi’, 1/103; Ibnu Juzzai, Al-Qawanin Al-Fiqhiyah, h.167).

Kedua, khitan hukumnya sunnah (tidak wajib) atas laki-laki dan juga perempuan. Ini pendapat ulama Hanafiyah, Imam Malik, Imam Ahmad dalam satu riwayat, dan Imam Syaukani. (Imam Sarakhsi, Al-Mabsuth, 1/156; Ibnu Juzzai, Al-Qawanin Al-Fiqhiyah, h.167; Ibnu Qudamah, Al-Mughni, 1/85; Imam Syaukani, Nailul Authar, 1/294). 

Ketiga, khitan wajib atas laki-laki, tapi sunnah (tidak wajib) atas perempuan. Ini pendapat Imam Ahmad dalam riwayat lain, sebagian ulama Malikiyah, dan ulama Zhahiriyah. (Ibnu Muflih, Al-Mubdi’, 1/104; An-Nafrawi, Al-Fawakih Ad-Dawani, 1/461, Ibnu Hazm, Al-Muhalla, 2/217).

Dari huraian di atas, nampak jelas bahwa para fuqaha sepakat khitan bagi perempuan disyariatkan (masyru’) dalam Islam. (Ibnu Hazm, Maratibul Ijma’, 1/157). Memang ada perbedaan pendapat mengenai hukumnya berkisar antara wajib dan sunnah. Tapi tidak ada satu pun fuqaha yang berpendapat hukumnya makruh atau haram, atau dianggap tindakan kriminal yang harus diperangi, seperti dakwaan kaum kafir dan kaum liberal. (Nida Abu Ahmad, Hukm Al-Islam fi Khitan Al-Banin wa Al-Banat, h. 57; Abu Muhammad, Al-Khitan Syariah Ar-Rahman, h. 16).

Setelah meneliti dalil-dalilnya, pendapat ketiga adalah yang kuat (rajih), iaitu khitan wajib atas laki-laki, tapi sunnah (tidak wajib) atas perempuan. Imam Ibnu Qudamah menyatakan,”Adapun hukum khitan, hukumnya wajib atas laki-laki dan suatu kemuliaan (makrumah) atas perempuan, tidak wajib atas mereka.” (Ibnu Qudamah, Al-Mughni, 1/141). 

Dalil wajibnya khitan laki-laki, antara lain sabda Nabi SAW kepada seorang laki-laki yang masuk Islam,”Buanglah darimu rambut kekufuran dan berkhitanlah.” (alqi ‘anka sya’ra al-kufr wa [i]khtatin) (HR Abu Dawud. Hadis hasan. Syaikh Al-Albani, Irwa’ul Ghalil, 1/120). Redaksi hadis “berkhitanlah” (ikhtatin) menunjukkan hukum wajib, dengan qarinah (indikasi) kalau laki-laki tidak berkhitan, tak akan sempurna thaharah-nya ketika dia kencing. Padahal thaharah adalah wajib. Imam Ahmad berkata,”Jika seorang laki-laki tidak berkhitan, maka kulit akan menutupi hujung zakar dan akan melekat atau menyimpan najis yang menyebabkan seseorang itu sentiasa menanggung najis dibahagian berkenaan.” (Ibnu Qudamah, Al-Mughni, 1/141)
.
Mengenai pensyariatan khitan perempuan, dalilnya antara lain, Nabi SAW pernah bersabda kepada para perempuan Anshar,”Hai para perempuan Anshar…hendaklah kamu berkhitan dan janganlah kamu berlebihan dalam memotong.” (HR Al-Bazzar. Hadis sahih. Syaikh Al-Albani, Silsilah Ash-Shahihah, 2/221). Nabi SAW juga pernah bersabda kepada perempuan tukang khitan,”Jika kamu mengkhitan [perempuan], maka hendaklah kamu sisakan dan janganlah kamu berlebihan dalam memotong.” (idza khafadhti fa-asymiy wa laa tanhakiy). (HR Abu Dawud. Hadis sahih. Syaikh Al-Albani, Silsilah Ash-Shahihah, 2/344). 

Bagi yang mewajibkan khitan perempuan, kedua hadis di atas dianggap dalil wajibnya khitan atas perempuan, karena kaidah ushuliyah menetapkan redaksi perintah (amr) menunjukkan hukum wajib (al-ashlu fi al-amr lil al-wujub). (Maryam Hindi, Khitan Al-Inats Baina Ulama Asy-Syariah wa Al-Uthaba, h. 59). 

Namun, kaidah ushuliyah yang lebih sahih, redaksi perintah (amr) hanya menunjukkan tuntutan melakukan perbuatan (al-ashlu fi al-amr li ath-thalab), tidak otomatis menunjukkan hukum wajib. Yang menentukan amr itu menunjukkan wajib atau mandub, adalah qarinah yang menyertai amr tersebut. (Taqiyuddin An-Nabhani, Asy-Syakhsiyah Al-Islamiyah, 3/212).

Maka dari itu, hadis di atas hanya menunjukkan khitan perempuan adalah sunnah, bukan wajib. Sebab tidak terdapat qarinah yang menunjukkan keharusan melaksanakan perintah (amr) dalam hadis di atas. Tidak adanya qarinah yang menyertai suatu perintah, adalah qarinah bahwa perintah yang ada menunjukkan hukum sunnah (mandub). (Atha bin Khalil, Taisir Al-Wushul ila Al-Ushul, h. 25; M. Husain Abdullah, Al-Wadhih fi Ushul Al-Fiqh, h. 340).

Kesimpulannya, khitan bagi perempuan hukumnya sunnah, tidak wajib. Wallahu a’lam.
Yogyakarta, 11 April 2009
Muhammad Shiddiq Al-Jawi

MENJADI KAYA DAN BERTAKWA


FIRMAN ALLAH:-

وَعَنْ سَعْدِ بْنِ أَبِي وَقَّاصٍ رضي الله عنه  قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اَللَّهِ صلى الله عليه وسلم  يَقُولُ إِنَّ اَللَّهَ يُحِبُّ اَلْعَبْدَ اَلتَّقِيَّ, اَلْغَنِيَّ, اَلْخَفِيَّ . أَخْرَجَهُ مُسْلِمٌ.
 Daripada Sa’d bin Abi Waqqas katanya, saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya Allah s.w.t. menyukai hamba yang bertaqwa, kaya dan tersembunyi. (Muslim: 2965)
 Orang yang bertaqwa yang sentiasa menjaga dirinya yang meyakini bahawa dia sentiasa diperhatikan Allah. Segala tindak tanduknya terikut dan patuh mengikut kehendak syara’.

Maksud kaya di sini ialah seperti yang dijelaskan oleh Rasulullah s.a.w.

 عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَيْسَ الْغِنَى عَنْ كَثْرَةِ الْعَرَضِ وَلَكِنَّ الْغِنَى غِنَى النَّفْسِ
(al-Bukhari, 6446, Muslim: 1051, al-Tirmidhi: 2373)

Imam al-Tahawi menjelaskan dalam Sharh Mushkil al-Athar: kaya jiwa yang memutus diri dari harta yang menyebabkan seseorang itu terputus dari ketaatan dan menyebabkan hatinya sibuk dengan selain Allah s.w.t. Orang kaya yang terpuji ialah dia yang hatinya kosong dari dunia dan dan tidak mementingkannya.

 Sebuah hadis menyatakan, “Tidaklah aku suka mempunyai emas sebesar bukit Uhud, di mana berlalu satu malam dalam keadaan masih ada pada saya walaupun satu satu dinar melainkan dinar yang saya simpan untuk membayar hutang atau saya berikannya kepada hamba Allah.”

Menurut al-Qadi ‘Iyad seperti yang disokong oleh Mulla ‘Ali al-Qari, maksud kaya di sini ialah kaya harta dan ini tidak menafikan sifat kaya jiwa kerana tidak ada pertentangan di antara kedua-duanya. Ini kerana asal ma’na kaya mempunyai harta dan orang kaya yang afdal ialah dia yang merasa cukup dan tidak memerlukan kepada orang lain kerana jiwanya yang kaya. Dari sini setengah ulama mengatakan orang kaya yang bersyukur itu lebih utama daripada orang yang faqir yang bersabar. Dengan kekayaan yang dimiliki seseorang itu dapat membuat kebajikan di dunia yang menaikkan darjatnya di akhirat. (Mirqat al-Mafatih Sharh Mishkah al-Masabih, Jil. 9, hal. 465)

Bersifat kaya iaitu tidak berasa perlu kepada makhluk, satu perasaan hati yang menjadikan sedar bahawa Allah sebenarnya yang kaya dan dia memerlukan kepada rahmat Allah dan tidak mengharapkan apa-apa daripada makhluk. Sebaliknya dialah yang berusaha untuk membelanjakan kekayaannya di jalan Allah untuk membantu mereka yang berhajat.
Yang menyembunyikan, menjaga diri dari perkara yang membatalkan amalan, mengelakkan diri dari kemasyhuran supaya amalannya kekal ikhlas. Termasuk dalam makna hadis ini, menjaga diri dengan menyendiri apabila berlaku fitnah kehidupan terutamanya fitnah di akhir zaman.

Ibn Daqiq al-‘Id mengatakan fitnah kehidupan ialah apa yang terpampang kepada manusia selama hayatnya iaitu terpesona dengan dunia, nafsu syahwat, kejahilan dan yang paling besar- semoga kita dilindungi Allah- kesudahan kematian yang buruk. (al-Ihkam, juz. 2, hal. 62)

Setiap sifat ini tidak datang dengan bersendirian tetapi sebagai satu pakej kerana taqwa menuntut sifat muraqabah, sentiasa merasakan diperhatikan Allah s.w.t. sifat kaya menghendakinya merasa serba kekurungan dan hina di hadapan Allah s.w.t. sahaja dan merasakan diri tidak berhajat kepada manusia yang lain. Sifat tersembunyi memestikan keikhlasan dan khumul (tidak dikenali) kerana menyibukkan diri dengan Allah bukan dengan manusia. Oleh itu, selayaknya dia mendapat gelaran orang yang dikasihi Allah.

Sebab itulah Rasulullah s.a.w. selalu berdoa

 عن ابن مسعودٍ  رضي الله عنه أنَّ النَّبيّ  صلى الله عليه وسلم  كَانَ يقول اللَّهُمَّ إنِّي أَسألُكَ الهُدَى  وَالتُّقَى  وَالعَفَافَ  وَالغِنَى  رواه مسلم .
(Muslim: 2721; al-Tirmidhi: 3489, Ibn Majah: 3832, al-Bukhari dalam al-Adab al-Mufrad: 674)
 Ya’ni hendaklah sentiasa berdoa agar dikurniakan ketaqwaan, kaya jiwa sehingga tidak berhajat kepada manusia dan bersih maruah dari perkara-perkara yang tidak harus, dijauhi dari maksiat dan kemungkaran.

Pengajarannya hendaklah kita menjauhi ma’siat, kefaqiran yang melarat yang menyebabkan kita meminta dari makhluk dan suka menonjol diri yang membawa kepada takabbur. Untuk selamat dari fitnah dan bersih dari dosa tidak dapat tidak perlu bersendirian.
by Muhammad Hanief Awang Yahaya

Tuesday, September 4, 2012

KEJADIAN ALAM MENURUT AL-QURAN



FIRMAN-FIRMAN ALLAH

اللَّهُ الَّذِي خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ وَمَا بَيْنَهُمَا فِي سِتَّةِ أَيَّامٍ ثُمَّ اسْتَوَى عَلَى الْعَرْشِ مَا لَكُمْ مِنْ دُونِهِ مِنْ وَلِيٍّ وَلَا شَفِيعٍ أَفَلَا تَتَذَكَّرُونَ
Ertinya: Allah Tuhan yang menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya dalam enam masa, kemudian Ia bersemayam di atas Arasy; kamu tidak akan beroleh sebarang penolong dan pemberi syafaat selain dari Allah; oleh itu tidakkah kamu mahu insaf dan mengambil iktibar (untuk mencapai keredaanNya)? (al-Sajdah[32:4]).

SUSUN ATUR KEJADIAN ALAM

قُلْ أَئِنَّكُمْ لَتَكْفُرُونَ بِالَّذِي خَلَقَ الْأَرْضَ فِي يَوْمَيْنِ وَتَجْعَلُونَ لَهُ أَنْدَادًا ذَلِكَ رَبُّ الْعَالَمِينَ (9) وَجَعَلَ فِيهَا رَوَاسِيَ مِنْ فَوْقِهَا وَبَارَكَ فِيهَا وَقَدَّرَ فِيهَا أَقْوَاتَهَا فِي أَرْبَعَةِ أَيَّامٍ سَوَاءً لِلسَّائِلِينَ (10) ثُمَّ اسْتَوَى إِلَى السَّمَاءِ وَهِيَ دُخَانٌ فَقَالَ لَهَا وَلِلْأَرْضِ اِئْتِيَا طَوْعًا أَوْ كَرْهًا قَالَتَا أَتَيْنَا طَائِعِينَ (11)  فَقَضَاهُنَّ سَبْعَ سَمَوَاتٍ فِي يَوْمَيْنِ وَأَوْحَى فِي كُلِّ سَمَاءٍ أَمْرَهَا وَزَيَّنَّا السَّمَاءَ الدُّنْيَا بِمَصَابِيحَ وَحِفْظًا ذَلِكَ تَقْدِيرُ الْعَزِيزِ الْعَلِيمِ (12)
Ertinya: Katakanlah (wahai Muhammad): “Sesungguhnya tidak patut kamu kufur kepada Tuhan yang menciptakan bumi dalam dua masa, dan kamu adakan sekutu-sekutu bagiNya! Yang demikian (sifatNya dan kekuasaanNya) ialah Allah Tuhan sekalian alam, Dan Ia menjadikan di bumi gunung-ganang yang menetapnya (tersergam tinggi) di atasnya, serta Ia melimpahkan berkat padanya, dan Ia menentukan ada padaNya bahan-bahan keperluan hidup penduduknya, sekadar yang menyamai hajat yang diminta dan dikehendaki oleh keadaan mereka; (semuanya itu berlaku) dalam empat masa. Kemudian Ia menunjukkan kehendakNya ke arah (bahan-bahan) langit sedang langit itu masih berupa asap; lalu Ia berfirman kepadanya dan kepada bumi: “Turutlah kamu berdua akan perintahKu, sama ada dengan sukarela atau dengan paksa!” Keduanya menjawab: “Kami berdua sedia menurut – patuh dengan sukarela.” Lalu Ia menjadikannya tujuh langit, dalam dua masa; dan Ia memberitahu kepada tiap-tiap langit akan urusan dan keperluannya masing-masing. Dan Kami hiasi langit yang dekat (pada pandangan mata penduduk bumi) dengan bintang-bintang yang bersinar cemerlang serta memelihara langit itu dengan sebaik-baiknya. Demikianlah ketentuan Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui (Fussilat[41:9-12]).

أَأَنْتُمْ أَشَدُّ خَلْقًا أَمِ السَّمَاءُ بَنَاهَا (27) رَفَعَ سَمْكَهَا فَسَوَّاهَا (28) وَأَغْطَشَ لَيْلَهَا وَأَخْرَجَ ضُحَاهَا (29) وَالْأَرْضَ بَعْدَ ذَلِكَ دَحَاهَا (30) أَخْرَجَ مِنْهَا مَاءَهَا وَمَرْعَاهَا (31) وَالْجِبَالَ أَرْسَاهَا (32) مَتَاعًا لَكُمْ وَلِأَنْعَامِكُمْ (33)
Ertinya: (Wahai golongan yang ingkarkan kebangkitan hidup semula!) Kamukah yang sukar diciptakan atau langit? Tuhan telah membinanya (dengan Kukuh)! Ia telah meninggikan bangunan langit itu lalu menyempurnaKannya, Dan Ia menjadikan malamnya gelap-gelita, serta menjadikan siangnya terang-benderang.  Dan bumi sesudah itu dihamparkannya (untuk kemudahan penduduknya), – Ia mengeluarkan dari bumi itu: airnya dan tumbuh-tumbuhannya; Dan gunung-ganang pula dikukuhkan letaknya (di bumi, sebagai pancang pasak yang menetapnya); (Semuanya itu) untuk kegunaan kamu dan binatang-binatang ternak kamu (al-Nazi’at[79:27-33]).

TEORI BIG BANG

أَوَلَمْ يَرَ الَّذِينَ كَفَرُوا أَنَّ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ كَانَتَا رَتْقًا فَفَتَقْنَاهُمَا وَجَعَلْنَا مِنَ الْمَاءِ كُلَّ شَيْءٍ حَيٍّ أَفَلَا يُؤْمِنُونَ (30)
Ertinya: Dan tidakkah orang-orang kafir itu memikirkan dan mempercayai bahawa sesungguhnya langit dan bumi itu pada asal mulanya bercantum (sebagai benda yang satu), lalu Kami pisahkan antara keduanya? Dan Kami jadikan dari air, tiap-tiap benda yang hidup? Maka mengapa mereka tidak mahu beriman? (al-Anbiya’[21:30]).

ARASY & AIR SEBAGAI MAKHLUK TERAWAL DICIPTA

وَهُوَ الَّذِي خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ فِي سِتَّةِ أَيَّامٍ وَكَانَ عَرْشُهُ عَلَى الْمَاءِ لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلًا وَلَئِنْ قُلْتَ إِنَّكُمْ مَبْعُوثُونَ مِنْ بَعْدِ الْمَوْتِ لَيَقُولَنَّ الَّذِينَ كَفَرُوا إِنْ هَذَا إِلَّا سِحْرٌ مُبِينٌ (7)
Ertinya: Dan Dia lah yang menjadikan langit dan bumi dalam masa, sedang “ArasyNya, berada di atas air (Ia menjadikan semuanya itu untuk menguji kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan demi sesungguhnya! Jika engkau (wahai Muhammad) berkata: “Bahawa kamu akan dibangkitkan hidup kembali sesudah mati” tentulah orang-orang yang ingkar akan berkata: “Ini tidak lain, hanyalah seperti sihir yang nyata (tipuannya)” (Hud[11:7]).

Monday, September 3, 2012

WASIAT IBN 'UMAR (Radhiallahu 'Anhuma)

 Ada beberapa ulama menyangka bahawa pernah diriwayatkan dari Ibn 'Umar radhiallahu 'anhuma bahawasanya beliau berwasiat apabila beliau wafat (meninggal dunia) supaya dibacakan di atas kuburnya surah al-Fatihah dan beberapa ayat terakhir dari surah al-Baqarah. Athar dari Ibn 'Umar inilah antara yang dijadikan hujjah oleh mereka yang menghalalkan perbuatan menghadiahkan pahala bacaan al-Fatihah (al-Quran) atau bacaan bertahlil untuk arwah orang-orang yang telah mati. 

Menurut penelitian para ulama hadis dan kalangan ulama Ahli sunnah wal Jamaah, ternyata athar dari Ibn ‘Umar ini adalah batil kerana bertentangan dengan amalan para sahabat radiallahu 'anhum. Athar ini juga didapati terlalu lemah dan syaaz (bertentangan dengan hadis sahih), maka athar ini tidak dapat diterima untuk dijadikan hujjah, menghalalkan amalan menghadiahkan pahala bacaan al-Quran untuk arwah dan bertahlil beramai-ramai untuk orang mati sebagaimana yang diamalkan oleh sebahagian besar masyarakat Islam sejak sekian lama. 

Riwayat ini juga tidak pernah diterima walaupun oleh seorang sahabat dan para ulama Ahli Sunnah wal Jamaah sebagaimana keterangan di bawah ini:

 وَاَمَّا مَا يَرْوِيْ عَنِ بْنِ عُمَرَ اَنَّهُ اُوْصِيَ بِقِرَاءَ ةِ الْفَاتِحَةِ وَخَوَاتِمَ الْبَقَرَةِ عَلَى قَبْرِهِ فَهُوَ اَثَرٌ شَاذٌ لَمْ يَصِحْ سَنَدُهُ وَلَمْ يُوَافِقهُ عَلَيْهِ اَحَدٌ مِنَ الصَّحَابَةِ.
 "Dan apa yang telah diriwayatkan dari Ibn 'Umar bahawasanya beliau mewasiatkan agar dibacakan al-Fatihah dan ayat-ayat terakhir dari surah al-Baqarah di atas kuburnya, maka itu adalah athar yang syaaz (tidak sahih) dan tidak sahih pula sanadnya. Dan tidak pernah dipersetujui (diterima) walaupun oleh seorang sahabat."[1] 

Begitu juga tidak ada suruhan membacakan al-Quran kepada orang mati atau yang sedang nazak. Adapun hadis yang menyuruh agar dibacakan ayat al-Quran kepada orang yang sedang nazak atau orang yang telah mati terutamanya surah Yasin adalah merupakan hadis lemah. 
 Di dalam sanad hadis ini terdapat seorang yang bernama Saad yang dikenali oleh ulama hadis sebagai Abu 'Uthman. Dia telah dipastikan oleh ulama hadis sebagai orang yang tidak diketahui keadaannya (مجهول الحال). Hadis yang dimaksudkan ialah:

 اِقْرَؤُوْهَا عَلَى مَوْتَاكُمْ.
 "Bacakanlah oleh kamu (surah Yasin) ke atas orang yang hampir mati dari kalangan kamu". Hadith lemah.[2] 

Menurut hadis yang sahih, perkara yang sunnah dilakukan kepada orang nazak (bukan orang mati) ialah mengajarkan kalimah tauhid sebagaimana yang dijelaskan oleh hadis di bawah ini:

 لَقِّنُوْا عَلَى مَوْتَاكُمْ لاَ اِلَهَ اِلاَّ اللهُ 
"Ajarkanlah oleh kamu orang-orang yang nazak di kalangan kamu dengan kalimah: La ilaha illallah".[3] 

Adapun membacakan al-Quran ke atas orang mati telah diketahui ia perbuatan yang diharamkan oleh Imam Syafie dan sama sekali tidak ada nas yang mengizinkan untuk melakukan perbuatan tersebut malah bertentangan dengan nas al-Quran sebagaimana di bawah ini:

 اِنَّكَ لاَ تُسْمِعُ الْمَوْتَى.
 "Sesungguhnya engkau tidak boleh menjadikan orang-orang yang telah mati itu mendengar". AN NAML, 27:80. 

Melalui hujah-hujah di atas adalah jelas bahawa kenduri tahlilan hanyalah merupakan amalan tradisi sesuatu bangsa. Ia kemudian dianggap sebagai amalan agama kerana ramai yang mengamalkannya. Tetapi pada hakikatnya ia bukanlah suruhan atau amalan sunnah sebagaimana yang disangka oleh sebahagian masyarakat yang tidak mengkaji asal usul kenduri tahlilan tersebut. 

Ada juga beberapa riwayat mengenai suruhan bacaan surah al-Fatihah, surah al-Ikhlas, surah al-Falaq dan surah an-Nas kemudian pahalanya dihadiahkan kepada arwah orang yang telah mati. Riwayat-riwayat tentang perkara ini juga tidak sah (batil) kerana ianya juga bertentangan dengan al-Quran, hadis yang sahih dan perbuatan (amalan) para sahabat, tabi'in dan tabi'ut at-tabi'in (para salaf asSoleh) dikurun al-mufadalah (kurun terbaik). 

Antara hujjah untuk menguat dan menghalalkan perbuatan mereka ialah hadis berikut:

 مَنْ قَرَاَ قُلْ هُوَ اللهُ اَحَدٌ اَلْفَ مَرَّةٍ فَقَدْ اشْتَرَى نَفْسَهُ مِنَ النَّاسِ (حديث موضوع)
 "Barangsiapa yang membaca Qulhuwallahu Ahad sebanyak seribu kali, maka sesungguhnya ia telah membebaskan dirinya dari api neraka". (Hadis Palsu). 

Lihat sini…….. 
[1]. Lihat: شرح المهذب Jld. 10. Hlm. 429. Ali as-Subki. 
[2]. H/R Abu Daud (2714). Al-Janaiz. Ibn Majah (1438).Hadis Lemah. 
[3]. H/R Muslim (1527), al-Janaiz. Turmizi (18980). al-Janaiz. Abu Daud (2710) al-Janaiz. Nasaii (1803). al-Janaiz, Ibn Majah (1430). Ahmad (10570P)

Sunday, September 2, 2012

Bolehkah Rakaman Video menjadi Bukti Perzinaan



Bolehkah rakaman video menjadi bukti dalam kes perzinaan menurut Syariah Islam?
Rakaman video tidak boleh dijadikan bukti dalam kes perzinaan. Sebab dalam kes perzinaan, hanya ada 3 (tiga) jenis pembuktian (al-bayyinat) yang boleh digunapakai.
Tiga jenis pembuktian tersebut ialah:-
Pertama -,pengakuan (al-iqrar), iaitu pengakuan dari pelaku zina dengan pengakuan yang jelas (tanpa kesamaran), tanpa penarikan pengakuan. Untuk kemantapan (tatsabbut) pengakuan boleh sampai empat kali;
Kedua - kesaksian (asy-syahadah), yaitu kesaksian dari 4 (empat) orang laki-laki muslim yang adil dan merdeka, dalam satu majlis yang menyaksikan perzinaan dengan jelas.
Ketiga - hamilnya seorang wanita yang tak bersuami, tanpa pengingkaran darinya. (Abdurrahman al-Maliki, Nizham al-‘Uqubat, hal. 17-19; Ahmad Ad-Da’ur, Ahkamul Bayyinat, hal. 19; Abdul Qadir ‘Audah, At-Tasyri’ al-Jina`i al-Islami, hal. 395-440).
Setelah menerangkan tiga macam pembuktian zina tersebut, Syaikh Abdurrahman al-Maliki menegaskan tidak ada pembuktian yang lain untuk kes zina selain yang tiga itu, misalnya kesaksian doktor bahwa seorang perempuan sudah tidak dara/perawan lagi. (Abdurrahman al-Maliki, Nizham al-‘Uqubat, hal.19).
Bahkan andaikata hakim meyakini seratus peratus seorang wanita telah berzina, dia tak boleh menjatuhkan hukuman jika tidak didokong dengan salah satu dari tiga macam pembuktian tersebut.
Dalam masalah ini terdapat hadis sahih bahwa Rasulullah SAW pernah satu masa, yakin bahawa seorang wanita telah berzina. Tapi beliau tidak menjatuhkan hukuman, kerana tidak ada bukti. Diriwayatkan dari Ibnu Abbas RA, Rasulullah SAW bersabda,“Kalau saja aku boleh merajam seseorang tanpa bukti, pasti sudah kurajam si Fulanah, karena telah nampak gelagat zina dari cara bicaranya, gerak tubuhnya, dan orang yang pernah menggaulinya.” (HR Ibnu Majah, no 2559) (Imam Syaukani, Nailul Authar, Beirut : Dar Ibn Hazm, hal. 1471, hadis sahih). (Abdurrahman al-Maliki, Nizham al-‘Uqubat, hal.19; Ahmad Ad-Da’ur, Ahkamul Bayyinat, hal. 26).
Dari semua penjelasan di atas, jelaslah bahwa rakaman video tidak boleh dijadikan bukti dalam kes perzinaan, meski pun itu sudah dibuktikan keasliannya seratus peratus oleh para ahlinya. Sebab pembuktian kes zina secara syar’i memang tidak sah, kecuali dengan salah satu dari tiga macam bukti di atas.
Namun demikian, bukan alat bukti kes perzinaan, rakaman video boleh dimanfaatkan sebagai sokongan Untuk mendapatkan pengakuan (al-iqrar) dari mereka yang di tuduh berzina. Hal tersebut dibolehkan, selama cara yang digunakan memperoleh pengakuan tidak dilakukan dengan paksaan (al-ikrah), baik paksaan fisikal (seperti pukulan) maupun non fisikal (seperti ancaman). Sebab syarat terpenting dari pengakuan adalah ikhtiyar (tidak adanya paksaan). (M. Abdullah Al-Mas’ari, Huquq al-Muttaham fi Al-Islam, hal. 12).
Bolehnya berupaya memperoleh pengakuan, didasarkan pada hadis Anas RA, bahwa pernah seorang Yahudi memecahkan kepala budak perempuan dengan batu dan mengambil perhiasannya. Lalu budak perempuan yang hampir mati itu didatangkan kepada Nabi SAW. Nabi SAW pun bertanya,”Siapa yang membunuhmu, apakah si Fulan?” Perempuan itu mengisyaratkan jawaban “tidak” dengan gerakan kepalanya. “Apakah si Fulan?” tanya Nabi SAW hingga beliau menyebut nama seorang Yahudi. Perempuan itu mengiyakan dengan isyarat gerakan kepalanya. Nabi SAW lalu minta dipanggilkan orang Yahudi itu dan diapun mengaku. Nabi SAW kemudian memerintahkan memecahkan kepala Yahudi itu dengan dua batu. (HR Tirmidzi dari Anas RA). (Imam Syaukani, Nailul Authar, Beirut : Dar Ibn Hazm, hal. 1411, no 3031, hadis sahih).
Dalam riwayat Bukhari terdapat redaksi,”Lalu orang Yahudi itu didatangkan kepada Nabi SAW, lalu Nabi SAW terus menanyai Yahudi itu hingga dia mengakui perbuatannya,” (fa-utiya bihi al-nabiyyu S.A.W. fa-lam yazal bihi hatta aqarra bihi). (M. Abdullah Mas’ari, Huquq al-Muttaham fi Al-Islam, hal. 18).
Berdasarkan hadis itu, Ibnu Hazm menilai baik upaya untuk memperoleh pengakuan dari tertuduh. Kata Ibnu Hazm,”Ini baik, sebab tidak ada paksaan, juga tak ada pukulan.” (Ibnu Hazm, Al-Muhalla, Juz VI, hal. 311, masalah no 2173).
Upaya inilah yang di masa sekarang disebut dengan cross examination (uji silang), yaitu mengajukan bermacam-macam pertanyaan kepada tertuduh, oleh beberapa pemeriksa sekaligus jika diperlukan, sehingga tertuduh akan mengaku secara sukarela, karena tak bisa mengelak lagi mengingat setiap jawaban akan selalu diuji silang dengan jawaban lain sehingga kalau berbohong akan jelas sekali kontradiksi dan inkonsistensinya. (M. Abdullah al-Mas’ari, Huquq al-Muttaham fi Al-Islam, hal. 18).
Dengan demikian, walaupun rakaman video bukan alat bukti kes zina, namun ia boleh dimanfaatkan untuk memperoleh pengakuan. Para ahli telematika, juga para ahli bidang lainnya yang relevan, dapat menggunakan video itu untuk melakukan uji silang (cross examination) terhadap para tertuduh pelaku zina dalam video itu. Setiap jawaban pengingkaran akan terus dikejar dengan diuji silang dengan jawaban lain, sehingga tak ada satu celah pun bagi tertuduh untuk melakukan kebohongan. Diharapkan tertuduh akhirnya akan mengakui perbuatannya.
Kesimpulannya, rakaman video tidak boleh dijadikan bukti dalam kes perzinaan. Namun rakaman video itu boleh dimanfaatkan sebagai upaya memperoleh pengakuan (al-iqrar) dari tertuduh pelaku zina. Wallahu a’lam.
Yogyakarta, 13 Juli 2010
Muhammad Shiddiq al-Jawi